Wednesday, March 24, 2010
Human Rights Watch minta gugurkan kes Anwar
Dalam kenytaan yang dikeluarkan di New York semalam, pertubuhan antarabangsa yang berpengaruh itu berkata tindakan mahkamah menafikan pasukan peguambela Ketua Pembangkang itu daripada mendapatkan bahan bukti kritikal yang kini dalam simpanan pihak pendakwaan disamping penerbitan bahan bukti di dalam sebuah akhbar milik parti pemerintah, menimbulkan kesangsian serius samada Anwar akan mendapat perbicaraan yang adil.
"Kerajaan Malaysia seharusnya menghentikan permainan terhadap proses keadilan dan menggugurkan caj terhadap Anwar. Pada setiap langkah mahkamah telah menghalang usaha pasukan peguambela Anwar untuk menyediakan pembelaan yang tuntas," kata Phil Robertson, Timbalan Pengarah Asia, Human Rights Watch.
Menurut pertubuhan itu lagi beberapa keputusan mahkamah dilihat menjurus kepada tindakan melemahkan proses penyediaan pembelaan.
Peguambela Anwar telah dinafikan akses kepada sampel spesimen DNA sebelum perbicaraan bermula, kenyataan plaintif dan saksi penting pendakwaan, nota doktor yang memeriksa Saiful serta salinan asli pita rakaman CCTV daripada kondominium di mana kejadian di dakwa berlaku.
Walaupun setelah perbicaraan bermula pada 2 Februari 2010, mahkamah sekali lagi membuat keputusan tidak membenar pihak pembelaan mendapatkan senarai saksi pihak pendakwaan apatah lagi kenyataan mereka.
"Human Rights Watch amat bimbang mengenai campur tangan politik Barisan Nasional di dalam perbicaraan ini. Mahkamah tidak langsung mengambil sebarang tindakan terhadap artikel yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia, sebuah akhbar yang dimiliki Umno yang melaporkan maklumat berhubung perbicaraan tertutup semasa lawatan ke kondominium tersebut.
"Penerbitan maklumat yang tidak sepatutnya didedahkan dalam akhbar milik parti pemerintah adalah langkah yang amat mengejutkan dan dilihat sebagai campur tangan kerajaan di dalam kes Anwar.
"Ini adalah contoh terbaru bagaimana kerajaan ingin memainkan peranan utama dalam sebuah perbicaraan melibatkan seorang Ketua Pembangkang," kata Robertson lagi.
Human Rights Watch juga memberikan beberapa contoh campur tangan kerajaan sepanjang tempoh 20 bulan sejak kes ini bermula.
Campur tangan paling ketara ialah apabila Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memindahkan kes tersebut daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi pada Mac 2009.
Langkah itu dilihat mengekang hak membuat rayuan sekiranya pihak defendan kalah dalam perbicaraan kelak.
Ketika Peguam Negara mengeluarkan arahan tersebut, beliau juga pada masa yang sama adalah di bawah siasatan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia atas dakwaan merekacipta bukti berhubung kes liwat pertama terhadap Anwar.
Kenyataan dua muka surat itu menambah Anwar boleh dipenjarakan 20 tahun dan dihukum sebat sekiranya sabit kesalahan. Walaupun beliau dipenjarakan hanya satu hari atau didenda sekurang-kurangnbya RM2,000 Anwar akan dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun.
"Human Rights Watch juga bimbang mengenai cara penyiasatan pihak berkuasa dan pertuduhan yang dibuat. Saiful tidak diperiksa sehingga 48 jam setelah dakwaan kejadian dan doktor pertama yang memeriksa beliau dari Hospital Pusrawi Kuala Lumpur mendapati tidak ada sebarang bukti penembusan di bahagian dubur Saiful. Saiful kemudiannya pergi ke sebuah hospital kerajaan di mana beliau diperiksa oleh tiga pakar.Mereka juga tidak membuat kesimpulan 'tidak ada bukti klinikal yang konklusif yang menjurus kepada penembusan di bahagian dubur dan tidak ada sebarang tanda kecedaraan dibadan pesakit'.
"Saiful pada mulanya mendakwa beliau diliwat tetapi apabila yang dituduh adalah Anwar, seorang yang sudah berumur serta mempunyai masalah tulang belakang, Saiful telah menukarkan pertuduhan beliau kepada 'seks suka sama suka'," jelas kenyataan itu lagi.
Robertson berkata badan kehakiman Malaysia akan tercemar dengan meneruskan perbicaraan yang segaja diadakan terhadap Ketua Pembangkang negara.
Daripada mempolitikkan mahkamah dan menafikan hak mendapatkan perbiacraan yang adil, kerajaan Malaysia harus menghentikan permainan politik kotor, gugurkan semua pertuduhan terhadap Anwar dan kembalikan politik kepada tempatnya hak iaitu di dalam Parlimen, kata beliau lagi.
Saturday, March 13, 2010
Sambut DSAI di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas
Seramai hampir 100 orang penyokong telah menunggu ketibaan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Beliau tiba untuk prog di Perlis dan Kedah. Turut sama menanti di lapangan terbang ialah BY Speaker Dewan Undangan Negeri YB Datuk Halim ,Exco Kerajaan Negeri YB Abd Malik Kassim, YB Law Choo Kiang, Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng, Sdr Md Sabu Beliau tiba pada jam 630pm 13 Mar 2010 dengan disambut laungan Reformasi dari kalangan penyokong.
Serah Patisyen Rakyat pada MP Bayan Baru
Selesai serah, tu dia banner
MP Bayan Baru mcm tak mau terima tapi terpaksa pasal ramai reporter kot
Minta laluan untuk serah petisyen- Berbudi Bahasa amalan kita
Pak Muhsin angin sudah naik
Dengan rombongan sedang menuju ke tempat prog nak serah petisyen
Pada 13 hb Mar 2010 saya diberi amanah oleh Pengurusan Cabang Bayan Baru untuk menyerahkan petisyen minta MP Bayan Baru Meletakkan Jawatan. Sejumlah 2018 helaian petisyen yang ditandatangani oleh pengundi parlimen Bayan Baru telah diserahkan dalam satu prog dialog dengan NGO Islam yang dipengerusikan oleh Shah'hedan Ayob Shah Pengerusi Perkasa Balik Pulau. Turut kelihatan dalam prog tersebut ialah orang kanan MP Bayan Baru Sdr Ismail Ali dan Annuar Ismail.
Rombongan yang disertai oleh Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Bayan Baru, AJK Cabang Keadilan Bayan Baru dan Ahli PAS dari Kawasan Bayan Baru tiba pada jam 4pm dan terpaksa menati hampir 30 minit sblm berjaya menyerahkan petisyen tersebut.Ini keran ketika sampai prog sudah berjalan dengan Pengerusi GPMS Sdr Jais Abd Karim sedang menyampaikan ucapan dengan mencabar Ketua Menteri untuk berdebat bukan dengan budak-budak hingusan dari AMK, DPPNPP dan DAPsy. Beliau dengan lantang mengkritik kepimpinan PR Pulau PInang.
Beliau mahu debat diadakan kononya ditempat yang bebas bukan di Kubu PR. Heheheheh kita dah jemput dan dia setuju tapi hari ni cabar plak......Sudah laaaaa.....Berapa ramai melayu Pulau Pinang duduk dalam GPMS.....
Sunday, March 7, 2010
Kebakaran melibatkan 8 buah rumah di Sg Nibong Pulau Pinang
Melawat penempatan mangsa kebakaran
YB Sim ADUN Pantai Jerjak turut sama hadir
Salah seorang mangsa kebakaran
Seorang lagi mangsa kebakaran
Mangsa yang mengalami kerugian harta benda
Wakil keluarga yang terlibat
Sedang mendengar cerita dari mangsa kebakaran
Mangsa masih mencari sisa tinggalan kebakaran
Antara rumah yang terlibat
Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru, Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang, Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang dan Pusat Khidmat ADUN Batu Maung telah menghulurkan sumbangan berupa barangan keperluan dapur harian, kain batik, kain pelikat dan pakaian untuk mangsa kebakaran di Kampung Sungai Nibong Tengah pada 3 hb Mar. Kebakaran yang berlaku pada 1 hb Mar 2010 kira-kira jam 2 ptg dipercayai berpunca dari letupan tong gas memasak. Seramai 62 orang mangsa terlibat dan mengakibatkan kerosakan kepada 8 buah rumah.
Sdr Azrizal Tahir Ketua Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru yang juga pengerusi Pertubuhan Unit Ehsan Pulau Pinang telah melawat dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa.
pic semasa retreat amk pp di naza hotel
g
Retreat Angkatan Muda Pulau Pinang telah diadakan pada 27 dan 28 hb Feb di Hotel Naza Tanjong Tokong. Retreat ini berjaya menghimpunkan pimpinan anak muda dari seluruh Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.
Che'gu Bard dan YB Saifudin Nasution Ismail telah berkongsi idea dan pengalaman dalam beberapa bengkel yang diaturkan. Seramai 32 orang pimpinan anak muda turut serta dalam program ini.
Diantara pengisian yang sempat dikupas ialah- kepimpinan anak muda, politik anak muda dan bengkel pidato.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu manjayakan program yang julungkali diadakan selepas 8 March 2008.
Lawatan Kawasan dan Pengedaran Risalah Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Kawasan DUN Batu Maung
Petugas keselamatan turut hadir memantau keadaan
Pasukan DAP Negeri Pulau Pinang
.
Pasukan Muslimah PAS KAwasan Bayan Baru turut sama
YB Haji Malik beramah mesra bersama penduduk
Penduduk mengajukan pertanyaan kepada YB Haji Malik ketika sessi lawatan dan sebaran risalah
Pada 6 hb Mar 2010, 8 Pasukan Petugas Pejabat ADUN Batu Maung bersama YB Hj Abd Malik Kassim telah mengadakan program penyebaran risalah maklumat kerajaan Negeri Pulau Pinang. Program ini juga telah disertai oleh Pimpinan PAS Kawasan dan Wakil dari DAP Negeri Pulau Pinang. Antara kawasan yang telah dilawati ialah Pasar Awam Sungai Ara, Pasar Awam Bukit Gedung dan kawasan Pasar terbuka Taman Iping Batu Maung.
Laporan Polis Web dan Blog Rasist UMNO
Makan kari semilang di kedai midun binjai selepas laporan polis selesai
Di Kari semilang Midon Binjai
PC selepas laporan polis
Jordan menunjukkan hasil kerja beliau
Wartawan amat berminat dengan persoalan yang dibawa pimpinan PR
Wakil geng Negori begitu teruja apabila Norman bersalam dengan beliau sambil menyindir podas Pemuda UMNO .
Tebal muka ....tetapi terpaksa sebab nak kena lalu depan rombongan PR bila nak ke kereta beliau
Geng UMNO mula tiba apabila menerima maklumat Pemuda PR memenuhi balai yang pada mulanya 5 orang saja pemuda UMNO kelihatan
Menanti Sdr Jordan membuat laporan polis
PC oleh pimpinan pakatan rakyat sebelum laporan polis-
S/USaha AMK Negeri Sdr Syed Mikael, S/Usaha DAPsy YB Ng Wee Aik , Wakil DPPNPP Sdr Farok , Che'gu Bard serta hampir 30 orang pimpinan AMK, DPPNPP, DAPsy dan Pimpinan Solidiriti Anak Muda
-
PC didepan Balai Polis Sungai Nibong Pulau Pinang
berikut ialah salinan report yang dibuat jam 11.30 pg tadi di Balai Polis Sg.Nibong, P.Pinang.
Laporan Polis
7 Mac 2010
Saya.Jordan Kee Yu Wah no. kad pengenalan xxxxxx xx xxxx dengan ini ingin membuat laporan polis
Laporan Polis ini dibuat ke atas laman blog pro Umno yang secara jelas memainkan sentimen perkauman dan menyiarkan gambar yang lucah dengan tujuan sengaja menghina.
Contohnya dalam satu artikel berkenaan dengan Demonstrasi Pemuda Bn di depan kedutaan Australia, penulis blog marah apabila MCA dan Gerakan tidak turut serta dengan memberi komen menghina kaum cina yang kononya orang cina tak cintakan negara. Bukan semua masyarakat cina, orang Mca atau Gerakan. Mca dan Gerakan tidak sokong Khairy, itu masalah politik Bn bukan masalah negara. Sebaliknya penulis cuba menutup masalah Bn dengan memainkan sentimen perkauman melampau.
Laman – laman tersebut juga turut terlibat menyiarkan gambar – gambar lucah. Gambar – gambar tersebut dengan jelas telah diubah suai untuk tujuan menghina.
Untuk tujuan memudahkan penyiasatan pihak polis boleh mengakses
http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=641&Itemid=58#JOSC_TOP dan
http://umno-reform2.com/front/index.php?option=com_content&task=view&id=645&Itemid=58#JOSC_TOP
Laman Umno Reform sebuah laman yang juga pro Umno telah menyiarkan dua artikel yang mengkritik tindakan 'akal sempit' sekumpulan laman yang dikatakan didalangi kumpulan tertentu pemuda Umno (yang anti Khairy).
Tindakan segera harus dilakukan. Laman blog pro Umno ini semakin gila memainkan sentimen perkauman dan menggunakan gambar yang diubah suai dengan unsur lucah yang amat tidak sesuai jika ditonton oleh remaja dan kanak – kanak, kegilaan mereka semakin meningkat seiring dengan masalah politik dalaman Umno dan Barisan Nasional.
Sekian laporan saya
Jordan Kee Yu Wah
APCO satu penjajahan bentuk baru
AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN