Thursday, November 26, 2009

PERIHATIN KEPADA MANGSA BENCANA- Malaysiakini


Kawasan rumah mangsa



Kelihatan bumbung yang ditimpa pokok durian


Batang durian yang telah dipotong dengan bantuan jiran


Pangkal pokok yang tumbang

Walau Kerajaan di negeri Pakatan Rakyat mengamalkan pendekatan berbeza jika dibandingkan dengan kerajaan BN sebelum ini dalam membantu masyarakat yang kurang berkemampuan, namun masih ada dari kalangan pimpinan samada dari peringkat tinggi mahupun peringkat akar umbi Pakatan Rakyat masih tidak mengerti erti perubahan.
Dulunya kita menyuarakan rasa kurang puas hati sekiranya ada benda atau perkara yang jika diamati boleh diselesaikan dengan segera tanpa birokrasi. Setelah diberi peluang seharusnya perkara seperti ini harus diamati keperluan dan keberkesanannya.
Bukan saya nak berceloteh atau berleter, cuma tadi saya dihujani dengan panggilan berkenaan mangsa yang rumahnya ditimpa pohon durian. Kawasan tersebut berjiran dengan kawasan yang saya awasi (DUN Batu Maung). Dasar Open Door yang diamalkan tidak membataskan saya untuk membantu sekiranya ada masalah di kawasan luar dari bidang kuasa tugasan saya. Kejadian dimaklumkan pada saya 21hb Nov 2009 lebih kurang jam 10pm. Ketika itu saya di Yayasan Al-Nahdoh mengawasi adik-adik Unit Ehsan yang bertugas. Saya memaklumkan kepada Pegawai Khas TKM dan menghubungi JKKK kawasan tersebut. Keesokanya (tidak pulang kerana jambatan ditutup) terpaksa mengetuai AJK Kejohanan Bola Jaring di Padang Sony kemudian terus sambung bermesyuarat dengan Jawatankuasa AMK Negeri pula.Saya berada di luar kawasan saya selama 2 hari. Isnin pula penuh dengan tugasan.
Panggilan berjawab.Malangnya Pengerusi JKKK tersebut meninggalkan telefon bimbit beliau. Pesan saya kepada isteri pengerusi tersebut agar beliau memaklumkan kepada Pengerusi berkenaan ada pokok tumbang dalam kawasan beliau. Minta beliau untuk membantu merekod kejadian tersebut untuk tindakan pihak Pejabat Daerah menghulurkan bantuan.
Kelmarin hari Selasa, saya menghubungi Pengerusi JKKK berkenaan. Malangnya beliau memaklumkan yang beliau tidak mendapat pesan tersebut dan bertanya 'sekiranya beliau ke situ apa yang boleh dilakukan beliau'. Pada pandangan saya biarpun siapa yang dihubungi memaklumkan kejadian bencana berlaku, seeloknya kita ziarah walau tak berkemampuan menyumbang.
Hari ini saya dihubungi oleh beberapa rakan dan saudara dari kawasan berkenaan yang tiada pimpinan samada dari negeri mahupun setempat melawat mereka.
Saya bergegas ke tempat kejadian bersama aktivis PAS setempat yang bukan dari kalangan mereka yang diberi amanah sebagai JKKK , makcik dan pakcik tuan punya rumah rupanya mempunyai penyakit lelah kronik. Saban masa mengunakan ubat sedut. Sedih bila dimaklumkan mereka tidak mendapat sebarang bantuan walau kos perubatan mereka mencecah RM 400 sebulan. Mempunyai 3 orang anak perempuan yang telah berkeluarga , tak memungkin mereka yang telah berumur lewat 60-an dan sudah tak bekerja boleh hidup mewah.
Setelah menghulurkan bantuan peribadi, saya bergegas ke Balai Polis untuk melaporkan kejadian tersebut bertujuan memudahkan sebaransg bantuan dihulurkan oleh pihak berwajib.

Tujuan saya disini bukan untuk menunjukkan yang saya melakukan tugas diluar kawasan, cumanya harapan saya agar pimpinan setempat lebih perihatin terhadap kes-kes sebegini. Tindakan segera perlu diambil bukan setakat untuk meraih undi tetapi yang penting tanpa mengira fahaman politik bantuan segera harus diusahakan . Harus sedikit kreatif Jangan hanya bila hampir dengan pilihanraya baru nak cari data warga emas, data anak yatim. Amanah yang diberi bukan hanya untuk atau ketika hampir pilihanraya tapi sepanjang masa hidup kita di muka bumi ini.

1 comment:

Unknown said...

Salam,
Satu catatan menarik untuk dikongsi bersama, anugerah kemenangan bukan lah satu yang boleh dibanggakan,pengisian perlu demi kesinambungannya!

Ada juga insan yang selalu kita hulurkan bantuan,setakat mana yang mampu,namun keluar kat Sinar Harian...katakan kita pinggirkan beliau,yang beri bantuan adalah JKM...bukan kita,merungut Yb tak tak mai rumah,.aik..50 tahun BN perintah, berapa kali yang dia orang mai rumah?..adakah Tun mai jenguk..alih2 kita pula dijadikan isu,akibat jarum Umno nak tukjukkan kepada umum kita tidak perihatin orang susah!
Saya ada call akbar yang buat liputan....beritahu...'kita punya senarai yang setiap agihan bantuan nama beliau tidak ketinggalan', sipemberita kata"sedia maklom ianya hanya" borak2 saja" ada orang "cucuk"
....aaaaaaarr cam tu pun ada!

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN