Sunday, August 30, 2009

Sempoi n menarik ayam susun - Malaysiakini




































Saya menerima email dari seorang sahabat . Memang nampak hebat dan meleleh air liur dalam bulan ramadan ni. Cara memasak yang cukup menarik. Mungkin kita boleh jadikan resepi ketika berkhemah atau masa santai bersama rakan dan keluarga.

Berebut untuk tolak jawatan - Malaysiakini

Di kala Khalifah Sulaiman bin Abdul Malik dalam kegeringan untuk menghadapi kematian, beliau terbaring di katil istana. Keliling baginda Khalifah, dipenuhi dengan pembesar-pembesar kerajaan, termasuk yang hadir adalah Omar bin Abdul Aziz.

Omar ketika itu amat bimbang namanya dicalonkan sebagai khalifah sebagai pengganti Khalifah Sulaiman. Lantaran itu, beliau memerhatikan Roja’ bin Haywah yang merupakan penasihat utama Khalifah, sebagai isyarat agar mereka berdua boleh berbicara sebentar.

Ketika mereka berdua beredar dari berada di keliling Khalifah Sulaiman, Omar Abdul Aziz berkata, “wahai Roja’, Demi Allah, aku berpesan kepadamu atas nama Allah dan Islam, bahawa jangan sekali-kali kamu mencalonkan namaku sebagai pengganti Khalifah” Omar bin Abdul Aziz memberi pesanan.

“jawatan ini amat berat, aku tidak mampu untuk memikulnya, terutama ketika mengadap Allah SWT di akhirat nanti” sambung Omar lagi.

Roja’ memahami kebimbangan Omar itu. Dengan nada yang bersungguh, Roja’ berkata, ”Aku tidak melihat orang yang lebih layak untuk jawatan ini melainkan kamu. Apakah kamu mahu menempa dosa dengan melihat kemudharatan berlaku jika kamu tidak menerima jawatan ini?” soal Roja’ sambil mukanya merenung wajah Omar yang dilihat berpeluh didahinya.

Omar tidak mampu berkata apa-apa pun, melainkan jantungnya berdegup kuat kerana bimbang namanya dicalonkan sebagai pengganti Sulaiman bin Abdul Malik bagi jawatan Khalifah.

Kemudian Roja’ kembali semula kepada Khalifah Sulaiman yang sedang kegeringan.

”siapakah yang kamu nampak lebih layak menggantikan aku untuk jawatan Khalifah ini, Wahai Roja’?” soal Khalifah Sulaiman kepada penasihat utamanya.

”tuanku tidak perlu khawatir dan bimbang. Bertaqwalah kepada Allah. Insya Allah, Allah akan memberikan jalan yang terbaik dalam urusan ini” jawab Roja’ dengan nada yang tegas.

Dengan bibir yang kering, wajah yang pucat, Khalifah Sulaiman bertanya, ”siapakah gerangan yang kamu nampak layak wahai Roja’?”

”omar bin Abdul Aziz wahai tuanku” Roja’ melemparkan cadangan.

Dalam wajah kepucatan itu, Khalifah Sulaiman tersenyum seraya berkata, ”demi Allah, Omar terlalu layak untuk jawatan ini. pilihan itu amat tepat sekali. Pun begitu, aku berwasiat agar selepas Omar, orang yang mengambil tampuk pemerintahan ini adalah Yazid bin Abdul Malik”

”sengaja aku tidak memilih Yazid sebagai khalifah sebagai ganti aku, kerana aku bimbang keluarga Abdul Malik akan mewujudkan fitnah dalam rebutan kekuasaan ini” sambung Khalifah Sulaiman.

Wasiat ini didengari oleh ramai pembesar-pembesar kerajaan, dan ia disokong ramai tanpa sebarang bangkangan pun.

JAWATAN SATU BEBAN

Jawatan merupakan bebanan. Ia bukan kemuliaan, seperti anggapan sesetengah ahli politik yang tamak. Di zaman kini, jawatan menjadi satu rebutan. Semuanya bersebab, apabila dengan jawatan, mereka dapat mencapai kehendak nafsunya dengan jalan yang mudah.

Golongan salaf terdahulu, mereka akan menolak sebarang jawatan yang berbentuk amanah ini. pada mereka, itu semuanya merupakan kesangsaraan hidup mereka di akhirat; iaitu dikala mengadap Allah SWT.

Diceritakan bahawa ada seorang qadhi sedang menghadapi nazak kematian. Qadhi tersebut beranggapan bahawa selepas kematiannya, pasti anak lelakinya akan dilantik jawatan itu.

Qadhi itu memanggil anak lelakinya, lalu meminta agar anak lelakinya itu mencium kedua-dua belah telinganya. Apabila anaknya itu mencium, didapati telinga sebelah kanannnya berbau wangi, dan telinga sebelah kirinya berbau busuk.

Anak lelakinya itu kepelikkan, seraya bertanya, ”mengapa telinga bapa berbau wangi pada yang kanannya, dan berbau busuk pada kirinya?”

Qadhi itu menjawab, ”wahai anakku, bapa pernah melakukan satu kesilapan yang besar. Bapa pernah berhukum dalam satu kes, yang bapa hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Ekoran itulah, telinga bapa berbau busuk sebelahnya”

”wahai anakku, bapa beranggapan, bahawa selepas kamatianku, pasti kamu akan dilantik untuk jawatan yang sedang bapa pegang ini” sambungnya, ” Wahai anakku, apakah kamu mahu menerimanya?” soal Qadhi itu kepada anak lelakinya.

Anaknya itu berfikir sejenak. Dahinya berkerut. Tangannya diletakkan di dagu seakan-akan sedang berfikir dengan rasional untuk jawatan yang akan dibebankan itu.

”wahai bapaku, aku tidak sanggup menanggung bebanan yang berat ini” jawab anak lelaki itu dengan tegas.

Mendengar jawapan anaknya, Qadhi tersebut mengangguk kepalanya menandakan bersetuju.

Setelah kematian Qadhi, anak lelakinya itu kebingungan. Dia berfikir apakah cara yang paling baik untuk dia mengelakkan dirinya daripada dilantik oleh Khalifah sebagai Qadhi.

Akhirnya, anak lelaki itu telah bertindak seperti orang gila. Dia mengambil pelepah tamar, dan ditunggang pelepah itu seperti dia menunggang kuda, sambil mulutnya membunyikan suara seperti hentakan tapak kaki kuda.

Khalifah melihat keadaan anak lelaki Qadhi yang hendak digantikan bapanya. Melihat keadaan itu, Khalifah telah bertindak melantik orang lain bagi jawatan tersebut. Setelah jawatan itu dilantik kepada orang lain, barulah anak lelaki tersebut beransur-ansur mengubah daripada seperti orang gila kepada orang waras.

Kisah ini amat jelas, bagaimana golongan salaf terdahulu amat tidak meminati sebarang jawatan yang ditawarkan. Mereka tidak mahu jawatan itu, kerana mereka tahu, sebarang kesilapan dan kelalaian dalam menunaikan amanah menyebabkan mereka terbeban ketika mengadap Allah SWT nanti.

Apakah wujud lagi keadaan ini di zaman sekarang???

Wednesday, August 26, 2009

biorafi Ketua Menteri Pulau Pinang - Malaysiakini


Untuk tatapan semua sedikit catatan biorafi Ketua Menteri Pulau Pinang - YB Lim Guan Eng.


Date of birth: 8 December 1960

Place of birth: Johor Bahru

Family: Lim is married to Betty Chew Gek Cheng (State Assemblyperson for Kota Laksamana). They have a daughter and 3 sons.

Education:

PJ La Salle Primary English School
Batu Pahat Montfort Primary English School
Batu Pahat High School
Malacca High School
Monash University, Australia (Bachelor of Economics)

Professional qualification: Accountant

Occupation prior to joining politics: Bank senior executive

Political career:



86 Elected as MP for Kota Melaka, by defeating former Malaysian football captain Soh Chin Aun with a majority of 17,606 votes.
October 1987 – April 1989 Detained under the Internal Security Act, or ISA, for 18 months (Operation Lalang).
1989 Elected as DAP Socialist Youth (DAPSY) chairman.
1990 Re-elected as MP for Kota Melaka for a second term.
1992 Elected as DAPSY chairman.
1995 Re-elected as MP for Kota Melaka for a third term. Elected as DAP Deputy Secretary-General.
1995 Charged under the Sedition Act for ‘prompting disaffection with the administration of justice’ after he publicly criticized the government's handling of allegations of statutory rape made against the former Chief Minister of Malacca, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, in 1994. He was also charged under the Printing Presses and Publications Act (PPPA) in connection with ‘maliciously’ printing a pamphlet containing allegedly ‘false information’ because he had described the alleged rape victim as an ‘imprisoned victim’ because she was initially detained by Malaysian police without parental consent for 10 days. After a series of appeals, Lim was sentenced to 18 months imprisonment in August 1998.
1999 Released after 12 months on 25 August 1999, due to good behaviour. Due to his incarceration, he was barred from standing for election for a period of five years, and was therefore ineligible to contest in the 2004 General Election.
2004 Elected as Secretary-General of the party in May 2004.
8 March 2008 Lim contested in the Bagan parliamentary seat and Air Putih state seat in the 2008 General Election. He won the Bagan seat, defeated Song Choy Leng (BN) with a majority of 22,070 votes, and the Air Putih seat beating Tan Yoke Cheng (BN) with a 4,061 vote margin.
11 March 2008 Sworn in as the Chief Minister of Penang and initiated a system of governance based on the principles of ‘Competency, Accountability and Transparency’.

Monday, August 24, 2009

Keluar Parti - Kenyataan DSAI - Malaysiakini

Hari ini saya difahamkan Adun Lunas Sdr Radzhi Salleh telahpun mengisytiharkan keluar dari parti. Pimpinan parti sememangnya memandang serius prestasi beliau yang terbukti lemah sepanjang menjawat jawatan dalam kerajaan negeri. Turut mengecewakan pimpinan ialah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah dan masalah perkahwinannya di Thailand. Amaran keras telahpun diberikan agar segera meningkatkan prestasi kerja dan memperkukuh khidmatnya di kawasan. Nampaknya nasihat dan amaran kami tidak beliau endahkan, lalu mengambil tindakan mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Apapun alasan yang diberikan oleh beliau, saya berharap Sdr Radzhi sedar bahawa jangan sesekali bertindak mengkhianati amanah rakyat. Kerana “sesiapa yang menyemai angin, dia pastinya menuai badai.”

Berhubung kedudukan Sdr Razhi selaku Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Kedah, saya yakin YAB Menteri Besar Dato’ Seri Ustaz Azizan akan membuat keputusan yang terbaik selepas membuat pertimbangan sewajarnya. Seperti yang dijangkakan, mendekati tarikh mengundi Selasa ini, pastinya ada serangan bertujuan mengalih pandangan bersertakan cita-cita menggugat kerjasama kempen Pakatan Rakyat di Permatang Pasir. Adakah episod ini membabitkan tawaran sogokan jutaan ringgit? Saya tidak yakin SPRM yang dicurigai kewibawaannya mampu menjalankan siasatan tanpa ditunjuki serta berupaya memberi sebarang penjelasan memuaskan.

Izinkan saya menghimbau peristiwa pada tarikh 15 Disember 2008 yang menyaksikan ahli-ahli Dewan Rakyat mula menyertai perbahasan rang undang-undang Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, dengan harapan akan wujud sebuah institusi bebas memerangi rasuah serta penyalahgunaan kuasa. Ternyata ada banyak kelemahan yang ketara terkandung di dalam rang tersebut, malahan telah kami perbahaskan dengan sabar agar ianya dapat diperbaiki demi kemaslahatan negara dan rakyat.

Dinukilkan peringatan Sayidina Ali r.a kepada Malik Ashtar ketika berbahas buat menjadi peringatan kepada diri saya dan rakan-rakan ahli Dewan Rakyat semua agar tidak memandang enteng tanggungjawab yang dipikul, kerana sesungguhnya jawatan ini adalah amanah dan bukannya satu keistimewaan.

Selepas berbahas panjang lebar, makanya Dewan Rakyat meluluskan satu Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2008. Riuh rendahlah kononnya kita menuju ke satu era baru yang menjanjikan perubahan. Tidak sampai setahun wujudnya SPRM, institusi tersebut terpalit dengan pelbagai tuduhan yang serius seumpama kematian Teoh Beng Hock serta skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang(PKFZ)

Hatta pendedahan saya ketika menjunjung kasih titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong juga menemui jalan buntu. Laporan Adun Kulim, Sdr Lim Soo Nee bahawa bekas Menteri Besar Kedah Dato Mahadzir Khalid cuba menyogok beliau dengan jumlah wang sekitar RM 4-5 juta untuk menyertai barisan nasional seumpama mencurah air di daun keladi.

Rakyat turut marah apabila SPRM gagal bertindak terhadap penyelewengan pimpinan umno-bn yang dikatakan memiliki mahligai jutaan ringgit, pembelian pangsapuri mewah menggunakan duit kerajaan negeri dan kemungkinan terlibat menggadai tanah berpuluh ribu hektar kepada negara asing. Timbul pertanyaan kepada rakyat jelata adakah SPRM yang asas penubuhannya untuk berfungsi sebagai sebuah badan bebas dari kongkongan telah menjadi satu lagi perkakas pemerintah?

ANWAR IBRAHIM

Kerajaan PR Selangor dan Kedah akan rebah - Malaysiakini




Melihat kepada situasi yang berlaku dan maklumat yang diterima memaklumkan yang akan ada beberapa insiden besar dan serius yang akan melanda politik negara kita. Regim Najib Tun Razak dengan penuh keangkuhan akan cuba dengan pelbagai cara untuk menumbangkan 2 kerajaan PR yang nampak pada pandangan umum mempunyai masalah.
Kerajaan PR di Kedah telah mula goyah dengan lompatnya YB Lunas dan saya yakin sedikit masa lagi akan ada YB PR yang akan membuat pengumuman keluar parti. Samada menyertai BN atau menjadi calon bebas tidak pula diketauhui. KeraniOpis mohon agar MB Kedah dapat memanggil semua ADUN dan Exco untuk hadir bersama membincangkan masalah yang dihadapi. Langkah -langkah pencegahan perlu difikirkan untuk mengelakkan insiden lebih buruk menjurus kepada pembubaran Kerajaan PR berlaku.

Manakala di Selangor selepas 3-4 orang YB PR membuat deal dan perancangan telah diatur, akan pasti berlaku kegemparan di Selangor. Usaha mereka terbantut kerana kematian Teoh. KeraniOpis percaya hasil dari maklumat risikan dalaman memaklumkan usaha mereka sedang berjalan. Kita minta MB Selangor untuk segera memanggil semua ADUN dan Exco PR untuk duduk dan berbincang berkenaan internal issues secepat mungkin. Mungkin mereka akan kehilangan 1-2 ADUN tetapi Kerajaan PR Selangor masih boleh diselamatkan jika MB cepat bertindak.

Tak dinafikan yang majoriti dari ADUN yang melompat memang menpunyai sejarah hutang yang mengunung dan sejarah disiplin yang panjang. KeraniOpis juga ingin menyuarakan rasa sedih dan kesian kepada DSAI yang seringkali dihujani dengan masalah yang ditimbulkan oleh ADUN Keadilan. Bukan semua calon yang melompat merupakan calon last minit atau nbidan terjun. Mereka terpilih setelah melepasi temuduga dengan kepimpinan negeri dan DSAI sendiri.
DSAI juga ada kelemahan yang perlu diperhalusi. Grass root punya suara kena la dengar sama. Mungkin ada maklumat yang diterima dari pimpinan negeri tidak tepat. Ada benda yang perlu diperhalusi dan dinilai semula.

Moga Allah menjauhkan kita dari kebinasaanNya.

Pasti Najib akan rampas KEDAH -Malaysiakini

Pada 15 Februari 2009, Raja Petra menulis tentang serangan BN terhadap Perak, Kedah dan Selangor. (disini).

Lima ADUN Pakatan Rakyat diKedah telah pun berjumpa dengan pemimpin tinggi Umno dan berjanji akan melompat keluar Pakatan Rakyat sebaik saja Barisan Nasional mempunyai jumlah yang cukup untuk mengambil alih kerajaan di Kedah.

RM 100 juta telah diperuntukkan untuk ‘Projek Tawan Kedah” ini dan mereka yang melompat akan mendapat ganjaran yang lumayan.Di Selangor, Hassan Ali telahpun dijanjikan jawatan Menteri Besar sekiranya dia dapat meyakinkan cukup ADUN untuk menyeberang. Tidak diketahui berapa juta pula yang telah dijanjikan.

Setakat ini, dia mempunyai hanya dua dari Pas dan dua lagi dari PKR yang bersetuju menyertainya. Dan dia memerlukan beberapa ADUN lagi untuk menjayakan perancangannya.Semua ini berkaitan dengan wang dan kuasa. Hasan Ali mahu menjadi Menteri Besar Selangor sejak tahun 1999 lagi. Masalahnya, pada tahun 1999, pembangkang tidak menang di Selangor.

Dia masih mahu menjadi Menteri Besar dan kalau diperlukan menyeberang ke Barisan Nasional dengan penyokong yang cukup untuk menubuhkan kerajaan baru, dia akan melakukannya asalkan dia menjadi Menteri Besar.Malah, Hee Yit Foong, ADUN Jelapang yang berada dalam DAP sejak 20 tahun lalu, melompat kerana wang. Setakat ini, dia telah menerima RM15 juta dari Vincent Tan. RM10 juta lagi akan dibayar apabila semuanya selesai.

Dia memerlukan wang untuk membayar kembali hutang-hutang suaminya kerana judi.Keadaan ini juga berlaku terhadap Lee Lam Thye yang dipaksa meninggalkan DAP supaya dia dapat melangsaikan hutang isterinya kerana judi. Barisan Nasional membantu membayar hutang isterinya, sebaik saja dia meninggalkan kem pembangkang dan mula menyokong kerajaan.

Apabila kami memberitahu Pakatan Rakyat Perak akan tumbang, mereka memberitahu bahawa keadaan terkawal. Sekarang kami memberitahu mereka bahawa Kedah dan Selangor juga berada dalam keadaan kritikal dan mereka perlu melakukan sesuatu.

Jangan beritahu kami, bahawa semuanya dalam keadaan terkawal…kemudian dalam beberapa minggu kemudian, dua negeri ini jatuh seperti Perak.Barisan Nasional telah memperuntukkan RM 200 juta untuk menawan kembali Kedah dan Selangor.

Dan mereka akan berbuat apa saja..hatta melanggar undang-undang atau perlembagaan. “Kejayaan” mereka menawan kembali Perak dengan bantuan polis, mahkamah dan segala jentera kerajaan, menyebabkan mereka semakin ghairah untuk menawan Kedah dan Selangor.

Sekarang, Radhi sudah menjadi calon ADUN Bebas, Lim Soo Nee juga sudah hilang. Kalau Lim Soo Nee juga menjadi ADUN Bebas, BN hanya memerlukan tiga lagi untuk menumbangkan kerajaan PR Kedah. Adakah ini mustahil?

Tidak.Tiga ADUN tersebut sudahpun dikenalpasti. Kepimpinan Negeri pun dah tahu. Tetapi, kadang-kadang pemimpin tak mahu percaya. Tambahan pula kalau dikatakan ADUN Pas yang akan melompat, sudah pasti ramai orang Pas akan melompat mengatakan mereka sudah dididik sepenuhnya. Tak mungkin ADUN Pas akan melompat.

Mampuih pi la.

Artikel asal Oleh RPK, terjemahan oleh MSK

Letupan di Lunas - Malaysiakini



MASALAH yang dihadapi Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak habis-habis, parti itu menghadapi masalah bertimpa-timpa. Lepas satu, satu timbul kejadian mengilankan. Apakah PKR diwujudkan untuk menghadapi masalah dan ikut sama menyusahkan orang lain? Barang kali tidak begitu. Tetapi itulah hakikatnya.
Ataupun masalah yang menerpa PKR kerana hebatnya serangan UBN ke atas parti berkenaan. UBN beriya mahu mengocakkan PKR kerana parti itu adalah parti bekas TPM, Anwar Ibrahim. Disebabkan kehebatan Anwar maka PKR yang menjadi sarangnya kini perlu dirobohkan sebelum ianya membiak dan berkuasa.

Jika dilihat kepada kronologi perisitwa politik negara ini selepas pilihan raya umum ke-12 lalu, masalah dalam Pakatan Rakyat berpunca dari masalah dalam PKR. Masalah wakil rakyat atau pemimpin mereka yang tidak mempunyai intergriti dan dijadikan umpan ugutan oleh UBN?

Runtuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak awal tahun lalu misalnya disebabkan ulah dan perangai dua Adun dari PKR, Othman Jailu dan Jamaluddin Md Radzi. Mulanya mereka diserkup oleh SPRM. Lepas itu bertindak mengumumkan keluar dari PKR. Bertolak dari bahana kedua-dua wakil rakyat itulah akhirnya membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini terbaru ialah Adun Lunas, Kedah, Mohd Radzhi Salleh (foto) pula buat hal dengan mengumumkan keluar dari PKR semalam. Radzhi juga seorang Exco kerajaan Kedah. Apakah peristiwa yang berlaku ke atas dua Adun Perak itu menimpa Adun Lunas ini, diugut dan akan diserkup oleh SPRM?

Jika melihat kepada kedudukan Adun itu tidak ada sebab untuk beliau meninggalkan parti. Tiada tekanan dari dalaman parti terhadapnya. Dan kedudukan sebagai Exco Pelancongan Pembangunan dan Sumber Tenaga Manusia itu juga sudah lumayan buatnya. Kedudukan itu sudah cukup untuk menyara dia dan anak bini setahun dua ini. Apa lagi yang kejar dalam politik kalau bukan kedudukan? Kononnya untuk berjuang demi agama, bangsa dan negara dalam politik hanya gula-gula saja.

Alasan kenapa beliau keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada perjuangan PKR nampaknya sebagai alasan saja. Radzhi mencari-cari alasan menghalalkan tindakannya. Katanya dia juga keluar parti setelah pemangku ketua bahagian PKR Padang Serai keluar parti maka beliau kena keluar parti. Sebabnya pemangku ketua bahagian itu berjasa kepadanya.

Ternyata alasan itu dangkal dan naif sekali. Kenapa sekarang perlu menilai perjuangan PKR samada betul atau tidak, kenapa tidak dari mula. Jelas alasan itu sengaja diada-adakan bagi menyembunyikan masalah sebenarnya.

Justeru dalam hal ini apa yang mungkin berlaku ialah Radzhi diugut. Mungkin SPRM sudah pun melingkungi rumahnya. Sekiranya beliau tidak melepaskan diri dari PKR dan menyatakan sokongan kepada 1 Malaysia maka beliau mungkin akan dicekup dan diheret ke mahkamah. Sebab itulah kalau dilihat kepada kenyataan keluar partinya itu Radzi menyatakan sokongan kepada PM? Mengapa sekonyong-konyong menyokong Najib Razak?

Sebelum ini sudah tersebar Adun ini ada masalah dalam kes membuat tuntutan melampau. Mungkin kes tuntutan melampau inilah yang mencengkik lehernya dan terpaksa mencari tali hayat untuk menyelamatkan keadaan dirinya. Bila diri sudah lemas untuk apa dipedulikan kepada nasib orang lain.

Katanya Anwar Ibrahim telah tahu masalah Radzhi ini dan menyerahkan kedudukan Radhzi ini kepada MB, Azizan Abdul Razak? Cuma Azizan masih bersikap tunggu dan lihat dan tidak mengambil tindakan malahan terus merekmen Radzhi menyambungkan kedududunya sebagai Exco. Ertinya masalah Radzhi sudah lama memburuk dalam kerajaan Kedah.

Saya cukup yakin kalau tidak ditekan dan dibelit masalah rumit Radzhi tidak akan meninggalkan PKR. Apa lagi jawatan Exco yang disandang itu tidak mudah untuk diperolehi. Belum tentu kalau dia bersama Umno akan dilantik menjadi Exco. Tetapi mungkin kerana ditekan menyebabkan dia bertindak demikian. Itulah politik dan jahat serta licitnya politik UBN.

Pengumuman yang dibuat Radzhi menjelang hari mengundi pilihan raya kecil Permatang Pasir ini bagaimana dipercayai tidak memberi apa-apa kesan kepada pilihan raya berkenaan. Pengundi Permatang Pasir tidak akan tergugah dengan langkah beliau itu. Malahan pengumuman yang diatur itu dikira memberi kesan baik kepada calon Pas, Mohd Salleh Man. Pengundi yang sudah arif dengan taktik UBN akan jadi lebih berkobar lagi untuk memenangkan Pas sebagai melepaskan perasaan terkilan atas tindakan Radzhi itu.

Dan kalau tindakan Radzhi itu untuk menyelamatkan nyawa politiknya ia juga tidak selamat. Apa kata kalau selepas ini pihak kerajaan Kedah pula akan membuat laporan ke atasnya berhubung apa-apa penyelewengan yang mungkin dilakukannya? Bukankah kes ini boleh disifatkan takutkan ular di depan diterkam harimau di belakang?

Ahli PKR juga tidak perlu walang dan berdukacita atas keputusan Radhzi itu. Sebaliknya ahli PKR perlu rasa gembria kerana orang-orang yang lemah semangat, bermasalah, tidak mempunyai waja dalam perjuangan tidak lagi berada dalam parti mereka.

Anggaplah penghijrahan keluar oleh mana-mana ahli itu sebagai proses untuk menyucikan PKR daripada terbelenggu dengan mereka yang berstatus habuk dan sampah dalam perjuangan. Tidak ada makna dan gunanya kalau kebenaran itu berbelit dengan kebatilan!

Kerajaan PR Kedah dalam Keadaan kritikal - Malaysiakini




Apakah keadaan di Kedah akan berlaku seperti di Perak?Apakah mungkin akan berlaku pembubaran DUN ataupun terus dikekalkan dengan pertukaran kerajaan dengan pengambil alihan BN sebagaimana berlaku seperti di Perak.Apakah mungkin,keadaannya sedikit licik dengan mengambil Speaker dalam golongan yang bersama dengan Radzi Lunas?

Setakat sekarang,sms yang diterima adalah 50-50.Perkara ini disebabkan ada tangan2 ghaib yang cuba mempertahankan daripada berlakunya pembubaran DUN Kedah...pelbagai perkara boleh berlaku,pelbagai andaian boleh dibuat...apa yang pasti.Kedah pastinya dalam keadaan kritikal sekarang

Radzi tak bayar elaun pegawai khas selama 7 bulan - Malaysiakini



Bandar Darulaman
– Pegawai Khas Adun Lunas, Mohd Radzi Salleh yang mengisyitiharkan keluar PKR semalam menuntut supaya dia membayar elaun kerja yang tertunggak selama 7 bulan iaitu sejak bulan Februari hingga Ogos 2009.

Menurut Ahmad Fadzli Mohammed Yeop yang dilantik sebagai Pegawai Khas kepada YB Mohd Radzi Salleh juga Exco Kerajaan Kedah yang diamanahkan sebagai Adun Angkat Bukit Kayu Hitam bahawa, sejak dilantik sebagai Pegawai Khas kepadanya di Dun Bukit Kayu Hitam, pihaknya hanya di bayar elaun sebanyak dua kali sahaja iaitu pada bulan Disember dan Januari.

Katanya, semasa mempelawa saya sebagai Pegawai Khasnya, dia berjanji akan membayar elaun sebanyak RM 500.00 setiap hujung bulan. Sebaliknya setelah bertugas masuk bulan yang ketiga, elauan yang sepatutnya dibayar ditunda hinggalah ke hari ini”.

“Saya cuba minta beberapa kali kepadanya kerana ingin menggunakan wang tersebut bukan sahaja untuk keperluan periabadi malahan juga sebagai tabungan untuk keperluan orang ramai sekiranya berlaku kecemasan, katanya.

Ahmad Fadzli juga berkata, sejak dilantik sebagai Pegawai Khas di Dun Angkat Bukit Kayu Hitam, Radzi langsung tidak pernah mempedulikan aduan yang telah disalurkan kepadanya, sebaliknya dia (Radzi) lebih dengan urusan peribadi”.

Sebagai contoh, apabila saya menghubunginya untuk berjumpa beliau sering mengelak dan memberitahu bahawa berada di Langkawi dan juga Songkla, Thailand. Kali terakhir saya berjumpa secara tidak sengaja di sebuah restoren nasi kandar di Pekan Jitra pada bulan Mac lalu, katanya lagi.

Dalam peretemuan, Radzi sekali lagi memaklumkan bahawa dia minta tangguh untuk bayar elaun yang saya tuntut, katanya.

Bagi Ahmad Fadzli, tindakan Radzi keluar PKR dan menjadi Adun Bebas adalah sesuatu yang telah dijangkakan kerana sejak dari awal lagi dia telah dapat melihat bagaimana tindak tanduk adun berkenaan yang tidak langsung menjalankan tanggungjawab, kadangkala ia amat meragukan.

Katanya lagi, rakyat di Dun Bukit Kayu Hitam sehingga hari ini masih menunggu janji-janji serta bantuan yang telah dipohon melaluinya, pada hal rakyat di Dun Jitra telah mendapat pelbagai jenis bantuan yang disalurkan oleh kerajaan negeri melalui Adun angkat mereka.

Akhirnya, Ahmad Fadzli ingin meminta supaya Radzi menjelaskan tunggakan elaunnya selewat-lewat akhir Ogos ini, sekiranya ia masih gagal menjelaskan bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih tegas. (KedahLanie)

Friday, August 21, 2009

Surat jemputan debat terbuka kepada khairy jamaludin - malaysiakini







Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ust Firdaus Jaafar yang juga MP Jerai, Badrul Hisham Shaharin MPT Keadilan, Ust Yusni Md Piah Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang telah menyampaikan surat jemputan debat terbuka kepada Sdr Khairy Jamaludin Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Surat tersebut disampaikan kepada wakil UMNO di depan Pejabat UMNO Bahagian Permatang Pauh kira-kira jam 4.00 pm hari ini. Turut kelihatan ialah Sdr Amir Ghazali Ketua Angkatan Muda Permatang Pauh, Sdr Amizudin Ahmat Ketua Angkatan Muda Cabang Permatang Pauh, Azrizal Tahir Ketua Angkatan Muda Cabang Bayan Baru, Sdr Aidi Rafizul Idrus Ketua AMK Cabang Bukit Mertajam dan kira-kira seramai 100 orang penyokong.
Debat tersebut bertajuk 'Siapa Pengkhianat Negara' dicadangkan untuk diadakan di UPU Permatang Tengah pada 23 hb Ogos / Ahad pada jam 9.30 malam. Sehingga berita ini diupload tiada berita dari UMNO berkenaan jemputan ini.

Satu demo menentang pertemuan Zahid Hamidi bertemu Menteri Israel yang dicadangkan untuk diadakana selepas jumaat tadi hanya berjaya diadakan selama 10 minit kerana mendapat halangan dari pihak berkuasa yang hadir. Sdr Amizudin Ahmat dan Sdr Amir Ghazali terpaksa memendekkan program kerana mendapat halangan keras dari pihak polis yang hadir.

surat ini kah yang mendedahkan kisah soalsiasat teoh di SPRM - Malaysiakini

Blog ini menerima email daripada seorang yang dikenali mengenai surat sulit yang mengandungi tuduhan Pegawai Atasan SPRM Selangor.Apakah ini surat yang dinyatakan dalam berita web Malaysiakini?Klik pada imej untuk membaca dengan jelas.










Kempen PAS kurang keatas undi penentu tionghua - Malaysiakini

Prk Permatang Pasir semakin hari semakin panas dengan berbagai isu. Menurut kawan saya berbangsa Cina memberitahu, MCA dan GERAKAN kali ini turun habis-habisan menggunakan kongsi gelap untuk memastikan B-End menang di Permatang Pasir.

Setiap bilik gerakan B-end yang dibuka, b-end akan membayar RM10 ribu kepada mereka.

Menurutnya lagi masyarakat cina di Permatang Pasir kali ini agak goncang pendirian mereka untuk mengundi PAS tidak seperti prk Permatang Pauh ketika PKR Anwar Ibrahim bertanding dulu.

Isu besar yang dimainkan adalah isu babi di Kedah dan isu arak di Selangor. MCA dan Gerakan menggunakan isu ini sepenuhnya untuk mengatakan PAS terlalu 'extreme' bila memerintah. Isu ini memang berkesan untuk pengundi cina. Kongsi gelap pula digunakan untuk menakutkan pengundi cina.

Rakan PAS dalam Pakatan Rakyat terutamanya DAP dan PKR harus memberi tumpuan kepada pengundi cina. Jangan kita terlalu yakin boleh menang. Penerangan untuk membalas hujah MCA dan Gerakan perlu diperhebatkan.

PAS hanya ada satu kerusi sahaja di P.Pinang, maka pengundi di Permatang Pasir wajib mempertahankan kemenangan PAS di Permatang Pasir.

UMNO tidak bermaya untuk menjawab isu calonnya tentang skandal pecah amanah RM161 ribu. Maklumat baru yang saya terima, mereka cuba mendakwa 'kononnya' Ustaz Salleh Man terlibat dalam pecah amanah berjumlah RM60 ribu di sekolah Pintar. Tetapi umno tidak berani mengadakan sidang media kerana mereka tahu ini fitnah.


Feedback yang diperolehi dari ground ialah PAS kurang menonjolkan calon dikalangan masyarakat cina. Cuma anggaran 10% dari keseluruhan pengundi cina mengenali atau tau tentang siapa calon PAS.


Mengikut pandangan beberapa pimpinan dari Pakatan atau B End PAS kelihatan berkempen terlalu kePASan- PAS harus menampakan Pakatan Rakyat menerajui kempen ini.

Rakan Calon B End Tanpil buat pendedahan - Malaysikini



Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.

Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.

Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

Thursday, August 20, 2009

Himpunan Aman 21hb Ogos di Bukit Mertajam - Malaysiakini

Ayuh kita sama berhimpun Jumaat ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin dan menentang penglibatan Menteri Umno dengan kepentingan Israel.

tarikh : 21 Ogos 2009 (Jumaat)


Masa : 2.00 petang (selepas solat Jumaat)


tempat : Masjid Tanah Liat, Bukit Mertajam.

Saturday, August 15, 2009

Fakta DUN Permatang Pasir - Malaysiakini


Pemilih - 20,290 orang - Melayu 72.36%, Cina 25.85%, India 1.63% dan lain-lain 0.16%

Majoriti penduduk adalah Melayu.
Mempunyai 39 saluran mengundi.
Bilangan ahli parti yang berdaftar:

Umno - 5,326
MCA - 298
MIC - 300
Gerakan - 45
Pas - 1,015
PKR - 1,028

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2008:

Ahmad Sahar Shuib (BN) = 5,571
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 11,004
Majoriti = 5,433

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 2004:

Datuk Adnan Ramli (BN) = 7,378
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,057
Majoriti = 679

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 1999:

Datuk Ahmad Saad (BN) = 5,236
Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman (Pas) = 8,430
Majoriti = 3,194

Friday, August 14, 2009

P/J lawan S/U Permatang Pasir - Malaysiakini



SEBERANG PRAI: PAS mengumumkan Pesuruhjaya Pulau Pinang, Mohd. Salleh Man akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir minggu depan.

Salleh, 52, pernah bertanding kerusi Pinang Tunggal pada tahun 2004 dan Sungai Dua, Mac 2008.

Namanya diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir dekat sini sebentar tadi.

Salleh, pentadbir sekolah agama, merupakan lulusan pengajian Islam dari Universiti Malaya dan dilantik sebagai Pusuruhjaya PAS Pulau Pinang tahun lalu.

Pemilihannya diumumkan kira-kira pukul 10.45 malam tadi.

Kerusi itu disandang oleh wakil PAS, Datuk Hamdan Abdul Rahman, yang telah meninggal dunia hujung bulan lalu.

Kira-kira lima jam terdahulu Barisan Nasional (BN) pula mengumumkan akan menurunkan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh, Rohaizat Othman.

Rohaizat, 38, merupakan penasihat undang-undang dan lulusan Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Cawangan Mengkuang, Bukit Mertajam, menyertai Umno pada 1996.

Pemilihan beliau diumumkan oleh Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Permatang Pasir dekat sini kira-kira 5.30 petang tadi.

"Setelah ambil kira pandangan semua pihak, calon yang paling layak, boleh diterima rakyat, setelah dibincang dengan (Perdana Menteri) Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, yang kini berada di luar negara, didapati calon yang paling sesuai ialah Setiausaha Umno Permatang Pauh, Rohaizat Othman," kata beliau ketika mengumumkan nama calon dan melancarkan jentera BN di pusat gerakan induk BN di Bukit Merah, Permatang Pauh dekat sini petang ini.

Pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Permatang Pasir dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan seorang calon Bebas.

Pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42, telah menyuarakan hasratnya untuk bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Wednesday, August 12, 2009

Alert: Swine Flu Rapidly Spreading In Asia – WHO Report - Malaysiakini

Despite a deceleration in the number of swine flu cases in several countries in the southern hemisphere, Asian countries are experiencing a rapid spread of the virus.

Latest figures released by the World Health Organization (WHO) on Tuesday showed that the new A/H1N1 virus has infected some 177,457 individuals and claimed the lives of some 1,462 others worldwide.

The report stated a decline in the number of infected cases in countries such as Argentina, Chile, Australia and New Zealand as winter near sits end in the Southern Hemisphere’s, adding that this was a start for the second wave of the virus in northern countries.

According to the report Thailand, India and Vietnam are among the countries which have been strongly hit by the disease in the past days.

In India, officials have reported a total of 959 cases of swine flu and eight deaths since May 15, when the first case was identified in the extremely populated country.

Horrors of Swine Flu Yet to Come

Monday, August 10, 2009

PRK Permatang Pasir 25 Ogos 2009 - Malaysiakini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir jatuhnya pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pilihanraya kecil kelapan ini dipanggil susulan kematian wakil rakyatnya, satu-satunya ADUN PAS di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir - satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi.

Friday, August 7, 2009

Rugi 20 juta akibat demo. Betul ka?????

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, setakat ini, hampir RM20 juta kerugian akibat demonstrasi anti-ISA Sabtu lalu telah ditaksir.

"Hari ini saya sudah berjumpa dengan 20 persatuan peniaga yang menghantar memorandum dan tuntutan. Saya rasa, sudah hampir RM20 juta sudah yang saya dapat.

"Tetapi ramalan saya itu kerugian keseluruhannya, termasuk kehilangan pendapatan pada masa akan datang apabila pelancong tidak datang, khususnya di Kuala Lumpur.

"Pelabur asing pun enggan datang," katanya.

Beliau diminta menjelaskan jumlah sebenar kerugian peniaga akibat demonstrasi anjuran Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) didakwanya membawa kerugian RM100 juta hingga RM200 juta.

Senator itu juga berkata, kerajaan tidak akan memberikan bantuan kewangan kerana kerugian tersebut tidak berpunca daripada mereka.

"Pada masa ini, saya rasa (kerajaan) tidak patut terlibat. Ini bukan kesilapan pihak kerajaan, tetapi (kesilapan) mereka yang tidak bertanggungjawab.

"Kita boleh jadi pemudahcara sahaja. Kita tidak mampu hendak buat ini. (Jika tidak) esok, ada demonstrasi lain, orang lain pula buat tuntutan.

"Bukan kita yang buat demonstrasi," katanya selepas merasmikan seminar kecemerlangan pelajar SPM di Kerinchi, Kuala Lumpur petang ini.

Ditanya mengenai kemungkinan berlaku kerosakan sampingan akibat tindakan polis, Raja Nong Chik berkata: "Yang saya nampak, tidak besar, kalau ada pun. Ia lebih kehilangan pendapatan."

Beliau juga berkata, Umno tidak terlibat dengan usaha sayap Pemudanya di Wilayah Persekutuan yang menawarkan khidmat guaman terhadap sekumpulan peniaga yang ingin menyaman GMI semalam.

"Tidak ada. Saya tidak terlibat dengan usaha Pemuda Wilayah. Itu mereka dengan baik hati hendak membantu," katanya, sambil menafikan Umno menjadi dalang memburukkan GMI.

Beliau berkata, kerajaan mesti konsisten menolak sebarang demonstrasi, walaupun melibatkan isu selain ISA dan melibatkan anggota Umno sendiri.

"Kalau boleh, elakkanlah demonstrasi. Perdana menteri pun kata, adakan di tempat tertutup macam di stadium," katanya, mengulas cadangan demonstrasi bersama Pemuda PAS-Umno di Shah Alam esok.

Pemuda Umno hari ini dilaporkan berhasrat menyertai demonstrasi PAS bagi mendesak pemimpin DAP Ronnie Liu dilucutkan daripada exco kerajaan tempatan Selangor susulan dakwaan beliau campur tangan isu mengawal arak.

Minta pelawat untuk beri komen berkenaan isu ini.

Pemuda DAP Biadap - Malaysiakini


KENYATAAN AKHBAR
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis 15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan Parti DAPSY YB Loke Siew Fook, merangkap Ahli Parlimen Rasah yang disiarkan dilaman blog http://sjsandteam.wordpress.com yang mengutuk keras Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah, Pengerusi Malaysian Chinese Muslim Associattion (MACMA) mengenai isu anak luar nikah mendiang Teoh Beng Hock.

Di saat umat Islam menyambut hari mulia Nisfu Sya'ban, Ketua Pemuda DAP ini memilih untuk berkonfrontasi dan menyerang seorang tokoh pendakwah Islam.
Dr. Mohd. Ridhuan Tee dalam tulisannya mempertikaikan langkah menghalalkan "anak luar nikah" yang didakwa kepunyaan mendiang Teoh Beng Hock dengan tunangnya.

Saya tidak pasti apakah menjadi dasar DAP menghalalkan perhubungan luar nikah dan "menghalalkan" anak luar nikah. Kita memang bersimpati dengan nasib yang menimpa mendiang Teoh, malahan ahli PAS dan juga PKR yang beragama Islam antara kumpulan yang banyak terlibat dalam demo atau bantahan terhadap kematian mendiang Teoh.
Saya sendiri antara Ahli Parlimen beragama Islam yang paling awal yang mendesak supaya siasatan segera dibuat atas kematian mendiang Teoh. Malahan Naib Presiden PAS YB Dato' Seri Nizar sehingga sanggup bersama menyalakan lilin dalam "candlelite vigil" memperingati mendiang Teoh.

Tetapi isu menghalalkan anak luar nikah adalah satu isu lain. Ramai dikalangan masyarakat Cina yang ditemui menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan itu, kerana seolah-olah memberi gambaran masyarakat Cina yang ramainya penganut agama Buddha dan Kristian meredhai perbuatan mengadakan seks dan mengandung sebelum berkahwin.

Pemuda DAP sepatutnya tidak bertindak menurut emosi dan kelabu dengan isu dihadapan kita. Dalam isu kematian mendiang Teoh, kita semua bersetuju satu siasatan telus dan adil perlu dibuat untuk mencari sebab-musabab kematiannya. Malahan satu inkues perundangan sudah pun dimulakan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, dengan Suruhanjaya DiRaja akan ditubuhkan sebaik sahaja inkues tersebut selesai dijalankan. Tetapi dalam isu beliau menjalin hubungan seks sebelum berkahwin dan mengandungkan tunangnya, itu satu isu yang lain.

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah berhak untuk menyatakan pendapatnya. Beliau adalah seorang berbangsa Cina, sudah tentu beliau juga tahu adat resam dan budaya masyarakat Cina.

Apakah Pemuda DAP tidak boleh menerima perbezaan pendapat? Apakah kita semua mesti sentiasa menari gendang yang dipalu oleh DAP? Sesiapa yang tidak bersetuju dengan DAP menjadi musuh yang mesti dikutuk dan diserang?

Apa yang kesal laman tersebut menyiarkan komen yang menggunakan bahasa kesat, cabul, mencarut dan biadap terhadap Dr. Mohd. Ridhuan. Apa yang lebih biadap dan kurang ajar ialah mereka juga menyerang agama Islam, bangsa Melayu dan mereka yang convert atau memeluk agama Islam.
(Untuk membaca lebih terperinci sila layari laman web tersebut). Berikut adalah contoh bahasa yang diguna seperti:

"Who is this bastard of a Mohd. Ridhuan"
(siapa anak haram Mohd. Ridhuan ini);

"What sort of fucking Dr. r u"
(Dr pu... apa awak ni);

"Has everything be reduced to your fucking religion (iaitu Islam)"
(Apakah semua mesti menurut agama (iaitu Islam) pu... awak itu);

"R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims"
(Apakah ibubapa kamu masih hidup Muhammad? Kalau sudah mati, sudah tentu tulang mereka berantakan didalam kubor, kalau masih hidup, tentu mereka bersembunyi dengan penuh malu yang anak lelaki yang mereka lahirkan dianggap anak haram oleh setiap bukan Islam dan Muslim);

"They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born".
(Sudah tentu mereka (iaitu ibubapa Dr. Ridhuan) akan bergembira kini jika mereka mengepam awak (Dr. Ridhuan) kedalam lubang tandas semasa dilahirkan);

"U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive".
(Awak telah mencemar nama keluarga awak kerana kebodohan mendapatkan habuan duniawi. Kemasukan awak kepada Islam bukan kerana keyakinan, tetapi kerana niat tidak baik);

"As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history".
(Bagi anak-anak awak pula, mereka tidak akan mewarisi nama awak. Mereka akan menjadi ahmad bin abdullah atau yang sewaktu dengannya. Dua generasi lepas itu mereka akan berkata, "saya tidak tahu siapa pu... datuk saya. Beliau adalah pu... yang telah memalukan keluarga". Mereka akan menjadi saperti anak haram yang tidak dapat mengesan salasilah keluarga mereka).

"If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters".
(Kalau awak (Dr. Ridhuan) boleh menjadi presiden Persatuan Muslim Cina, saya tidak tahu apa jenis cina muslim yang ada......?Pencuri, perompak, penjenayah atau penyangak).

Adalah jelas laman web yang menyiarkan kenyataan Ketua Pemuda Kebangsaan DAPSY ini bertindak melampau, kurang ajar, biadap dan keterlaluan. Penyiaran yang dibuat:

1. menyerang peribadi seorang pendakwah Cina beragama Islam yang sangat dihormati iaitu Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah dengan menggunakan bahasa lucah, kesat, biadap dan melampau;

2. menghina agama Islam dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

3. menghina ibu bapa, keluarga dan anak-anak Dr. Mohd. Ridhuan Tee dengan bahasa kesat, lucah, biadap dan melampau;

4. menghina agama Islam dan mereka yang memilihIslam seolah-olah keturunan semua mereka yang memeluk Islam saperti anak haram yang tidak mengenal salasilah dan keturunan keluarganya;

5. menghina kaum Cina yang memilih memeluk Islam sebagai pencuri, penjenayah, perompak dan penyangak.

Saya mengutuk dengan kutukan yang paling keras dan dengan bahasa yang paling tegas terhadap laman web tersebut. Apakah mereka berasa saperti cengkadak naik ke junjong; sudah tidak mengerti adab susila dan kesopanan ketimuran? Apakah mereka merasakan mereka golongan yang hebat dan "untouchables", sehingga orang lain tidak boleh berbeza pendapat dengan mereka.

Tindakan laman web tersebut sudah pasti akan menimbulkan kemarahan umat Islam dan akan mencetuskan ketegangan agama.
Saya dengan ini mendesak:

1. Ketua Pemuda DAPSY YB Loke Siew Foke dan Pemuda DAP meminta maaf kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee khususnya dan umat Islam umumnya;

2. pengendali laman web www.sjsandteam.wordpress hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada Dr. Mohd. Ridhuan Tee Abdullah khususnya dan umat Islam umumnya;

3. penulisan dan komen bertajuk"Ridhuan Tee must apologize to Teoh Beng Hock's family" hendaklah ditarik balik;

4. Pihak polis hendaklah menyiasat segera kenyataan tersebut serta pengendali web berkenaan menurut peruntukkan undang-undang sedia ada saperti Akta Hasutan dan Seksyen 298A Kanun Kesiksaan;

5. Jika didapati ada kes, pihak Peguam Negara hendaklah dengan segera mengenakan pendakwaan jenayah terhadap mereka yang berkaitan;

6. Suruhanjaya Multimedia dan pihak berkuasa yang berkaitan hendaklah membatalkan laman web tersebut;

Sekian wassalam.
ZULKIFLI BIN NOORDIN
Khamis
15 Sya'ban 1430 / 06 Ogos 2009

--------------------------------------------------------------------

RIDHUAN TEE MUST APOLOGIZE TO TEOH BENG HOCK'S FAMILY;
WARNS DAP MP
(daripada laman web http://www.sjsandteam.wordpress.com)

Loke Siew Fook DAP Socialist Youth (DAPSY) National Chairman and MP for Rasah 4 August 2009
It is sickening to see that a person with supposedly strong academic credentials and high religious stature can produce such cruel and heartless remarks over the issue of Teoh Beng Hock’s unborn child.
By twisting a dreadful tragedy with his zealous agenda against “bastard children” in his Utusan Malaysia article, Dr. Mohd Ridhuan, the vice-president of the Malaysian Chinese Muslim Association, has caused immense emotional damage to Teoh’s family.
Whatever superficial sympathy Dr. Mohd Ridhuan has for Teoh’s family is lost when he chooses to harp on the status of the child, whom he labels as an illegitimate child. Dr. Mohd Ridhuan has also compared Teoh’s child to the children of “Malay-Muslim girls who have sex with Muslim or non-Muslim partners with or without consent”, who are born without taking their father’s names.
By comparing, with blatantly racist language, an unborn child of an engaged couple who is painfully separated by the fiance’s mysterious death, to children who are results of unplanned conception, Dr Mohd Ridhuan has shown everyone how low he can go to hurt other human beings with broken logic.
As if that wasn’t enough, Dr. Mohd Ridhuan produced another hurtful article to slam his critics, labelling two Chinese language dailies – China Press and Nanyang Siang Pau – as racist, for highlighting his own racist outbursts. You can’t get more hypocritical than that.
DAPSY condemns in the strongest possible terms, the decision by Dr. Mohd Ridhuan to produce such insensitive, racist, zealous and hypocritical writings and the decision by Utusan Malaysia to publish them. DAPSY calls on Dr. Mohd Ridhuan to immediately apologize to Teoh’s family and to China Press and Nanyang Siang Pau, for all they have done is to reveal and reject his nasty character.
Comments (2)
2 Comments »
Its not always about racism. But it is convenient to hide behind it. In this case, it is about INSENSITIVITY. That, we cannot stomach. Look at remarks on Yasmin Ahmad, most malaysians regardless race condemned it.
Anyway, Dr Riduan Tee, here’s something which may help you in your life..”Wise men talk because they have something to say, fools talk because they have to say something” Plato
Comment by kn — August 6, 2009 @ 10:30
Who is this bastard of a mohd ridhuan ? Is he a Chinese ? If he is one he certainly does’t speak like one neither does he speak like a dr. Get rid of that dr in front of your name mohd, what sort of a fucking dr r u. Where is your compassion,your understanding,your sympathy towards a dead ma’s unborn child. Has everything to be reduced to your fucking religion ? Your conversion to islam is your own personal business but why must u be used as cat paws by your umno muslims for their unmuslim benefit ? Have u no guilt or shame that u can be used to such an extent as to shame the man who fathered u n the mother who gave birth to u ?
R your parents still alive mohd ? If they r not, their bones must be rattling in their graves,if they r they must be hiding in shame to know that a son they brought into the world is now considered a bastard by every non muslim n also by real muslims. They would b happier now if they had flushed u down the toilet when u were born. They wasted all their effort bringing u up hoping u would take care of them in old age n sweep their graves after death. Now u won’t b doing either, they wouldn’t want to b associated with u. I m sure your relatives feel the same. U have tainted your family with your stupidity for monetary gain. Your conversion was not through conviction, it was with an ulterior motive.
As for your children they won’t be carrying your name. They will be ahmad bin abdullah or something akin to that. 2 generations down they will be saying “I don’t know who the fuck my grandfather is. He was an arsehole who brought shame to the family”. They will be like bastards who can’t trace a family history.
If u can be the president of the chinese muslim association I shudder to think what the other chinese muslims r like………? Thieves, robbers, criminals or some other unsavoury characters !
Wishing u and family miserable lives n deaths.
Comment by Tulan Chin — August 6, 2009 @ 11:31

Dari Blog Sharpshooter


ANDA BOLEH BACA KENYATAAN RIDZUAN TEE DI SINI.

Thursday, August 6, 2009

Guan Eng minta Jeff Ooi tarik balik kenyataannya - Malaysiakini



Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meminta ketua kakitangannya, Jeff Ooi menarik balik kenyataannya mengenai Jemaah Islah Malaysia (JIM) jika ia tidak wajar dibuat.

Lim berpandangan bahawa JIM bukan sebuah badan ekstremis seperti yang disebut oleh Jeff terhadap salah seorang ahli jemaah tersebut, juga juga ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MPPP) dari PKR.

Jeff sebelum dilaporkan mendesak Mohd Razali - ahli jawatankuasa Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSC) di bawah MPPP - diberhentikan daripada menganggotai jawatankuasa tersebut.

Jeff mendakwa Mohd Razali seorang 'ekstremis agama' kerana beliau merupakan dan JIM pula meletakkan
visinya untuk membangun sebuah negara yang melaksanakan syariat Islam sepenuhnya menjelang tahun 2020.

Kenyataan Jeff itu turut dibantah oleh gabungan 27 NGO Islam yang mengemukakan memorandum semalam menuntut ahli parlimen Jelutong itu memohon maaf.

Angkatan Muda PKR Pulau Pinang juga turut menyerahkan memorandum bantahan yang sama ke pejabat ketua menteri hari ini.

Manakala, dalam kenyataan hari ini, Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Pulau Pinang juga berasa tidak wajar bagi Jeff Ooi mengheret JIM dalam pertelingkahannya dengan Mohd Razali.



Oleh itu, Setiausaha DAPSY negeri itu, Ng Wei Aik meminta perselisihan faham di antara Jeff dan JIM ditangani segera.

Ng berkata, DAPSY berpendapat JIM bukanlah sebuah gerakan ekstremis dan pernah bekerjasama untuk memperjuangkan pelbagai isu melalui gerakan belia, gerakan mahasiswa dan gerakan reformasi.
"Kita berkongsi prinsip-prinsip dan pendirian yang sama terhadap pelbagai isu yang mencabuli hak-hak asasi manusia dan keadilan sejagat," kata Ng yang juga setiausaha politik Ketua Menteri, Lim Guan Eng.


Media Statement of YB Hj Abd Malik Kassim regards to YB Jeff Ooi Statement - Malaysiakini



YB Jeff Ooi Perlu Tarik Balik Kenyataan Menyentuh Sensitiviti Islam

Selaku EXCO Hal Ehwal Agama Pulau Pinang saya begitu kesal dengan kenyataan YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong berhubung kenyataan beliau tentang Muslim Extremis yang dilabelkan kepada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam seperti Jemaah Islah Malaysia (JIM).

Meskipun Kerajaan Negeri mengamalkan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT), namun kenyataan berbaur prasangka tanpa berpijak di bumi nyata perlu dielakkan lebih-lebih lagi kenyataan daripada wakil rakyat dari kerajaan Pakatan Rakyat.

Saya secara tegas menolak kenyataan YB Jeff Ooi yang disiar dalam akhbar The Sunday Star, bertarikh 2 Ogos 2009, yang saya anggap bersifat peribadi tetapi boleh disalah erti pelbagai pihak. Saya yakin umat Islam khususnya di Pulau Pinang tidak dapat menerima kenyataan sebegini lebih-lebih lagi ia menyentuh sensitiviti Agama Islam sebagai agama rasmi yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia.

Untuk makluman, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sentiasa menjalin hubungan baik dengan semua pihak, termasuk NGO-NGO Islam untuk memacu Pulau Pinang ke arah lebih baik.

Buktinya peruntukan sebanyak RM1.5 juta yang disalurkan kepada 17 Sekolah Agama Rakyat (SAR) oleh Kerajaan Negeri baru-baru ini, turut membabitkan 2 buah SAR yang dikendalikan oleh NGO Islam iaitu JIM dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Ia melibatkan peruntukan sebanyak RM305,000.00.

YB Jeff Ooi perlu lebih berhati-hati selepas ini. Beliau perlu menggunakan saluran dalaman bagi menyuarakan pandangannya kepada Kerajaan Negeri. Jangan sampai kerana pulut santan binasa, kerana mulut imej Kerajaan Negeri binasa.

Jesteru itu, saya menggesa YB Jeff Ooi menarik balik kenyataannya yang telah menyinggung perasaan umat Islam bukan sahaja di negeri ini, bahkan seluruh negara.

YB HJ. ABDUL MALIK KASSIM
EXCO HAL EHWAL AGAMA ISLAM
NEGERI PULAU PINANG

Tuesday, August 4, 2009

KENYATAAN MEDIA KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG BAYAN BARU BERKAITAN KENYATAAN YB JEFF OOI DI SUNDAY STAR - malaysiakini

KENYATAAN MEDIA KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG BAYAN BARU BERKAITAN KENYATAAN YB JEFF OOI DI SUNDAY STAR

Saya merujuk kepada kenyataan yang di buat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.
Didalam kenyataannya, YB Ooi melemparkan kritikan hebat kepada Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR.

YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).

YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan").

Angkatan Muda Bayan Baru menolak kenyataan yang bersifat fitnah ini sekeras-kerasnya. Jemaah Islah Malaysia @ JIM merupakan sebuah NGO yang berteraskan Islam yang telah lama ditubuhkan dan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan di Malaysia. Pelbagai bentuk program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan berjaya dianjurkan oleh JIM. Malah ramai dari kalangan pimpinan JIM telah menunjukkan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat selepas 1999.

Merujuk kepada ‘track record’ Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah merupakan seorang jurutera yang mendapat kelulusan cemerlang. Berdasarkan latar belakang professional beliau serta kebolehan beliau, maka nama beliau telah diangkat untuk mewakili Parti Keadilan Rakyat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Jeff Ooi mengambarkan yang beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat berkaitan isu yang dibangkitkan. Beliau harus mendapatkan nasihat serta pandangan dari pelbagai pihak sebelum mengeluarkan kenyataan ini. Beliau seharusnya sedar bahawa setiap dari Ahli Majlis MPPP yang dilantik adalah berdasarkan kriteria- kriteria tertentu yang diputuskan oleh Parti yang diwakili mereka.

Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru dengan ini mendesak agar YB Jeff Ooi menarik balik kenyataan beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka., bukan sahaja permohonan maaf kepada Sdr Mohd Razali Abdullah tetapi juga kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru juga mendesak YB Jeff Ooi agar menggunakan saluran yang bersesuaian untuk memberi teguran kepada mana-mana pegawai atau kakitangan yang dirasakan bermasalah atau perlu diberi teguran. Beliau juga harus segera berhenti dari menggunakan media untuk mengetengahkan pandangan beliau.

Sekian. Terima Kasih.

Ahmad Azrizal Tahir

Ketua Angkatan Muda Keadilan,

Parti Keadilan Rakyat,

Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang

Rizaltahir@gmail.com

Monday, August 3, 2009

Pic dari Demo Anti ISA - Malaysiakini


Pak Brahim turut sama menyertai demo biar pun mempunyai masalah saraf.


Pendemo di kawasan Sogo sedang mengatur perancangan


Anggota FRU sudah mula bergerak dan pendemo sedang bersedia


Sekejap ada sekejap hilang....

Pendemo mul;a bergerak untuk berkumpul semula


Mula bergerak...


Diterajui oleh Unit Amal PAS


Sebilangan dari peserta di Sogo

Geng Blogger Kedah turut hadir


Begerak ke depan

Suasana selepas tembakan gas pertama

Peserta mula muncul untuk kali ke 2 selepas dikejar

FRU berumah di depan Sogo

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN