Saturday, September 26, 2009

JEMPUTAN RUMAH TERBUKA ADUN BATU MAUNG - Malaysiakini


Salam-
Dijemput Untuk Hadir Beramai-ramai ke Majlis Jamuan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri Batu Maung seperti dibawah:

Tarikh : 27 hb Sept 2009
Hari : Ahad
Tempat : Pusat Khidmat ADUN Batu Maung
N0 7-1-02 Lintang Batu Maung 1,
11960 Batu Maung , Bayan Lepas,
Pulau Pinang
(Selepas Balai Polis Batu Maung jalan menghala ke terminal
kargo udara MAS

Masa : 2.00pm -7.00pm
Kehadiran: TKM 1 YB Mansor Othman 4.00pm
Ketua Menteri YAB Lim Guan Eng 6.30pm

YB Abdul Malik Kassim ADUN Batu Maung serta seluruh warga kerja pejabat ADUN Batu Maung dan Pejabat Exco Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Agama mengalu-alukan kehadiran semua

Thursday, September 24, 2009

Kerjasama antara Pusat Khidmat ADUN Batu Maung, Angkatan Muda Bayan Baru dan Muslim Aid Asia Youth


Di Kampung Binjai Sdr Azrizal Kt AMK Bayan Baru yang juga pembantu Khas ADUN Batu Maung bersama AJK JKKK Kampung Binjai Kak Rashidah dan Sdr Amir -Nelayan sepenuh masa




Wakil dari Muslim Aid Asia Youth Sdr Yusof dan Pengerusi Biro Kebajikan JKKK Kampung Binjai Kak Ina


Sdr Asri dari Gerakan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang dan Sdr Hj Saaroni Pengerusi JKKK Kampung Permatang Damar Laut bersama penerima sumbangan di Kampung Permatang Tepi Laut



Di rumah salah seorang penerima sumbangan Kak Bee



Penyokong tegar UMNO juga tidak dilupakan untuk dihulurkan bantuan



Haji Saaroni dan Sdr Yusof di rumah salah seorang penerima sumbangan

Pada 18 hb Sept 2009 Ketua Angkatan Muda Bayan Baru, Sdr Azrizal Tahir bersama wakil dari GEMADA Gerakan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang dan MAAYOUTH Muslim Aid Asia Youth telah bersama dengan Pengerusi JKKK Permatang Damar Laut Sdr Haji Saaroni Hassan dan Pengerusi Biro Kebajikan Kampung Binjai Kak Rashidah menyusuri kedua-dua kawasan JKKK menyampaikan bantuan berupa keperluan harian kepada beberapa penerima yang layak. Bantuan yang disampaikan merupakan sumbangan dari Pejabat ADUN Batu Maung dan sumbangan dari GEMADA Gerakan Mahasiswa Dinamik Pulau Pinang dan MAAYOUTH Muslim Aid Asia Youth . Sdr Asri Abd Hamid mewakili Gemada dan Sdr Md Yusof Idris mewakili MAAYOUTH. Keesokan harinya sejumlah 12 set barangan berupa keperluan harian disumbangkan kepada JKKK Teluk Kumbar dimana Pak Musin Che Mat dan Kak Noryine bt Abd Majid AJK JKKK Teluk Kumbar telah diamanahkan untuk menyelaraskan sumbangan tersebut.
Di JKKK Sungai Batu Sdr Jamil Noordin Pengerusi JKKK Sungai Batu telah diamanahkan untuk menyelaraskan sebanyak 20 set barangan bantuan, manakala di Bukit Mertajam Sdr Din Binjai telah membantu menyelaraskan bantuan untuk 4 buah rumah ibu tunggal disana.

Monday, September 14, 2009

Latarbelakang Khalifah Umar bin Abdul Aziz - Malaysiakini

Biodata Ringkas

Nama : Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam
Nama Ibu : Laila binti 'Asim bin Umar bin Al-Khatab
Tahun Lahir : 61H
Umur : 39 tahun
Tarikh Wafat : 101H
Jawatan : Khalifah Ke 6 Bani Umaiyyah
Tarikh Lantikan : Safar 99H @ 717M
Lama Berkhidmat : 2 tahun 5 bulan

Pendidikan

Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka spt Imam Malik b. Anas, Urwah b. Zubair, Abdullah b. Jaafar, Yusuf b. Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.

Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik b. Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya)

Sifat-Sifat Peribadi

Beliau mempunyai keperibadian yang tinggi, disukai ramai dan warak yang diwarisi dari datuknya Saidina Umar b Al-Khatab. Baginda amat berhati-hati dengan harta terutamanya yang melibatkan harta rakyat. Sesungguhnya kisah Khalifah Umar bin Abdul Aziz yang menyediakan dua lilin di rumahnya, satu untuk kegunaan urusan negara dan satu lagi untuk kegunaan keluarga sendiri tentunya telah diketahui umum dan tidak perlu diulang-ulang.

Sebagai seorang yang zuhud, kehidupannya semasa menjadi Gabenor Madinah dan Khalifah adalah sama seperti kehdupannya semasa menjadi rakyat biasa. Harta yang ada termasuk barang perhiasan isterinya diserahkan kepada Baitulmal dan segala perbelanjaan negara berdasarkan konsep jimat-cermat dan berhati-hati atas alasan ia adalah harta rakyat. Ini terbukti apabila beliau dengan tegasnya menegur dan memecat pegawai yang boros dan segala bentuk jamuan negara tidak dibenarkan menggunakan harta kerajaan.

Pada suatu hari beliau berkhutbah yang mana antara isinya adalah seperti berikut :

"Setiap orang yang musafir mesti memperlengkapi bekalannya. Siapkanlah taqwa dalam perjalanan kamu dari dunia menuju akhirat. Pastikan dirimu sama ada mendapat pahala atau siksa, senang atau susah."

"Jangan biarkan masa berlalu sehingga hatimu menjadi keras dan musuh sempat mengoda. Sebaik-baiknya saudara menganggap bahawa hidup pada petang hari tidak akan sampai ke pagi hari dan hidup pada pagi hari tidak akan sampai ke petang hari. Memang tidak jarang terjadi kematian ditengah-tengahnya"

"Saudara-saudara dapat menyaksikan sendiri bahawa ramai orang yang tertipu dengan dunia, padahal orang yang layak bergembira tidak lain kecuali orang yang selamat daripada siksaan Allah SWT dan orang yang lepas dari tragedi hari qiamat."

"Sementara orang yang tidak mahu mengubati yang sudah luka, kemudian datang lagi penyakit lain, bagaimana mungkin mahu bergembira ? Saya berlindung kepada Allah SWT daripada perbuatan yang tidak aku pegangi dan amalkan sendiri. Seandainya begitu, alangkah rugi dan tercelanya aku. Dan jelaslah tempatku nanti pada hari yang jelas kelihatan siapa yang kaya dan siapa yang miskin".

"Di sana nanti akan diadakan timbangan amal serta manusia akan diserahi tanggungjawab yang berat. Seandainya tugas itu dipikul oleh binatang-binatang nescaya ia akan hancur, jika dipikul oleh gunung nescaya ia akan runtuh, kalau dipikul oleh bumi nescaya bumi akan retak. Saudara-saudara belum tahu bahawa tiada tempat di antara Syurga dan Neraka ? Kamu akan memasuki salah satu daripadanya. "

"Ada seorang lelaki yang mengirim surat kepada rakannya yang isinya : "Sesungguhnya dunia ini adalah tempat bermimpi dan akhirat barulah terjaga" Jarak pemisah antara keduanya adalah mati. Jadi, kita sekarang sedang bermimpi yang panjang"

Terdapat banyak riwayat dan athar para sahabat yang menceritakan tentang keluruhan budinya. Di antaranya ialah :

1) At-Tirmizi meriwayatkan bahawa Umar Al-Khatab telah berkata : "Dari anakku (zuriatku) akan lahir seorang lelaki yang menyerupainya dari segi keberaniannya dan akan memenuhkan dunia dengan keadilan"

2) Dari Zaid bin Aslam bahawa Anas bin Malik telah berkata : "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam selepas wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam tersebut menyamai solat Rasulullah SAW melainkan daripada Umar bin Abdul Aziz dan beliau pada masa itu adalah Gabenor Madinah"

3) Al-Walid bin Muslim menceritakan bahawa seorang lelaki dari Khurasan telah berkata : "Aku telah beberapa kali mendengar suara datang dalam mimpiku yang berbunyi : "Jika seorang yang berani dari Bani Marwan dilantik menjadi Khalifah, maka berilah baiah kepadanya kerana dia adalah pemimpin yang adil"." Lalu aku menanti-nanti sehinggalah Umar b. Abdul Aziz menjadi Khalifah, akupun mendapatkannya dan memberi baiah kepadanya".

4) Qais bin Jabir berkata : "Perbandingan Umar b Abdul Aziz di sisi Bani Ummaiyyah seperti orang yang beriman di kalangan keluarga Firaun"

5) Hassan al-Qishab telah berkata :"Aku melihat serigala diternak bersama dengan sekumpulan kambing di zaman Khalifah Umar Ibnu Aziz"

6) Umar b Asid telah berkata :"Demi Allah, Umar Ibnu Aziz tidak meninggal dunia sehingga datang seorang lelaki dengan harta yang bertimbun dan lelaki tersebut berkata kepada orang ramai :"Ambillah hartaku ini sebanyak mana yang kamu mahu". Tetapi tiada yang mahu menerimanya (kerana semua sudah kaya) dan sesungguhnya Umar telah menjadikan rakyatnya kaya-raya"

7) 'Atha' telah berkata : "Umar Abdul Aziz mengumpulkan para fuqaha' setiap malam. Mereka saling ingat memperingati di antara satu sama lain tentang mati dan hari qiamat, kemudian mereka sama-sama menangis kerana takut kepada azab Allah seolah-olah ada jenayah di antara mereka."

Umar Ibnu Aziz Sebagai Khalifah

Beliau dilantik menjadi Khalifah stelah kematian sepupunya, Khalifah Sulaiman atas wasiat khalifah tersebut. Setelah mengambilalih tampuk pemerintahan, beliau telah mengubah beberapa perkara yang lebih mirip kepada sistem fuedal. Di antara perubahan awal yang dilakukannya ialah :

1) menghapuskan cacian terhadap Saidina Ali b Abu Thalib dan keluarganya yang disebut dalam khutbah-khutbah Jumaat dan digantikan dengan beberapa potongan ayat suci al-Quran

2) merampas kembali harta-harta yang disalahgunakan oleh keluarga Khalifah dan mengembalikannya ke Baitulmal

3) memecat pegawai-pegawai yang tidak cekap, menyalahgunakan kuasa dan pegawai yang tidak layak yang dilantik atas pengaruh keluarga Khalifah

4) menghapuskan pegawai peribadi bagi Khalifah sebagaimana yang diamalkan oleh Khalifah terdahulu. Ini membolehkan beliau bebas bergaul dengan rakyat jelata tanpa sekatan tidak seperti khalifah dahulu yang mempunyai pengawal peribadi dan askar-askar yang mengawal istana yang menyebabkan rakyat sukar berjumpa.

Selain daripada itu, beliau amat mengambilberat tentang kebajikan rakyat miskin di mana beliau juga telah menaikkan gaji buruh sehingga ada yang menyamai gaji pegawai kerajaan.

Beliau juga amat menitikberatkan penghayatan agama di kalangan rakyatnya yang telah lalai dengan kemewahan dunia. Khalifah umar telah memerintahkan umatnya mendirikan solat secara berjammah dan masjid-masjid dijadikan tempat untuk mempelajari hukum Allah sebegaimana yang berlaku di zaman Rasulullah SAW dan para Khulafa' Ar-Rasyidin. Baginda turut mengarahkan Muhammad b Abu Bakar Al-Hazni di Mekah agar mengumpul dan menyusun hadith-hadith Raulullah SAW.

Dalam bidang ilmu pula, beliau telah mengarahkan cendikawan Islam supaya menterjemahkan buku-buku kedoktoran dan pelbagai bidang ilmu dari bahasa Greek, Latin dan Siryani ke dalam bahasa Arab supaya senang dipelajari oleh umat Islam.

Dalam mengukuhkan lagi dakwah Islamiyah, beliau telah menghantar 10 orang pakar hukum Islam ke Afrika Utara serta menghantar beberapa orang pendakwah kepada raja-raja India, Turki dan Barbar di Afrika Utara untuk mengajak mereka kepada Islam. Di samping itu juga beliau telah menghapuskan bayaran Jizyah yang dikenakan ke atas orang yang bukan Islam dengan harapan ramai yang akan memeluk Islam.

Khalifah Umar b Abdul Aziz yang terkenal dengan keadilannya telah menjadikan keadilan sebagai keutamaan pemerintahannya. Beliau mahu semua rakyat dilayan sama adil tidak mengira keturunan dan pangkat supaya keadilan dapat berjalan dengan sempurna. Keadilan yang beliau perjuangan adalah menyamai keadilan di zaman datuknya, Khalifah Umar Al-Khatab ! yang sememangnya dinanti-nantikan oleh rakyat yang selalu ditindas oleh pembesar yang angkuh dan zalim sebelumnya.. ...

Beliau akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah memerintah selama 2 tahun 5 bulan

2 tahun 5 bulan satu tempoh yang terlalu pendek bagi sebuah pemerintahan. ...

Tetapi Khalifah Umar b Abdul Aziz telah membuktikan sebaliknya. Dalam tempoh tersebut, kerajaan Umaiyyah semakin kuat tiada pemberontakan dalaman, kurang berlaku penyelewengan, rakyat mendapat layanan yang sewajarnya dan menjadi kaya-raya hinggakan Baitulmal penuh dengan harta zakat kerana tiada lagi orang yang mahu menerima zakat....... .kebanyakannya sudah kaya ataupun sekurang-kurangnya boleh berdikari sendiri..

Semua ini adalah jasa Khalifah Umar b Abdul Aziz yang sangat masyhur, adil dan warak yang wajar menjadi contoh kepada pemerintahan zaman moden ini....hanya 852 hari dapat mengubah sistem pemerintahan ke arah pemerintahan yang diredahi Allah dan menjadi contoh sepanjang zaman..satu rekod yang sukar diikuti oleh orang lain melainkan orang yang benar-benar ikhlas.....! !!

Kenapa proton murah di Arab Saudi - Malaysiakini


Kenapa Proton tak jual harga macam kat Arab Saudi????

Apa istimewanya orang Arab?

Kata ”Rakyat didahulukan”…..

Kenapa orang Arab lebih diutamakan?

Haaaa…..Jawapannya ialah…..Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu …..Hahaha

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94

Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje

Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje

Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje…

Itu belum harga keta import, kalau saya bagitau mau pengsan

Kerana sebiji kurma - Malaysiakini

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa.Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.

Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan.
Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa.Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.Ia shalat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya."Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari
meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin
amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah
ditelannya.Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua.kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu."Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.
"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau
menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?"."Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.

Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.Biar berjauhan, akhirnya selesai juga.Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap."Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain.Sekarang ia sudah bebas."

"Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi forward-lah mssge ini.Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila
ragu-ragu... "

Pada hadits yang lain beliau bersabda; Siapa yang merampas hak orang Islam dengan sumpahnya, maka Allah mewajibkan dia masuk neraka dan mengharamkannya masuk surga.. Seorang laki-laki bertanya, walaupun sedikit ya Rasulullah? Nabi menjawab, walaupun sebatang kayu sugi.(Riwayat Muslim).

-BerPesaN-pesaN SesaMa InSaN-

Sunday, September 13, 2009

Kos Jalan Teluk Kumbar - Balik Pulau meningkat - Malaysiakini

Kontraktor asal bagi projek Teluk Kumbar –Pekan Genting, Syarikat Bulkers Corporation Sdn. Bhd yang melaksanakan projek Jalan Telok Kumbar Ke Pekan Genting, Balik Pulau, Pulau Pinang telahpun ditamatkan perkhidmatannya secara persetujuan bersama (mutual termination) pada 8 Oktober 2008.

Syarikat Bulkers Corporation masuk tapak pada tahun 2004 dan berhenti kerja pada awal tahun 2008. Jumlah kos yang asal adalah sebanyak RM56 juta. Kerajaan telah berbelanja sebanyak RM40 juta bagi kontraktor asal yang telah gagal menyiapkan projek pada Oktober 2008. Kos kontrak projek ini selepas ditender semula ialah sebanyak RM42 juta. Ini bermaksud kerajaan pusat perlu membayar kos projek yang lebih sebanyak RM26 juta. Tempoh siap projek juga ditangguhkan sampai Disember 2010. Ini dinyatakan dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada bulan Jun 2009 oleh Menteri Kerja Raya Dato’Shaziman bin Abu Mansor seperti berikut:

“Baki kerja Projek Baik Pulih Jalan Dari Pekan Genting ke Balik Pulau Pakej 2B ini akan disambung semula oleh Sarahon Construction Sdn Bhd, iaitu kontraktor baru yang dilantik melalui proses tender terbuka. Kontraktor baru yang dilantik melalui proses tender terbuka. Kontraktor baru ini telah mula masuk tapak pada 27 Mei 2009 dan tempoh siap kerja adalah selama 72 minggu. Sarahon Construction Sdn Bhd telah dilantik untuk melaksanakan baki kerja projek memandangkan kontraktor asal, Syarikat Bulkers Corporation telah gagal menyiapkan projek pada masa yang telah ditetapkan. Kontraktor asal telah menghadapi masalah kewangan dan masalah dengan subkontraktor yang menyebabkan pelaksanaan projek tergendala walaupun Lanjutan Masa atau Extension of Time telah diberikan oleh JKR.Kos kontrak projek ini selepas ditender semula ialah sebanyak RM42 juta. Skop Pembinaan projek ini adalah sepanjang 3.3km dengan pembinaan lorong mendaki di 2 lokasi pembinaan, 6 buah jambatan serta perabot jalan.”

Kerajaan Negeri Pulau Pinang amat prihatin tentang kelambatan projek ini yang menyusahkan malah mengancam keselamatan pengguna jalanraya dan juga cerun bukit. Satu lagi isu ialah kenaikan kos projek Jalan Terbengkalai Teluk Kumbar-Pekan Genting sebanyak 46% daripada RM56juta kepada RM 82 juta.

Pilihan Kontraktor yang salah dan tidak mengikuti kriteria professional telah mengakibatkan kerugian kewangan kepada rakyat. Perlunya sistem tender terbuka yang sebenarnya diamalkan dan tidak kepada kroni-kroni tertentu. Adalah diharapkan kesilapan tidak akan berulang lagi apabila kerja disambung semula sehingga mengakibatkan tarikh siap baru pada awal 2011 tidak tercapai juga.lim guang eng

Wednesday, September 9, 2009

Kesilapan Umat Islam Ketika Berpuasa - Malaysiakini

Pada hemat saya, kita bolehlah mengatakan bahawa objektif atau sasaran yang perlu dicapai oleh Muslim di bulan Ramadhan ini kepada dua yang terutama. Iaitu taqwa dan keampunan. Perihal objektif taqwa telah disebut dengan jelas di dalam ayat 183 dari surah al-Baqarah.

Manakala objektif 'mendapatkan keampunan' ternyata dari hadith sohih tentang Sayyidatina Aisyah r.a yang bertanya kepada nabi doa yang perlu dibaca tatkala sedar sedang mendapat lailatul qadar. Maka doa ringkas yang diajar oleh Nabi SAW adalah doa meminta keampunan Allah SWT.

Bagaimanapun, kemampuan untuk mendapatkan kesempurnaan pahala ramadhan kerap kali tergugat akibat kekurangan ilmu dan kekurang perihatinan umat Islam kini. Antara yang saya maksudkan adalah :-
1) Makan dan minum dengan bebas setelah batal puasa dengan sengaja (bukan kerana uzur yang diterima Islam). Perlu diketahui bahawa sesiapa yang batal puasanya dengan sengaja tanpa uzur seperti mengeluarkan mani secara sengaja, merokok, makan dan minum. Ia dilarang untuk makan dan minum lagi atau melakukan apa jua perkara yang membatalkan puasa yang lain sepanjang hari itu. (Fiqh as-Siyam, Al-Qaradawi, hlm 112). Ia dikira denda yang pertama baginya selain kewajiban menggantikannya kemudiannya. Keadaan ini disebut di dalam sebuah hadith, Ertinya : "sesungguhnya sesiapa yang telah makan (batal puasa) hendaklah ia berpuasa baki waktu harinya itu" (Riwayat al-Bukhari)

2) Makan sahur di waktu tengah malam kerana malas bangun di akhir malam . Jelasnya, individu yang melakukan amalan ini terhalang dari mendapat keberkatan dan kelebihan yang ditawarkan oleh Nabi SAW malah bercanggah dengan sunnah baginda. "Sahur" itu sendiri dari sudut bahasanya adalah waktu terakhir di hujung malam. Para Ulama pula menyebut waktunya adalah 1/6 terakhir malam. (Awnul Ma'bud, 6/469). Imam Ibn Hajar menegaskan melewatkan sahur adalah lebih mampu mencapai objektif yang diletakkan oleh Nabi SAW. (Fath al-Bari, 4/138).

3) Bersahur dengan hanya makan & minum sahaja tanpa ibadah lain . Ini satu lagi kesilapan umat Islam kini, waktu tersebut pada hakikatnya adalah antara waktu terbaik untuk beristigfar dan menunaikan solat malam. Firman Allah ketika memuji orang mukmin ertinya : " dan ketika waktu-waktu bersahur itu mereka meminta ampun dan beristighfar" (Az-Zariyyat : 18).

4) Menunaikan solat witir sejurus selepas terawih . Menurut dalil-dalil yang sohih, waktu yang terbaik bagi solat witir adalah penutup segala solat sunat di sesuatu hari itu berdasarkan hadith ertinya "Jadikanlah solat sunat witir sebagai solat kamu yang terakhir dalam satu malam". (Fath al-Bari, no 936). Sememangnya tidak salah untuk melakukan witir selepas terawih, cuma sekiranya seseorang itu yakin akan kemampuannya untuk bangun bersahur dan boleh melakukan solat sunat selepas itu, maka adalah lebih elok ia melewatkan witirnya di akhir malam.

5) Tidak menunaikan solat ketika berpuasa. Ia adalah satu kesilapan yang maha besar. Memang benar, solat bukanlah syarat sah puasa. Tetapi ia adalah rukun Islam yang menjadi tonggak kepada keislaman sesorang. Justeru, 'ponteng' solat dengan sengaja akan menyebabkan pahala puasa seseorang itu menjadi 'kurus kering' pastinya.

6) Tidak mengutamakan solat Subuh berjemaah sebagaimana Terawih . Ini jelas suatu kelompongan yang ada dalam masyarakat tatakala berpuasa. Ramai yang lupa dan tidak mengetahui kelebihan besar semua solat fardhu berbanding solat sunat, teruatamnya solat subuh berjemaah yang disebutkan oleh Nabi SAW bagi orang yang mendirikannya secara berjemaah, maka beroleh pahala menghidupkan seluruh malam.

7) Menunaikan solat terawih di masjid dengan niat inginkan meriah . Malanglah mereka kerana setiap amalan di kira dengan niat, jika niat utama seseorang itu ( samada lelaki atau wanita) hadir ke masjid adalah untuk meriah dan bukannya atas dasar keimanan dan mengharap ganjaran redha Allah sebagaimana yang ditetapkan oleh Nabi SAW di dalam hadith riwayat al-Bukhari. Maka, "Sesungguhnya sesuatu amalan itu dikira dengan niat". (Riwayat al-Bukhari)

8) Bermalasan dan tidak produktif dalam kerja-kerja di siang hari dengan alasan berpuasa. Sedangkan, kerja yang kita lakukan di pejabat dengan niat ibadat pastinya menambahkan lagi pahala. Justeru, umat Islam sewajarnya memperaktifkan produktiviti mereka dan bukan mengurangkannya di Ramadhan ini.

9) Memperbanyakkan tidur di siang hari dengan alasan ia adalah ibadat . Sedangkan Imam As-Sayuti menegaskan bahawa hadith yang menyebut berkenaan tidur orang berpuasa itu ibadat adalah amat lemah. (al-Jami' as-Soghir ; Faidhul Qadir, Al-Munawi, 6/291)

10) Menganggap waktu imsak sebagai 'lampu merah' bagi sahur . Ini adalah kerana waktu imsak sebenarnya tidak lain hanyalah 'lampu amaran oren' yang di cadangkan oleh beberapa ulama demi mengingatkan bahawa waktu sahur sudah hampir tamat. Ia bukanlah waktu tamat untuk makan sahur, tetapi waktu amaran sahaja. Lalu, janganlah ada yang memberi alasan lewat bangun dan sudah masuk imsak lalu tidak dapat berpuasa pada hari itu.. Waktu yang disepakti ulama merupakan waktu penamat sahur adalah sejurus masuk fajar sadiq (subuh). (As-Siyam, Dr Md 'Uqlah, hlm 278)

11) Wanita berterawih beramai-ramai di masjid tanpa menjaga aurat . Ini nyata apabila ramai antara wanita walaupun siap bertelekung ke masjid, malangnya kaki dan aurat mereka kerap terdedah da didedahkan berjalan dan naik tangga masjid di hadapan jemaah lelaki. Tatkala itu, fadhilat mereka solat di rumah adalah lebih tinggi dari mendatangkan fitnah buat lelaki ketika di masjid.

12) Tidak memperbanyakkan doa tatkala berpuasa dan berbuka . Ini satu lagi jenis kerugian yang kerap dilakukan oleh umat Islam. Nabi SAW telah menyebut :- Ertinya : "Tiga golongan yang tidak di tolak doa mereka, pemimpin yang adil, individu berpuasa sehingga berbuka dan doa orang yang di zalimi" ( Riwayat At-Tirmizi, 3595, Hasan menurut Tirmizi. Ahmad Syakir : Sohih ) Selain itu, doa menjadi bertambah maqbul tatkala ingin berbuka berdasarkan hadith. Ertinya : "Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu ketika berbuka (atau hampir berbuka) doa yang tidak akan ditolak" ( Riwayat Ibn Majah, no 1753, Al-Busairi : Sanadnya sohih).

dari blog al-banjari

Tuesday, September 8, 2009

PROMOSI KASUT RAYA DI PENANG -Malaysiakini

Anda boleh mendapat maklumat terkini dari Blog Che'gu Bard

Are you drinking the right tea? - Malaysiakini







Are you drinking the right tea?

1. People who use their 'brain' to work or students who study hard day
and night.
--- Should drink more Chrysanthemum Tea.


2. People who need a lot of body energy to work or those people who
exercise a lot everyday.
--- Should drink Wu Loong Tea.


3. People who travel on a bike or work in dirty and polluted places.
--- Should drink Green Tea.


4. For people who like to sit down all day long and not do anything,
even exercising
--- Must drink Green Tea and Flower Tea.


5. People who smoke and drink a lot of alcoholic drinks.
--- Should drink more Green Tea.


6. Carnnivore ( i.e. people who must eat meat at least once a day, or
feel sickly)
--- Try to drink some Wu Loong Tea.


7. People who go to the washroom too often or not often enough.
--- Should drink more Honey Tea


8. People with high cholesterol and high blood pressure.
--- Wu Loong Tea, Green Tea.


9. Those who work with computers everyday.
--- Need to drink a Lot of Tea (any tea will do).


Whenever you are working with the computer, you should make some tea,
drink it when you are free.

Drinking Tea is healthy, it can protect and prevent the harmful
Ultraviolet light from harming us (when using computer).

Furthermore, it can also cure us when we are tired and help making our
body feel fresh again.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SOYA BEAN


All of us know that soyabean drink provides good protein to our body...
but many of us don't know that there are certain days we should avoid
drinking it.

Soya bean drinks are best consumed on hot sunny days when the sun is
strong. The soya milk will give lots of nutrients to the body as the
body is able to absorb the protein well.

However, avoid the drink when the weather is cloudy or raining. Taking
the drink in these weather, the body will not be able to take in the
protein and will result in a disease called 'GOUT' or 'high acidic
urine' due to the high protein residue in the body, after a long run.

This disease will cause pain to your knee joints and it will only be in
control when you control your food intake of proteins and medication.
The pain is unbearable and usually you will have no idea what you have
taken to cause the pain. Food like soya beans, anchovies, broccoli,
spinach, peanuts, animal organs ( i.e. pork liver) etc will have to be
avoided to prevent the pain from attacking.

So my friend, pass this to your family, relatives and friends to keep an
alert on the pros and cons of soya bean milk and when it is to be taken
and to be avoided.

Saturday, September 5, 2009

MAS = Kebaya Ketat = tudung Malaysiakini




Mengapa penerbangan Haji, pramugari MAS memakai tudung, tetapi penerbangan biasa pramugari buang tudung? Ini satu lagi sikap yang mempersendakan dan meremehkan perintah Allah yang termaktub dalam al Quran.

Adakah tudung itu sekadar mengambil syarat sahaja atau sekadar mengambil hati penumpang-penumpang yang akan berhaji? Maka jadilah tudung hanya sebagai alat. Terus diperalatkan dan dipersendakankan. Lalu, orang-orang kafir akan tengok dan mereka semakin tidak faham makna tudung tambahan apabila lihat telatah pramugari-pramugari MAS ini.

Maka tidak hairanlah majoriti orang bukan Islam memahami bahawa tudung 'Tidak Wajib' bagi wanita Islam. Bila melihat wanita Islam bertudung, mereka mengaggap mereka konsevertif, ketinggalan zaman dan penganut Islam ekstrim. tetapi bagi wanita Islam yang tidak bertudung mereka dianggap moden, berfikiran terbuka dan pengamal ajaran Islam sebenar. Maksud yang mudah mereka fahami ialah wanita-wanita Islam tidak bertudung ini adalah penagamal ajaran Islam Hadahari yang maju, moden, terbuka, canggih dan islam yang sebenar seperti yang digambarkan oleh pengasas Islam Hadhari, Pak lah yang isterinya tidak memakai tudung.

Memang ada terdengar melalui sumber yang sahih bahawa Syarikat MAS sampai sekarang masih tidak membenarkan pemakaian tudung kepada pramugari kerana tudung ini tidak termasuk uniform pramugari. Tetapi dalam masa yang sama pramugari untuk membawa bakal haji dimestikan memakai tudung. Tudung hanya dibenarkan selepas selesai mendarat. Ini menandakan bahawa MAS masih lagi bersikap sekular dan anti Islam.

Apabila penerbangan yang berkaitan agama diwajibkan pramugari bertudung, tetapi apabila untuk penerbangan biasa diharamkan bertudung. MAS merupakan syarikat Rangkaian Kerajaan (GLC). Sepatutnya imej Malaysia sebagai sebuah Negara Islam mesti menunjukkan imej Islamik khususnya kepada pramugari.

Adakah, berkemungkinan kerajaan dan MAS memandang apabila pramugari bertudung akan mengurangkan pelancong luar untuk datang kerana bimbang dengan pengganas. atau mungkinkan kerajaan merasakan memakai tudung kelihatan tidak moden dan ketinggalan zaman. Saya rasa persoalan ini Pak Lah dan Najib sahaja yang boleh menjawabnya kerana kita sendiri tidak tahu menagapa pramugarai MAS yang beragama Islam diharamkan bertudung.

Mengapakah pramugari MAS misti bertudung?

Pendapat saya, kapal terbang merupakan pintu gerbang pertama memperkenalkan pelancung kepada Malaysia. Bila mereka menaiki MAS dan melihat pramugari MAS bertudung, mereka akan terus memahami bahawa Malaysia negara Islam. Tambahan pula di dalam kapal terbang tidak menyediakan arak, lagi mereka faham bahawa negara yang bakal mereka kunjungi nanti merupakan negara Islam yang taat. Bila mereka keluar dari kapal terbang dan melihat sendiri keadaan negara kita yang bagitu maju, moden, aman damai dan rakyatnya peramah maka mereka akan mengkaguminya. Dan mereka akan memberi kesimpulan bahawa inilah contoh negara Islam yang harus dipuji. Maka secara outamatik, Malaysia mendapat kredit dan Islam menjadi semakin positif dimata orang-orang kafir. Tidakkah ini sesuatu yang baik untuk negara dan agama?

Tambahan pula, pemakaian tudung boleh menjadikan gadis-gadis Malaysia lebih cantik, anggun dan mempunyai nilai-nilai kemelayuan yang tinggi. Tidak ada mata yang menyatakan bahawa dengan memakai tudung menjadikan gadis-gadis lebih hodoh, bahkan lebih cantik, sopan dan ayu dari yang tidak memakai tudung.


Kesimpulannya, kerajaan BN yang terajui UMNO Melayu Islam, wajar bersifat peka dan sensitif dalam berkaitan dengan hukum Islam. Janganlah kerajaan menjadikan tudung sebagai beban dalam pentadbiran (seperti yang dihadapi RTM sebelum ini) dan harus bersama-sama menyemarakkan syariat khususnya dalam konsep penutupan aurat bagi wanita-wanita Islam di Malaysia. Penerbangan Malaysia (MAS) sebagai badan berstatus GLC, harus lebih peka dengan tuntutan Islam. Paramaguri MAS yang beragama Islam haruslah diwajibkan bertudung dan ianya boleh menaikan lagi imej Islam sebagai agama rasmi di Malaysia. Walau bagaimanapun sebelum menyuruh orang lain bertudung, adalah lebih molek jika Pak Lah dan Najib memastikan isteri sendiri juga memakai tudung. Nanti jangan dikata orang, bagai ketam mengajar anak berjalan betul!

Jualan kasut raya di Penang - Malaysiakini





















Thursday, September 3, 2009

Keretapi tergantung - Malaysiakini




















Salam,
semoga semua umat Islam mendapat Pahala Puasa Kelas A++.
Saya menerima email dari sahabat memaklumkan tentang keretapi tergantung di German. Saya loadkan untuk tatapan kawan-kawan semua.

Wednesday, September 2, 2009

Situasi terkini di Ipoh sehingga jam 1.00 petang - Malaysiakini






BERIKUT adalah perkembangan situasi di "Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)" Perak yang didakwa oleh Pakatan Rakyat negeri itu akan diadakan di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Ipoh hari ini, sambungan dari berita sebelumnya. Menurut Mstar Online...

11.45 pagi: 'Sidang Dewan' bermula dengan kemasukan Sivakumar ke dalam 'dewan' yang sebenarnya merupakan sebuah bilik majlis di hotel. Sivakumar kini sedang mempengerusikan 'sidang' Dewan.

11 pagi: Mohammad Nizar, Sivakumar dan beberapa wakil rakyat cuba memasuki ibu pejabat FRU di Sungai Senam untuk bertemu dengan wakil rakyat yang ditahan.

10.30 pagi: Bekas Speaker DUN, V Sivakumar berkata, beliau akan tetap meneruskan sidang DUN di Hotel Heritage pada pukul 11.30 pagi. Katanya, beliau harus mengggunakan doktrin yang diperlukan kerana wakil rakyat Pakatan dihalang daripada memasuki bangunan SUK.

10.20 pagi: Selain Ngeh, Keshvinder dan jurugambar Tan, ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan dua penyokong turut ditahan. Semua wakil rakyat Pakatan pulang ke ibu pejabat DAP dan mengadakan sidang akhbar. Mohammad Nizar terus mengulangi bahawa arahan yang dikeluarkan mahkamah hanya untuk penyokong dan wakil rakyat tidak boleh dihalang daripada memasuki dewan persidangan. Katanya, beliau bukan memanggil untuk berkumpul tetapi untuk mengadakan sidang DUN.

Menurut Harakah, kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini sekali lagi dihalang dari menggunakan Dewan Negeri bagi mengadakan persidangan. Kesemua ADUN Pakatan Rakyat Perak hari ini sekali lagi dihalang dari menggunakan Dewan Negeri bagi mengadakan persidangan. Belum sempat memasuki 30 meter kawasan larangan ke Bangunan SUK pagi ini, tiga ADUN, dua orang awam dan seorang jurugambar telah pun ditangkap.

Tiga ADUN tersebut adalah ADUN Setiawan, Dato' Ngeh Ko Ham; Simpang Pulai Chan Meng Kai dan ADUN Malim Nawar, Keshwinder Singh. Manakala jurugambar dari Nanyang Siang Pau, Stanley adalah yang paling awal ditangkap. Ekoran halangan yang diterima itu, mereka akan mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage jam 11.30 pagi ini.

Terdahulu kesemua ADUN berkumpul di Wisama DAP bagi sesi taklimat dan perbincangan tertutup sebelum turun untuk menuju ke Bangunan SUK melalui Jalan Istana. Mengetuai perarakan ADUN tersebut adalah Yang DiPertua Speaker, V.Sivakumar, Menteri Besar, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Dato' Ngeh Ko Ham dan Nga Kor Meng. Perarakan tersebut bagaimanapun dihalang oleh pihak polis kira-kira 15 meter dari pokok yang pernah digunakan untuk bersidang 3 Mac lalu.

Tolak menolak berlaku apabila pihak polis langsung tidak memberi ruang kepada kesemua ADUN berkenaan memasuki kawasan larangan tersebut. Dalam aksi tolak menolak tersebut, ADUN Setiawan, Dato Ngeh Ko Ham dengan menggunakan pembesar suara beberapa kali memberi penjelasan dan meminta tidak dihalang untuk menuju ke bangunan SUK.

"Dalam perintah mahkamah ini menyebut, para penyokong tidak dibenarkan berkumpul dalam kawasan 30 meter dari bangunan SUK. Kami ADUN bukan penyokong," ujarnya sambil memegang salinan notis perintah mahkamah yang juga ditampal di beberapa bangunan berhampiran.

Datuk Seri Nizar dalam pada itu turut meminta pihak polis agar tidak bertindak kasar terhadap ADUN memandangkan bulan puasa. Polis bagaimanapun tidak menghiraukan rayuan dan penjelasan mereka malah terus menambah anggota membuat kepungan menghalang pergerakan ADUN. Dalam kekalutan itu, disebelah belakang pihak polis pula muncul sekumpulan pemuda berbaju kuning bertulis 'Daulat Tuanku' membuat provokasi dan ingin bertembung bagi menghalang ADUN daripada memasuki Bangunan SUK.

Bagaimanapun kesemua mereka 'dijaga' pihak polis dengan baik dan kemudiannya diarah bersuarai secara baik. Tidak berpuas hati dengan layanan polis terhadap kumpulan tersebut, ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat mula mempertikai tindakan polis yang jelas dilihat berat sebelah. Ketika merakam aksi anggota kumpulan terbabit, jurugambar Nanyang Siang Pau, Stanley disentak kasar polis berpakaian biasa kerana didakwa manghalang tugas mereka.

Stanley yang berang dengan tindakan itu bagaimanapun sempat membalas kata-kata polis berkenaan sebelum dia dijatuhkan ketanah, ditindih beberapa anggota dan kemudian ditangkap. "Saya pun buat kerja saya juga, kenapa you (polis) halang saya," balasnya agak berang pada waktu itu. Dalam kekalutan tersebut, nama Dato' Ngeh disebut beberapa kali oleh Ketua Polis Ipoh sebelum dia ditangkap kerana menggunakan pembesar suara.

Pada masa yang sama, dua lagi ADUN, Chan Meng Kai dan Keshwinder ditangkap. Kesemua mereka yang ditangkap dibawa ke balai polis Sungai Senam. Melihat pergelutan itu, Nizar bagaimanapun mengarahkan kesemua ADUN bersurai menuju ke Wisma DAP bagi mengadakan sidang media.

Pada sidang media tersebut, Sivakumar mengumumkan untuk mengadakan persidangan DUN di Hotel Herritage tengahari ini. "Kita tetap akan buat sidang DUN di Hotel Herritage jam 11.30 ini. Kita buat ditempat selain Dewan Negeri kerana keperluan," katanya. Dalam perkembangan lain, sejumlah anggota Perkida dikatakan mula berhimpun di perkarangan hotel berkenaan bagi menghalang ADUN bersidang

Binatang yang hidup macam manusia - Malaysiakini

KUALA LUMPUR: “Saya tidak akan memaafkannya sampai bila-bila dan berharap dia menerima hukuman paling berat setimpal dengan seksaan teruk yang dilakukan terhadap diri saya,” kata Siti Hajar, 33, pembantu rumah warga Indonesia yang cedera parah didera majikannya sejak tiga tahun lalu.

Beliau ditemui di Kedutaan Besar Republik Indonesia (KBRI) di sini, sebelum pulang ke kampung halamannya di Garut, Jawa Barat, Indonesia, petang semalam.

Menurutnya, dia pulang untuk menemui dua anaknya yang ditinggalkan sejak Julai 2006 dan akan kembali ke negara ini bagi menghadiri prosiding mahkamah sebagai saksi berhubung kes deranya, Oktober depan.

“Saya bersyukur kepada Allah dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada kedutaan Indonesia atas jasa baik mereka yang begitu mengambil berat dan menjaga saya sejak beberapa bulan lalu sehingga sembuh sepenuhnya.

“Selain itu, kesedihan hati saya sedikit terubat kerana menerima tunggakan gaji yang belum dibayar dan wang berkenaan akan digunakan untuk keperluan hidup keluarga termasuk membeli rumah untuk disewakan.

Hati saya ini begitu tidak sabar untuk bertemu anak serta keluarga, sekali gus menyambut Ramadan dan Aidilfitri bersama mereka di sana,” katanya dalam keadaan sebak bercampur gembira, semalam.

Hadir sama, Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Tan Sri Da’i Bachtiar.

Siti Hajar berkata, dia turut akan bekerja semula sebagai pembantu rumah di negara ini untuk mencari rezeki dan beranggapan tidak semua orang bersikap kejam seperti majikannya.

Sementara itu, Da’i berkata, Siti Hajar dibenarkan pulang sementara menunggu prosiding mahkamah selanjutnya yang akan dijalankan Oktober serta November ini dan semua kos penerbangan dibiayai kerajaannya.

Harian Metro sebelum ini melaporkan mangsa yang diperlakukan bagai hamba abdi dengan didera hampir setiap hari, nekad melarikan diri dari rumah majikannya itu di Kondominium Lanai Kiara, Mount Kiara di sini pada 8 Jun lalu.

Malah, majikan terbabit didakwa tidak pernah membayar gaji walau satu sen pun sejak wanita warga Indonesia berkenaan diambil bekerja di rumahnya, selain hanya diberikan nasi kosong tanpa lauk sebagai makanan harian.

Lebih memualkan, jika mangsa teringin sangat menjamah lauk, dia didakwa hanya dibenarkan mengambil daging babi oleh majikan.

Itulah antara penderitaan terpaksa ditanggung Siti Hajar yang cedera parah hampir di seluruh anggota badan akibat disimbah air panas sebelum wanita berkenaan melarikan diri.

Majikannya ditahan sebaik dia membuat laporan polis berhubung penderaan itu.

ZON PERANG DI IPOH - malaysiakini










ADUN Pakatan Rakyat Perak
nekad untuk meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) hari ini walaupun pihak polis melarang semua pihak daripada berhimpun di bangunan sekretariat kerajaan negeri.

Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan beberapa ADUN Pakatan mula tiba di bangunan tersebut pada kira-kira jam 8.45 pagi. Turut hadir ialah kira-kira 150 penyokong mereka.

Manakala pihak polis mengadakan kawalan ketat di sekitar bangunan tersebut oleh anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan trak meriam air digunakan untuk menutup pintu belakang.

Polis juga menutup kawasan berpokok di mana ADUN Pakatan mengadakan sidang DUN Mac lalu. Kira-kira 100 anggota polis ditempatkan berkawal di situ.

Pada jam 9.45 pagi, semua wakil rakyat Pakatan dan Speaker V Sivakumar mula berjalan dari pejabat DAP Perak menuju ke bangunan sekretariat. Mereka disertai oleh kira-kira 50 penyokong.

Apabila dihalang oleh pihak polis, Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham bertengkar dengan mereka mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.
"Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka...

"Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegasnya.

Mereka kemudiannya cuba meneruskan perarakan itu tetapi dihalang oleh anggota polis mencegah rusuhan. Ngeh ditangkap pada jam 10 pagi.

Turut ditangkap ialah Stanley Tan, seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau, yang


dikatakan turut disepak ketika ditahan.


Dia kedengaran menjerit kepada polis: "You nak kerja, kita pun nak kerja."
Para peguam Pakatan dijangka memfailkan permohonan di mahkamah pagi ini untuk membatalkan perintah yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Ipoh semalam, melarang sebarang perhimpunan diadakan dalam kawasan sekitar 30m dari bangunan sekretariat.

Perintah diperolehi pihak polis bagi menghalang perhimpunan ADUN Pakatan itu berkuatkuasa dari jam 1 pagi ini hingga 11 pagi esok.

Semalam, Ketua Polis Ipoh, ACP Azisman Alias berkata hanya kakitangan kerajaan yang bertugas di bangunan itu dibenarkan masuk hari ini.

Notis untuk mengadakan sidang hari ini dikeluarkan minggu lalu oleh Speaker Pakatan, V Sivakumar, yang juga ADUN Tronoh.

Speaker BN, Datuk R Ganesan bagaimanapun meminta para ADUN supaya mengenepikannya kerana ia dikeluarkan oleh sumber yang tidak sah.

Turut ditahangkap ialah ADUN Malim Nawar Keshvinder Singh dan ADUN Simpang Pulai, Chang Ming Kai. Tiga lagi yang ditangkap ialah orang awam.

Pada jam 10.20 pagi, ADUN Pakatan dan penyokong mereka berundur semula ke ibupejabat yang terletak di belakang bangunan SUK.

Di situ, Sivakumar memberitahu wartawan bahawa sidang DUN itu akan diadakan di Hotel Heritage dekat situ berasaskan kepada doktrin keperluan.

Manakala Nizar mengecam polis yang didakwanya bertindak keras ketika menangkap tiga ADUN Pakatan dan orang awam.

"Ini bukan yang mulia, tetapi mereka bersikap sedemikian," kata Nizar.

Difahamkan, Keshvinder tercedera ketika ditangkap dan telah dibawa ke hospital besar Ipoh untuk rawatan.


MalaysiaKini/-


APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN