PAS  mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang  kerana berjaya menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan selepas  mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.
 Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata walaupun  Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan raya Umum 2008 cuba untuk  menaburkan fitnah bahawa PR tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik,  namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya  pemerintahan di bawah Pakatan.
 Pada 2007, katanya, Kerajaan BN  mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik  sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan  RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.
 Katanya, bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak  RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil  dengan lebihan RM77 juta.
Tambahnya,  pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN  dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun  pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah  kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.
 “Pada pembentangan Belanjawan  2009 peruntukan meningkat lagi kepada  RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang  pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,”  katanya.
 Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga  memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan  RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
Di  samping itu, ujarnya dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang  dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri  itu adalah tidak benar.
 Ini kerana pada 2008, 78  kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima  projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor  bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.
 Pada 2009 pula, tambahnya 89  kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan  kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat  sahaja.
 Menurutnya, pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada kontraktor  Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan  Melayu enam Syarikat.
“Peningkatan yang ketara ini membuktikan  Kerajaan Pakatan Rakyat masih  menghormati hak kaum Melayu  dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek  adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang  ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.
 “Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan  hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihan raya lalu. Pakatan sesekali  tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir  mana-mana negeri,” katanya.
 Sehubungan itu, katanya, PAS berharap kejayaan itu dapat diteruskan  dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat  yang berterusan kepada PR untuk penggal yang akan datang.
 NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT  TANPA UBN.......
 'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh  rakyat Malaysia’