Monday, November 30, 2009

Amir Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang yang baru



KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang hari ini menerima ketua baru iaitu Amir Ghazali bagi menggantikan Yusmadi Yusof yang dinaikkan pangkat ke AMK Pusat.

Amir yang ketua AMK Permatang Pauh berkata, beliau menerima amanah itu sebagai suatu tanggungjawab besar yang perlu dipikul ke arah mengangkat martabat AMK ke puncak kejayaan.

Menurutnya, sebagai Ketua AMK yang baru, misi beliau ialah akan bekerja bersama-sama Ahli Jawatan Kuasa AMK yang lain bersama-sama mengangkat perpaduan kaum di negeri Pulau Pinang dengan melakukan banyak tindakan dan bukannya melalui percakapan semata-mata.

"Ini selaras dengan slogan AMK Pulau Pinang iaitu Menggenggam Pelangi yang menjadikan perpaduan kaum sebagai teras perjuangan kita," katanya kepada Erapakatan.com ketika dihubungi sebentar tadi.

Beliau yang mula berjinak-jinak dengan dunia politik sejak era reformasi berpengalaman sebagai Ahli Jawatankuasa Bahagian (kini Cabang) Permatang Pauh sejak tahun 2004 hingga 2007.

Beliau seterusnya diberi kepercayaan sebagai Ketua AMK sejak Mac 2007 sehingga 28 November lalu.

Sehubungan itu, beliau berharap perlantikannya itu akan mendapat sokongan semua pihak ke arah merealisasikan harapan rakyat yang menginginkan Pakatan Rakyat berjaya menakluk Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke 13.

Amir yang juga seorang ahli perniagaan merakamkan jutaan terima kasih kepada Yusmadi yang selama ini berjaya memimpin AMK Pulau Pinang termasuk menyediakan asas yang kukuh kepada sayap parti itu.

sumber berita : Era Pakatan


Pengajaran dari Krisis Perak- bersama Dato' Seri Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak) di Pulau Pinang

Perak Crisis: The lessons for Two-Party System in Malaysia

  • Penceramah: YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin (Menteri Besar Perak)
  • Tarikh: 4hb Disember, 2009 Jumaat
  • Masa: 8.30mlm
  • Tempat: Kompleks Penyayang

Jalan Utama, Pulau Pinang


  • Percuma! Semua Dijemput.
  • Bahasa Malaysia dan English


  • dianjur oleh:
Biro Komunikasi, Parti KeADILan Pulau Pinang

Minta Sebarkan Segera di blog-blog dan melalui email. Terima kasih

--
Sim Tze Tzin
ADUN Pantai Jerejak
State Assemblyman of Penang
12-J-2 Jalan Rumbia
11900 Bayan Lepas,
Pulau Pinang
Tel: +6019 472 8099
Fax: 04-2260633
Website: www.pantaijerejak.com
Blog: www.simformalaysia.com
facebook: simtzetzin@gmail.com
twitter: simtzetzin@gmail.com

Thursday, November 26, 2009

Gambar kenangan rakan-rakan - malaysiakini


Ketika PC ekoran kenyataan bersumpah Bala di depan IPK Penang


Menjadi Bidan Terjun Program di Medan


Markas pusat operasi sebelum PRK 2008- Umah P'salim


Jejak fakir yang dirindui


Kes Pertama setelah sign jadi PA YB- Rumah terbakar Sg Nibong


Mantan-mantan


1st Dewan Undangan lepas Pakatan Menang


Begitu akrab sekali ....


Pertemuan dengan Ex- TKM 1 AJK AMK dan Chegu Bard


DSWA, Dr Mansor (YB) Abg Jamil JKK di Sg Batu besama calon
DUN Bayan Lepas ketika itu Sharpshooter


Apa yang dibualkan???


Sharpshooter Di markas Keadilan sg nibong

Pics diatas adalah gambar kenangan yang takdak pada rakan-rakan yang lain. Just nak share kenangan.

PERIHATIN KEPADA MANGSA BENCANA- Malaysiakini


Kawasan rumah mangsa



Kelihatan bumbung yang ditimpa pokok durian


Batang durian yang telah dipotong dengan bantuan jiran


Pangkal pokok yang tumbang

Walau Kerajaan di negeri Pakatan Rakyat mengamalkan pendekatan berbeza jika dibandingkan dengan kerajaan BN sebelum ini dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan, namun masih ada dari kalangan pimpinan samada dari peringkat tinggi mahupun peringkat akar umbi Pakatan Rakyat masih tidak mengerti erti perubahan.
Dulunya kita menyuarakan rasa kurang puas hati sekiranya ada benda atau perkara yang jika diamati boleh diselesaikan dengan segera tanpa birokrasi. Setelah diberi peluang seharusnya perkara seperti ini harus diamati keperluan dan keberkesanannya.
Bukan saya nak berceloteh atau berleter, cuma tadi saya dihujani dengan panggilan berkenaan mangsa yang rumahnya ditimpa pohon durian. Kawasan tersebut berjiran dengan kawasan yang saya awasi (DUN Batu Maung). Dasar Open Door yang diamalkan tidak membataskan saya untuk membantu sekiranya ada masalah di kawasan luar dari bidang kuasa tugasan saya. Kejadian dimaklumkan pada saya 21hb Nov 2009 lebih kurang jam 10pm. Ketika itu saya di Yayasan Al-Nahdoh mengawasi adik-adik Unit Ehsan yang bertugas. Saya memaklumkan kepada Pegawai Khas TKM dan menghubungi JKKK kawasan tersebut. Keesokanya (tidak pulang kerana jambatan ditutup) terpaksa mengetuai AJK Kejohanan Bola Jaring di Padang Sony kemudian terus sambung bermesyuarat dengan Jawatankuasa AMK Negeri pula.Saya berada di luar kawasan saya selama 2 hari. Isnin pula penuh dengan tugasan.
Panggilan berjawab.Malangnya Pengerusi JKKK tersebut meninggalkan telefon bimbit beliau. Pesan saya kepada isteri pengerusi tersebut agar beliau memaklumkan kepada Pengerusi berkenaan ada pokok tumbang dalam kawasan beliau. Minta beliau untuk membantu merekod kejadian tersebut untuk tindakan pihak Pejabat Daerah menghulurkan bantuan.
Kelmarin hari Selasa, saya menghubungi Pengerusi JKKK berkenaan. Malangnya beliau memaklumkan yang beliau tidak mendapat pesan tersebut dan bertanya 'sekiranya beliau ke situ apa yang boleh dilakukan beliau'. Pada pandangan saya biarpun siapa yang dihubungi memaklumkan kejadian bencana berlaku, seeloknya kita ziarah walau tak berkemampuan menyumbang.
Hari ini saya dihubungi oleh beberapa rakan dan saudara dari kawasan berkenaan yang tiada pimpinan samada dari negeri mahupun setempat melawat mereka.
Saya bergegas ke tempat kejadian bersama aktivis PAS setempat yang bukan dari kalangan mereka yang diberi amanah sebagai JKKK , makcik dan pakcik tuan punya rumah rupanya mempunyai penyakit lelah kronik. Saban masa mengunakan ubat sedut. Sedih bila dimaklumkan mereka tidak mendapat sebarang bantuan walau kos perubatan mereka mencecah RM 400 sebulan. Mempunyai 3 orang anak perempuan yang telah berkeluarga , tak memungkin mereka yang telah berumur lewat 60-an dan sudah tak bekerja boleh hidup mewah.
Setelah menghulurkan bantuan peribadi, saya bergegas ke Balai Polis untuk melaporkan kejadian tersebut bertujuan memudahkan sebaransg bantuan dihulurkan oleh pihak berwajib.

Tujuan saya disini bukan untuk menunjukkan yang saya melakukan tugas diluar kawasan, cumanya harapan saya agar pimpinan setempat lebih perihatin terhadap kes-kes sebegini. Tindakan segera perlu diambil bukan setakat untuk meraih undi tetapi yang penting tanpa mengira fahaman politik bantuan segera harus diusahakan . Harus sedikit kreatif Jangan hanya bila hampir dengan pilihanraya baru nak cari data warga emas, data anak yatim. Amanah yang diberi bukan hanya untuk atau ketika hampir pilihanraya tapi sepanjang masa hidup kita di muka bumi ini.

Sunday, November 22, 2009

dadah ditemui dalam kenderaan rasmi kerajaan negeri - malaysiakini

Ketua Polis Terengganu di Minta Perjelas Isu Tangkapan Anak Exco Terlibat Kes Dadah

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan isu yang heboh diperkatakan bahawa seorang anak kepada seorang EXCO Kerajaan Negeri Terengganu.

Ketuanya, Fariz Musa berkata, anak anggota Exco tersebut ditahan oleh pihak polis di dalam satu sekatan jalanraya, baru-baru ini.

”Dalam sekatan (jalanraya) itu, anak Exco berkenaan dikatakan memandu kereta rasmi Exco milik kerajaan negeri dan pihak polis telah menjumpai dadah yang disembunyikan di bonet kereta tersebut,

”Jumlah dadah tersebut dikatakan jika disabitkan kesalahan boleh membuat hukuman mati mandatory.”ujar Fariz dalam sidang media Pelancaran Gerakan Selamatkan Wang Rakyat Terengganu ( Semarak Terengganu ) yang diadakan di sini semalam.

Menurutnya, berdasarkan laporan banyak blog-blog menyatakan Exco tersebut yang juga salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri di kawasan Parlimen Besut kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Namun begitu, katanya, pihak tertentu UMNO Negeri dikatakan sedaya upaya ingin menyembunyikan serta menutup kes tersebut agar tidak dihidu oleh rakyat bagi menjaga nama baik UMNO.

Fariz mengganggap, sekiranya perkara tersebut benar-benar berlaku dan membabitkan penggunaan kereta rasmi kerajaan, maka wajarlah Ketua Polis Negeri Terengganu menjelaskan kepada umum kes tersebut kerana melibatkan penyalahgunaan harta rakyat .

Sehubungan itu, beliau memohon agar Ketua Polis Negeri Terengganu bertindak secara telus dan profesional tanpa mengambil sikap mendiamkan diri, serta tidak bertindak menyembunyikan perkara tersebut dan bersekongkol dengan UMNO bagi menutup kesalahan itu.

Dalam sidang media yang sama, Fariz berkata AMK akan menggerakkan SEMARAK ke seluruh Negara bagi memberikan kesedaran dan maklumat kepada rakyat tentang penyelwengan, salahlaku dan rasuah yang telah dilakukan oleh pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).

Beliau berkata, di negeri Terengganu AMK akan membuat beberapa laporan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berdasarkan pendedahan yang dibuat dalam Laporan Ketua Audit Negara – Buletin Online

Banjir kilat di Teluk Kumbar Pulau Pinang - Malaysiakini






















Lawatan ke kawasan banjir kilat di Teluk Kumbar bersama pegawai daerah Barat Daya - Tuan Hj Jusni dan ADO Bahagian Pembangunan Pejabat Daerah Barat Daya En Rosdan pada 19 hb Nov 2009

Wednesday, November 18, 2009

Polis Pencegah Rusuhan / PGA 5 kali ganda dari yang siasat jenayah - Malaysiakini

Firstly, congratulations to Dr. Syed Husin Ali! I’ve had the honour of working with him on a number of occassions, and am delighted that a man of such integrity and caliber is being elected to our Senate.

Secondly, I may be doing some maintenance on this blog later tonight, so please forgive any interruptions you may experience.

Now, like everyone else, I was incensed at Hishamuddin’s utterly idiotic statement that crime is on the rise because we demonise the cops.

I think the degree to which this defies logic and makes no rational sense whatsoever a) shows us once again who exactly is running our country (I mean, I know you have to suck up to the cops, but not to the point of assuming anyone would actually swallow such bullshitla), b) exempts me from ranting too long about it.

Let’s look instead for the real reason crime is on the rise in some good figures YB Tony has produced:

From the above chart, what stands out is the fact that only 7.65% of the police force is specifically dedicated fighting crime, while 33.1% of the force is dedicated to “internal security”, that is the Federal Reserve Unit (FRU), the Light Strike Force, and a “Pasukan Gerakan Am”, which was originally intended to fight the Communists in the jungle! It is almost as if the country is in a state of emergency to the extent that more than 40,000 police officers are tasked to “internal security”.

(If I’m not mistaken, we are technically indeed in a state of emergency still)

Wahhhhh. So almost five times the amount of personnel assigned to investigating crime in Malaysia are assigned to fighting ‘riots’ and… communists? >:|

This is infuriating. Nevermind that we also need almost five times that same amount to manage cops (a figure which apparently does not include ‘logistics’ - a department which also has more cops assigned to it than criminal investigations).


Dicedok dari JELAS

We are a country of some 27 million people. We have only 9,379 cops investigating crime, and almost as many (short only by 249) cops in the Special Branch.

Sunday, November 8, 2009

PKR Perak namakan JK Kerja MPN baru - Malaysiakini


Satu kenyataan media telah dikeluarkan oleh Pengerusi Pimpinan Negeri (PPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang baru, Sdr Mustaffa Kamil Ayub. Kenyataan tersebut antara lain menyenaraikan nama-nama ahli JK Kerja Majlis Pimpinan Negeri (MPN) baru dilantik.

Menurut kenyataan tersebut, “sebanyak 3 siri mesyuarat khas telah di adakan dengan semua ketua cabang KEADILAN Negeri Perak.”

PKR juga telah membuat satu perbincangan khas bersama ketua-ketua cabang dalam membentuk JK Kerja MPN meneliti aspek-aspek gabungan muka baru dan lama, perimbangan kaum, berusaha ke arah 30% wanita, potfolio berdasarkan potfolio kerajaan negeri Perak dan beberapa pertimbangan lain.

Nama-namaJK Kerja MPN yang baru dilantik;

PPN : Mustaffa Kamil Ayub

TPPN: Dr. Lee Boon Chye

NPPN: Madzi Hasan

NPPN: Chang Lih Kang

NPPN: Kesavan Subramaniam

Ketua AMK: Abd Yunus Jamahri

Ketua Wanita: Fathmawati Salim

SU : Anuar Zakaria

TSU : Zainal Abidin Alias

Bendahari: Tai Sing Ng

T Bendahari : Dato’ Dr. Yap Yit Thong

Ketua Penerangan: Zulkifly Ibrahim

T Ketua Penerangan: Hazha Hawalid

Ketua Whip DUN Perak : Chan Ming Kai

T Ketua Whip DUN Perak: Kesavan Subramaniam

T Ketua AMK: Chan Ming Kai

T Ketua Wanita: Noriah Nordin

Ahli MPN :

Haji Mhd Supian B Nordin

Haji Hamzah Bin Mohd Zain

Hj Mohamad Aun Bin Yob Abas

Alias Zenon

Leong Tuck Kuan

Fauzi Muda

Chun Weng Sum

Haji Ahmad Shaarani Bin Abdul Khalid

Ridzuan Bani

Haji Yahya Bin Othman

Mohamad Azman Marjohan

Robert Ngo Chin Peng

Hj Usaili Alias

Abdul Rahman Bin Uda Mat Isa

Ketua Biro Politik : Mustaffa Kamil Ayub

Ketua Biro Pilihan Raya : Ismail Yusop

Ketua Biro Latihan : Abd Rahim Sabli

Ketua Biro Strategi: Mohd Nasib Rahin

Ketua Biro Keusahawanan : Mohsin Fadzli Haji Samsuri

Ketua Biro Ekonomi: Dato’ Dr. Yap Yip Thong

Ketua Biro Pembangunan Industri: Tai Sing Ng

Ketua Biro Integrasi : Thina Garan

Ketua Biro Keahlian : Chang Lih Kang

Ketua Biro Orang Asli: Arsian

Ketua Biro Guaman dan Undang2: Baldip Singh

Ketua Biro Pertanian & Perladangan : Dato’ Dr. Shanmugan

Ketua Biro Kesihatan: Dr. Subramaniam.

Ketua Biro Pengurusan dan Komunikasi: Anuar Zakaria

Ketua Biro Agama dan Pendidikan : Hj.Suwardi Hj.Sapuan

Ketua Biro Pembangunan Perdesaan : Haji Abdul Hamid Ali

Ketua Biro Hal Ehwal Pengguna : Madzi Hasan

Ketua Biro Kebajikan: Mashirah Md Yusof

Ketua Biro Kebudayaan & Sukan: Muzaffar Shah Khairuddin

Ketua Biro Kerajaan Tempatan: Liow Yong Lih

Ketua Biro Antarabangsa : Wendy

Ketua Biro Pembangunan & Perlancongan : Suzana Manja

Ketua Biro NGO: Ng Mun Yin

Sementara itu Mustaffa Kamil Ayub, Dr. Lee Boon Chye, Dr. Mohamad Nur Manuty, dan Sdr Nordin Mahmud dilantik. Penyelaras Panel Perunding bagi Sains & Teknologi, Tanah, Pengangkutan Awam dan Isu-Isu Utama

Dari PerakExpress

Konvesyen Parti KeADILan Rakyat Pulau Pinang - Malaysiakini

Wednesday, November 4, 2009

Laporan PAC : Kos tanah projek PKFZ 67% lebih tinggi dari biasa - Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini melaporkan bahawa kos tanah bagi bagi setiap kaki persegi dalam projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) adalah RM41.76 iaitu 67 peratus lebih tinggi daripada harga RM25 yang ditetapkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH).

Laporan itu menyatakan jika tanah bagi projek itu diperolehi mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960, kerajaan hanya perlu membelanjakan RM442.13 juta dan menjimatkan sejumlah RM645.87 juta.

Selain itu, pengenaan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun bagi bayaran balik tanah secara tertunda sebelum perjanjian jual beli ditandatangani oleh Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) Datin Paduka O.C Phang telah menyebabkan berlaku pengenaan caj dua kali terhadap kerajaan.

Ini kerana semasa JPPH menetapkan harga tanah pada RM25 sekaki persegi, jabatan itu telah mengambil kira faedah sebanyak 7.5 peratus untuk bayaran balik tertunda selama 15 tahun.

PAC juga mendapati bahawa kelulusan dari kerajaan tidak diperolehi berhubung pengenaan kadar faedah tersebut.

"Pengenaan kadar faedah ini menyebabkan LPK perlu membayar kos pembelian tanah berjumlah RM1.088 bilion di samping faedah tambahan berjumlah RM730 juta menjadikan jumlah pembayaran RM1.818 bilion," kata laporan itu.

Menurut laporan itu, Phang dan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan gagal mematuhi arahan dari kerajaan dan Kementerian Kewangan dalam urusan perolehan tanah itu untuk projek PKFZ.

Selain itu, arahan Ketua Setiausaha Perbendaharaan supaya tanah bagi projek itu diperolehi secara pengambilan balik mengikut Akta Pengambilan Tanah 1960 dan dibiayai melalui peruntukan Kementerian Pengangkutan dan kemudiannya disewa pajak kepada LPK juga tidak dipatuhi.

Jawatankuasa itu juga mendapati tindakan Phang menandatangani perjanjian jual beli termasuk membangunkan infrastruktur bernilai RM1.088 bilion adalah menyalahi peraturan kewangan kerajaan kerana beliau tidak mendapat kelulusan dari Kementerian Kewangan.

Tindakan Phang juga didapati tidak selaras dengan kehendak Port Authorities Act 1963 yang menetapkan bahawa beliau perlu mendapat kelulusan daripada Lembaga Pengarah LPK terlebih dahulu.

Laporan itu juga menyatakan bahawa LPK wajar memastikan bahawa pemaju projek PKFZ iaitu Kuala Dimensi Sendirian Berhad (KDSB) telah melaksanakan semua kerja infrastruktur seperti yang ditetapkan dalam perjanjian jual beli tanah sebelum menjelaskan semua bayaran harga tanah yang akan tamat pada 2017.

Malah jawatankuasa itu turut mendapati pelantikan KDSB sebagai pemaju oleh LPK tidak dibuat secara teratur kerana Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Pengurus Besar LPK itu gagal mematuhi arahan Kementerian Kewangan berhubung perkara itu.

KDSB telah dilantik sebagai kontraktor oleh LPK bagi projek pembangunan PKFZ secara rundingan terus.

Laporan itu menyatakan bahawa pada Jun 2001, Kementerian Kewangan menetapkan kontrak kerja pembangunan dibuat secara tender terbuka dan kos pembangunan projek PKFZ dibiayai melalui terbitan bon jangka panjang dengan jaminan kerajaan.

Perjanjian jual beli tanah yang ditandatangani KDSB dan LPK pada November 2002 juga mensyaratkan KDSB dilantik sebagai kontraktor pembangunan PKFZ walau pun kelulusan dari Kementerian Kewangan tidak diperolehi untuk dikecualikan dari proses tender.

Menurut laporan itu, kelulusan dari Kementerian Kewangan adalah perlu bagi membolehkan tapisan dibuat untuk menentukan tahap keupayaan kewangan dan kepakaran KDSB melaksanakan projek yang melibatkan perbelanjaan yang begitu besar.

"Kegagalan Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan dan Pengurus Besar LPK mematuhi arahan Kementerian Kewangan dan memohon kelulusan dari kerajaan berhubung dengan pelantikan KDSB sebagai pemaju projek adalah merupakan satu kesalahan dan tindakan undang-undang perlu diambil terhadap mereka," syor laporan itu. - BERNAMA

Press Released on up coming event -Jom Daftar Undi and One Buck Short Concert - Malaysiakini

", Please publish this event if see fit.I welcome you to call me for futher enquiries. 019-4728099.
Sincerely,Sim


Program Jom Daftar Undi and One Buck Short ConcertJom Daftar Undi is a six-month program to actively register new voters. Wewill open counter together with Suruhanhanjaya Pilihanraya (SPR) at the mainhall of QueensBay Mall from November, 2009 to April, 2010. It isnon-partisan and neutral program, and supported by the Government agency.


We feel strongly that register as voter is every citizen's obligation. It isthey duty to come forward to register themselves.
To mark the start of this six month program, we begin with a launching forJom Daftar Undi by organizing a Concert by One Buck Short Band (OBS). OBS isa popular band that has followings across the country. Hopefully, they willattract young people and create awareness about the importance to registeras voter. The event will be officiated by Deputy Chief Minister I of Penang,YB Dr. Mansor bin Othman.

Several young YBs across the country will also grace the event andhopefully, their youthfulness will attract young voters to interact withthem and thus creating the awareness that young people can also change thecountry for the better. (See list below)


*The launching of "Jom Daftar Undi" program:*Date: November 7th, 2009 (saturday)Time: 4.00pm-6.30pmVenue: QueensBay Mall North Zone Ground Floor, PenangOrganizer: The Office of YB Sim and Suruhanjaya Pilihanraya (SPR)Dignitaries: YB Dr. Mansor (Guest of honor), YB Nurul Izzah, YB Yusmadi, YBManikumar, YB Amir Shari, YB Sim Tze Tzin and many more.


This event is organized by the Office of YB Sim Tze Tzin, ADUN PantaiJerejak together with Suruhanjaya Pilihanraya. The Queensbay Mall isgenerous enough to host the event. We also recieved the support from UnitEhsan Malaysia and many individuals to become volunteers in this event. Theevent will be opened by Deputy Chief Minister I of Penang, YB Dr. Mansor binOthman.

Together, several young YBs from across the country will beparticipating in this activity. They are namely: YB Nurul Izzah, MP LembahPantai, YB Yusmadi Yusoff, MP Balik Pulau, YB Manikumar, Exco Kedah, YB AmirShari, ADUN Batu Cave. YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak is the host forthis event.


*Why Jom Daftar Undi?*According to statistics by UNDP Malaysia Report and Merdeka Center YouthSurvey, about 44% of young people did not register to vote. About 32% ofpopulation of Malaysia is between 20-39 years old. Therefore it is estimatedthat about 3.6 million eligible voters did not register to vote. This is astaggering number.


Most of the young people surveyed by Merdeka center thought that voting isnot high priority in their lives. Among other reasons given are busy andother commitment, no time, indifferent or negative towards politics. Some 8%of people surveyed even said they don't know where to register as voter.


S
*Objectives of this event*Given this background, we think that it is important to engage young peoplein this political process, to exercise their democratic rights, to give themgreater say in the future of this country.


Therefore, we want to register as many young voters as possible during thisperiod.
It is also noteworthy to state that, with General Election speculated to beheld within next 12 months, it is vital to register early because, it willtake about 6 months to process the voters list. We do not want to repeat theexperience of 1999, a many as 680,000 young voters registered but did notgranted the voting rights because of "long process time".


Queensbay Mall is strategically situated at the heart of FTZ, Bayan Baru,where large crowd of young people stay work and entertain themselves. Wehope this will attract more young people to register.


*Volunteers Needed*As this is a six month continuous program, we need volunteers to help manthe counter every saturday 3-5pm. If you feel strongly about this Jom DaftarUndi Exercise, Please contact our coordinator Jason <incubus_skj@yahoo.com> andAfif <afifbahardin@gmail.com> to volunteer in this program.
*The Schedule Launching Program**4.30pm: Ice-breaking by MC
5.00pm: Cheerleading / Boom Boom Dance
5.20pm: Opening Speech by YB Sim Tze Tzin
5.30pm: Opening / launch by DCM I Dr Mansor
5.35pm: Band Performance (ONE BUCK SHORT), followed by Interactive Gameswith audience and Young YBs.*
6.30pm: Close

Sim Tze TzinADUN Pantai JerejakState Assemblyman of Penang12-J-2 Jalan Rumbia11900 Bayan Lepas,Pulau PinangTel: +6019 472 8099Fax: 04-2260633Website: www.pantaijerejak.comBlog: www.simformalaysia.comfacebook: simtzetzin@gmail.comtwitter: simtzetzin@gmail.com

Hassan Ali menabur cerita ?? - Malaysiakini



LAPORAN | Sejak jawatankuasa disiplin dibentuk oleh PAS untuk mengambil tindakan terhadap beberapa peribadi dalam PAS Selangor, Pesuruhjayanya Dr. Hasan Ali dilaporkan tidak tenteram.

Beliau tidak ada banyak pilihan, kecuali membalas dendam kepada beberapa peribadi seperti Mursyidul Am PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang begitu banyak mengkritik peribadinya sebelum ini.

Beliau mungkin mulai sedar bahawa keyakinan rakyat, ahli-ahli PAS serta rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat kian pudar terhadap peribadinya.

Jalan yang ada yang sedang dibuat Dr. Hasan adalah turun padang bertemu ahli-ahli PAS untuk meraih simpati.

Antara siri pertemuan yang sempat saya dapatkan bukti, adalah pertemuan Dr. Hasan dengan AJK PAS kawasan Zon Selatan pada 1 November 2009 lalu, jam 9.15malam – 11.30malam di Puchung Perdana.

Selepas YDP Puchung berucap, Ketua Dewan Ulama Selangor yang cuga Pengerusi Majlis, Ustaz Md Zain menjelaskan konsep tahalluf siyasi.

Beliau meminta semua ahli PAS yang hadir membuat mindsetting dengan membuang elemen-elemen sekular serta kembali melihat Islam sebagai asas pemikiran semasa majlis dialog berlangsung itu.

Ust Zain juga meminta ahli yang datang untuk tidak membuat rakaman, mengambil gambar atau sebagainya bagi mengelakkan fitnah.

Kemudian, Dato Hassan Ali memberi penerangan tentang isu-isu yang berlegar pada dirinya. Beliau kelihatan bersungguh-sungguh untuk mempertahankan dirinya dan mengatakan dakwaan yang terpalit pada dirinya adalah fitnah jahat dan tidak mempunyai sebarang bukti.

Beliau menceritakan kenapa beliau masuk dalam PAS adalah semata-mata ikhlas dalam perjuangan. Beliau melihat politik dan dakwah hanya dalam PAS dan tidak ada pada lain-lain jamaah.

Beliau menyebut sejak beliau masuk PAS, segala perniagaannya telah disekat segenap sudut.

Jika dulu beliau kebiasaanya membawa keluarga pergi bercuti di luar negara dua kali setahun, tetapi sejak masuk PAS hendak pergi bercuti ke Langkawi pun tidak mampu.

Skim 15 kerusi paling minimum untuk dimenangi pada PRU-13.

Beliau juga mempersoal wakil rakyat Kota Raja, Kuala Selangor, dan Shah Alam yang lantang mengkritik beliau tetapi langsung tidak sms atau berjumpa dengan beliau untuk mendapatkan penjelasan. Beliau juga menyindir mereka kerana lebih suka mendedahkan rahsia parti dalam blog-blog media baru.

Sesi penerangan beliau memakan masa dalam 30 minit dan sesi ini beliau lebih banyak mempertahankan diri beliau serta memberitahu audiens tentang kehebatan exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor serta menekankan tentang tiada masalah antara parti-parti PR dalam memerintah Selangor.

Beliau juga dengan bangga memberitahu MB Selangor telah melantik beliau sebagai pengerusi jawatankuasa pembangunan negeri Selangor 25 tahun akan datang.

Sesi itu persis ucapan orang UMNO kerana terlalu banyak ayat ‘angkat bakul sendiri’.
Kemudian sesi soal jawap. Antara yang menarik soalan-soalan oleh audiens adalah – Kenapa YB Khalid Samad dan YB Saari Sungip dipecat dari Dewan Harian PAS Selangor.

Ahli-ahli PAS yang terlibat dengan blog yang menghuru-harakan serta mendedahkan rahsia parti agar diambil tindakan tegas

Ahli PAS tidak dapat projek

Kenapa Dato PJ membuat kenyaataan akhbar dan tidak melalui saluran dalaman berkaitan isu SELCAT

Penjelasan terhadap soalan-soalan yang dikemukan dimulai oleh Sdr Khairuddin, S/U Badan Perhubungan PAS Selangor.

Beliau dengan suara lantang mempertahankan Hassan. Beliau menceritakan dalam pertemuan PAS dengan DAP, YB Teresa Koh bertanyakan ura-ura Hassan hendak masuk UMNO. Beliau berhujjah tidak mungkin kerana calon PAS yang bertanding dalam p/raya berbaiah akan jatuh talak 3 jika mereka melompat parti.

Beliau juga mengatakan wakil-wakil rakyat yang membuat onar dengan melompat parti sebelum ini adalah DAP dan PKR.

Ketika diminta mengulas tentang mengapa Khalid dan Saari Sungip dibuang dari Dewan Harian PAS Selangor, beliau berkata :

  • 1. Fahaman mereka terlalu liberal
  • 2. Mereka bersetuju untuk melaksanakan p/raya PBT sedangkan PAS Pusat tidak merestuinya. Hassan berhujah jika ianya dilaksanakan, maka orang Melayu di Sabak Bernam dan Kuala Selangor lah yang akan menjadi majoriti ahli majlis PBT. Khalid dan Saari berhujah “let got it, kita perlukan ahli-ahli majlis yang berwibawa dan layak untuk menduduki kerusi ahli majlis”.
  • 3. Isu bantuan kerajaan negeri terhadap sekolah swasta/agama. Mereka bersetuju dengan cadangan exco DAP untuk menyamaratakan bantaun tersebut.
  • 4. Isu ganti tanah kepada kuil-kuil. Jika didapati ada kuil-kuil yang haram dan hendak dirobohkan, maka kerajaan negeri hendaklah menggantikan dengan tanah yang baru. Termasuk lah tanah-tanah yang dimiliki oleh MAIS. Mereka bersetuju.
  • 5. Isu pembinaan Pusat Kebudayaan Cina di sebelah masjid baru yang dibina di suatu tempat. Pada mulanya tanah tersebut hanyalah 2-5 ekar tetapi diminta oleh exco DAP tambahan tanah sehingga menjadi 15-18 ekar tanah yang bernilai RM 3.8 juta (kalau tidak silap). Mereka bersetuju.
  • 6. Penguatkuasaan enakmen Islam. Mereka tidak bersetuju kerana ianya merupakan enakmen zaman UMNO memerintah. Hassan berhujjah enakmen itu adalah berkaitan tangkap khalwat, zina, yang bercumbu-cumbuan, orang minum arak etc. Beliau dengan sinis mengatakan “tak kan perkara ini pun tidak boleh sedangakn enakmen yang hendak dikuatkuasakan itu adalah standard dengan negeri-negeri lain”.

Hassan juga mendedahkan tentang pendirian DAP yang tidak sesekali akan menerima enakmen Islam walau apapun yang berlaku.

Beliau menceritakan terdapat cadangan daripada exco DAP untuk membuat IT International Zone (kalau tidak silap) iaitu salah satu fungsinya adalah tempat untuk hiburan bertaraf antarabangasa seperti hiburan 24 jam, kelab malam 10mlm-4pg, kedai arak etc. Cadangan tenpat adalah di Puchong dan Shah Alam. Hassan berhujah dalam meting exco bahawa armarhum Sultan sudah menitahkan Shah Alam dilarang dibuat perkara-perkara seperti itu.

Berkaitan dengan respon tentang blogger, Hassan menyindir pimpinan/ahli PAS yang menggunakan blog sebagai medium. Sebagai contoh beliau menyindir Tulang Besi. Paling menarik, Hassan dengan sinis menyindir TGNA yang menggunakan blog sebagai medium. “Tok Guru pun guna blog!!!!”. Sinis Hassan.

Beliau juga mempertikaikan TGNA berkaitan artikel di blog TokGuru kerana mengambil sumber daripada tulisan persepsi Prof Aziz Bari dan kegusaran sekumpulan Cina Sarawak yang berkunjung ke Kota Bharu berkaitan isu PAS di Selangor.

Beliau dengan sinis bertanyakan kenapa TGNA tidak telefon beliau untuk bertanyakan secara direct padahal TGNA mempunyai bermacam-macam S/U untuk menghubungi beliau.

Berkaitan projek-projek kepada ahli PAS beliau secara berhujjah peraturan mengkehendaki beliau mengambil tender yang paling murah dan jika tidak, SPRM akan menunggu di depan pintunya.
Pada ketika ini, Ust Zain mengatakan Unit Amal dapat mengesan ada ahli yang merakam dialog.

Hassan juga memberi pengingatan tentang rakaman dan pimpinan tidak redha jika ada rakaman.

Antara pimpinan PAS yang hadir adalah YB Dr Hassan Ali, YB Iskandar (datang lambat sedikit), Ust Zain Dewan Ulama, Khairuddin S/U Perhubungan PAS Selangor, Ustazah Hasrina Dewan Muslimat,
Roslan SMS, YB Shafei, YB Yunus, YDP PAS Puchong, YDP PAS Sepang, Adram Musa (Bendahari Pemuda PAS Pusat).

sumber Zainulfaqar

Pelik. JK Disiplin belum pun habis buat keputusan. Tapi Hasan Ali sudah pun mula buat "tour" berjumpa dengan pimpinan kawasan2 seluruh Selangor. Apa motif berjumpa dengan pimpinan2 KAwasan seluruh Selangor ni? Bukan sepatutnya Hasan Ali tunggu keputusan JK Disiplin dahulu, baru buat program2 sebegini? Apa jaminan tidak ada soalan yang datang dari peserta yang menyentuh kes yang sedang berjalan dalam JK Disiplin?

Nampak sangat Hasan Ali tidak menghormati JK Disiplin. Seharusnya beliau menunggu dahulu JK Disiplin habis buat keputusan, baru buat program sebegini. Tarikh mula program CUUUKUUUPPP hampir dan selepas tarikh Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat.

Dipetik dari Kerabubersuara

Media Conference Statement by Lim Kit Siang on PKFZ scandal - Malaysiakini

Media Conference Statement by Lim Kit Siang in Parliament on Wednesday, 4th November 2009 at 10.45 am:

Attorney-General Gani Patail should resign unless he can explain why he failed to take action against former Transport Minister Chan Kong Choy for criminal breach of trust in illegally issuing three Letters of Support landing the country with the RM12.5 billion PKFZ scandal

At long last, the Public Accounts Committee (PAC) report on the mother of all scandals, the RM12.5 billion Port Klang Free Zone (PKFZ), has been tabled in Parliament, together with several tombs of documents, viz verbatim minutes of 13 PAC meetings on the subject from 11th June to 3rd September 2009, Price Waterhouse Coopers’ report on position review of PKFZ and its appendices.

The PAC report has confirmed and vindicated my statements and allegations about the PKFZ not only as “a can of worms” but a “swamp of crocodiles” that I have made in Parliament since the last session, and raises the question why no action had been taken very much earlier to avoid the rotten state of the PKFZ scandal today.

The PAC report has confirmed that RM645.87 million would have been saved if the PKFZ land had been acquired under the Land Acquisition Act 1960, for then it would have cost only RM442.13 million and not RM1.088 billion before interest.

PAC recommended that former Transport Minister Datuk Seri Chan Kong Choy be investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) and the Police for unlawfully issuing three Letters of Support which has landed the country with the RM12.5 billion PKFZ scandal, citing the offence of criminal breach of trust under Section 14(1) of the Financial Procedure Act 1957 read together with Section 409B Penal Code.

I commend PAC for taking such a clear stand but I cannot wonder what is the use of such a reference to the MACC, when the MACC and previously the Anti-Corruption Agency had been aware of these facts as I had spoken about them many times in Parliament in the past three years.

This is from the verbatim report of the PAC meeting of 23rd June 2009 in the exchange between PAC member and DAP MP for Petaling Jaya Utara Tony Pua and the MACC Director of Investigations Datuk Haji Mohd Shukri bin Abdull:

Pua Kiam Wee: Akan tetapi, sebelum ini, sebelum 2007 pun isu-isu salah guna kuasa telah pun dikemukakan dengan jelas terutamanya mengenai isu letter of support yang telah ditandatangani oleh pihak Menteri pada masa itu telah pun jelas dan telah pun diakui oleh ramai termasuk pihak-pihak daripada kerajaan bahawa seseorang Menteri Pengangkutan tidak mempunyai kuasa untuk memberikan apa-apa jaminan kewangan kepada pihak sesiapa dan apakah tindakan yang diambil pada masa itu? Kenapa pada masa itu tiada siasatan diambil untuk menyiasat sekiranya ada unsur-unsur salah guna kuasa. Sekurang-kurangnya salah guna kuasa dan boleh jadi isu penyelewengan pada masa itu.

Datuk Haji Mohd Shukri bin Abdull : Okey, Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat, Letter of Support yang dikatakan dikeluarkan oleh Menteri kepada OSK untuk pinjam kepada Kuala Dimensi juga merupakan salah satu isu yang kita siasat dan kita complete siasatan itu dan Timbalan Pendakwa Raya berpendapat bahawa tiada kesalahan salah guna kuasa berlaku. Itu pendapat yang dikeluarkan oleh Timbalan Pendakwa Raya. Itu satu isu yang kita siasat Tuan Pengerusi.

From the above verbatim record, it is crystal clear that the fact of Chan Kong Choy having abused his powers as Transport Minister and committed breach of trust in unlawfully issuing the three letters of support were not new information to the MACC, as it had investigated them and found that no offence had been committed.

What purpose can be served by PAC recommending that SPRM should further investigate into Chan Kong Choy for the offence of criminal breach of trust when it had already investigated and cleared him of having committed any such offence?

What is urgently needed is a Royal Commission of Inquiry to build on the PAC findings as well as to investigate why the MACC, the Attorney-General and other key institutions and important officials had failed to discharge their duties in allowing the PKFZ scandal to reach the present astronomical scale.

Attorney-General Tan Sri Gani Patail had appeared before the PAC to reiterate that Chan had unlawfully given an implicit government guarantee in the three Letters of Support which he had no power to give as Transport Minister. The question is why the Attorney-General had failed to take action against Chan for abuse of power or criminal breach of trust in illegally issuing three Letters of Support landing the country with the RM12.5 billion PKFZ scandal.

Gani Patail should resign as Attorney-General if he cannot give a satisfactory explanation .

Parliament should have a special debate on the PAC report on the PKFZ scandal, but the first step is for MPs to go through the tomb of PKFZ documents tabled in Parliament today.

Keadilan Perak Bergolak????? - Malaysiakini

Perbagai helah serta serangan dilancarkan UMNO bagi mengkucar-kacirkan PKR terutamanya di Perak. Ini adalah dasar dan permainan UMNO yang sengaja digemparkan bagi melemahkan dan seolah-olah PKR Perak dilanda masalah.

Desakan Wanita Cabang Ipoh Barat supaya Ketua Wanita Negeri Hajjah Fathmawaty meletakkan jawatan adalah permainan UMNO yang menjadi dalang disebalik isu ini. Tidak relevan langsung desakan itu, kata Hajjah Fathmawaty.
Tambah beliau lagi, Wanita Cabang Ipoh Barat memang mempunyai masalah dalaman sebelum ini, berbagai cara dan kaedah cuba diambil sebelum ini tetapi mereka yang tidak mahu memberi kerjasama. Hanya mereka tahu hanyalah menyalahkan Perhubungan Negeri saja.

Segala masalah boleh diselesaikan secara demokratik, tersusun dan bijak sebagai orang politik, tapi nampaknya mereka ini hanya pandai "bermain politik".

Dalam perkembangan terbaru, kabarnya beberapa orang Wanita Cabang Ipoh Barat akan mengambil keputusan untuk keluar PKR kerana menganggap Wanita PKR Negeri sudah tidak mahu lagi "berkompromi" dengan mereka, itulah alasan mereka.

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN