Saturday, February 12, 2011

Sidang Media AMKPP di Taman Pelangi Juru Pulau Pinang








AMKPP yang diketuai oleh Sdr Amir Ghazali telah mengadakan sidang media berkaitan isu perobohan oleh MPSP di Taman Pelangi Juru Pulau Pinang. Sdr Amir yang juga ahli Majlis MPSP memaklumkan yang hanya sebanyak lebih kurang 25 buah gerai terlibat dalam operasi fasa 1 oleh MPSP. Terdapat 3 fasa yang masih dalam proses. YB Ong Chin Wen yang merupakan ADUN Bukit Tengah turut hadir untuk memberi bantuan kepada peniaga-peniaga tempatan yang terlibat.




Antara isu yang dipersetujui bersama perniaga terlibat setelah sessi dialog ialah:




1. Barang-barang peniaga yang dirampas akan dipulangkan dengan kos minima




2. Para peniaga tempatan yang terlibat akan diberi bantuan segera.




3. Tapak peniagaan sementara untuk peniaga terlibat akan diusahakan dalam tempoh terdekat




4.Tapak perniagaan tetap akan dicadangkan oleh AMK Negeri untuk kemudahan perniaga tempata,




5. Siasatan akan dijalankan ekoran aduan ramai tuan punya astaka di kawasan Taman Pelangi menyewakan astaka mereka kepada warga asing.








Walaupun keadaan agak tegang semasa sidang akhbar, tetapi perniaga memberikan kerjasama setelah dimaklumkan yang tujuan utama AMK mengadakan sidang media adalah untuk menindakkan maklumat dalam Utusan Malaysia yang menyatakan bahawa sebanyak 1000 gerai terlibat dalam operasi perobohan. AMKPP yang hadir juga adalah bertujuan untuk mencari jalan membantu perniaga yang terlibat

Turut sama hadir dalam pertemuan tersebut ialah YB Ong Chin Wen, Pembantu beliau juga Blogger Sharpshooter Amizudin Ahmat, Ketua AMKPP Amir bin Md Ghazali, Tim Kt AMKPP Ahmad Azrizal Tahir, Naib Ketua AMKPP Dr Rajan, Exco AMKPP, Sdr Mohd Faizal (Ketua AMK Balik Pulau), Sdr Azhar (Kt AMK Kepala Batas) , Sdr Azhar Ahmad (S/Usaha AMK Tsk Gelugor) dan Sdr Rizal Hamid (Exco AMKPP)

PRK Lagi....




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim meninggal dunia setelah terjatuh di bilik air di kediamannya kira-kira pukul 6.30 petang.
Zaharuddin, 63, pernah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 9 Mei tahun lalu setelah berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas) Temerloh.

Beliau meninggalkan balu, Datin Rozlifah Ahmad, 33, yang baru dikahwininya tahun lalu.

Timbalan Ketua Polis Temerloh, Supt. Zundin Mahmood mengesahkan kematian tersebut.

Sejak pilihan raya ke-12 pada 8 Mac 2008, Malaysia menyaksikan sebanyak 14 pilihan raya kecil, termasuk pilihan raya Tenang, di Johor, yang diadakan baru-baru ini

Selepas ini, rakyat Malaysia akan bersiap sedia pula untuk mengadakan pilihan raya kecil kali ke-15 iaitu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, di Melaka, ekoran kematian wakil rakyatnya pada 20 Januari lalu.

Jumlah itu menghampiri jumlah pilihan raya kecil yang berlangsung antara tahun 1987 dengan 1990 tetapi masih kurang dua berbanding angka sepanjang tempoh 1995- 1999.

Malaysia menyaksikan 16 pilihan raya kecil selepas pilihan raya umum ketujuh dan tiga bulan sebelum pilihan raya umum kelapan pada November 1990.

Malah, sebanyak 16 pilihan raya kecil diadakan antara tempoh selepas pilihan raya umum 1990 menjelang pilihan raya umum April 1995.

Pun begitu, Malaysia pernah berdepan 17 pilihan raya kecil – jumlah tertinggi sejak awal 1980-an – yang diadakan sepanjang tempoh selepas pilihan raya umum 1995 dan sebelum pilihan raya umum 1999.

Daripada 17 pilihan raya kecil itu, tiga di Sarawak, yang lazimnya mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan.

Jenazah dijangka dikebumikan pagi esok. – AL – FATIHAH

Keputusan PRU 12 bagi DUN Kerdau


Jumlah Pengundi: 8,451
Peratusan Kaum: M: 89.04% C:5.62% I: 3.59% L: 1.75 %

1. Zaharuddin Abu Kassim (BN) (4,135)
2. Hassanuddin Salim (Pas) (2,520)

Majoriti: 1,615
Jumlah undi: 6,777
Peratus mengundi: 80.19%
Undi rosak: 122





Kali ini giliran di negeri Pahang pula yang tingal cuma di negeri Perlis sahaja yang wakil rakyat masih sihat.

Pulau Pinang - Permatang Pauh, Penanti dan Permatang Pasir.
Kedah - Bukit Selambau.
Perak - Bukit Gantang.
Selangor - Hulu Selangor.
Kelantan - Manek Urai dan Galas
Terengganu - Kuala Terengganu
Johor - Tenang
Negeri Sembilan - Bagan Pinang
Sarawak - Batang Ai dan Sibu
Sabah - Batu Sapi
Melaka - Merlimau akan berlangsung
Terkini Pahang pula - Kerdau

Yang untong adalah rakyat kerana umno apco akan tabur duit berjuta untuk kawasan tersebut.

Tuesday, December 7, 2010

Isu Ketuanan Melayu- Kenyataan YB Saifudin Nasution Ismail

ISU KETUANAN MELAYU:
JANGAN LARI DARI PERSOALAN REKOD PEMBELAAN RAKYAT TERBANYAK

Saya merujuk kepada pelbagai kenyataan yang dibuat berkenaan isu
ketuanan rakyat, terutamanya dari kalangan pimpinan Umno.

Pertamanya, saya mengucapkan tahniah kepada pimpinan Umno, PERKASA dan
kaum-kerabat mereka yang tidak pernah gagal mengingatkan rakyat
Malaysia bahaya politik perkauman sempit. Dalam satu minggu yang
lepas, segala usaha pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak melalui
kempen 1Malaysia yang menelan belanja puluhan juta ringgit menggunakan
wang rakyat; hancur musnah apabila pimpinan-pimpinan Umno dan PERKASA
menunjukkan kembali wajah sebenar mereka. Tidak kira berapa banyak
wang yang dibayar kepada perunding antarabangsa sekalipun, budaya
perkauman sempit yang dibawa oleh Umno dan Barisan Nasional tidak akan
hilang kerana ia sudah menjadi sebahagian daripada darah daging
mereka.

Pun begitu, saya melahirkan rasa kesal kerana Umno dan PERKASA tidak
mahu berdepan dengan gagasan yang dibawa oleh KEADILAN dalam Kongres
Nasional Ke-7 baru-baru ini. Gagasan tersebut, seperti yang
disampaikan oleh Presiden parti Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail,
menyentuh mengenai mekanisme terbaik untuk membela orang Melayu.
Persoalan yang dilontarkan oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah adalah mudah;
iaitu kaedah bagaimana yang boleh menjamin kelangsungan dan darjat
orang Melayu yang akan dihormati dan bermaruah, dalam kerangka
masyarakat pelbagai kaum yang ada di Malaysia dan arus globalisasi
yang deras meninggalkan kita?

Kaedah sedia ada dibawa oleh Umno – iaitu mengabui mata rakyat
mengenai hak mereka (melalui Umno) untuk terus berkuasa tidak kira
prestasi mereka dan kebajikan rakyat keseluruhannya, terutamanya nasib
orang Melayu. Konsep “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan secara terbuka
dan dibisikkan secara senyap ini oleh BTN dan agensi-agensi lain,
menakut-nakutkan orang Melayu bahawa perubahan kerajaan kepada pakatan
politik yang lain akan menyebabkan orang Melayu hilang kuasa. Apabila
orang Melayu hilang kuasa, maka nasib orang Melayu akan terjejas dan
akan tertindas.

Sebab itu, saya menganggap bahawa tindakan Umno dan PERKASA mengheret
institusi Raja-Raja Melayu dengan mentaklikkan “Ketuanan Melayu”
sebagai “Ketuanan Sultan” adalah satu tindakan yang bacul di pihak
Umno dan PERKASA. Mereka tidak mampu berdepan dengan persoalan penting
membicarakan kaedah terbaik membela orang Melayu terbanyak seperti
yang ditimbulkan KEADILAN, lalu mereka cuba menggunakan institusi
Raja-Raja Melayu. Tindakan seperti inilah sebenarnya yang menghina
institusi Raja-Raja Melayu kerana ia tidak menghormati kedudukan
Raja-Raja Melayu yang memayungi seluruh rakyat jelata tidak mengira
kaum, agama dan pegangan politik.

Namun, tindakan Umno dan PERKASA itu bukanlah perkara baru. Rekod
mereka mencalarkan kedudukan institusi Raja-Raja Melayu di mata rakyat
sudah diketahui umum. Krisis-krisis perlembagaan yang melemahkan
institusi Raja-Raja Melayu dalam tahun 1983 dan 1993 dicetuskan oleh
Umno. Lebih malang, dalam kedua-dua siri krisis perlembagaan yang
disusun oleh Umno itu, berlaku serangan-serangan yang bertujuan
mengaibkan Raja-Raja Melayu dalam akhbar-akhbar dan media milik
mereka. Ada beza yang besar diantara cakap-cakap seorang dua rakyat
jelata yang dituduh mempersoalkan kedudukan Raja-Raja Melayu, dengan
satu gerakan tersusun yang dilaksanakan secara besar-besaran oleh
sebuah parti politik yang mengaku mempertahankan Ketuanan Melayu.

Saya beri amaran supaya Umno dan PERKASA jangan lagi cuba memfitnah
KEADILAN dan Pakatan Rakyat dalam perkara ini. Dasar Bersama Pakatan
Rakyat yang diluluskan pada 19 Disember 2009, secara jelas
mempertahankan kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputra dan
institusi raja berpelembagaan.

Ini dinyatakan dalam Fasal 1 Perkara a(i) “Pakatan Rakyat akan
mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi
Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai
di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang
Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak serta
kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153”; dan Fasal
1 Perkara a(ii) “Pakatan Rakyat akan mempertahankan peranan dan
tanggungjawab institusi raja berpelembagaan”.

Makanya, KEADILAN ingin membawa kembali polemik “Ketuanan Melayu” ini
kepada perkara dasar yang diulas oleh Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail
– iaitu wacana kaedah terbaik untuk melahirkan anak bangsa Melayu yang
beriman, boleh berdikari, berprinsip dan berdaya juang supaya mereka
kekal bermaruah dalam kerangka masyarakat pelbagai kaum di negara ini
dan arus globalisasi mutakhir.

Apakah kaedah Umno yang memperkecilkan kebolehan anak Melayu, dengan
menakut-nakutkan mereka dan menimbulkan rasa curiga terhadap semua
yang bukan Melayu, akan berjaya melahirkan anak bangsa Melayu yang
bermaruah?

Apakah “Ketuanan Melayu” yang berpaksikan kepada sistem kroni dan
mendokong rasuah dengan menghamburkan kekayaan negara kepada beberapa
kroni rapat Umno (tanpa mengira kaum) akan melahirkan golongan peniaga
Melayu yang berdaya maju? Apakah budaya rasuah yang berleluasa di
dalam Umno akan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu tidak akan
dijual suatu hari nanti?

Apakah anak bangsa Melayu yang membesar dengan perasaan curiga akan
dapat mengambil pendekatan positif menunggang arus globalisasi untuk
menjadi pemimpin antarabangsa?

Persoalan yang dibawa oleh KEADILAN adalah persoalan jatidiri dan
kaedah terbaik membina jatidiri tersebut. Kaedah “Ketuanan Melayu”
yang dibawa oleh Umno dan PERKASA bukan sahaja terbukti gagal membina
jatidiri orang Melayu, malah menyebabkan kebajikan rakyat terbanyak
(terutamanya golongan berpendapatan rendah yang majoritinya orang
Melayu) terabai.

Sehingga kini, selepas 3 dekad “Ketuanan Melayu”, 75% dari bilangan
keluarga yang pendapatan isi rumahnya di bawah RM2,000 adalah orang
Melayu. Golongan ini jugalah yang dikategorikan sebagai golongan 40%
paling miskin di Malaysia, seperti yang dihuraikan Perdana Menteri
sendiri dalam Rancangan Malaysia Ke-10.

Selepas 3 dekad “Ketuanan Melayu”, rakyat terbanyak juga yang
dibebankan dengan pemotongan subsidi sedangkan subsidi korporat
sebanyak RM19 bilion setahun (dalam bentuk subsidi gas kepada penjana
bebas) tidak disentuh. Umno dan PERKASA tidak melahirkan sedikit
keluhan pun apabila bantuan kepada rakyat termiskin, yang rata-ratanya
orang Melayu ditarik setiap enam bulan untuk menampung perbelanjaan
boros kerajaan membayar perunding antarabangsa, sedangkan tidak ada
satu mekanisme pun diperkenalkan untuk menyalurkan kembali
rasionalisasi subsidi kepada golongan termiskin ini.

Justeru, KEADILAN yakin bahawa polemik “Ketuanan Melayu” ini adalah
benteng terakhir Umno dan PERKASA yang kian rapuh dan ditolak rakyat.
Demi melahirkan Malaysia yang majmuk, mengamalkan toleransi dan
berdaya saing, KEADILAN akan konsisten membawa gagasan Ketuanan Rakyat
melalui bangsa yang bermaruah – kerana kami yakin gagasan ini tidak
dapat dijawab oleh Umno dan PERKASA.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

6 DISEMBER 2010


Dihantarkan kepada anda melalui / Delivered to you by:

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Wednesday, October 20, 2010

PIC PROG BERSAMA PIMPINAN DI PULAU PINANG

Program bersama calon pimpinan pusat berjalan dengan lancar di Pulau pinang. Pilihan diberi dan sebagai ahli parti yang berdaftar adalah hak kita untuk memberi undi kepada yang dirasakan mampu membawa inspirasi kita dan membawa parti ke depan.

Monday, September 27, 2010

Kemenangan team reformis di bayan baru













































Pemilihan di Cabang Baru yang dikatakan menjadi tumpuan kerana 3 ADUN di Parlimen Bayan Baru merupakan DUN yang diwakili oleh ADUN Parti Keadilan Rakyat memang panas. Bermula dengan drama bantahan terhadap pegawai yang bertugas kerana mengarahkan semua pihak yang bertanding mengosongkan halaman Dewan Pemilihan hingga ke proses pengiraan pada jam 3.00am.Dapat dilihat siapa yang terlalu ingin menang hingga mengetepikan ada sopan dan kesabaran dalam pertandingan yang dikhabarkan pertandingan adik beradik.
Ramai dapat menyaksikan kehadiran Pembantu Khas Ahli Parlimen yang melompat berada di khemah satu pihak . Untuk makluman beliau juga telah mengistiharkan keluar parti dalam satu sidang media dan dgn penuh bangga mengunting kad keahlian Parti Keadilan Rakyat, begitu juga kehadiran ahli PKR yang pernah membakar baju dan topi parti dihadapan pihak akhbar, menurut beberapa saksi yang ditemui beliau yang paling lantang memburukan calon team reformis dan turut aktif mengapi-apikan agar kalangan anak muda kem beliau masuk ke dewan dan menimbulkan kekecohan. Yang pastinya harapan dari saya agar Ketua Pegawai Pemilihan telah take note atas apa yang berlaku dan beliau akan menyiapkan laporan berkaitan insiden tersebut untuk tindakan pihak atasan.
Dendam kesumat yang bersarang di dada merupakan racun berbisa yang mengakibatkan berlaku kekecohan pada hari pemilihan. Pihak cabang telah melalui s/usaha cabang menyenaraikan beberapa nama yang telah khianat pada perjuangan parti, mungkin...ya mungkin ada tangan ghaib di belakang mereka. Nama dihantar lama sebelum pemilihan tetapi tiada respon.
Harap selepas berakhirnya pemilihan ahli semua dapat menilai siapa yang ikhlas dan siapa yang punya agenda sendiri.

Friday, September 24, 2010

Pemilihan cabang Bayan Baru 2010

Salam, permilihan yang dijangka akan berlaku dengan sengit pada 25 hb Sept bertempat di Dewan Silver Jubilee Sg Dua Pulau Pinang dari jam 10.00am-4.00ptg. Dikempilkan calon dari team reformis.'





JAWATAN NAMA NO AHLI NO TEL
KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG AHMAD AZRIZAL BIN TAHIR P120000356 012-4984556
016-4355488
TIM. KT ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG SHA’ARI BIN MD SALLEH P120001522 013-7887766
NAIB KETUA ANG MUDA KEADILAN CABANG VICTOR SEOW KOO TATT P120005272 012-4391560
NAIB KETUA AMK 2 DILANTIK
NAIB KETUA AMK 3 DILANTIK
AHLI JAWATANKUASA
1 MOHD YUSOFF BIN HASHIM P120000363 012-5354007
2 MOHD AIDIL FITRI BIN IBRAHIM P120001202 012-4304423
3 ZULFADZLI BIN MD NOORDIN P120000373 012-5895611
4 JASON SIM KOK JIUN P120005271 016-4228200
5 JOHN OOH SIN HWA P120002512 012-4751669
6 AZHAR BIN NOORDIN P120002429 012-4467353
7 ROHANA BT SHAARI P120005521 017-4270846
8 YUSMAR BIN SHAIK ISMAIL P120002560 012-4542105
9 SHAMSUL AMRIN BIN AZHAR P120001532 016-7804930
10 MAZUKI BIN AHMAD P120001155 012-4147533
11 ZULKARNAIN BIN MOHD ALI P120000285 019-5082933
12 ZIEZULLHAKIM BIN ZAINOL P120003935 012-5044836
13 LALITA BT SAAD P120002470 012-4481437
14 ROSNI BT ISMAIL P120000378 016-4355488
15 NOOR IZZAR BIN JAMALUDIN P120000369 016-6383355
STRUKTUR UNTUK PEMILIHAN AMK CABANG BAYAN BARU 2010-2012 BAGI MENGHADAPI PILIHANRAYA KE 13

Pengerusi Tetap:
Tim. Pengerusi Tetap:
Pemeriksa Kira-kira 1:
Pemeriksa kira-kira 2:
Setiausaha:
Penolong Setiausaha / SUK:
Bendahari:
Ketua Penerangan:




AHMAD AZRIZAL BIN TAHIR
@ Azrizal Tahir

Ahli Parti Keadilan Rakyat sejak 1999.Lulusan dalam bidang kesetiausahaan dari UITM.
Pengarah Pilihanraya DUN Batu Maung 2008.
S/Usaha Pemuda Keadilan Balik Pulau sejak 2000-2004, Ketua Angkatan Muda Bayan Baru Sejak 2005-2010. Naib Ketua Angkatan Muda Pulau Pinang 2009-2010.
S/Usaha Kelab Motosikal Canggih dan Klasik Pulau Pinang 2005-2008
Pengerusi Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang 2007-2010.
Bertugas sebagai Pembantu Khas ADUN Batu Maung / Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. 2008-2010

Blog: kerani-opis.blogspot.com


SHA’ARI BIN MD SALLEH @ SHA”ARI
Ahli parti sejak 2007. Memperolehi Kelulusan Dalam Bidang Kewangan Islam dari Universiti Teknologi MARA. Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa 2001/2002. AJK JKKK Bukit Gedong dan AJK Angkatan Muda Cabang Bayan Baru 2008/2010. Berkhidmat di Penang International Halal Hub sebagai Ketua Bahagian Pensijilan Halal dan Fasilitasi.


VICTOR SEOW KOO TATT
Ahli parti sejak 2008. Memperoleh “Saujana Muda Sains Politik” (Bachelor of Arts in Political Science) daripada La Trobe University, Melbourne pada tahun 2006. Kini bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada YB Sim Tze Tzin, ADUN Pantai Jerejak

MOHD YUSOFF BIN HASHIM
Ahli sejak 2001. Lulusan Ijazah dalam bidang pengurusan Bertugas sebagai di sektor logistik. Mantan Bendahari AMK Bayan Baru dan sekarang sebagai Naib ketua 1 AMK Bayan Baru
Blog: usopsontoroyo.blogspot.com



MOHD AIDIL FITRI BIN IBRAHIM
Ahli Sejak 2001. 2009-2010 Setiausaha JKKK Bukit Gedung, Pengerusi Kelab Perpaduan Rakyat Bukit Gedung , AJK Persatuan Penduduk Bukit Gedong Penyelaras Pengangkutan Unit Ehsan Pulau Pinang .Mengetuai Bilik Operasi Pilihanraya JDM Bkt Gedong tahun 2008. AJK AMK Cabang Bayan Baru 2008-2010
Blog : aidilsaloon.blogspot.com/





ZULFADZLI BIN MD NOORDIN
Ahli sejak 2000 Bertugas di sektor perindustrian sebagai juruteknik. Timbalan Ketua AMK Cabang Bayan Baru sejak 2007.
Blog:zulmamakpng.blogspot.com/








JASON SIM KOK JIUN

Ahli sejak 2009 – Mengangotai Pasukan Sukarela kepada ADUN Pantai Jerjak. Baru sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Pengurusan dan Perniagaan.





JOHN OOH SIN HWA

Ahli sejak 2008 Lulusan dalam bidang kejuruteraan elektronik. Pernah bertugas sebagai pembantu khas YB Sim Tze Tzin. Pembantu khas kepada YB Dato’ Mansor Othman Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang


AZHAR BIN NOORDIN
Ahli sejak 2000. Menjawat jawatan sebagai Pen Ketua Penerangan AMK Cabang Bayan Baru 2009-2010. Quarter Master Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang 2008-2010. Bertugas di Pejabat Exco Hal Ehwal Pengguna Negeri Pulau Pinang


ROHANA BT SHAARI
Ahli sejak 2010. Aktif dalam Persatuan Ibu Tunggal Pulau Pinang. Usahawan Berjaya dalam bidang kecantikkan (11 tahun pengalaman)


YUSMAR BIN SHAIK ISMAIL
Ahli sejak 2007. Juruteknik di Sektor Industri . Ahli Pertubuhan Unit Ehsan sebagai Timbalan Ketua Penerangan / IT . 2008 Kelab Perpaduan Rakyat (PADU) Timbalan Setiausaha & Biro IT. 2008 – 2010 AJK AMK Cabang Bayan Baru.
Blog:sangkalibot.blogspot.com



SHAMSUL AMRIN BIN AZHAR
Ahli sejak 2001. Juruteknik di sector industry. 2008-2010 Ahli Jawatankuasa AMK Bayan Baru.Juga merupakan setiausaha Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang . S/Usaha Kelab Perpaduan Rakyat. Tim Khalifah Muda Pertubuhan Silat Gayung Malaysia.




MAZUKI BIN AHMAD
Ahli sejak 2001. 2007-2010 Ketua Penerangan AMK Cabang Bayan Baru. Bertugas di hotel Equatorial. Timbalan ketua penyelaras Unit Ehsan Pulau Pinang





ZULKARNAIN BIN MOHD ALI
1999 Jawatankuasa Jentera Pilihanraya DUN Aulong.1999-2000 AJK Pemuda Keadilan Bahagian Taiping. 2002-2005 AJK Pemuda Keadilan Bukit Gantang. 2006-2010 Bendahari AMK Cabang Bayan Baru. 2009-2010 AJK Angkatan Muda Negeri Pulau Pinang (Pengerusi Biro Keselamatan dan Kebajikan). 2007 Pengasas Kepada Penubuhan Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang Mengusahakan perniagaan sendiri.

Blog : tunsabanbalek.blogspot.com


ZIEZULLHAKIM BIN ZAINOL
Ahli sejak 2007. Lulusan dalam bidang kejuruteraan Mekanikal . 2008-2010 Dilantik sebagai S/Usaha Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru. Bertugas di Pejabat Exco Hal Ehwal Agama Negeri Pulau Pinang
Blog: Paksupir.blogspot.com


LALITA BT SAAD
Ahli sejak 2004. Aktif dalam NGO tempatan Bekerja di sektor industri. Aktif dalam beberapa NGO tempatan.




ROSNI BT ISMAIL
Ahli sejak 2001. Aktif dalam NGO tempatan. Pengusaha produk makanan tempatan. Pemeriksa Kira-kira AMK Cabang Bayan Baru sejak 2008.


NOOR IZZAR JAMALUDIN
Ahli Sejak 2003-2010 . S/Usaha AMK Cabang Bayan Baru 2004-2008.AJK Cabang Bayan Baru 2006-2010. Naib Ketua AMK Bayan Baru 2007-2010. Mengusahakan Perniagaan sendiri.
Blog:bloghijat.blogspot.com/

Sunday, August 29, 2010

Pertemuan 2 Calon Ketua AMK Pusat di Sungai Petani


Sdr Saiful bersama Chegu Bard

Sdr Syamsul menyampaikan (Tazkirah)

Pimpinan AMK di meja bulat

Md Zaman Ketua AMK Wilayah turut hadir bersama rombongan Shamsul

Bard dan Shamsul semeja


Chegu Azman (Tim Kt AMK Kedah ) telah menganjurkan majlis berbuka puasa pada 28 hb Ogos 2010 bertempat di kediaman beliau di Taman Krystal Sungai Petani. Majlis ini menyaksikan kehadiran ramai pimpinan AMK dari Kedah dan Pulau Pinang. Turut sama dalam majlis berbuka ini ialah Sdr Syamsul Iskandar Md Akin (Kt AMK Pusat) dan Chegu Badrul Hisham Shahrin (Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR). Mereka berdua merupakan calon Ketua Angkatan Muda Pusat. Keramahan mereka tidak menampakkan berlakunya pertembungan biarpun mereka berdua dikatakan akan bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Pusat. Turut sama hadir ialah YB Senator Ir Zamri (Ahli Dewan Negara), Sdr Saiful Izham Ramli (Kt AMK Kedah), Sdr Zulkifli Ibrahim (Exco Angkatan Muda Pusat), Sdr Md Zaman )Kt AMK Wilayah Persekutuan, Din Binjai (Exco AMK Pusat), Azrizal (Naib Ketua AMK Pulau Pinang dan Pimpinan AMK dari seluruh Kedah.

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN