Monday, February 1, 2010

Kontraktor Melayu masih menguasai tender di Pulau Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menolak dakwaan kontraktor Melayu dipinggirkan dari memperoleh kontrak menerusi sistem tender terbuka yang diamalkan negeri itu sejak Mac 2008.

Kata beliau, tanggapan bahawa orang Melayu tidak boleh bersaing dengan kontraktor bukan Melayu melalui sistem tender terbuka adalah salah sama sekali.

“Sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang telah melaksanakan 23 tender terbuka di mana 7 (30%) daripada 23 dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan baki 16 (70%) dimenangi oleh kontraktor Melayu.

“Manakala bagi Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang telah mengeluarkan 66 tender terbuka, 22 (33%) dimenangi oleh kontraktor bukan Melayu dan 44 (67%) dimenangi oleh kontraktor Melayu,” kata Lim dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang mengamalkan sistem tender terbuka dalam semua kontrak dan pembelian Kerajaan melalui internet.

Lim mengatakan demikian sebagai mengulas pandangan beliau gagal memberikan kepimpinan baik di Pulau Pinang.

Rabu lalu bekas Pengerusi PKR Negeri Datuk Seri Zahrain Hashim menyifatkan Lim sebagai seorang Diktator, Cauvanis dan berfikiran Komunis.

Zahrain dipetik sebagai berkata PR tidak akan berkrompomi dengan pemimpin dari Melaka itu kerana Lim telah gagal memenuhi janji pilihan rayanya.

Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, sistem tender terbuka, kontraktor kelas F yang mana hanya diberikan kepada golongan Bumiputera sahaja, buat pertama kali memberi peluang kepada mereka yang bukan kroni UMNO untuk mendapatkan kontrak di Pulau Pinang.

Sebelum ini, kontrak-kontrak hanya diberikan kepada kroni-kroni UMNO dan mereka dari luar Pulau Pinang.

Lim berkata adalah jelas persaingan melalui tender terbuka yang diperkenalkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) adalah lebih telus serta telah memberi manfaat kepada semua golongan berbanding sistem rundingan terus Kerajaan BN kepada kroni-kroninya.

Apa yang amat menarik adalah hasil daripada pelaksanaan sistem tender terbuka kepada semua kaum, katanya.

Tambah beliau sistem tender terbuka telah membuktikan kontraktor Melayu dapat bersaing dengan kontraktor bukan Melayu dan berjaya memperoleh kontrak tersebut melalui merit dan kebolehan mereka sendiri.

“Jelaslah kepada kita bukan kebolehan sesuatu kaum yang menjadi persoalannya sekarang tetapi polisi yang salah yang telah menjadikan mereka bergantung hidup terutamanya apabila ia membantu Kerajaan BN mengekalkan kuasa yang dimilikinya.

“Contoh terbaik adalah negara China yang mengalami kebuluran dan keadaan ekonomi yang teruk disebabkan oleh polisi makan daripada “periuk besi tunggal” tanpa mengira sejauh mana mereka bekerja keras atau tidak.

“Walau bagaimanapun, semenjak negara China membuka pintu ekonominya dan membenarkan seseorang itu menentukan kejayaan dan pulangannya melalui kesungguhan dan kerja keras, negara China telah berjaya mentransformasikan negaranya daripada sebuah negara yang “sakit di rantau Asia” dalam tahun 1960-an kepada kedudukan ekonomi kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2011,” katanya.

Lim berkata, BN telah mengamalkan polisi yang menyekat inisiatif, kerja keras, kesungguhan dan produktiviti yang mana ia hanya memberi faedah kepada segelintir kroni mereka.

Contohnya, kata Lim, kuota sebanyak 30% saham terbitan syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia diberikan kepada orang Melayu hanya memanfaatkan segolongan orang Melayu sahaja sedangkan golongan kebiasaan yang lain tidak pernah mendapat saham atau pulangan daripada kerajaan persekutuan.

Oleh itu menurut Lim, kerajaan negeri berasa kesal dengan unsur-unsur yang bersekutu dengan BN yang terdapat di kalangan kerajaan PR dalam menentang usaha kerajaan melaksanakan sistem tender terbuka dan urus tadbir CAT.

Thursday, January 28, 2010

adakah celcom dan telekom akan jadi jentera pilihanraya BN??

Salam,
Nih korang baca MSK punye edition... Semalam baginda da bagitau ada sesetengah blog tak leh bukak korang taknak amik action... Semalam MSK pun ada bgtau, dia kate block berlaku adalah melalui IP seseorang, makna kata nya, sesetengah orang boleh bukak, dan lagi sesetengah tak leh bukak... mungkin yang tak leh bukak tu ialah pembaca tegar, dimana Kerajaan Najib dah tau IP mana yang pembaca tegar dan IP mana pembaca baru... Kalau dia block blog nanti semua orang takleh masuk... tapi kini Najib block pembaca-pembaca tegar agar maklumat antara blogger terbantut... kurang asam nye Najib...

Jan 27th, 2010 | By Admin | Category: Mat Saman Kati, utama
Pada 23 Januari, satu artikel tersiar di Malaysia Today tentang perancangan BN untuk melumpuhkan blog-blog pembangkang. Dalam siri lawatan Najib ke India, delegasi Najib telah berunding untuk mendapatkan khidmat pakar-pakar IT untuk melumpuhkan blog-blog pembangkang. Seramai 200 hackers akan diambil dengan bayaran RM300 juta setahun. (Lihat disini)
Semalam, aku menerima dua sms dari pembaca Perakex. Mereka bertanya mengapa dah lama Perakex tidak dikemaskini. Aku pun heran sebab Perakex dikemaskini setiap hari. Tetapi setiap kali mereka mengakses Perakex, mereka akan melihat laman yang di kemaskini pada 22 Januari 2010. Dimana artikel “Dimana Allah Berada” pada muka depan.
Aku mengandaikan bahawa IP mereka telah di block dari mengakses Perakex. Salah seorang dari mereka mencuba laman Penarik Beca dan Tukar Tiub dan mendapati perkara yang sama berlaku dimana dia mengakses laman lama. Dia kemudian mencuba menggunakan komputer CC dan tak ada masalah. Kesimpulannya, IP beliau telah di halang dari mengakses laman-laman blog pro-PR yang utama.
Blog-blog pro-PR semakin mendapat perhatian kebelakangan ini dengan jumlah pengunjung yang meningkat dengan begitu banyak. Tetapi harus berhati-hati kerana kita tidak mahu apa yang berlaku kepada Suara Keadilan Online pada tahun 2008 berlaku kepada blog-blog pro-PR.
Aku bukan pakar dalam blog, tetapi kenaikan pengunjung yang mendadak menyebabkan beberapa blog di gantung oleh Blogspot seperti yang berlaku kepada blog Matsamankati aku dulu. Begitu juga dengan blog Notoumno kepunyaan Radenjowo.
Aku perhatikan, beberapa blog naik dengan mendadak. Blog Albanjari meningkat dengan cepat. Begitu juga dengan blog Penarik Beca yang sudah lebih popular dari blog Anwar Ibrahim. Sekiranya itu satu kenaikan yang normal kerana pengunjung semakin meminati blog tersebut, tak apa..aku ucapkan tahniah. Tetapi apa yang aku risau, bila tiba masa yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya, blog hangpa kena suspend. Buat back-up dan lakukanlah apa yang patut.
Najib sanggup menghabiskan ratusan juta untuk menutup blog pembangkang dengan mengimpt pakar-pakar IT dari India. Apa macam kalau pakar-pakar IT dan hackers dari Malaysia pula bergabung melawan Umno? Ada sapa-sapa nak cadangkan?
Sementara itu, perkhidmatan Streamyx dan CELCOM semakin teruk. Semalam, sehari suntuk aku tak boleh nak access internet di Kuala Kangsar. Mungkin selepas ini, Telekom dan CELCOM juga akan menjadi sebahagian dari jentera pilihanraya BN.
Hari ini, seramai 50 orang telah ditahan dibawah ISA (Malaysiakini)
Fifty individuals, including university students and a few foreigners, have been nabbed nationwide under the Internal Security Act in an apparent counter-terrorism blitz.
According to Abolish ISA Movement (GMI) lawyer Edmund Bon, the 50 were detained last Thursday and taken to Bukit Aman federal police headquarters.
Apa pula selepas ini?

Friday, January 22, 2010

Program Ceramah Terkini Parlimen Bayan Baru- 23 Jan 2010


YB Dr Ustad Mujahid Yusof Rawa MP Parit Buntaryang juga YDP PAS Bayan Baru


Khairul Anuar Zainudin @ Jonah - Naib Ketua AMK Pusat


YB Hj Abd Malik Kassim- ADUN Batu Maung merangkap EXCO Kerajaan Negeri
Pulau Pinang


YB Sim Tze Tzin ADUN Pantai Jerjak / Timbalan Ketua AMK Pulau Pinang


Tarikh : Sabtu 23 Jan 2010


Jam : 9.00 malam


Tempat :Dewan JKKK Sg.Ara

Pulau Pinang

SEMUA DIJEMPUT HADIR





Makan Tengahari di Pulau Aman


Gambar kenangan depan SRK Pulau Aman


Penumpang tempatan memenuhi bot ketika dalam perjalanan pulang


Sempat lagi makan atas bot masa balik


Peta Pulau Aman- Lokasi menarik di jeti ketibaan


Abis dah nasi goreng , dok tunggu mee udang sampai plak


Lapar beb....


Hasil kerja 3 orang


Possing depan restoran, sebelum makan


Nama ada, logo sudah hilang


Permandangan Pulau Aman dari Laut


Menunggu bot bergerak


Aksi Rizal Hamid semasa perjalanan ke Pulau Aman


Din dan Rizal Hamid menunggu transport ke pulau


Permandangan Jeti di Batu Kawan

Saya berkesempatan bersama Din Binjai dan Rizal Hamid untuk makan tengahari bersama di Pulau Aman beberapa hari yang lalu. Pejalanan dengan bot mengambil masa kurang dari 10 minit. Kami bertolak dari Jeti di Batu Kawan kira-kira jam 1.00tghr . Ini merupakan kunjungan kali kedua bagi saya. Pulau yang mempunyai 40 buah rumah penduduk merupakan Pulau yang amat dikenali dengan produk belacan dan mee udang. Nasi goreng udang

Sunday, January 17, 2010

Kerani Opis di Morib Updated pic- Sekolah Politik anjuran Institut Kajian Dasar


Adam - Satu-satunya wakil dari Kedah


Hasrul Muhaimi (Chik On) S/usaha Pengelola PKR -Salah seorang tenaga pengajar


Antara peserta yang hadir


Kelas sedang berjalan


Pintu masuk ke Dewan Latihan



Entrance


Pengulungan semasa sessi Parlimen dari Perdana Menteri heheheh


Barisan Pembankang ketika berbahas


Din Binjai merupakan Speker Dewan


Peserta dari Pulau Pinang
Din Binjai (Berkopiah), Hazrie, di belakang
Depan Dari Kanan - Syed Rizal Mikael, Azrizal Tahir, Rizal Abd Hamid


Barisan Kabinet Kerajaan Malaysia- Pakatan


Peserta bersama speaker Dewan


Salah seorang tenaga pengajar-Hasmi Hashim , anak didik IKD


Para peserta yang menduduki kerusi pembankang


Peserta wanita


Hazrie- Ketua Pembankang bergambar bersama peminatnya


Sha Reformis bersama Farah Afzan- anak Kak Zuraida MP Ampang


Syed Rizal Mikael bersama Pak Khaled


5 orang Bunga yang hadir sebagai penyeri dalam prog kali ini



Sijil disampaikan oleh YB Amirudin Shaari kepada peserta



Saya berada di Impian Hotel Morib untuk Sekolah Politik Intitut Kajian Dasar- akan updated selepas balik dari kursus
Seramai 30 orang peserta telah menghadiri Sekolah Politik anjuran Institut Kajian Dasar yang julung kali diadakan. Antara pengisian yang diatur ialah perbincangan tentang Politik di Malaysia, cara berpakaian bagi ahli politik, persedian sebagai pemidato dan latihan sidang parlimen . Disertakan gambar-gambar menarik semasa program berjalan. Sekalung budi untuk Pak Khalid Pengarah IKD dan team IKD .

Monday, January 11, 2010

Syed Husin undur timbalan presiden, pemilihan PKR sengit?

Oleh G. Manimaran


Dr Syed Husin Ali yang baru-baru ini dilantik sebagai senator selepas lima dekad menceburi politik, sudah memutuskan untuk melepaskan jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).The Malaysian Insider difahamkan keputusan itu jika diterima pucuk kepimpinan parti itu dijangka membuka laluan kepada persaingan “sengit” apabila PKR mengadakan pemilihannya pertengahan tahun ini


Ia juga dijangka akan membawa kepada perubahan besar dalam barisan kepimpinan parti itu menjelang pilihan raya umum ke-13.

PKR, pertengahan tahun ini telah meminda perlembagaan parti bagi membolehkan pemilihan secara langsung melibatkan akar umbi.

Pada Mei 2007, Syed Husin mempertahankan jawatannya tanpa cabaran selepas Azmin Ali yang disebut-sebut akan mencabarnya menarik diri.

Tiga tahun sebelum itu beliau memenangi jawatan timbalan presiden dengan majoriti 533 undi.

Syed Husin, 73, merupakan bekas presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan kemudian menjadi orang nombor dua PKR susulan penggabungan PRM dan Parti Keadilan Nasional.

Beliau yang menyertai PRM pada 1958 pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun sejak Dis 1974.

“Saya sememangnya sudah lama memutuskan untuk melepaskan jawatan timbalan presiden, meninggalkan politik yang aktif secara perlahan-lahan,” kata Syed Husin dalam temu bual khas dengan The Malaysian Insider sempena pelantikannya sebagai anggota Dewan Senat.

Syed Husin ditemui lebih awal sebelum Datuk Salehuddin Hashim mengumumkan keputusannya melepaskan jawatan setiausaha agung PKR berkuat kuasa 31 Jan ini.

Kata Syed Husin, beliau sebenarnya sudah lama untuk memutuskan untuk berundur dari arena politik tetapi belum mendapat lampu hijau.

“Kadangkala kepentingan dan kehendak politik mengatasi kehendak peribadi,” kata beliau yang pernah bertanding dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini tetapi tewas dalam semua percubaan.

Bagaimanapun beliau tidak bertanding pada 8 Mac 2008.

Dengan pelantikan sebagai senator beliau akhirnya melangkah ke Parlimen.

Bekas pensyarah Universiti Malaya itu berpendapat PKR kini mempunyai lapisan golongan muda untuk mengambil alih kepimpinan parti itu yang ditubuhkan 11 tahun yang lalu.

“Kami sudah ada pemimpin-pemimpin muda untuk mengambil alih parti,” katanya.

Beliau memperoleh ijazah doktor falsafah daripada London School of Economics.

Pemimpin yang dilihat sentiasa mengamalkan kesederhanaan dalam hidupnya dilantik sebagai anggota Dewan Senat oleh kerajaan negeri Selangor.

Syed Husin yang masih menggunakan kereta Volvo 850 berusia 20 tahun, yang dibelinya 16 tahun lalu menggunakan wang royalti hasil buku “Two Faces: Detention Without Trial” berkata, beliau sebenarnya tidak berminat untuk memegang jawatan sebagai senator.

“Saya menerima tawaran keputusan kerajaan negeri Selangor ketika saya berada di Mekah untuk menunaikan haji baru-baru ini.

“Kalau boleh saya tidak mahu menerima tetapi apabila Sultan Selangor sudah memberi perkenan dan apabila saya diberikan masa yang singkat untuk membuat keputusan, saya tiada pilihan... saya menerima untuk memberi khidmat,” katanya.

Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan kedudukannya sebagai seorang ahli Parlimen, yang membolehkannya dikenali sebagai “Yang Berhormat”, Syed Husin dengan senyuman kecil berkata: “Sekarang saya ahli politik sepenuh masa tetapi sekarang saya sudah tua, sudah 73 tahun.”

Walaupun sudah berkecimpung lebih 50 tahun dalam politik, Syed Husin berkongsi pengalaman banyak kali ditahan dan dikasari polis tetapi belum berpuas hati sepenuhnya dalam perjuangannya mahu membantu rakyat miskini.

“Tanya saya berpuas hati, saya kata tidak,” kata Syed Husin yang mempunyai tiga orang anak.

“Saya mahu melihat perubahan dalam dasar dan sistem kerajaan, mahu kerajaan bertindak tegas untuk membantu rakyat... adakan dasar-dasar yang prorakyat, bagi membantu rakyat miskin,” kata anak kelahiran Batu Pahat, Johor ini.

Berkenaan dengan PR, Syed Husin yakin mempunyai ikatan DAP-PKR-PAS ini masa depan yang baik untuk menerajui kerajaan persekutuan.

“Dalam politik apa pun boleh berlaku. Saya sebenarnya telah yakin bahawa kami boleh mencapai yang terbaik pada 8 Mac 2008... kita lakukan lebih baik daripada disangkakan,” katanya.

“Sepanjang lima dekad ini saya sudah melihat banyak usaha untuk menyatukan parti-parti politik pembangkang, Pakatan merupakan gandingan terbaik setakat ini.

“Jika berpeluang (untuk memerintah), saya mahu Pakatan tidak mengulangi kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan oleh Barisan Nasional selama ini,” katanya.

Syed Husin juga mengakui kerajaan-kerajaan negeri pimpinan PR, yang diterajui selepas pilihan raya umum ke-12, telah memperlihatkan prestasi baik walaupun masih ada ruang untuk diperbaiki.

Kenyataan Media Ketua AMK Negeri Pulau Pinang kenyataan Jeff Ooi

Angkatan Muda KEADILAN Pulau Pinang (AMKPP)

KENYATAAN MEDIA

10 Januari 2010

Isu : Jeff Ooi memperkecilkan keupayaan Ahli Majlis yang dilantik PKR


Dalam satu kenyataan yang telah disiarkan oleh The Star pada 8Hb Jan. yang lalu. Jeff Ooi telah menafikan dan memperkecilkan kebolehan dan kemampuan dalam menjalankan tugas bekas Ahli Majlis MPPP dari PKR iaitu Tuan Haji Razali dan Saudara Bakhtiar dengan mengatakan mereka tidak dapat menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka dengan baik oleh kerana itu tempoh perkhidmatan mereka tidak disambung atau ditamatkan. Beliau berasa bangga dengan keputusan PKR tersebut kerana baginya mereka ini umpama duri dalam daging Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

1. Disini Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh Saudara Jeff Ooi yang juga merupakan Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang kerana telah memperkecilkan prestasi kedua-dua bekas Ahli Majlis tersebut.

2. Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang juga merasakan adalah sesuatu yang tidak wajar bagi seorang Ketua Staff Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang mengeluarkan pendapat yang kurang proffesional dan lebih mencerminkan permusuhan peribadi antara mereka.

3. Kenyataan dangkal dan bodoh yang telah dikeluarkan oleh beliau tersebut boleh mencalarkan nama baik Ketua Menteri Pulau Pinang sendiri, yang sekarang ini amat dihormati oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan juga Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang sendiri. Ini kerana Jeff Ooi adalah seorang pegawai yang bertugas di Pejabat Ketua Menteri . Kenyataan dari beliau itu mungkin disalah tafsirkan sebagai pendapat Ketua Menteri sendiri dan ini akan mengundang persepsi yang buruk terhadap Ketua Menteri.

4. Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang memberi amaran keras kepada beliau agar jangan mencampuri urusan lantikan daripada pihak Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang, tambahan pula kedua-dua bekas Ahli Majlis tersebut telah diakui oleh Parti sebagai pegawai yang komited dalam menjalankan tugas dan menunjukkan prestasi yang amat baik. Sebab perkhidmatan mereka tidak disambung adalah bagi menghormati permintaan mereka sendiri yang mahu berundur untuk memberikan penumpuan terhadap Parti dan Kerjaya mereka.

5. Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang menasihati Saudara Jeff Ooi supaya berhenti mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengeruhkan hubungan dan mengundang persepsi negatif dari kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang.

6. Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang juga ingin menasihati Saudara Jeff Ooi agar jangan mencampuri hal-hal dalaman parti-parti lain yang membentuk Pakatan Rakyat dan hormatilah sebarang keputusan yang telah dibuat oleh mereka.

Rakyat Pulau Pinang umumnya telah sedia maklum tentang isu lama yang telah dibangkitkan oleh Saudara Jeff Ooi yang telah menguris perasaan umat Islam dan NGO-NGO belum lagi dapat diselesaikan, sekarang tanpa mengetahui hakikat sebenar beliau telah mengeluarkan kenyataan yang menyinggung perasaan Ahli-ahli Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang pula.

Amir Bin Haji Ghazali

Ketua Angkatan Muda KEADILAN

Pulau Pinang.

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN