Thursday, May 7, 2009

Terkini 1130am Dari Dewan Undangan Negeri Perak - Malaysiakini



Rampas kuasa speaker ?

ADUN BN sedang berkerumun dan mengelilingi adun Jelapang dalam dewan sama seperti sidang bawah pokok untuk cuba merampas kuasa speaker. Makin getik, tapi menarik, suasana ini dapat disaksikan oleh semua adun PR dan disaksikan oleh pegawai-pegawai kerajaan dan tamu yang hadir. Dalam sidang "haram" mereka telah melantik calon yang dicadangkan bekas adun Sungkai, Ganesan.

ADUN Jelapang yang digantung dan dihalau keluar oleh Speaker cuba merampas kuasa dengan cuba membuat pengumuman tetapi cuba digagalkan oleh kebanyakan adun Pakatan Rakyat.

cubaan terbaharu itu nampaknya gagap dan nampak sangat menyalahi peraturan sidang. Hee nampaknya cuba memberikan pengumuman namun dihalang oleh ADUN Pakatan. Saya tidak pasti sampai bila keadaan kecoh ini akan berakhir !

Ganesan sedang mengendalikan beberapa usul berikutnya dengan mengumumkan usul perlantikan Jawatan Kuasa Dewan yang baru sesuai dengan peraturan tetap dewan negeri. Keadaan menarik ini saya umumkan sebagai sidang "Bawah Syiling". Sidang kebudak-budakan dan macam lakonan itu disaksikan oleh seluruh dunia dan mencemarkan demikrasi. Lucu, aneh, tapi benar...

Ganesan angkat sumpah dimeja ADUN sebagai speaker haram

Makin tegang ! Keadaan tegang berlanjutan apabila Ganesan dilantik sebagai Speaker dan mengangkat sumpah di meja ADUN Jelapang (Timbalan Speaker). ADUN Sungai Rapat pula meneruskan sidang haram dengan mencadangkan perlantikan JK Dewan. ADUN Pakatan Rakyat melaungkan "haram" memecah kesunyian dewan dan menenggelamkan suara Speaker Haram.
Ganesan dalam keadaan tidak lancar kelihatan cuba menggunakan pembesar suara mengumumkan Jawatan PAC yang dicadangkan oleh Sungai Rapat. adeh..apa nak jadi Sidang DUN negeri Perak !

Ulasan MSO :
SEPERTI mana diduga sidang DUN Perak hari ini kecoh dan penuh dramatik. Ia bermula sebaik saja Raja Nazrin Shah selesai berucap merasmikan sidang Dewan. Drama bermula dengan penahanan beberapa orang wakil rakyat di luar bangunan SUK kerana melanggar kawasan yang diharamkan oleh polis seluas 500 meter dari bangunan SUK.

Antara wakil rakyat yang ditangkap ialah ahli parlimen Kubang Kerian, Sallahuddin Ayub, ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa, ahli parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin, Adun Air Keroh Melaka, Khoo Poay Tiong dan wakil PSM Sungai Siput Xavier Jeyakumar.

Ahli parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang tidak ditahan tetapi dihalang keras dari menghampiri kawasan diharamkan itu. Sementara itu tidak ada pula laporan memberi tahu ahli parlimen Marang Abdul Hadi Awang, ahli parlimen Permatang Pauh, anwar Ibrahim samada ada sama atau tidak di perkarangan bangunan SUK itu.

Manakala di dalam sidang Dewan pula keadaan kecoh berlaku apabila Speaker, S Sivakumar menghalau menteri besar UBN Zambry Abdul Kadir bersama Exco dan tiga Adun bebas daripada mengikuti sidang berkenaan. Bagaimana pun larangan itu tidak diendahkan oleh Zambyr dan exco berkenaan.

Alasan Sivakumar ialah kerana mereka digantung oleh jawatankuasa khas sebelum ini manakala tiga Adun bebas, Yit Hee Fong, Jamaluddin Mohd Razi dan Othman Jailu, dianggap telah tidak menjadi Adun lagi apabila mereka lompat parti.

Sivakumar tidak menerima dan memperakui keputusan mahkamah dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tidak mengesahkan perlucutan jawatan mereka dan begitu juga dengan pembatalan penggantungan Zambry bersama enam Exco oleh jawatankuasa khas.

Perkembangan lanjut masih lagi ditunggu bagaimana kesudahan dengan sidang Dewan berkenaan. Kuasa yang ada kepada speaker setakat ini menunjukkan usaha untuk kerajaan UBN hendak menyingkirkan Sivakumar sebagai speaker dan digantikan dengan muka baru tidak berjaya. Timbalan speaker juga tidak dapat berbuat apa-apa


Terkini 1120am dari Dewan Undangan Negeri Perak - Malaysiakini



10 Adun yang digantung oleh Speaker diarah keluar dewan oleh Tuan Speaker, Sivakumar. Kedudukan Adun seperti asal. PERUBAHAN kerusi telah dicelakan oleh Adun2 PR. Sumber dari dalam dewan menyatakan, kesemua yg diarahkan keluar, toyo..dan mangkaq..macam tak faham bahasa, tak menguit sikit pun dari kerusi..suasana makin panas di dalam dewan, Adun2 PR kelihatan lebih mantap dan penuh keyakinan yg tinggi..!

Adun Bebas, no komen..kejap lagi nak layan..! Dewan tidak dapat bersidang. Arahan Tuan Speaker diderhakai oleh mereka yg tidak diundang ke dewan. 10 Adun yg digantung itu, 7 adalah dari BN dan 3 dari adun yg melompat. Speaker telah mengarahkan sekuriti untuk melaksanakan tugas mereka untuk mengarah keluar, makin panas beb !

KZambry (Pangkor) mencuba kemuka usul memecat speaker dalam keadaan sidang belum bermula, suasana dalam dewan makin kecoh, kelam-kabut ini telah berlanjutan sejak setengah jam yang lepas. Speaker masih mengarahkan adun yang digantung untuk keluar dari dewan sebelum sidang bermula. Tapi depa degilll....!

Kelihatan Ustaz Misbah meninggalkan dewan. Sidang masih tidak dapat dimulakan, DYTM Raja Muda Perak masih dikamar Diraja menunggu suasana dewan yang kecoh tenang kembali.

Cubaan berulang kali oleh Adun BN untuk mengusulkan perlantikan baru diterima dengan sorakan ADUN PR dan penolakan oleh Speaker disebabkan sidang belum dimulai dan pembawa dan penyokong usul adalah dari pihak yang telah digantung oleh speaker.

Wednesday, May 6, 2009

3 ditahan sambut hari jadi altantuya - Malaysiakini



kemaskini 8.15pm Tiga ditahan di depan kompleks pejabat perdana menteri di Putrajaya selepas cuba "menyambut ulang tahun kelahiran Altantuya Shaariibuu", wanita Mongolia yang dibunuh tiga tahun lepas.
Kumpulan kira-kira 30 aktivis Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) juga menyerahkan sepucuk surat daripada bapa mangsa bunuh itu Shaariibuu Setev dan memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak.

Sani Md Shah ditahan jam 11.15 pagi apabila memegang kek hari jadi, sementara Saufi Mihat dan Yasir Sheikh Abdul Rahman ditahan tidak lama selepas itu sewaktu memegang kain rentang di depan pintu masuk kompleks tersebut.

Ketiga-tiganya kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Putrajaya.
Kek seberat 2kg dan kain rentang itu yang dibawa oleh SAMM yang diketuai pemimpin PKR Badrul Hisham Shaharin turut dirampas polis.

Kek putih dan kain itu bertulisan "Selamat Hari Jadi Altantuya". Jika masih hidup, wanita itu kini berusia 31 tahun.

Setelah Badrul Hisham masuk ke balai, beliau dimaklumkan agar hadir semula jam 2 petang ini.

Sewaktu hadir petang ini, beliau bersama rakannya Nor Azizi A Aziz turut ditahan untuk soal siasat berhubung sambutan hari jadi itu sewaktu kedua-duanya membawa makanan tengahari untuk tiga aktivis tersebut.

Mereka berdua bagaimanapun dibebaskan jam 4.45 petang, sementara tiga lagi masih ditahan di balai polis tersebut.

Sebagai membantah tindakan polis itu, Badrul Hisham membuat aduan terhadap Ketua Polis Putrajaya, Supt Abdul Razak Abd Majid atas dakwaan "menahan mereka tanpa mengikut prosedur" dan "sengaja melengah-lengahkan siasatan" terhadap ketiga-tiganya.

Dihubungi Malaysiakini awal malam ini, Badrul Hisham berkata beliau difahamkan Sani, Saufi dan Yasir dimasukkan ke dalam lokap polis balai tersebut mulai jam 6 petang tadi.

Beliau menjangkakan ketiga-tiganya akan bermalam di balai tersebut.

Md Sabu Ditahan Polis - Malaysiakini

kemaskini 9.20pm Naib Presiden PAS Mohamad Sabu ditahan polis selepas jam 3 petang ini di Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur - dipercayai berhubung majlis solat hajat anjuran parti itu dekat Ipoh awal pagi esok.

Pemimpin kanan itu ditahan sekumpulan kira-kira 10 anggota polis berpakaian biasa sewaktu meninggalkan sebuah restoran menuju ke pejabat Harakah, kata ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Mohamad sebelum itu minum bersama Salahuddin dan seorang lagi ahli PAS di sebuah restoran belakang Hospital Tawakkal di Jalan Pahang - kira-kira 300 meter dari pejabat organ parti itu.

Salahuddin memberitahu Malaysiakini, beliau terdengar jeritan Mohamad "aku kena tangkap" sebelum bergegas menuju ke arahnya yang sedang dikelilingi kumpulan anggota polis tersebut.

Beliau dan ahli PAS itu, yang dikenali Ali Maidin, bergelut seketika dengan anggota-anggota polis untuk menyelamatkan Mohamad tetapi diheret ke tepi oleh pihak berkuasa itu.

Salahuddin menambah, tiada waran tangkap terhadap Mohamad dikeluarkan dan tiada pegawai polis memperkenalkan diri sewaktu penahanan tersebut.

Beliau kini sedang mendapatkan bantuan peguam PAS Hanipa Maidin untuk tindakan lanjut.

Mohamad ditahan selepas jurucakap Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), Wong Chin Huat, ditahan reman sehari di Mahkamah Magistret Kuala Lumpur bagi siasatan Akta Hasutan - dipercayai berkaitan kempen berpakaian hitam anjuran NGO itu sempena sidang DUN Perak, esok.

Wong ditangkap di rumahnya di Taman Seri Sentosa, Kuala Lumpur beberapa jam selepas memberikan kenyataan di satu sidang media Bersih, pagi semalam.

Sewaktu dihubungi, Salahuddin berkata beliau tidak menolak kemungkinan Mohamad ditahan berhubung program solat hajat di Manjoi bermula jam 5 pagi esok berkaitan persidangan DUN tersebut.

Isnin lalu, Mohamad mengumumkan program khas PAS itu dalam satu sidang akhbar di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur.

Beliau bertindak sebagai pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi Demokrasi PAS yang menganjurkan program tersebut di Masjid Al-Ittihadiyah, Kampung Tengku Husin Baru.

Isteri pemimpin PAS itu, Normah Alwi berkata seorang pegawai polis berpangkat ACP menghubunginya petang ini dan memaklumkan bahawa Mohamad akan dibawa ke Slim River, Perak untuk ditahan reman esok.

"Benda (program solat hajat) belum jadi, kenapa tangkap?" katanya kepada Malaysiakini.

Awal malam ini, polis mengesahkan telah menahan Mohamad jam 3.15 petang tadi dengan alasan "mendorong orang ramai dan penyokong
PAS berkumpul di Ipoh" sempena persidangan DUN Perak, esok.

Ketua Polis Perak Datuk Zulkifli Abdullah bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana beliau ditahan di Kuala Lumpur, lapor Bernama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin turut mengesahkan mengenai penahanan Mohamad Sabu.

"Saya boleh sahkan mengenai penahanan beliau tetapi sebarang maklumat rujuk pada ketua polis Perak," katanya kepada agensi berita itu.

Dalam perkembangan berkaitan, sekumpulan penyokong Mohamad berura-ura berkumpul di Dataran Merdeka bagi menyatakan sokongan kepadanya mulai 8 malam.

Bagaimanapun perhimpunan tersebut tidak menjadi kenyataan selepas polis mengawal ketat, termasuk menutup jalan, sekitar kawasan tersebut.

Saturday, May 2, 2009

PAS tidak akan letak calon di PENANTI - Malaysiakini

PAS tidak akan meletakkan calonnya di DUN Penanti dalam pilihanraya kecil hujung bulan ini walaupun ada desakan dari dalam parti itu sendiri, lapor Bernama.

"(Keputusan) ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat.

"Semua parti dalam Pakatan telah bersetuju, jika berlaku pilihanraya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihanraya umum sebelum itu," kata pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali.

Selain PAS kawasan Permatang Pauh - yang tidak akan menurunkan jentera kempennya dalam pilihanraya antara 23 hingg 31 Mei sebagai membantah calon PKR - desakan yang serupa dibuat oleh ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin.

Kerusi DUN tersebut kosong susulan peletakan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin 16 April lalu, tidak lama selepas melepaskan jawatan-jawatan exco negeri dan timbalan satu ketua menteri 1 Pulau Pinang.

PKR mencalonkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, sementara BN belum menamakan calonnya.

Zamil tuntut hutang dari Arumugam ??? - Malaysiakini

Bekas ketua PKR Kedah, Zamil Ibrahim berkata beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas exco negeri itu, V Arumugam jika gagal membayar balik hutang kepadanya sewaktu bertanding sebagai calon bebas dalam pilihanraya umum 2008.
Zamil yang mengaku menjadi pengurus kempen Arumugam dalam pilihanraya tersebut, mendakwa Arumugam berhutang kepadanya untuk membayar wang deposit sebagai calon.

Katanya, beliau memberi wang tersebut kepada Arumugam sehari sebelum hari penamaan calon pilihanraya umum lalu.

"Jika Arumugam gagal membayar balik wang tersebut, saya akan membuat laporan polis terhadap bekas ADUN PKR Bukit Selambau itu.

"Saya menuntut hutang tersebut kepadanya semalam semasa bertemu di pejabat PKR bahagian Merbok.

"Arumugam kata, tolong beri dia masa. Arumugam kata dia letih dan dia tak akan pergi ke mana-mana.

"Dia tahu jumlahnya, tidak perlu saya beritahu. Beliau tahu itu wang saya," kata Zamil kepada Malaysiakini.

'Beri sedikit masa'

Zamil berkata, wang tersebut digunakan oleh Arumugam untuk membayar deposit untuk bertanding DUN Bukit Selambau.
Selepas menang pilihanraya umum itu, Arumugam PKR dan kemudiannya dilantik sebagai exco kerajaan negeri Kedah.

Bagaimanapun, beliau meletakkan jawatan exco dan ADUN Bukit Selambau dengan alasan keselamatannya terancam.

Sementara itu, Arumugam ketika dihubungi Malaysiakini hari ini berkata, beliau akan menjelaskan wang tersebut sedikit masa lagi.

"Saya bukan tidak mahu bayar tetapi beri sedikit masa, biar saya selesaikan kerja saya dulu.

"Jangan gertak saya, cakaplah elok-elok dan secara profesional kerana kita kawan-kawan.

"Saya tahu siapa yang beri wang dan saya sendiri sudah hubungi orang itu pagi tadi," katanya.

Arumugam bagaimanapun tidak mahu menyatakan sama ada orang yang dimaksudkannya itu adalah Zamil.

Cubaan bunuh ADUN PKR Kuala Kurau - Malaysiakini

Sebentar tadi..aku menerima panggilan telefon dari Albanjari tentang satu serangan yang dibuat terhadap ADUN Kuala Kurau, Yunus Jamsari.

Sekumpulan penyerang dalam tiga buah kereta telah menyerang kereta YB Yunus dan dilaporkan Pembantu Khas YB Yunus yang dikenali sebagai Pak Nan telah cedera parah.

Update: 11.53 malam.

Aku baru dapat menghubungi YB Yunus dan beliau memaklumkan bahawa beliau selamat dari serangan tersebut kerana belum sampai kepejabat waktu itu.

Menurut YB Yunus, serangan berlaku kira-kira jam 8.40 malam tadi dimana sekumpulan hampir 20 orang lelaki Melayu telah menyerang Pak Nan yang pada waktu itu sedang minum disebuah warung berdekatan pejabat Pusat Khidmat DUN Kuala Kurau.

(Berita sepenuh akan menyusul)

Sementara itu, seorang pemimpin PKR Perak memaklumkan bahawa semua ADUN telah diminta untuk menjaga keselamatan masing-masing berikutan ancaman dan ugutan ganas yang akan dilakukan terhadap mereka menjelang 7hb Mei ini.

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN