Monday, June 29, 2009

Johari dilucutkan keanggotaan Ahli Majlis MPSP - Malaysiakini



GEORGE TOWN: Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melucutkan Johari Kassim, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengetuai tindakan memboikot majlis angkat sumpah Yang Dipertua (YDP) MPSP baru, Mokhtar Jaip baru-baru ini, sebagai ahli Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas negeri, Chow Kon Yeow berkata, pada mesyuarat mingguan yang diadakan Jumaat lalu, exco sebulat suara bersetuju untuk melucutkan kedudukan Johari.

“Kita telah membuat keputusan bagi melucutkan kedudukan Johari sebagai anggota MPSP di bawah Seksyen 10 (4) Kerajaan Local Akta 1976.

“Di bawah seksyen ini, kedudukan anggota majlis perbandaran boleh diisytiharkan kosong berdasarkan satu daripada tiga keadaan - seorang ahli majlis meletak jawatan pada persetujuan dia sendiri, seorang ahli majlis menghadapi konflik kepentingan ataupun keanggotaannya dibatalkan oleh pentadbiran negeri,” katanya hari ini.

Chow menambah, pembatalan jawatan Johari adalah berdasarkan situasi ketiga dan tidak ada peruntukan undang-undang yang membolehkan beliau membatalkan keputusan tersebut.

"Pembatalan itu berkuat kuasa pada 26 Jun dan Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Zainal Rahim Seman) akan mengeluarkan satu surat rasmi kepada Johari hari ini.

“Kita percaya tindakan ini adalah satu amaran tegas oleh kerajaan negeri kepada ahli majlis MPSP lain juga yang mengikuti dia (dalam pemulauan),” katanya.

Pada 4 Jun lalu, Johari mengetuai lapan ahli majlis MPSP dari PKR memulau upacara mengangkat sumpah bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara, Mokhtar sebagai YDP MPSP kerana mendakwa kedudukan itu milik PKR.

Tindakan itu turut mengundang reaksi Ketua Menteri, Lim Guan Eng dan setiausaha politiknya, Ng Wei Aik yang menggesa Johari meletakkan jawatan.

Ditanya sama ada kerajaan negeri akan turut mengambil tindakan lanjut terhadap tujuh lagi ahli MPSP dari PKR yang lain, beliau berkata amaran seumpama itu adalah 'cukup baik'.

Sementara itu lapor BERNAMA, tindakan itu segera dibantah oleh PKR yang mahu Ketua Menteri Lim Guan Eng menarik balik keputusan itu.

Tambah Chow, semasa keputusan itu dibuat ia turut dihadiri wakil-wakil PKR termasuk Timbalan Ketua Menteri I, Mansor Othman.

"Ini keputusan exco dan di dalam majlis mesyuarat itu terdapat juga beberapa wakil daripada PKR termasuk Mansor Othman, yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang. Mereka maklum mengenai perkara ini," katanya.

Chow berkata Ahli Majlis tidak dilarang daripada menyuarakan pandangan mereka tetapi perbuatan Johari dianggap tidak bersesuaian.

Menurutnya, proses menggantikan tempat Johari akan diuruskan kemudian dan beliau menasihatkan semua Ahli Majlis supaya mengutamakan kepentingan kerajaan tempatan, yang merupakan pelaksana dasar kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri.

"Mokhtar adalah calon yang paling sesuai untk jawatan YDP," katanya.

Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi berkata, parti itu berpendirian Johari tidak sepatutnya dilucutkan jawatannya.

Pada mesyuarat PKR pusat semalam, Setiausaha Agung parti telah diarah supaya menulis surat kepada Ketua Menteri mengenai pendirian PKR yang tidak bersetuju dengan tindakan terhadap Johari itu.

"Saya percaya surat itu telah dihantar dan mungkin dalam perjalanan kepada Lim dan kita mohon beliau pertimbangkan keputusan mesyuarat exco itu. Saya minta perkara ini dianggap sebagai Urusan politik dan bukannya pentadbiran," kata Zahrain.

Katanya, beliau telah dimaklumkan oleh Mansor mengenai keputusan exco itu dan sebab itu perkara ini dibawa ke peringkat pusat PKR.

Apapun, katanya, beliau berharap dapat mengadakan perbincangan lanjut mengenai hal ini dengan Lim kelak - Mstar Online

Tuesday, June 23, 2009

Arrest Warrant issues to Mike MP for Kapar- Malaysiakini

PKR Member of Parliament for Kapar S Manikavasagam has slammed the government for trying to tarnish his image by making it seem that he was reluctant to attend the inquest of actress K Sujatha, whose death has been linked to the son of MIC president S Samy Vellu. “They are tarnishing my name as though I am the criminal,” the MP, who is also known as Mike, told reporters at the Parliament lobby on Tuesday.

“I read in the papers today that the court is going to issue an arrest warrant but they haven’t even given me the subpoena, how do they expect me to attend. “The deputy public prosecutor knew the dates of the inquest much earlier, so they could have served the subpoena much sooner, but they waited and now they want to issue an arrest warrant.

“And they know well that Parliament is in session right now. I spoke to the inspector and told him to hand me the subpoena on a weekend at home or at my office. “I have to be in Parliament today. How can he call me in the morning and within two hours expect me to cancel all my other programmes to attend the inquest?”

Among the first to insist on justice for Sujatha

The Coroner issued a warrant of arrest after Mike did not turn up to testify this morning. The warrant will compel the PKR supreme council member to attend the inquiry, which will continue on July 9 and 10. The 28-year old Sujatha had died in June 2007, four days after being admitted to a hospital for allegedly drinking weed-killer.

Mike – a well-respected Indian rights activist – was among those in the community who have accused Samy’s son Vell Paari of being involved in her death. Vell has denied the allegations. The MP has previously alleged that the doctor who treated her was related to the MIC president.

The actress, who also worked as Vell’s secretary, was taken to the Klang Hospital for treatment – about an hour’s drive away – although her apartment was just minutes from the KL General Hospital. This sparked a cascade of allegations that the choice of doctor and hospital was to enable a cover-up of the incident.

According to Mike, mortuary attendants saw cuts on her face and body and that close-circuit television footage at her apartment would show the identity of those who took her to the hospital. The PKR leader has also said that numerous individuals linked to Samy have tried to persuade him to drop the matter.

The Mighty Pen says: Mike does not seem to understand Malaysian laws very well. He should know in Malaysia subpoena is served together with warrant of arrest. Mike does not know that Malaysian law operators are efficient in arresting, but deficient in investigating. It is high time we teach Mike another important component of Malaysian law: You must be the murderer to escape gallows! The victim is the guilty party. Saiful is innocent as there is no penetration, Anwar is guilty because no penetration was made by him!


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menafikan yang beliau sengala mengelak daripada menerima sapina untuk tidak menghadiri prosiding inkues kematian K. Sujatha, pelakon dan bekas setiausaha anak Presiden MIC.

Beberapa jam selepas reaksi itu, Mahkamah Koroner pula mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Parlimen terbabit agar hadir bagi memberi keterangan.

Prosiding dua hari berakhir hari ini dan disambung dari 9 hingga 10 Julai ini.

Ketika dihubungi pukul 1.40 tengah hari tadi, ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat itu berkata, beliau akan memfailkan permohonan mahkamah untuk mengetepikan waran tangkap.

"Saya baru dengar sudah ada waran tangkap... saya akan mohon untuk ketepikan waran tangkap. Bagaimana waran tangkap boleh dikeluarkan jika sapina tidak diserahkan?" katanya.

Beliau akan failkan permohonan tersebut di Mahkamah Tinggi Jalan Duta.

Terdahulu, menurut Manikavasagam, beliau sehingga pagi tadi tidak diserahkan sapina bagi tujuan tersebut.

"Memang ada pegawai polis yang menghubungi saya minggu lalu dan saya telah meminta datang ke pejabatnya hari Jumaat, Sabtu atau Ahad lalu tetapi mereka tidak datang.

"Polis tahu pejabat saya, rumah saya dan tahu pergerakan saya.

"Sehingga hari ini saya belum terima sapina, dan kalau tiada sapina macam mana kena hadir," kata beliau di lobi Parlimen pagi tadi.

Beliau juga mengaku bahawa seorang pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ada menghubunginya 8 pagi tadi.

"Pegawai polis itu mahu saya datang ke mahkamah... tetapi tanpa sapina macam mana saya kena pergi," katanya.

Semalam katanya, polis mahu menyerahkan sapina di premis Parlimen.

"Tetapi sapina tidak boleh diserahkan di bangunan Parlimen," katanya.

"Saya adalah Ahli Parlimen, sibuk dan ada banyak tugasan dan temu janji. Saya memaklumkan memang tak boleh hadir hari ini," kata beliau dan menambah, pihak berkenaan seharusnya memberikan masa yang mencukupi agar dapat hadir sidang inkues.

Katanya, beliau pernah menghadiri inkues itu pada hari dan kedua sebelum ini,

Prosiding itu disambung semula selepas lebih dua bulan.

"Pendakwa raya kata tidak perlu hadir, dan jika ada keperluan akan dimaklumkan dan diberikan sapina," katanya yang mengulangi kesediaan untuk hadir bila-bila masa jika diberikan sapina.

Semalam Mahkamah Koroner memberi amaran kepada Manikavasagam bahawa waran tangkap akan dikeluarkan terhadapnya jika beliau terus mengelak sapina bagi memberi keterangan dalam prosiding inkues Sujatha.

Koroner Mohd Faizi Che Abu meminta Timbalan Pendakwa Raya Geethan Ram Vincent mengarahkan pengawai penyiasat kes supaya menyerahkan sekali lagi sapina kepada Manikavasagam bagi memaksanya menghadiri prosiding hari ini.

"Jika dia terus elak menerima sapina maka mahkamah akan mengeluarkan waran tangkap esok (hari ini)," kata Faizi dalam prosiding inkues untuk menentukan punca sebenar kematian pelakon dan model Tamil itu pada 25 Jun 2007.

Geethan memberitahu mahkamah bahawa pengawai penyiasat telah cuba menyampaikan sapina pada 17 Jun lalu tetapi Manikavasagam telah memaklumkan kepada pegawai itu supaya menemuinya pada waktu makan tengah hari di Parlimen pada hari berikutnya.

Bagaimanapun, pada hari berikut itu, Manikavasagam menghubungi pegawai itu dan memberitahu supaya menangguhkan prosiding inkues kerana dua peguamnya berada di luar negara, katanya.

Sujatha, 28, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, enam hari selepas dimasukkan kerana didakwa terminum racun parakuat.

Wednesday, June 17, 2009

Kongres Parti KEADILan Rakyat apa sebenarnya - Malaysiakini

Menarik dan cukup hebat untuk diperkatakan.. dan berakhirnya Kongress
Nasional Khas 2009 PKR tidak dapat tidak untuk kita mengiyakan bahawa
angin perubahan telah dan sedang ditiupkan untuk suatu perubahan yang
amat besar tentang halatuju dan masa depan parti.

Tidak banyak yang dibicarakan dan diwar-warkan kerana semua yang hadir
seolah-olah menerima dengan hati yang terbuka.. patuh... taat dan
setia atas kehendak serta keperluan Penasihat Umum PKR.

Hanya dapat dilihat dan dipaparkan ialah majoriti yang menyokong
pindaan perlembangaan dan kehadiran lebih 1000 orang perwakilan yang
amat-amat berbesar hati sehinggalah direntap sedikit oleh satu
golongan yang digelar sebagai “orang-orang” muda.

Orang-orang muda ini adalah yang dikenali sebagai Angkatan Muda
KeADILan telah bersifat sedikit “kurang ajar” dan berani mencabar apa
yang cuba dan hendak diputuskan semasa persidangan tersebut. Memang
berani dan sesuai dengan tahap fizikal dan mental golongan-golongan
tersebut. Orang-orang muda yang dimaksudkan ini ialah mereka-mereka
yang berumur dibawah 40 tahun.

Kenapa dan mengapa orang-orang muda ini menolak tentang apa yang
dicadangkan sebagai penafsiran untuk memimpin Angkatan Muda KeADILan
mestilah berumur di bawah 35 tahun berdasarkan beberapa pandangan dan
anggapan dari kacamata Penasihat Umum PKR dan juga Jawatankuasa
Pindaan Perlembangaan. Adakah ianya adil dan dan waras ? Ataupun
adakah terdapat sesuatu yang diselindungkan demi untuk maksud
tertentu.

Kita tangguh dahulu kisah-kisah orang muda ini buat seketika kerana
adanya keperluan lain yang perlu dibicarakan !!!

a) Malaysiakini :- Zaid Ibrahim masuk PKR
b) Kaedah pengundian
c) Lain-lain

Zaid Ibrahim masuk PKR

Sesuatu yang amat-amat istimewa apabila menyebut sikap, peranan dan
keperluan Zaid Ibrahim. Kita seolah-oleh cuba dibutakan mata dan
dipekakkan telinga hanya apabila pihak-pihak atasan membuat sesuatu
keputusan tanpa mengambil kira hasrat dan pandangan dari ahli-ahli
bawahan. Hanya dengan mengisi borang maka serta merta diberikan satu
kedudukan ekslusif !! Jangan pisang berbuah dua kali sepertima apa
yang berlaku apabila Penasihat Umum PKR ditipu mentah-mentah oleh
permainan Datuk Nasa di Perak.

Wahai tuan-tuan yang teramat mulia di atas sana.. sayangilah
pejuang-pejuang yang dibawah ini !! Kesihanilah mereka-mereka yang
bermandikan simbahan dan pancutan dari water cannon... sanyangilah
mereka-mereka ini yang dibedil bertalu-talu dengan gas pemedih mata...
sayangilah mereka-mereka ini yang dipukul dan dibelasah dengan
cota-cota FRU... sayangilah mereka-mereka ini yang terpaksa dan hilang
pencarian kerana kasihnya kepada Penasihat Umum PKR dan atas kasih
sayang mereka-mereka itulah tertubuhnya PKN dan bertukar kepada PKR...

Parti Keadilan Nasional yang jiwa dan semangatnya telah dikuburkan
demi untuk percaturan politik baru dan pengurusan yang berbeza.

Tertubuhnya Parti KeADILan Rakyat sedikit sebanyak melukan hati dan
mengecewakan segelintir pejuang. Ramai diantara mereka ini tidak
diberikan tempat yang sewajarnya !!! dan akhirnya ternokhtah dengan
tercatitnya nama si bertuah Zaid Ibrahim !!!

Kaedah Pengundian

Menjadi sesuatu keajaiban bila satu perubahan besar hendak dilakukan..
ianya hanya mengambil masa tidak sampai 24 jam untuk bersidang !!...
adakah ini telah dilupai oleh Penasihat Umum PKR, Presiden,
Jawatankuasa Pindaan Perlembangaan dan juga mereka-mereka yang digelar
MPT. Apakah yang dimaksudkan dengan ADIL !!... semuanya main tangkap
borong ... sekali mengundi keseluruhan diluluskan...

Betulkah undian melalui sistem angkat tangan ?.. adakah keputusan
tersebut adalah kerana melihat apabila Penasihat Umum PKR berdiri dan
akhirnya hampir keseluruhan perwakilan berdiri.

Keputusan yang diperolehi adakah kerana sayang kepada PKR, hormat
kepada PKR ataupun takut kepada Penasihat Umum dan tidak mahu dilihat
dan dilabel sebagai pengkhianat parti !!

Lain-lain

Betapa licik dan lunaknya permainan dan wayang yang cuba
dipertontonkan kepada ahli-ahli bawahan. Sehinggakan ahli-ahli bawahan
ini selayaknya diumpamakan seperti lembu dicucuk hidung..!!

Tunggu dan lihat... ahli-ahli bawahan tidak akan mendapat apa-apa
keistimewaan. Gerak kerja “makhluk-makhluk” busuk yang berada dan
mendominisi pemikiran dan pergerakan Penasihat Umum sebenarnya sedang
melaksanakan satu kaedah terancang yang akhirnya akan membuatkan Parti
Keadilan Rakyat akan terkubur dalam masa yang terdekat.

Suara akar umbi sebenarnya tidak diambil kira dan dibakul sampahkan !!
Presiden menjadi orang yang tidak berkuasa kerana diwar-warkan
Penasihat Umum adalah Raja kepada parti dan penasihat-penasihat
disekelilingnya adalah yang terbijak, terpandai... dan akhirnya akan
berulang sejarah Firaun & Hamman... tersebut disitu apa yang tidak
dipandang !!! Kerana Hamman lah antara sebabnya Firaun menderhaka
kepada Allah swt.. dan itulah jalan yang sedang dirintis !!.

MPT janganlah berlagak terlampau pandai dan bijak !! Kalian semua
sedang diperhatikan dan setiap apa yang kalian lakukan akan dicatat
sebagai satu sebab untuk menjatuhkan kalian dari menghancurkan Parti
Keadilan Rakyat.

Tersirat Antara Tersurat

10 tahun yang lalu orang-muda muda memenuhi jalan dan seluruh pelusuk
tanah air untuk bangkit bersama dan memperjuangkan sesuatu yang
dinamakan dengan ‘REFORMASI’ yang berteraskan paksi keadilan.

Orang-orang muda tersebut kemungkinan besar ialah berumur antara
lingkungan seawal 20 hingga 40 tahun. Mereka-mereka ini jujur, ikhlas,
amanah dan berani merintis liku-liku perjuangan.

Hari ini mereka-mereka ini masih orang-orang muda yang mungkin
segelingtir berjaya memegang tampuk pentadbiran Angkatan Muda
KeADILan. Suara-suara mereka sebenarnya kadangkala tidak lunak untuk
didengari dan adakalanya juga tidak seronok untuk difahami tentang
konsep dan asas perjuangan yang telah mereka pelajari. Ini sedikit
sebanyak menjadi penentang kepada “makhluk-makhluk” busuk yang
sentiasa mengelilini dan berdampingan dengan Penasihat Umum PKR.

Kepada orang-orang muda yang masih teguh berdiri diatas landasan
perjuangan ... TAHNIAH !!!!

Kecoh Angkatan Muda KeADILan

Betul atau tidak ? Kenapa dan mengapa ? Jawapan yang ikhlas... betul
adanya tunjuk perasaan sebagai tanda tidak kepuasan hati terhadap
perjalanan persidangan dan usul had umur untuk Angkatan Muda KeADILan
dibawah 35 tahun.

Sebelah mata melihat alangkah bagus dan bersemangat... jiwa yang
memberontak telah disalurkan sebaik mungkin seperti apa yang telah
diajar sebelum ini... demonstrasi ataupun tunjuk perasaan.

Atau adakah mungkin jika dilihat sebelah mata lagi... sebenarnya
kekecohan yang ditimbulkan adalah sebagai menutup apa yang perlu
dilihat semasa persidangan dan pengundian yang berlaku... !!!

MPT dan Kuasa

Lihat lah sedikit masa lagi... MPT akan mempergunakan segala kuasa dan
ruang yang mereka ada... dan disitu.. kita yang tidak bawah tidak akan
mempunyai apa-apa kecuali kad keahlian sebagai tanda ahli yang setia !!

Perhubungan Negeri akan ditunggang dengan pelbagai cara dan peringkat
bahagian akan terus diperbodohkan.....

Akhirnya Parti KeADILan Rakyat akan berkubur...

Dari kedahlanie

Speker tolak rayuan ketua pembankang - Malaysiakini



Speaker Parlimen, seperti yang dijangka hari ini menolak rayuan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim utnutk menarik balik penggantungan 2 hari terhadap Nizar Jamaludin dan 6 wakil rakyat.

Mereka diusuir daripada parlimen semalam setalah mendesak supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan sebagai jalan keluar mengatasi kemelut politik dinegeri itu.

Selain Nizar, turut dilarang menghadiri parlimen ialah N. Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai), Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis), Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas), Dr Hatta Ramli (Pas-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena).

Anwar telah mendesak Pandikar Amin Mulia untuk menarik balik hukuman itu kerana tujuh ahli parlimen berkenaan hanya menyuarakan isu mengenai krisis politik di negeri asal mereka.

“Saya mohon beliau menimbangkan keputusan menggantung Datuk Seri Nizar di parlimen dan membenarkan mereka mengikuti sidang hari ini dan beliau menolak pernohonan saya atas alasan yang beliau berikan semalam.” Kata Anwar

Pandikar bagaimanapun menolak rayuan Anwar atas alasan krisis di Perak “tidak relevan kepada Parlimen”.

Pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat bagaimanapun mempertahankan tindakan Nizar dan rakan- rakannya membawa isu Perak ke parlimen, antaranya Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad.

“Saya faham kekecewaan Datuk Seri Nizar dengan apa yang terjadi di Perak yang merupakan satu isu yang besar. Saya rasa dia mahu semua ahli parlimen sedar akan isu itu dan beliau mahu menunaikan janjinya mempertahankan perlembagaan negeri itu berhubung apa yang berlaku di DUN Perak.” Ujar Khalid

Jika sejuta ahli PAS meluahkan rasa - Malaysiakini

Oleh: Huzaifah Ahmad Yamani

Saya pernah berdiskusi hangat dengan seorang teman. Dia kata, jangan mudah melatah dengan mainan media Umno. Semuanya berkaitan isu Unity Government-lah…apa lagi. Saya marah juga, kerana yang mula gatal-gatal buka mulut isu UG ini ialah Pak Presiden PAS. Jika ia keluar dari Lidah Bergerigi Presiden Umno, okaylah. Saya tak kisah. Tapi kerana ia keluar mula-mula dari mulut Tuan Guru yang mengarang kitab tafsir, jadi rujukan sebagai teks usrah, yang mengarang kitab seerah hingga berjilid. Maka, saya jadi pening. Kenapa…kenapa mesti datang dari Tuan Guru, bukannya Hamid Albar, Pak Lah atau Najib Razak sendiri?


“Isk…anta jangan cepat melatah. Anta dah baca apa ‘full statement’ daripada TGHH?” Demikianlah ujar kawan saya.


Saya menung…full statement? Yang saya tahu, idea UG ini mula-mula keluar ialah menerusi akhbar tabloid SIASAH beberapa bulan dahulu. Semuanya bermula dengan cadangan Tuan Presiden PAS, setelah dilihat kemelut politik negara yang tak berkesudahan…sedang Malaysia bakal dihimpit dengan masalah ekonomi yang mencengkam. Maka, dianggap rakyat makin muak dengan kemelut politik. Maka, dicadangkanlah sebuah UG – Kerajaan tanpa pembangkang. Sama macam Indonesia kini…saya rasa, itulah yang saya baca, yang saya fahami dan yang dipertegaskan berulang kali. Entahlah, jika saya ‘mamun’ dan tersalah baca, tersalah faham dan tersalah tangkap maksud Presiden PAS yang ‘murni’ itu.


Kawan saya menegaskan lagi: Seorang presiden mestilah membaca dan menghitung semua segi dan semua sudut sebelum mengeluarkan idea UG ini. Anta jangan cepat hilang keyakinan!”


Jenuh juga saya memikir. Saya ini ahli PAS kerdil, tak ada jawatan apa-apa. Maka, mungkin benarlah…Presiden selaku orang besar, pasti menilai dari semua aspek sebelum sesuatu ideanya terkeluar kepada public.


Tup-tup, isu UG jadi hangat - sehangat mentari petang di bumi sahara. Garing dan membakar apa sahaja. Rupa-rupanya, isu UG ini isu peribadi. Ia bukan lahir dari pemurnian idea yang dibahas secara matang dalam mana-mana mesyuarat tertinggi parti mahu pun pakatan. Tup-tup TGNA marah. Tup-tup Lim Guan Eng marah. Tup-tup Presiden Kelab Penyokong PAS marah. Eh…kenapa semua ini terjadi? Jika idea sudah dimurnikan terlebih dahulu, pastinya semuanya jelas. Pasti dalam muktamar yang ke 55 dahulu, isu UG ini tidak timbul lagi. Tapi, kenapa ia terus ‘menggelegak’?


Saya juga ditegur seorang sahabat, katanya: “TGHH mungkin bimbang jika PAS bersama PR…kerana kelak bakal didominasi oleh non-muslim. Maka, apakah akan terjadi kelak kepada Malaysia?”


Lah…sampai ke situkah pemikiran TGHH? Entah…saya tak ada nombor hand phone beliau, jika tidak mungkin saya sudah mendapat jawapan segera daripada beliau.


Namun, saya mengandaikan…itu semua telahan. Masakan sebelum TGHH menandatangani persefahaman di antara DAP dan PKR, semua ini – isu perkauman, komposisi agama dan negeri – tidak diambil kira. Jika TGHH main ‘sain’ sahaja, alamak…careless-nya Tuan Presiden saya. Ini bukan soal main-main, ini hal serius. Ia isu negara. Pakatan adalah kerajaan di lima buah negeri termasuk Perak satu masa dahulu.

Bahkan kerajaan menanti di Malaysia. Apakah TGHH tersilap…tidak, fikir saya memujuk diri.


Maka, ada yang menyatakan: “Jika PAS bersama Umno, maka kelak akan menguntungkan Melayu-Islam. Buktinya, MCA sudah memberi amaran agar Umno tidak menerima PAS.” Demikianlah pula ilham seorang kawan yang lain.


Wah-wah…semuanya makin cerdik menganalisis dan membuat hipotesis. Saya…hanya teringat sejarah. Saya tak arif mengenai seerah nabi, tapi TGHH karang kitab seerah hingga tiga jilid.


Semasa Nabi Muhammad SAW dan para pengikutnya berhijrah ke Habsyah…apa agamanya Raja Najasyi? Begitu juga saat mereka berhijrah ke Madinah…apakah komposisi agama dan kaum di sana? Tidakkah wujudnya pluralisme di Madinah. Tapi Nabi tegar ke sana juga. Lalu terakam dalam sejarah, nabi menyatukan semuanya dalam satu ikatan yang bernama ‘Piagam Madinah’. Piagam yang berupa perjanjian – antara lain – antara Islam dan bukan Islam. Hm…takkah sedikit sebanyak, perjanjian yang ditandatangani oleh PAS dalam usaha membentuk PR adalah seumpama persetujuan nabi dengan non-muslim dalam Piagam Madinah? Maksud saya…adakah wajar perjanjian itu diengkari…walau atas nama apa sekali pun? Apatah lagi jika PAS yang mula mencabulinya…? Isk…amat tidak wajar sekali!


Makanya, fikir saya…atas nama apa sahaja, adalah satu kewajipan bagi PAS mempertahankan roh dan kekukuhan perjanjian itu. Tugas utama PAS bersama Pakatan Rakyat adalah memecah belahkan Umno, menggoyahkan Umno dan jika boleh menghancur-leburkan Umno. Bukankah ini doa yang selalu disebut oleh PAS. Ya…doa di dalam qunut Nazilahnya.


Maka, apakah cerdiknya idea UG ini…yang dilihat oleh ramai pihak – lebih kepada menjadi ‘talian hayat’ kepada Umno di saat mereka sudah kehilangan tabung oksigen-nya?


“Huh! Saya akan keluar PAS jika PAS nak bersama Umno!”


Inilah luahan hati seorang lelaki separuh baya yang baharu beberapa tahun menandatangani borang keahlian PAS. Itu baharu seorang meluahkan emosinya. Fikirkan jika berjuta ahli lain memikirkan perkara yang sama!


Dicilok dari PerakExpress

Syarat Hashim Suboh sertai Pakatan - Malaysiakini



Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau akan hanya menyertai pembangkang jika optimis mereka dapat membentuk kerajaan baru di negeri itu.

Katanya, beliau tidak mahu menyertai pembangkang sekadar mahu menjadi pengkritik kerajaan sedia ada sekarang.

"Ketika ini saya masih melihat gelombang tidak puas hati terhadap Umno negeri yang berlaku di peringkat akar umbi.

"Saya hendak tengok gelombang ini berterusan, tetapi saya cukup yakin sokongan kepada saya cukup kuat.

"Ketika ini saya menunggu dahulu, sampai masa saya akan pergi juga," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan politik Umno Perlis sekarang.

Hashim mendakwa, di bahagian Kangar, Menteri Besar, Md Isa Sabu yang juga ketua bahagian berkenaan, hanya mempunyai kira-kira 55 peratus sokongan ahli Umno bahagian tersebut.

"Manakala 45 peratus lagi menyokong saya. Jika saya ada kuasa, saya mampu memberi sumbangan yang lebih besar daripada orang yang sedang berkuasa atau orang yang pernah memegang kuasa," katanya.

Menurutnya lagi, setakat ini tidak ada pihak di kalangan ahli Umno yang mencerca hasratnya untuk menyertai pembangkang.

Hashim berkata, beliau sudah hilang keyakinan kepada sistem dalam Umno terutama di Perlis.

Di samping itu, katanya, beliau juga sedang menekuni reaksi ahli-ahli Umno di peringkat bawahan.

Malaysiakini

Nik Aziz gesa Nasa beluar PAS - Malaysiakini



Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abduk Aziz Nik Mat menggesa timbalan presidennya Nasharudin Mat Isa meninggalkan parti itu dan meletakkan ahli parlimen Bachok jika masih ingin kerajaan perpaduan.

"Isu kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS, ia adalah lontaran (idea) peribadi. Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas Pakatan Rakyat.

"Kalau benar Nasharuddin nak setuju (dengan kerajaan perpaduan) lebih baik dia masuk Umno, letak jawatan timbalan (presiden PAS) dan di Bachok.

"Apa buat sampah, menyusahkan," menteri besar Kelantan dipetik berkata selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Kota Bharu hari ini.

Nik Aziz diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam yang yakin terhadap keikhlasan PAS berhubung cadangan tersebut seperti yang dicetuskan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini, lapor Bernama.

Kenyataan tokoh ulama PAS ini yang paling keras pernah dikeluarkan selepas menuduh beberapa pemimpin atasan PAS yang bersetuju dengan idea tersebut sebagai "boneka Umno."

Khamis lalu, mengulas isu kerajaan perpaduan yang semakin bercelaru dalam PAS susulan kemunculan semula isu tersebut ketika muktamar awal bulan ini, Nik Aziz berkata:

"Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat.

"(Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas.

"Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno."

Dalam kenyataannya hari ini, Nik Aziz dilaporkan berkata "beliau kesal dengan pendirian Nasharuddin kerana PAS Kelantan menerimanya sebagai calon di parlimen tersebut" pada pilihanraya umum 2008.

Menurut agensi berita itu lagi, beliau juga berkata PAS dan Pakatan Rakyat kini "telah masuk perangkap Umno" berhubung isu berkenaan sehingga menimbulkan pecah-belah dalam kalangan mereka.

"Orang Umno sekarang ini sedang berpesta kerana PAS sedang berpecah dan Pakatan Rakyat sedang berpecah," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata jika agenda kerajaan perpaduan itu benar-benar ingin dijadikan satu realiti, BN seharusnya melantik pemimpin daripada gabungan pembangkang untuk jawatan menteri.

"Kalau semua setuju...PAS jadi menteri, DAP jadi menteri dan Keadilan jadi menteri," katanya.

Malaysiakini

Monday, June 15, 2009

Nizar dan 4 MP PR digantung dari Parlimen - malaysiakini

Lima ahli parlimen pembangkang, termasuk Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (PAS-Bukit Gantang) yang baru mengangkat sumpah pagi ini, diperintah meninggalkan Dewan Rakyat selepas mendesak DUN Perak dibubarkan.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan kelima-limanya meninggalkan bilik persidangan parlimen atas dakwaan "berkelakuan kasar".

Mereka berlima juga digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.

Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) and Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena).

Nga dan Ngeh - kedua-duanya exco kerajaan Pakatan Perak sebelum rampasan kuasa BN, Februari lalu - juga memakai kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan.

Tiga pemimpin Pakatan Rakyat di negeri itu antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut kembali kerajaan yang mereka kuasai tidak sampai setahun sejak Mac tahun lalu.

Sunday, June 14, 2009

Zaid Ibrahim menyertai keADILan - Malaysiakini

Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu.
Katanya, Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setelah “dirasmikan dalam mesyuarat” secepat mungkin.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Turut sama naib presiden, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR.

"Ini berita yang cukup menggembirakan. Ia berkuatkuasa hari ini. Satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita,” katanya.

Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia.

"Sikap ketegasan dan keberanian beliau (dapat dilihat), terutama dalam isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman,” katanya.

Reaksi Zaid

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat.
"Saya percaya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. (Presiden PAS, Datuk Seri) Hadi tidak ada sekarang. Mesyuarat akan diadakan Isnin depan (bila Hadi dapat hadir).

Sementara itu Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat.

“Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat," katanya.

Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.

Bagaimanapun, dengan merendah diri Zaid berkata: "Saya belum pakar lagi. Saya harap dapat memainkan peranan. Saya bukan pakar.”

Ditanya kenapa beliau mengumumkan penyertaannya hari ini, Zaid berkata:

“Saya selalu ingin sertai PKR. Saya beritahu Anwar. Tetapi saya rasa hendak berehat sekejap. Jadi, saya rasa hari ini hari yang sesuai.

“Ini hari yang bersejarah apabila kita akan meminda perlembagaan,” katanya.

Note: Secara personal keraniopis tak menyokong ahli baru terus diberi jawatan selepas sign borang masuk jadi ahli, bagi masa setahun ka 2 tahun ka dulu, mcm dalam perlembagaan yang baru gubal tu.

pindaan dilulus selepas pengiraan undi - Malaysiakini

ongres khas PKR hari ini meluluskan pindaan perlembagaan parti itu "selepas pengiraan undi yang penuh emosi".

PKR meminda perlembagaannya bagi menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.

Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.

Pengarah Komunikasi, Jonson Chong, berkata dengan sokongan lebih dua pertiga perwakilan, pindaan itu diterima seperti peruntukan Perkara 31.1 perlembagaan PKR.

Dalam satu kenyataan, 941 perwakilan bersetuju dengan pindaan itu, 103 menentang dan sembilan lagi bersikap berkecuali "selepas pengiraan undi penuh emosi".

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan dengan lebih lanjut apa yang dimaksudkan dengan 'pengiraan undi penuh emosi' itu.

Difahamkam pengiraan undi dijalankan secara angkat tangan. Semua pindaan tidak diundi secara berperingkat, sebaliknya dibuat secara sekaligus.

Cadangan yang dibentangkan naib presiden Sivarasa Rasiah itu diluluskan setelah mendapat sokongan lebih 88 peratus daripada 1,061 perwakilan yang hadir.

'Kemungkinan p'raya mengejut'

"Dengan sokongan jelas dan padu yang ditunjukkan dalam kongres ini, kepimpinan PKR bersedia membangun dan mengukuhkan parti demi menghadapi kemungkinan pilihanraya mengejut di Perak dan Sarawak pada masa depan," kata Jonson.

Malaysiakini difahamkam, dalam perbahasan cadangan itu - yang tertutup kepada media - terdapat beberapa perwakilan tidak bersetuju dengan beberapa bahagian tertentu dalam cadangan pindaan itu.

Juga difahankan seorang perwakilan menyifatkan pertukaran nama bahagian dan cawangan kepada cabang dan ranting "tidak bersifat progresif".

Beliau sebaliknya mencadangkan istilah zon dan kawasan. Ucapan itu disambut tepukan gemuruh perwakilan.

Seorang lagi perwakilan dikatakan meminta cadangan had umur keanggotaan Angkatan Muda PKR diturunkan daripada 40 sehingga 35 tahun ditangguhkan terlebih dahulu kerana ia belum sesuai dilaksanakan lagi buat masa ini.

Kira-kira 1,000 perwakilan bersidang di kongres khas PKR hari ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu.

Masalah teknikal - komputer down

Sewaktu update live komputer saya menghadapai masalah- Minta maaf bebanyak tak dapat antar berita sampai abis tadi

Saturday, June 13, 2009

Secara lansung dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

Jam 11.15 Sdr Sivarasa Naib Presiden Parti KeADILan Rakyat sedang membentangkan perubahan yang akan dilakukan dalam kongres khas ini. Beliau menyampaikan dengan mengunakan slide untuk memudahkan penyampaian beliau.


Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menyampaikan ucapan khas. Beliau secara keras menyokong perubahan yang dilakukan dalam kongres kali ini. Beliau yakin perubahan ini akan meransang secara progresif nilai perjuangan parti. Beliau juga mahu melihat perubahan dari kalangan pimpinan muda.


Petugas Unit Ehsan Sdri Latifah dan Sdri Aswani sedang membantu di kaunter pendaftaran

Pandangan dari susuk belakang dewan persidangan

Perwakilan dari Bahagian Balik Pulau, Pulau Pinang.Kelihantan di belakang Ketua Perhubungan Parti KeADILan Rakyat Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohd Hashim

Sebilangan dari kalangan perwakilan yang tekun mendengar ucapan Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat

Kelihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pimpinan parti di pentas utama

Pasukan Petugas Unit Ehsan Pulau Pinang sedang bertugas pagi tadi


Sdr ZiezulHakim S/usaha AMK Bayan Baru sedang mengawasi kenderaan yang bertali arus membawa perwakilan


Para perwakilan sedang mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran



Dato Salehudin Hashim S/Usaha Agung Parti sedang menyampaikan ucapan pembukaan


Sebilangan wartawan yang membuat liputan di kongres khas.

Perwakilan mula mendaftar kira-kira jam 8.00am . Bersama sebilangan besar pemerhati yang hadir penuh semangat memenuhi ruang pendaftaran.Ketua Umum Parti KEADILan Rakyat Datuk Seri Anwar hadir kira-kira jam 9.00am bersama denganPresiden Parti Datin Seri Wan Azizah Hj Wan Ismail.

Siaran lansung dari Kongres Nasional Khas Parti KeADILan Rakyat - Malaysiakini




Salam....Keraniopis berada di kongres khas Parti KeADILan Rakyat di Pusat Konvesyen Universiti Islam Antarabangsa Selangor. Keraniopis akan cuba membawa berita secara lansung dari tempat sidang kongres...........

Kongres Khas Parti KeADILan Rakyat - Malaysiakini



PKR
akan mengadakan kongres khas pada Sabtu ini (13/6) bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti yang antara lainnya membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PKR, R. Sivarasa mengatakan, PKR akan mengehadkan Presiden parti memegang jawatannya bagi satu tempoh maksimum 3 penggal selama 9 tahun. Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres khas.

Tempoh had pegang jawatan hanya membabitkan kerusi Presiden parti. Ini kerana jawatan Presiden adalah kedudukan utama dalam parti... kita tidak mahu seseorang Presiden yang dipilih memegang jawatan Presiden untuk tempoh yang lama... kami tidak mahu apa yang berlaku pada parti2 lain berulang di PKR.

Selain itu, PKR juga bercadang untuk mengadakan pemilihan langsung membabitkan setiap ahli parti. Jika pindaan ini diterima bermakna PKR akan menjadi parti pertama di negara ini mengadakan pemilihan langsung melibatkan semua ahli... sebelum ini kita menggunakan sistem perwakilan bahagian.

Sekiranya sistem baru ini digunakan, ini bermakna pengundian akan diadakan di setiap bahagian dengan penjumlahan undi akan dibuat di peringkat nasional.

Selain membenarkan kira-kira 300,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada 5 kepada 7 orang iaitu 4 dipilih dan 3 dilantik. Langkah itu penting bagi menggambarkan komposisi penduduk pelbagai kaum di negara ini.

Pengarah Pilihanraya, Saifuddin Nasution pula berkata ini kali pertama mereka akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini.

Pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Mandat semasa ialah dari 2007 hingga 2010, dan hanya akan berakhir tahun depan. Jadi pemilihan akan kekal diadakan tahun depan. Kongres khas yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran PRK Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan PRK Penanti.


Parti Keadilan Rakyat’s Supreme Council Proposes New Constitutional Amendments

On Saturday, 13th June, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) will hold an Extraordinary National Congress (Kongres Nasional Khas) to discuss and approve some far-reaching amendments to its current party constitution.

Amongst the proposed amendments are a proposal is to transfer and broaden the right to elect national leaders (including Youth and Women wings) from delegates at the National Congress to ordinary members of the Party who now number about 300,000. This move is to strengthen the practice of democracy within the party and to move the party in line with practice in mature democracies. It also reaffirms and underscores KEADILAN’s commitment to democratic reform and change at the national level of politics. Such a step will also help reduce and eliminate any unhealthy tendencies towards money politics and phantom branches as we have seen in some political parties in Malaysia. If this amendment is approved, KEADILAN will be the first large political party in Malaysia to allow its members to decide the national leadership.

Further changes to strengthen democratic practice within the party are an amendment to limit the term of the President to three terms or nine years. The creation of an independent election supervising structure down to division level and also institutionalising the practice of secret balloting are also in the proposals. These will also strengthen the practice of democracy within the party.

The Youth wing is being revamped with an amendment to bring down the qualifying age to 35 years and below from the current limit of below 40 years. Its implementation, if approved, will however be staggered – with immediate effect for all appointed positions at all levels and overall implementation in the election year after the next i.e. is expected to be 2013 or earlier. This brings our Youth wing in line with internationally accepted standards for the definition of youth and to ensure that our youth wing leaders and membership reflect the aspirations of those 35 and below.

There is also an amendment to reflect the commitment of the party to strengthen the leadership of women in the party with a new clause that the party will implement a policy to ensure that at least 30 % of the leadership positions at all levels are occupied by women. Again, this will be ground-breaking as no other party has such an express commitment.

As KEADILAN is now possibly the only truly national party with organised structures in at least 190 divisions including Sabah and Sarawak, we are also modifying our party leadership structure to reflect our current role in national politics. For example, we are increasing our number of Vice Presidents from five to seven so that there is more scope for representation. Similar changes are being made for the Youth and Women’s wing. The state committees are also being modified for more flexibility.

We are also taking the opportunity to rebrand the terms used in the party structure to reflect terms that are progressive, and more egalitarian and to move away from terms associated with traditional party structures and feudal connotations. So “bahagian” will now be known as “cabang”, “cawangan” as “ranting”, “majlis pimpinan tertinggi” as “majlis pimpinan pusat” and “perhubungan negeri” as “majlis pimpinan negeri”.

Finally, we are streamlining the constitution to improve the administration of the party at all levels, enhance accountability and transparency, and also ensure that our internal discipline mechanisms are efficient and implemented fairly and justly.


SIVARASA RASIAH
Vice-President, Parti Keadilan Rakyat

Kerajaan Pulau Pinang peruntukan RM 213,000.00 kepada masjid sempenan ramadan - Malaysiakini



Georgetown: Kerajaan negeri Pulau Pinang memperuntukkan RM213,000 kepada semua masjid di sekitar negeri sempena bulan Ramadan tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Hal Ehwal Agama Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim- gambar, berkata peruntukan ini bertujuan mengimarah dan menghidupkan bulan Ramadan dengan pelbagai aktiviti yang akan meningkatkan syiar Islam khususnya di negeri ini.

"Jumlah peruntukan yang dicadangkan adalah sebanyak RM5,000 untuk kegunaan masjid negeri, RM2,000 untuk setiap masjid daerah dan RM1,000 kepada masjid kariah," katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata, sumbangan kerajaan negeri ini akan membolehkan masjid menjalankan pelbagai aktiviti dan akan mengeratkan hubungan perpaduan masyarakat khususnya umat Islam melalui masjid.

Abdul Malik berkata, antara aktiviti yang akan dijalankan itu termasuk majlis berbuka puasa dan tadarus al-Quran.

Di Pulau Pinang, terdapat satu masjid negeri, empat masjid daerah dan 200 masjid kariah. - Bernama

Thursday, June 11, 2009

Bloggers cabar Ketua Whip - Malaysiakini

Dalam masa 2 MINGGU dari sekarang, Ketua Whip MPSP Diberikan tempoh supaya LETAK JAWATAN pasai terLAMPAU biadap dan mulut celuparnya dengan mengatakan 2 orang Exco Kerajaan Negeri dari PKR sebagai ' Keldai' dan mencalarkan imej Ahli Majlis yang lain yang telah dilantik atas tiket parti KeADILan serta mencabar pula Ketua Menteri, YAB Lim Guan Eng yang katanya membelakangi perjanjian agar jawatan YDP MPSP diberikan pada beliau dan parti KeADILan kali ini.

Tak lojik jika jawatan YDP tersebut diberikan kepada ahli dari Parti Politik kerana pilihan akan berat sebelah, baik dilantik saja PENJAWAT AWAM atau kakitangan awam sediaada...

Ini kah Ahli Majlis lantikan yang diharapkan oleh rakyat marhaen di Seberang Perai..??? Katanya pada awal ingin berbakti pada rakyat dan parti, tetapi dalam diam menyimpan keinginan untuk diri sendiri di lantik sebagai YDP MPSP..!!!

Jika TIDAK, para bloggers yang dikatakan 'BODOH' ini akan menggesa pucuk pimpinan Parti dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang agar DIPECAT saja Johari Kassim dari senarai Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai....

Ramai lagi ahli majlis yang LAYAK untuk berkhidmat kepada rakyat di Pulau Pinang ini...

Sesungguhnya, kami PANTANG dicabar dan jangan pandang BLOGGERs 'BODOH' seperti kami yang berada sekarang ni tengok saja telatah dan kerenah pemimpin Parti mahupun Pihak Berkuasa Tempatan.

JOHARI KASSIM LETAK JAWATAN...!!! LETAK JAWATAN...!!! LETAK JAWATAN...!!!


Ingat..!!! " SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT... "

Dicilok dari Hijatpanjang

Pst :
ada baiknya Johari mengotakan janjinya daripada bermain dengan kata-kata

ADUN Jawi dari DAP Letak Jawatan?? - Malaysiakini


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat telah mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada Setiausaha Agung Parti Lim Guan Eng atas arahan DAP Negeri.

Pengerusi DAP Negeri Chow Kon Yeow berkata Guan Eng meminta surat berkenaan daripada Tan bagi menunjukkan kerajaan negeri mengamalkan konsep Keupayaan, Ketelusan dan Akauntabiliti (CAT).

“Kami memohon surat peletakan jawatan tidak bertarikh itu bagi membuktikan bahawa kami adalah telus dan Tan juga telah mengemukakan surat itu kepada parti,” Katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat DAP Negeri di sini hari ini.

Semalam, Ketua Bahagaian DAP Nibong Tebal, Teh Hock Yong, menuduh Tan melakukan penyelewengan berhubung penajaan RM2,000 untuk sebuah pertubuhan amal tempatan.

Bagaimanapun, Tan menafikan dakwaan berkenaan meminta parti menyiasat perkara itu secara saksama bagi membersihkan namanya.

“Saya berbesar hati untuk mengemukakan surat peletakan jawatan tidak bertarikh kepada kepimpinan parti kerana parti mempunyai hak untuk bertindak terhadap rasuah,” katanya.

Guan Eng berkata beliau telah mengarahkan Pegawai Kewangan Negeri, Farizan Darus, untuk menyiasat perkara itu dan tindakan tegas akan diambil jika ada sebarang salah laku.

Tan didakwa telah menuntut RM2,000 daripada Pejabat Daerah untuk set televisyen dan pemain cakera padat yang hanya bernilai RM450

Datuk Mustafa Ali S/usaha agung PAS - Malaysiakini



KUALA LUMPUR, 11 Jun: Datuk Mustafa Ali telah dilantik sebagai Setiausaha Agung PAS yang baru, manakala Ustaz Idris Ahmad sebagai Ketua Penerangan.

Dr Hatta Ramli pula dikekalkan sebagai Bendahari manakala Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS yang baru.

Buat sementara sehingga perlantikan baru dibuat, Datuk Mustafa akan kekal sebagai Pengerusi Jamaah Pengarah Harakah manakala Datuk Kamarudin Jaffar kekal sebagai Pengarah Urusan Harakah.

Datuk Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu yang kalah dalam pertandingan timbalan presiden dilantik sebagai AJK PAS Pusat.

Tuesday, June 9, 2009

alahaifairuz mula bersuara - malaysiakini





Tidak berpuashati dengan pendirian tiga Exco kerajaan negeri dari PKR berhubung perlantikan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), ketua Wip MPSP dari PKR, Johari Kassim menyifatkan exco-exco berkenaan macam 'keldai'.

Ungkapan biadap itu, ditujukan kepada Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Osman, Law Choo Kiang dan Abdul Malik Kassim, ketika mesyuarat bersama Ahli Parlimen dan ADUN PKR Pulau Pinang di Tingkat 52, Komtar, Jumaat lalu.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Perhubungan Negeri Datuk Zahrain Hashim, bagaimanapun tidak dihadiri oleh Abdul Malik yang berada di luar negeri, sementara Mansor terpaksa meninggalkan mesyuarat kerana ada komitmen lain di Penanti.Turut hadir adalah ahli majlis MPSP dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.

Menurut sumber parti itu, Johari melenting apabila ketiga-tiga exco berkenaan menyokong cadangan perlantikan bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara Mokhtar Mohd Jait, sebagai Yang Dipertua MPSP, yang dibentangkan pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, pada 3 Jun lepas.

Kerajaan negeri memutuskan jawatan YDP MPSP dan MPPP perlu diisi oleh penjawat awam, dan bukannya daripada kalangan pemimpin politik.Johari dikatakan mengidam jawatan berkenaan. Ini dimaklumkan oleh Zahrain kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng, sepertimana disiarkan dalam akhbar arus perdana. ( foto)

Restu pemimpin PKR negeri

Pada mesyuarat berkenaan, Johari mendakwa tindakan beliau bersama ahli majlis MPSP memboikot majlis angkat sumpah Mokhtar mendapat restu daripada pemimpin tertinggi PKR Pulau Pinang.Beliau bagaimanapun tidak menamakan pemimpin berkenaan. Johari turut kesal dengan sikap para pemimpin PKR kerana tidak membelanya.

Johari turut mendabik dada, beliau adalah pejuang reformasi sejak 1999, lebih lama daripada sebahagian ADUN dan Ahli Parlimen PKR yang ada sekarang.Pada pilihanraya umum lalu, PKR menawarkannya untuk bertanding, namun beliau menolaknya kerana merasakan PKR akan tewas, apatah lagi membentuk kerajaan Pulau Pinang.
Bahkan Johari cuba mempengarahui beberapa pemimpin PKR, agar tidak menjadi calon kerana akan membazirkan masa dan wang ringgit.

Mahu mengajar Guan Eng

Sementara itu, Zahrain meletakkan kemelut yang menghantui PKR itu, berpunca daripada Abdul Malik.ADUN Batu Maung itu, dikatakan tidak memaklumkan keputusan kerajaan negeri kepada pimpinan parti itu.

Dalam pada itu, seorang ahli majlis MPSP yang ditemui, mengesahkan tindakan memboikot majlis angkat sumpah YDP MPSP telah dirancang pihaknya, dan mendapat restu pimpinan parti peringkat negeri.

Beliau bagaimanapun mengaku tindakan memboikot itu mencalarkan imej PKR dan PR Pulau Pinang.

"Kami mahu mengajar Guan Eng, agar menghormati konsep pakatan. Biarlah apa-apa lantikan daripada penjawat awam dibincang dengan PKR dan PAS," tegasnya.


kerajaan perpaduan??????? - malaysiakini

Begitu senang sekali bagi Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa membuat andaian yang beliau yakin kerisauan di kalangan pemimpin PR akan dapat diselesaikan setelah Hadi memberikan penjelasan kepada mereka. Beliau mengatakan, perbincangan antara PAS dan UMNO bukanlah ke arah perkongsian kuasa tetapi lebih kepada kesejahteraan rakyat dan negara.

Ini merupakan 'kejutan' bagi saya kerana tidak disangka-sangka Hadi dan Nasha senyap2 dapat mengilhamkan 'perancangan' mengalahkan pemimpin2 lain dalam PR. Pada awalnya perancangan mereka seumpama gerakan 'gerila bawah tanah'.

Apabila taktik bawah tanah sudah terbongkar sebelum mencapai kejayaan seperti yang diimpikan, barulah mereka 'terpaksa' membuat pengakuan memang ada perancangan kearah untuk 'bersama' dengan UMNO demi kesejahteraan kepada rakyat dan negara bagi pemikiran mereka.

Ini juga bermakna 2 pemimpin tertinggi PAS ini telah 'memecut dengan laju' kedepan meninggalkan pemimpin2 lain dalam PR termasuklah Mursyidul Am PAS, TGNA dan juga Ketua Umum PKR serta PR, DSAI. Beginikah caranya untuk mempamerkan ungkapan 'kesejahteraan kepada rakyat dan negara'?

Sebelum ini PKR hanya mengambil sikap 'berdiam diri' dalam permulaan isu sehinggalah 3 hari lepas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussein Ali telah mengatakan isu ini tidak pernah dibawa dalam mesyuarat PR. Mungkin isu ini sudah semakin serius dan ini akan 'membantut' usaha PR untuk mengambil-alih tampok pemeritahan negara daripada BN.

Janganlah kita lupa, DSAI telah memilih untuk 'berkorban' demi kesejahteraan rakyat dan negara dengan menolak semua tawaran yang dibuat oleh Che Det dan memilih untuk menerima apa sahaja perancangan jahat yang telah diatur kepada beliau. Oleh kerana keberanian dan keyakinan beliau, Che Det telah menghumban beliau kedalam penjara. Terbukti..., pengorbanan DSAI tidak sia2...

Disinilah bermulanya arus perubahan yang begitu menakutkan BN sehingga sekarang. Bulan depan beliau terpaksa menempuh lagi 'sejarah hitam' yang telah diatur oleh BN untuk 'menghumban' beliau sekali lagi kepenjara.

Kenapa 2 pemimpin tertinggi PAS ini tergamak untuk 'meninggalkan kawan', sedangkan kerana 'pengorbanan' kawan inilah, parti yang mereka pimpin telah mendapat sambutan yang begitu luar biasa daripada semua bangsa dinegara kita? Kenapa mereka sanggup untuk membuka pintu kepada parti yang telah bertanggungjawab keatas semua kerosakkan dinegara kita?

Jelas dan nyata, perancangan kearah penyatuan ini adalah 'sesuatu yang karut' seperti yang telah diulas oleh TGNA. Saya pun dah malas nak ulas panjang lebar mengenai isu ini kerana bagi saya memang ada 'sesuatu yang tidak kena' tidak kiralah apa pun alasan yang diberikan....

Posted By yeols to PRO REFORM

Kerajaan Perpaduan- PAS Bakal hilang sokongan - Malaysiakini

Salam...

Ikhwan yang dirahmati Allah... Semoga kalian semua dalam lindungan dan peliharaah Allah hendaknya...

Saya amat2 terkilan dengan keputusan pemilihan kepimpinan PAS dalam Muktamar ke 55 baru2 ini. Tak payahlah saya nak uraikan, mungkin Ikhwan semua dapat mengagak siapa pilihan saya.

PAS akan kehilangan sokongan dari pengundi bukan Islam andainya muqabalah menjadi kenyataan... Saya boleh jamin 98%, ini kerana, apa yang saya tinjau dan dengar cakap di sekitar Johor Bahru, penyokong PAS yang bukan Islam sudah mula bersungut dengan wujudnya team2 dalam PAS, antara sungutan mereka ialah muqabalah bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Saya mohon, andainya agenda muqabalah dan kerajaan perpaduan ini hendak diteruskan, mereka-mereka yang terlibat hendaklah buat satu parti baru dan teruskanlah rundingan itu. Saya sebagai muslim yang mendukung perjuangan PAS tidak rela perjuangan saya walaupun tidak pernah berjuang secara langsung di cabul dan di lacur demi kepentingan mereka-mereka yang ada agenda tersendiri. Ingatlah, PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam sebagai cara pemerintahan, jangan lupa pada dasar parti, kami di dalam PAS adalah kerana perjuangan Islam PAS.

Ingatlah ikhwan yang menyebelahi muqabalah, pihak yang satu lagi hanyalah mempergunakan kamu untuk kepentingan politik mereka, mereka tiada keikhlasan dalam muqabalah itu, yang ada pada mereka hanyalah mengambil kesempatan terhadap populariti dan penerimaan PAS oleh semua lapisan masyarakat dan kaum pada waktu kini. Ingat apa yang telah pihak sana buat terhadap kerajaan PAS di Kelantan, Terengganu dan Perak. 50 lebih tahun mereka memerintah bumi Malaysia ini, pelbagai "pelacuran" politik telah mereka lakukan, dari hak dan ketuanan Melayu hinggalah kepada Raja-raja, habis semua harta rakyat dirompak bagi meneruskan agenda politik bangsat mereka. Apakah ikhwan yang menyokong muqabalah ini tidak nampak? tidakah anda semua membaca dan menyingkap sejarah lampau?

Sekian, Wallahu wa'lam...

aziz al-fayyed/090609/0246/tanjungputeri

Pandangan dari rakan MPT KeADILan, isu di Pulau Pinang -Malaysiakini

Oleh: CheGuBard

Sekali lagi Pulau Pinang menjadi perhatian kerana kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang goyah dan tidak punya persefahaman.

Bermula dari episod Amizuddin Ahmat, seorang ahli Majlis yang juga seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas pada sekitar bulan Febuari lalu telah membuat satu sidang media mendedahkan mengenai beliau ada maklumat 'korupsi' kerajaan Pulau Pinang.

Beliau yang lebih senang dikenali sebagai Din Binjai membuat pendedahan awal tersebut dalam ucapannya yang terakhir sebagai ahli Majlis MPSP sebelum beliau digugurkan. Ramai terkejut dengan tindakan susulan Din Binjai yang terus dilihat menyerang 'watak tertentu' dalam isu korupsi dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

Sebenarnya isu yang dibangkitkan oleh Din Binjai telah sampai ke pengetahuan cheGuBard selaku MPT sekitar bulan Disember 2008 lagi. Ia berkenaan dengan penyelewengan yang melibatkan pegawai kerajaan yang diwariskan oleh rejim BN dahulu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Dan oleh kerana kecekapan pegawai kerajaan yang diwariskan oleh rejim ini bertindak menjadi sumpah – sumpah maka ia amat susah dikesan. Lebih lagi ada pula yang terpedaya kononya pegawai – pegawai inilah yang sama menyokong sehingga dibela dengan perbagai alasan mengarut seperti telah kenal lama dan kawan sekolah.

Sebaliknya pegawai tersebut bersama beberapa anasir yang baru bersalin kulit (dari Umno ke keADILan) telah membuat 'counter attack' ke atas Din Binjai setelah sedar dia mula mengumpul bukti dan menghantar laporan ke banyak pihak. Masih ingat lagi ketika bertemu Din Binjai sekitar Januari 2009 di mana dia menyerahkan beberapa laporan penyelewengan. Dia mengatakan "kalau saya ikut sahaja saya akan selamat sebagai ahli Majlis tetapi nampaknya kalau saya lawan saya akan dipandang serong melawan kerajaan Pakatan Rakyat, namun bukankah kita di didik lawan tetap lawan…maka saya akan terus dedahkan hilang jawatan ahli majlis bukan benda besar pun…" itu kata Din pada saya.

Saya janji akan bantu dia dedahkan penyelewengan tersebut. Dia telah jumpa pimpinan tertinggi parti, dia telah jumpa pimpinan tertinggi kerajaan negeri juga berkenaan dengan isu ini.

Namun oleh kerana prosedur gangguan kerajaan pusat seperti kewujudan pegawai lantikan kerajaan pusat dan seumpamanya terus menyusahkan proses pembersihan.

Menjelang Febuari, Din mula diserang dengan perbagai tohmahan, sah dia tidak akan disambung sebagai ahli Majlis dan dia nekad menggunakan peluang terkahir berucap sebagai ahli majlis untuk menyerang 'kemungkaran yang wujud'…akhirnya serangan melalui ucapan dalam dewan itu telah diambil perhatian besar oleh media regim….

Ramai pula terkeliru dengan serangan Din Binjai dengan serangan terhadap prestasi bekas wakil rakyat Penanti. Din menyerang isu kuari, yang melibatkan pegawai kerajaan yang dipaksa diwarisi dari rejim BN. Namun jika ada yang terasa pedas sudah tentu ada yang termakan cilinya.

Akhirnya kerana 'pemberontakan Din Binjai' hasilnya secara peribadi dia hilang jawatan, dia disalah ertikan menjadi agen Bn menyerang kerajaan Pakatan Rakyat namun tidak ramai yang tahu. Pemberontakan Din Binjai telah mengembalikan pendapatan kerajaan negeri yang dihilangkan sebanyak RM 6.7 juta.

Mungkin pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai imbuhan tunai terhadap pendedahan rasuah dalam Pulau Pinang boleh menjadi milik Din Binjai.

Kali kedua Pulau Pinang diberikan perhatian ialah kerana perletakan jawatan Fairus. Che'GuBard tidak mahu mengulas panjang bab Fairus kerana ia lebih kepada masalah prestasi peribadi beliau. Dan apa salahnya jika kerajaan menggugurkan seorang wakil yang dikenalpasti tidak kompitent untuk menjamin kelansungan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan.

Episod terbaru yang bermula minggu lepas sekali lagi membawa Kerajaan Pulau Pinang dalam perhatian tinggi rakyat. Isunya kali ini ialah perlantikan YDP MPSP. 8 orang ahli Majlis yang dilantik melalui kuota Parti Keadilan Rakyat telah bertindak memboikot Majlis Angkat Sumpah YDP yang baru. Namun ada satu ahli majlis lantikan kuota Parti keadilan terus duduk dan bersama majlis angkat sumpah.

Isunya ialah kuota YDP itu telah dipersetujui awal sebagai kuota keAdilan. Maka Johari Kassim tidak berpuas hati dengan lantikan yang bukan dari Keadilan.

Johari yang telah menggunakan media menyatakan sikap mengugut mahu meletakkan jawatan. Kemudian menggunakan media juga pimpinan DAP telah membelasah Johari kassim dan kuncunya yang lain dengan mendesak untuk dipecat. Namun Johari yang mengugut untuk meletak jawatan tidak jadi meletakkan jawatan dan mengambil sikap pertahan jawatan setelah diugut akan dipecat.

Seperti episod drama 'keanak–anakan' . Pertama kenapa perlu pergi ke media ? Baik di pihak Johari Kassim ataupun segelintir pemimpin DAP? Pertikaian dalam kerajaan seharusnya diselesaikan dengan cara pakatan. Semuanya terlalu emosi?

Bagi cheGuBard ini semua membuktikan bahawa kehancuran yang berpunca dari kelewatan membawa kuasa demokrasi kepada rakyat. Dalam bab lantikan ahli Majlis ini sememangnya negeri Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari rejim BN kerana sekurang-kurangnya lantikan agak rencam - ada juga wakil pertubuhan bukan kerajaan, orang kurang upaya yang bukan mewakili parti.

Namun itu bukan jawapannya. Ia tidak cukup. Masalah yang wujud ini diwarisi dari regim dan perlu ditamatkan. Kita seharusnya segera mengembalikan proses pilihanraya kerajaan tempatan. Baik segelintir pemimpin DAP mahupun Johari Kassim nada perebutan dan debatnya perlu matang dan tinggi, bukan emosi.

DAP pertahankan YDP baru kakitangan kerajaan, benar! Kakitangan kerajaan hampir majoriti menolak rejim BN sekarang ini namun masih ada sosok kakitangan pegawai yang diwariskan rejim BN itulah punca kekacauan (sila klik sinii untuk baca lanjut) , lupakah kita dengan Perak. Hujah Johari juga dangkal apakah perlu kuota parti. Bukan seharusnya dibicarakan hak rakyat. Kembalikan kepada rakyat pilihan raya kerajaan tempatan.

Hujah Johari sebenarnya merosakkan dirinya. Kini timbul pula cerita bahawa kononya Johari marah kerana dia yang mengidamkan kerusi YDP tersebut.

Ingat kita menang bukan semata kekuatan parti kita menang ialah kerana rakyat bosan dengan BN dan rakyat menaruhkan bukan sedikit kepercayaan kepada Pakatan PAS – KEADILAN dan KEADILAN - DAP (Ingat semasa PRU 12 lalu DAP dan PAS tidak ada pakatan rasmi, Anwar Ibrahim telah menjadi orang tengah menggabungkan dan mengembeling kekuatan sehingga menjadi gelombang rakyat menolak BN). Apa yang kita ada ialah kepercayaan rakyat. Maka Keadilan juga tidak boleh sombong, PAS tidak boleh angkuh dan DAP tidak boleh dabik dada.

_____________________________________________________

Chegu Bard atau Badrul Hisham Shaharin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat. Aktif dalam memperjuangkan rakyat marhaen dan merupakan peminat nombor satu perjuangan yang memperjuangkan rakyat. Untuk mengikuti lain-lain tulisan olehnya, boleh ke http://chegubard.blogspot.com/


--

Monday, June 8, 2009

Johari cadang jumpa Guan Eng isu MPSP - Malaysiakini

PULAU PINANG: Ketua Whip Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Johari Kassim akan menemui Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk menjelaskan tindakan beliau dan tujuh lagi ahli majlis daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) memulaukan majlis pelantikan Yang Dipertua (YDP) MPSP yang baru Khamis lepas.

Katanya, beliau akan mengatur pertemuan itu dalam masa terdekat untuk membersihkan namanya dan menjelaskan bahawa tindakan itu tiada kaitan dengan perasaan kecewa tidak dilantik sebagai YDP MPSP seperti yang didakwa Ketua Menteri.

Ketika dihubungi Bernama di sini, beliau berkata tindakannya menyuarakan hasrat parti supaya jawatan YDP MPSP diberikan kepada PKR dibuat selaras dengan minit mesyuarat perhubungan PKR negeri yang mencatatkan mengenai perkara itu.

"Jika PKR diberikan peluang untuk menerajui MPSP, terpulang kepada parti hendak melantik siapa. Kalau parti melantik saya, saya akur dan jalankan tugas itu, kalau tidak, saya tetap memberikan sumbangan sebagai ahli majlis. Tidak timbul soal kecewa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Lim semalam bahawa tindakan sekumpulan ahli majlis memulaukan majlis angkat sumpah bekas pegawai daerah Seberang Perai Utara (SPU) Mokhtar Mohd Jait sebagai YDP MPSP menggantikan Farizan Darus berpunca daripada ketidakpuasan hati Johari mengenai pelantikan itu.

Lim dilaporkan berkata beliau difahamkan oleh Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohamed Hashim bahawa Johari tidak berpuas hati kerana beliau tidak dilantik memegang jawatan itu.

Bagaimanapun, Zahrain dalam sidang akhbar malam semalam berkata beliau ada berbincang dengan Lim mengenai tindakan kumpulan itu, tetapi beliau tidak pernah menyebut bahawa tindakan Johari itu berikutan Johari tidak berpuas hati kerana tidak dilantik sebagai YDP MPSP.

Johari, yang juga anggota jawatankuasa PKR negeri berkata setiap parti dalam gabungan pembangkang mesti jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada rakyat dan tidak mentadbir negeri secara bersendirian.

"Sebagai ahli majlis, saya telah memainkan peranan yang positif untuk memperbaiki perkhidmatan MPSP kepada rakyat dan apa jua dasar kerajaan negeri harus didukungi bersama. Kedudukan saya sebagai ahli majlis terletak pada keputusan parti dan setakat ini, parti memutuskan tidak memecat saya, jadi tidak perlulah orang lain pula minta saya letak jawatan.

"Saya harap pada masa akan datang, apa pun keputusan yang hendak diambil perlu dibawa berbincang secara bersama terlebih dahulu. Kita tidak boleh 'dictate' keputusan sendiri pada parti lain," katanya. BERNAMA

SUSULAN AHLI MAJLIS MPSP BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH YDP - Malaysiakini

Sedutan Agenda Daily

DAP menafikan dakwaan Ketua Whip Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Johari Kassim, bahawa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) pernah bersetuju jawatan Yang Dipertua MPSP diserahkan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalulintas negeri berkata, PR Pulau Pinang tidak pernah memutuskan jawatan itu diserahkan kepada PKR.

"Soal pelantikan Mokhtar Jait sebagai YDP MPSP tidak pernah dirujuk kepada PKR tidak timbul kerana ia pelantikan daripada kalangan pegawai pentadbiran," katanya dalam kenyataan di sini hari Jumaat.

Semalam, lapan daripada sembilan anggota majlis PKR memulaukan majlis pelantikan Mokhtar, bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), kerana membantah tindakan Ketua Menteri Lim Guan Eng yang dikatakan tidak berunding dengan parti itu mengenai pelantikan berkenaan.

Johari mendakwa Lim tidak memanggil PKR dan Pas untuk berunding walaupun sebelum ini telah ada persetujuan di peringkat kepimpinan parti gabungan itu bahawa pelantikan YDP MPSP perlulah dilantik daripada kalangan pemimpin politik dan jawatan itu diserahkan kepada PKR.

Menurut Chow, cadangan pelantikan Mokhtar sebagai YDP dibentang pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Rabu lalu dan diterima sebulat suara.

"Exco daripada PKR yang terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri 1 Mansor Othman, Abdul Malik Kassim dan Law Choo Kiang adalah sebahagian daripada ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang menyokong pelantikan itu," katanya.

MPSP mempunyai 24 anggota majlis dan daripada jumlah itu, 10 diwakili pemimpin DAP, sembilan PKR, dua Pas dan tiga daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Sementara itu Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata beliau difahamkan oleh Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim bahawa Johari tidak berpuas hati kerana beliau tidak dilantik memegang jawatan itu.

"Kita melihat kepada kepentingan ramai bukan kepada kepentingan peribadi dalam pelantikan itu," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, lapan daripada sembilan ahli majlis PKR memulaukan majlis pelantikan Mokhtar, bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), kerana membantah tindakan Lim yang dikatakan tidak berunding dengan parti itu mengenai pelantikan berkenaan.

Johari mendakwa Lim tidak memanggil PKR dan Pas untuk berunding walaupun sebelum ini telah ada persetujuan di peringkat kepimpinan parti gabungan itu bahawa pelantikan YDP MPSP perlulah dibuat di kalangan pemimpin politik dan jawatan itu diserahkan kepada PKR.

Lim berkata, pelantikan Mokhtar itu berdasarkan prestasi baik yang ditunjukkannya semasa berkhidmat sebagai pegawai daerah sebelum ini.

"Kita perlukan penjawat awam yang berkelayakan untuk memegang jawatan itu. Kita memilih calon yang paling layak tanpa mengira warna kulit, agama dan fahaman politik," katanya.

MPSP mempunyai 24 ahli majlis dan daripada jumlah itu, 10 diwakili pemimpin DAP, sembilan PKR, dua Pas dan tiga daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semalam, hanya 14 orang ahli majlis sahaja yang hadir.

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN