Monday, June 1, 2009

YB Mansor Othman - Malaysiakini

Calon Parti Keadilan Rakyat adalah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang yang baru demikian kata Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam blognya.

Mansor,59, dijangka mengangkat sumpah jawatan pada hari Rabu depan di hadapan Yang DiPertua Negeri. Beliau adalah Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang.

Beliau memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri N12 Penanti pada pilihan raya kecil yang diadakan berikutan peletakan jawatan penyandang sebelumnya, Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas TKM I Pulau Pinang.

Mansor memperolehi undi majoriti 5,558 mengalahkan tiga calon bebas yang menjadi pesaing dalam pertandingan penjuru dalam PRK tersebut.

Bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia itu dilahirkan di Kedah dan mempunyai tiga ijazah sarjana.

Mansor pernah menjadi Setiausaha Politik kepada bekas Timbalan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Kemenangan beliau hari akan menjadi kenangan manis baginya kerana sebelum Penanti beliau pernah bertanding dalam dua pilihan raya DUN pada 1999 dan 2004 dan PRU 2008 tetapi kalah dalam semua pertandingan.

PRK Penanti merupakan yang keenam setelah Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

Barisan Nasional sehingga kini kalah dalam kesemua lima PRK yang diadakan di Semenanjung Malaysia.

PRK DUN Manek Urai bakal menyusul pada 24 Julai nanti ekoran kematian penyandangnya, Ismail Yaacob 22 Mei lalu.

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN