Wednesday, September 2, 2009

Binatang yang hidup macam manusia - Malaysiakini

KUALA LUMPUR: “Saya tidak akan memaafkannya sampai bila-bila dan berharap dia menerima hukuman paling berat setimpal dengan seksaan teruk yang dilakukan terhadap diri saya,” kata Siti Hajar, 33, pembantu rumah warga Indonesia yang cedera parah didera majikannya sejak tiga tahun lalu.

Beliau ditemui di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di sini, sebelum pulang ke kampung halamannya di Garut, Jawa Barat, Indonesia, petang semalam.

Menurutnya, dia pulang untuk menemui dua anaknya yang ditinggalkan sejak Julai 2006 dan akan kembali ke negara ini bagi menghadiri prosiding mahkamah sebagai saksi berhubung kes deranya, Oktober depan.

“Saya bersyukur kepada Allah dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedutaan Indonesia atas jasa baik mereka yang begitu mengambil berat dan menjaga saya sejak beberapa bulan lalu sehingga sembuh sepenuhnya.

“Selain itu, kesedihan hati saya sedikit terubat kerana menerima tunggakan gaji yang belum dibayar dan wang berkenaan akan digunakan untuk keperluan hidup keluarga termasuk membeli rumah untuk disewakan.

Hati saya ini begitu tidak sabar untuk bertemu anak serta keluarga, sekali gus menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama mereka di sana,” katanya dalam keadaan sebak bercampur gembira, semalam.

Hadir sama, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar.

Siti Hajar berkata, dia turut akan bekerja semula sebagai pembantu rumah di negara ini untuk mencari rezeki dan beranggapan tidak semua orang bersikap kejam seperti majikannya.

Sementara itu, Da’i berkata, Siti Hajar dibenarkan pulang sementara menunggu prosiding mahkamah selanjutnya yang akan dijalankan Oktober serta November ini dan semua kos penerbangan dibiayai kerajaannya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mangsa yang diperlakukan bagai hamba abdi dengan didera hampir setiap hari, nekad melarikan diri dari rumah majikannya itu di Kondominium Lanai Kiara, Mount Kiara di sini pada 8 Jun lalu.

Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia berkenaan diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.

Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia didakwa hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan.

Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar yang cedera parah hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan melarikan diri.

Majikannya ditahan sebaik dia membuat laporan polis berhubung penderaan itu.

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN