Wednesday, January 28, 2009

UMNO cuba letak imej buruk kepada DS Nizar - Malaysiakini

IPOH 7 Feb. – Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria tetap mempertahankan kenyataannya semalam bahawa sesiapa sahaja yang tidak taat kepada pemerintah ataupun raja tetap dianggap derhaka.Katanya, perkara itu sudah jelas disebut di dalam Al-Quran kerana raja dan rakyat adalah berbeza dari segi kedudukan dan darjatnya.‘‘Kita hendaklah menunjukkan taat setia kepada raja pemerintah sesebuah negeri itu.‘‘Kalau dah tidak tunjuk taat, maka itu adalah derhaka,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.SYA : Mengapa ISU Derhaka ini diulang-ulang setiap hari??Adakah kerana ia melibatkan Pemimpin Pakatan Rakyat maka ia terusan dicanang tanpa henti.RAKYAT di Negeri Perak saban hari didedahkan dan disogok dengan berita-berita yang menyatakan bahawa Dato Seri Nizar ialah pengkhianat!!!!Tuduhan itu dilemparkan tanpa RAKYAT didedahkan dengan penjelasan sebenar....Jadi siapkah PENDERHAKA sebenar???Pemimpin UMNO mengatakan Nizar Derhaka kepada Baginda Sultan kerana tidak mahu melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Perak,hanya kerana beliau merasakan yang tiada asas untuk beliau meletak jawatan.Beliau juga menegaskan untuk memohon agar MANDAT RAKYAT kembali kepada RAKYAT!!!Seorang yang berjuang untuk HAK RAKYAT nya dianggap PENDERHAKA,namun bagi mereka yang MERAMPAS DAN ZALIM tidak pula dianggap salah...Benarlah kata orang bahawa kadang-kadang pencuri itu tidak disalahkan akan tetapi Mangsa nyalah yang dipersalahkan!!!!!Kenyataan Media yang dibuat oleh Harun Sani dilihat seolah-olah tidak masuk akal!!!
kerana dapat dirasakan bahawa kenyataan itu dikeluarkan hanya kerana atas permintaan satu pihak yang mahu memburukan dan meletakan gambaran IMEJ yang teruk terhadap Dato Seri Nizar.Harun Sani dilihat sewenangnya menegluatkan Kenyataan tanpa mengira kesan yang dihadapi dan ia juga mengundang seribu satu persoalan!!!Harun Sani bolehlah diketogorikan sebagai MUFTI PARTI POLITIK dan Mengeluarkan Kenyataan hanya mengikut kepentingan individu tertentu....FIKIR-FIKIRLAH...
http://syaomel85.blogspot.com/

Pengorbanan yang perlu kita bantu - Malaysiakini

Ramai kami rakan-rakan bloggers yang berada di *** terharu (7 orang ajer pun), dan hampir menitiskan airmata apabila membaca komen sahabat kita di blog perakexpress dibawah.Kami tidak menagih wang ringgit dan material bagi meneruskan perjuangan ini, namun bila ada sahabat yang dapat membaca dan merasai getir susah payah kami para bloggers bekerja menyediakan material bagi menangkis hujah dan serangan saraf dari BN 24 jam sehari yang begitu mengila memutarbelitkan isu dan jangan terperanjat jika ada diantara bloggers-bloggers sukarela ini telah ;berkampung lebih dari 3 hari 3 malam, dimana siang dan malam seperti tiada jadual tidurnya semata-mata berusaha keras bagi merangka strategi-strategi khusus untuk menangkis serangan yang bertubi-tubi dari media kerajaan.
Benar memang bloggers PR bukan seperti setengah bloggers yang diupah, segala perbelanjaan adalah dari poket sendiri, belanja petrol, tol, makan, dan sebagainya.ikuti komenter sahabat kita ini;terharu saya dgn semangat perjuangan bloggers semua..tak tahu saya nak bagi sumbangan apa…nak tulis artikel tak retikesian saya kat bloggers ni,nak photostat kena pakai duit..buat CD pakai duit..top up prepaid pakai duit..minyak kereta pakai duit..semua kena pakai duitsaya percaya semua pakai duit sendiri…senang cerita mcm ni lah abg MSK…letak je lah no akaun BANK kat blog ni..rasa2 saya ramai yg sudi nak hulur sepuluh dua…lebih2 lagi yg jauh dari perak nibukan apa…tadi tengah dok layan syahdu baca perjuangan blogger semua…anak saya yg kecik dok nyanyi lagu kartun wonderpets kat TV9“wonderpets…wonderpets…kami datang membantu anda yg kesusahan…kami tak besar & kami tak kuat…yg penting kerjasama semua jadi mudah….apa yg penting….kerjasamaapa yg penting…kerjasama”
Jika ada sesiapa yang mahu membantu sila dapatkan akaun bank di blog perakexpress dibawah :http://bloggersnetworkmalaysia.com/?p=227 http://bloggersnetworkmalaysia.com/?p=261
Terima kasih diatas sokongan dan keprihatinan Saudara/saudari.Ramai yang meminta kami menyediakan ruang untuk membantu.Kepada semua yang ingin membantu, Sdr. boleh membantu menerusi akaun bank yang tertera disidebar.Webmaster akan mengemaskini jumlah yang kami terima dari masa kesemasa.
Nombor: 158097625245 (Maybank)
Nama: Mohmad Afandi bin Ahmad

Najib: Ambil Perak Ikut Perlembagaan - malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan persepsi sesetengah pihak bahawa Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak menggunakan kaedah bertentangan dengan perlembagaan negeri.Beliau berkata, tindakan BN mengikut perlembagaan dan Sultan Perak turut bertindak dalam bidang kuasanya di bawah peruntukan perlembagaan.
"Apa yang kita lakukan mengikut perlembagaan. Tidak ada yang tidak mengikut perlembagaan," katanya.Beliau berkata, Pakatan sebelum ini telah memulakan dahulu prinsip untuk mengambil alih kerajaan pusat dengan cara berhasrat untuk 'mencuri' 31 wakil rakyat BN.
"Tolong tanya Pakatan Rakyat, kenapa mereka mulakan perkara ini yang mereka uar-uarkan nak tubuhkan kerajaan pada 16 September?
"Maknanya prinsip ini yang telah disebut-sebut Pakatan Rakyat sebagai satu prinsip yang mereka terima dan telah cuba amalkan.
"Jadi siapa yang mulakan prinsip ini? Bukan BN tapi mereka,"

katanya selepas merasmikan sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-37 di sini, hari ini. Berhubung tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilihat menderhaka kepada Sultan Perak berikutan keenggannnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Najib berkata, apa yang dititahkan tidak boleh diingkari dan mesti dihormati.
"Kita mesti menghormati keputusan Sultan dan apa-apa yang Tuanku putuskan kerana sebagai bekas Ketua Hakim Negara, sudah tentu Tuanku amat memahami peranannya sebagai Raja Berpelembagaan.
"Jadi, tidak ada sesiapa patut mencabar keputusan Tuanku kerana itu bererti kita mencabar institusi Raja Berpelembagaan,"
katanya.Sehingga hari ini, Nizar masih enggan meletakkan jawatannya kerana menyifatkan beliau masih Menteri Besar yang sah di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.TP -
Perlembagaan kepala Pak Hang la Bijan. Toya punya Najib.Macam negara ni Mak Pak dia yang punya.!!!

Sumber:
http://perisik-rakyat.com/

Drama Lompat Belum Tamat - Malaysiakini

Kedengaran angin bertiup kencang ketiga ADUN Bebas berkira-kira hendak menyertai semula Pakatan Rakyat walaupun telah dinafikan dengan sekeras-kerasnya oleh perompak Demokrasi Perak@Najib.Jika ini berlaku, amarah Pak Lah terhadap najib akan sampai ke kemuncaknya setelah sebelum ini telah sampai ke pengetahuannya kem najib sedang bertindak memancung hulubalang-hulubalang Khairi iaitu Wan Farid dan Norza Zakaria.Prestasi Najib sebagai pembantu kanan Pak Lah juga tidaklah membanggakan dengan pelan pemulihan ekonomi yang agak perlahan menyaksikan 10 ribu rakyat Malaysia kehilangan kerja ketika ini.Apa yang Najib lakukan ialah membeli 3 ADUN Pakatan Rakyat di Perak untuk melompat parti untuk merampas kuasa pemerintahan negeri PerakSebagai jeneral UMNO di dalam PRU12, PRK Permatang Pauh dan PRK Kuala Terengganu, kekalahan hatrik tersebut lebih mengecewakan hati Pak Lah.Kemelut politik di Perak sebenarnya akan menjerat najib. Ketika itu Pak Lah lepas tangan dan menyalahkan Najib sebagai kambing hitam. Percaturan politiknya akan mengakibatkannya kehilangan jawatan di dalam kabinet dan parti. Ringkasnya, habislah harapan aku nak jadi PM.biasalah UMNO, dari dulu, kini dan mungkin selama-lamanya akal cetek. Matlamat yang dirancang dengan apa cara sekalipun mesti terlaksana sedangkan kesan atau impak kepada negara dan rakyat tidak diambil peduli.Rampasan kuasa di Perak mengakibatkan pelabur asing mula hilang kepercayaan terhadap kerajaan UMNO-BN yang memerintah Malaysia. tidak berapa lama lagi dijangkakan akan berlaku kejatuhan di dalam BSKL dan peningkatan di dalam pengangguran.itulah Najib... aku dah cakap, jangan percaya sangat dengan penasihat kau tu. lain kali belajar kat overseas biar sampai habis. jangan beli degree.Dunia kini melihat najib seperti adik kembar tak seiras Mugabe yang menjadi lanun merompak demokrasi di Perak untuk kepentingan peribadi.segala kebobrokan dan kebejatan najib kini boleh dilayari di wikipedia,kamus online tersohor di dunia. korang klik je nama Najib kat google atau klil wikipedia kat google. lepas tu taip nama najib.Kiamat politik najib makin hampir dan khairi sedang mengintai peluang untuk membalas dendam.Lain kali jangan gelojoh sangat,akibatnya kau hilang jawatan
tok iskandar

Fakta krisis Perlembagaan Perak - Malaysiakini


YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar Jamaludin menafikan laporan akhbar perdana dan TV1 berhubung ura-ura mengambil tindakan mahkamah terhadap DYMM Tuanku Sultan Perak. Laporan itu adalah fitnah dan pembohongan besar UMNO/BN untuk menyembunyikan pencabulan undang-undang yang mereka lakukan dalam rampasan kuasa di Perak.Tindakan dari sudut undang-undang yang akan diambil ialah terhadap ADUN Pangkor, YB Dato' Dr. Zambry Abdul Kadir yang mengangkat sumpah sebagai MB di Istana Iskandariah petang tadi. Angkat sumpah tersebut bercanggah dengan perlembagaan kerana Dato' Seri Haji Nizar masih sah sebagai MB mengikut perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri Perak.Dato' Seri Haji Mohamad Nizar akan memohon perisytiharan mahkamah bahawa beliau adalah Menteri Besar negeri Perak yang sah mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri.Perkara 16(6) memperuntukkan MB hanya boleh lucut jawatannya melalui 3 cara:
Pembubaran DUN.
Undi tidak percaya dalam sidang DUN.
Meletak jawatan.

Perlantikan YB Dato' Dr. Zambry sebagai MB baru adalah tidak sah kerana YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar masih tidak lucut jawatannya melalui mana-mana antara 3 cara yang diperuntukkan oleh undang-undang perlembagaan tersebut.Merujuk kepada perenggan akhir Kenyataan Media Pejabat Tuanku Sultan petang 5 Februari yang menyatakan "Sekiranya YAB Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin tidak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Perak bersama ahli-ahli MMK, maka jawatan Menteri Besar serta ahli-ahli MMK itu dianggap telah dikosongkan", Dato' Seri Haji Mohamad Nizar menegaskan bahawa ia tidak menepati mana-mana peruntukan Undang-Undang Perlembagaan berhubung 'lucut jawatan' Menteri Besar.Menjawab soalan wartawan berhubung kedudukan sebenar Kerajaan Negeri Perak selepas majlis angkat sumpah Menteri Besar baru di Istana Iskandariah petang tadi, Dato' Seri Haji Mohamad Nizar mendesak UMNO supaya memberhentikan tindakan melanggar perlembagaan yang telah dan sedang mereka lakukan. "I'm still the legitimate Chief Minister of Perak. Hari ini Perak ada dua Menteri Besar. Saya sebagai Menteri Besar yang sah dan Dr. Zambry sebagai Menteri Besar haram" katanya.Dato' Seri Haji Mohamad Nizar turut menyelar UMNO kerana takut berdepan dengan pembubaran DUN dan pilihanraya negeri untuk mendapat mandat muktamad dari rakyat. "UMNO dayus dan UMNO pondan kerana sanggup mengeksploit institusi Raja secara jahat untuk merampas kuasa diluar batas undang-undang dan perlembagaan."Sementara itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang menegaskan himpunan membantah perlantikan Menteri Besar baru di Bukit Chandan selepas solat Jumaat petang tadi tiada kena mengena dengan Dato' Seri Haji Mohamad Nizar. Bantahan yang disuarakan itu adalah manifestasi hasrat dan suara rakyat yang kecewa dengan konspirasi politik yang dicetuskan oleh UMNO.PAS Perak kesal dengan tindakan pasukan keselamatan yang bertindak melepaskan gas pemedih mata sehingga ke dalam kawasan Masjid Ubudiah yang akhirnya mencetuskan suasana kecoh berhampiran Istana Iskandariah.

FAKTA KRISIS PERLEMBAGAAN PERAK TIADA MANA-MANA PARTI MEMILIKI MAJORITI NYATA.

BN – 28 KERUSI
PR – 28 KERUSI
BEBAS – 3 KERUSI

ADUN-ADUN LOMPAT ADA KEBARANGKALIAN TINGGI UNTUK MELOMPAT LAGI PADA BILA-BILA MASA. SULTAN TIDAK WAJAR DIPERMAINKAN DENGAN KEPERLUAN MELANTIK KERAJAAN BARU SETIAP KALI BERLAKU ADUN MELOMPAT.
KEADAAN POLITIK PERAK AKAN TERUS TIDAK STABIL KERANA TIADA SEBARANG JAMINAN ADUN-ADUN LOMPAT ITU BOLEH BERHENTI MELOMPAT. KREDIBILITI 4 ADUN LOMPAT ITU SANGAT BOLEH DIPERTIKAIKAN KERANA SALAH SEORANG DARIPADA MEREKA TELAH DUA KALI MELOMPAT MANAKALA KESEDIAAN MEREKA SEMUA UNTUK BERPEGANG PADA JANJI YANG DIBUAT KEPADA RAKYAT BOLEH DIPERTIKAIKAN. DUA DARIPADA ADUN LOMPAT ITU JUGA SEDANG MENGHADAPI TUDUHAN RASUAH DI MAHKAMAH DAN BN TELAH MENUNTUT AGAR MEREKA DIGANTUNG TUGAS SEMASA MEREKA MASIH BERSAMA PAKATAN RAKYAT.
DALAM KEADAAN INI, MANDAT BARU ADALAH SATU-SATUNYA PILIHAN YANG ADA. HAK MENENTUKAN KERAJAAN BARU PATUT DISERAHKAN KEMBALI KEPADA RAKYAT SEBAGAI MENJUNJUNG PRINSIP DEMOKRASI YANG TULEN. LANGKAH PALING TEPAT IALAH MEMBUBARKAN DUN UNTUK DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI PERAK. BN TERUS MEMFITNAH DAN BERBOHONGAKHBAR, TV DAN RADIO YANG DIKUASAI BN TERUS MEMFITNAH YAB DATO' SERI HJ. MOHAMAD NIZAR.

NIZAR INGKAR TITAH SULTAN
NIZAR DERHAKA
NIZAR SAMAN SULTAN
NIZAR ANJUR PERHIMPUNAN HARAM

Bagi isu YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tidak meletakkan jawatan setelah dititahkan oleh Tuanku Sultan, tindakan itu selaras dengan kehendak peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri. Oleh itu isu 'derhaka' tidak timbul bahkan sebenarnya YAB Dato' Seri menumpahkan sepenuh taat setia kepada Tuanku Sultan dengan cara menjunjung kedaulatan perlembagaan negeri yang dipayungi baginda.- Isu 'saman Sultan' dicipta oleh UMNO dan dimainkan oleh media di bawah pengaruh BN secara jahat dan jijik. YAB Dato' Seri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang hasrat seperti itu atau apa-apa kenyataan yang boleh ditafsirkan sebagai bermaksud begitu. TIADA TINDAKAN UNDANG-UNDANG ATAU TINDAKAN MAHKAMAH YANG TELAH ATAU AKAN DIAMBIL OLEH YAB DATO' SERI HAJI MOHAMAD NIZAR ATAU PAKATAN RAKYAT TERHADAP DYMM PADUKA SERI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH.- RTM dan MEDIA PRIMA telah menggambarkan Dato Seri Haji Mohamad Nizar bertanggungjawab secara langsung terhadap perhimpunan-perhimpunan rakyat yang diadakan di beberapa tempat sejak dua tiga hari yang lalu. Dato' Seri digambarkan sebagai PENDERHAKA yang menghasut rakyat menentang Raja. Insiden di Masjid Ubudiah dan sekitar Bukit Chandan selepas Solat Jumaat 6 Februari menjelang majlis angkat sumpah kerajaan (tidak sah) BN Perak sebenarnya tercetus daripada rasa kecewa rakyat terhadap rampasan kuasa yang dilakukan oleh UMNO. YAB Dato' Seri Haji Mohamad Nizar tiada kena mengena dengan perhimpunan tersebut dan tidak pernah mengarahkan sesiapa pun untuk menghalang majlis angkat sumpah itu secara fizikal.

AWAS UMNO DAN AGENDA JAHATNYA - Malaysiakini

Fokus utama BN sebenarnya untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sebelum Perak.Isu 48 ekor lembu korban yang dituduh MB Selangor kononnya salahguna kuasanya untuk kepentingan peribadinya. Hasrat nak pergunakan Sultan Selangor desak Khalid Ibrahim letak jawatan tapi gagal kerana Khalid lawan balik dan gertak nak saman Khir Toyo.Tok nak peringatkan Khalid, elok kau tukarkan SUK Selangor tu pasal dia spesis yang sama dengan SUK Perak.Kemudian di Perak, UMNO peralatkan Sultan Azlan untuk halang pembubaran DUN Perak. Akhirnya UMNO berjaya merampas kuasa pemerintahan negeri.Kemudian, UMNO menghantar orang-orangnya menghantar memo kepada Sultan Kedah mendesak diambil tindakan terhadap exco Kedah yang dituduh bela perempuan simpanan. Taktik UMNO gagal kerana perempuan tu bini mudanya.Nampak tak? UMNO menyorok belakang Sultan pasal tak cukup jantan nak lawan kebangkitan rakyat. Jika menentang balik akan dituduh derhaka.UMNO akan memainkan sentimen derhaka kepada Raja Melayu. Seingat Tok dulu UMNO yang menghapuskan kekebalan raja-raja Melayu.Kerajaan Pakatan rakyat perlu lebih berhati-hati dengan kakitangan awam termasuk SUK yang jadi musang berbulu ayam.Mulai sekarang tiada lagi lembut hati atau belas kasihan, tukarkan sahaja mereka. SUK Selangor sekarang terlibat dengan perjanjian menyambung kontrak membekalkan air kepada Syabas ketika DUN Selangor dah bubar untuk membolehkan PRU12 diadakan pada Mac 2008.

LOMPAT PARTI- DSAI BERSALAH??? Malaysiakini

Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.
Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.
Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat- Isu Perak

Pimpinan Pakatan Rakyat menyatakan rasa kesal terhadap tindakan biadap rampasan kuasa di Perak termasuk layanan terhadap YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak di mana semua barangan telah dirampas dari pejabat beliau. Kami mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tersebut.
Kami akan memfailkan satu saman bagi mencabar keabsahan perlantikan Menteri Besar yang baru dari Barisan Nasional. Panel peguam sedang mengkaji tindakan ini. Kami masih berpendirian bahawa YAB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi Menteri Besar Perak yang sah.
Pada ketika ini pelbagai reaksi sedang ditunjukkan oleh rakyat sebagai reaksi spontan kepada krisis di Perak ini. Reaksi tersebut adalah untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap penyalahgunaan kuasa oleh Barisan Nasional. Kami menggesa kepada semua agar bertindak secara aman dan tertib. Kami merayu agar pihak polis bertugas secara profesional dan tidak menimbulkan sebarang provokasi atau huru hara.
YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIMKetua Pembangkang / Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR)
YB LIM KIT SIANGKetua Ahli Parlimen Democratic Action Party (DAP)
YB USTAZ NASHARUDDIN MAT ISATimbalan Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

LAPORAN TERKINI DARI KUALA KANGSAR PERAK - Malaysiakini


kemaskini 3.25pm Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan sidang media khas di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya jam 4.30 petang ini.

kemaskini 3.20pm Polis berjaya memecahkan halangan para penyokong Pakatan Rakyat.Sebuah kenderaan yang bernombor pendaftaran kuning (diraja) dibaling batu oleh penunjuk perasaan.


kemaskini 3.18pm Sebahagian penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di kawasan masjid.Polis melepaskan lebih banyak gas pemedih mata, termasuk ke arah kawasan masjid dan beberapa kediaman berhampiran tempat ibadat itu.Kenderaan rasmi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kelihatan masuk ke istana.

kemaskini 3.11pm Kelihatan sejumlah orang berbaring di atas jalan menuju istana untuk menghalang sesiapa ke arah istana.Sekejap tadi polis berjaya menyuraikan kumpulan 300 orang tadi.

kemaskini 3.08pm Kira-kira 300 orang menghalang jalan menuju istana. Polis pencegah rusuhan melepaskan gas pemedih mata bagi kali ketiga ke arah mereka.Sementara itu, polis menangkap para penyokong menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.Tiada angka rasmi jumlah tangkapan diketahui, setakat ini.


Kemaskini 3.01pm Polis pencegah rusuhan mengejar orang ramai di jalan depan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar. Mereka berlari tidak tentu arah dalam keadaan asap tebal gas pemedih mata.Beberapa orang penyokong kelihatan membaling objek seperti kayu ke arah polis.

kemaskini 2.58pm Perkumpulan orang ramai mula berundur ke dalam kawasan perkarangan Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar sekali lagi selepas polis melepaskan gas pemedih mata bagi kali kedua.Jumlah mereka dianggarkan 3,000 orang. Lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan, termasuk ke arah tempat letak kereta masjid.

kemaskini 2.50pm Polis mengarahkan orang ramai bersurai. Penyokong Pakatan Rakyat kini berada di tepi jalan. Gas pemedih mata dilepaskan sekali lagi.Lima trak polis kelihatan, tiada kenderaan pemancut air kelihatan. Tiada tangkapan dilaporkan, setakat ini.

kemaskini 2.40pm Perkumpulan orang ramai yang bertempiaran bergabung semula di atas jalan depan Masjid Ubudiah selepas polis melepaskan gas pemedih mata.Polis pencegah rusuhan dari arah Istana Iskandariah sedang menuju ke arah ratusan penyokong Pakatan Rakyat itu. Kedengaran siren polis.
kemaskini 2.26pm Mereka merempuh sekatan polis di luar pintu masuk Masjid Ubudiah untuk berarak ke Istana Iskandariah.Kira-kira 50 anggota polis termasuk unit pencegah rusuhan FRU terpaksa mengelak dan berdiri di tepi jalan.Polis melepaskan gas pemedih mata, kedengaran sekurang-kurangnya tiga das ke arah kumpulan orang ramai.Sebahagian kumpulan itu berundur semula ke dalam kawasan pagar masjid, sementara sebahagian lagi lari bertempiaran di tepi jalan menuju istana.
kemaskini 2.21pm Beberapa ratus orang, termasuk wanita, penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di Masjid Ubudiah selepas solat Jumaat sebentar tadi.Mereka dijangkakan berarak ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang terletak beberapa ratus meter dari masjid.kemaskini
2.15pm Gelaran "Datuk Seri" yang dianugerahkan kepada bekas menteri besar Pakatan Rakyat di Perak wajar ditarik balik sebagai pengajaran kepada mereka yang menderhaka.Ketua bahagian Umno Cheras, Senator Datuk Syed Ali Alhabshee juga berkata beliau tidak menolak kemungkinan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi dalang krisis tersebut dan bersikap"lempar batu sembunyi tangan", lapor Bernama.kemaskini 1pm Datuk Seri Najib Razak dilaporkan membayangkan perkembangan di Perak ini akan berulang di negeri-negeri lain yang diperintah Pakatan Rakyat.Timbalan perdana menteri berkata, bagaimanapun ia bergantung kepada perkembangan semasa politik.kemaskini
12.40pm Speaker DUN Perak, V Sivakumar akan mengutuskan surat kepada Sultan Azlan Shah bagi memohon perkenan baginda mengadakan sidang khas dewan.Sidang tergempar - seboleh-bolehnya hari ini atau esok - bagi menentukan sama ada BN atau Pakatan Rakyat yang menguasai majoriti di dewan tersebut.Sivakumar berkata beliau juga memohon baginda menunda majlis angkat sumpah menteri besar baru, Datuk Dr Zambry Abd Kadir 3.30 petang ini.Surat itu akan dikirimkan kepada baginda secepat mungkin.
12.10pm Satu perhimpunan besar menyokong Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan membantah pelantikan menteri besar baru kerajaan BN akan diadakan di Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar selepas solat Jumaat.
12.01pm Menteri Besar Pakatan Perak akan bertolak ke Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar untuk menunaikan solat Jumaat tengah hari ini.
11.50pm Tiada kepungan polis di kediaman rasmi menteri besar. Polis hanya berkawal di jalan-jalan raya menuju dan berdekatan kediaman Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
10.45pm Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad berkata polis telah mengawal pejabat SUK atas permintaan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim.
10.20am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan barisan anggota exconya berkereta keluar dari pejabat SUK. Menteri besar pulang ke kediaman rasminya.
10.15am Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan anggota exco mengadakan sidang akhbar sebelum ia diganggu oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim dan ketua polis daerah Ipoh, Azisman Alias.Abdul Rahman dengan kasar mengarahkan wartawan meninggalkan bilik tersebut.Exco kanan kerajaan negeri, Datuk Ngeh Koo Han kedengaran memberitahu ketua polis daerah itu supaya mematuhi prosedur.
9:40am Menteri besar Pakatan Rakyat itu, yang berpakaian Melayu berwarna hijau dan barisan exconya tiba di bangunan setiausaha kerajaan negeri.Pada mulanya pintu ditutup, selepas menemui pengawal, mereka dibenarkan masuk. Mohamad Nizar terus ke pejabatnya tetapi mendapati ia telah dikosongkan.
9.30am Semua anggota exco negeri Pakatan Rakyat berkumpul di kediaman rasmi menteri besar.

Kenyataan akhbar Isu Dewan Tabika Kemas, Kuala Sg. Pinang






Kenyataan akhbar Isu Dewan Tabika Kemas, Kuala Sg. Pinang


Pada 4 Feb 2009


Jam 11.00 Pagi


Kerajaan Negeri kesal di atas tindakan mempolitikkan dan membesar-besarkan masaalah yang sudah selesai yang berpunca dari pihak KEMAS yang enggan berbincang dengan pihak JKKK Sepertimana sedia maklum dengan maklumat yang sudah di sampaikan kepada pihak media oleh YB Yusmadi Yusoff MP Balik Pulau, di mana pihak JKKK sudah memberi kebenaran menggunakan bangunan ini dan hanya meminta pihak KEMAS membincangkan dengan JKKK untuk menyelaras penggunaan bangunan ini. Kerajaan sekali lagi menegaskan yang arahan sudah diberi sejak awal penubuhan JKKK yang aktiviti masyarakat seperti Tabika mestilah di utamakan dan pihak JKKK diminta berbincang dengan pihak-pihak berkenaan untuk menyelaraskan penggunaan -penggunaan seperti ini. Oleh itu tidak ada sebarang arahan " mengunci " permis tabika atau melarang perkhidmatan itu. Perlu ditegaskan bahawa ada dua pintu masuk di mana hanya satu di kunci sungguhpun tanpa arahan atau kebenaran kerajaan negeri pada hari tersebut. Satu lagi pintu masih terbuka untuk digunakan oleh pelajar dan jelas perkara ini telah di gembar-gemburkan oleh pihak tertentu dengan berniat jahat bermotifkan politik. Kerajaan negeri berharap perkara seperti ini jangan di politikkan dan perlu di bawa ke meja rundingan. Kita juga berharap Jabatan Persekutuan supaya lebih berkerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri- YB Hj Abd Malik Kassim




Kronologi Peristiwa Isu Dewan Tabika Kemas, Kuala Sg. Pinang


5/8/08AJK Kemas telah mengeluarkan semua kemudahan yang terdapat didalam Tabika atas sebab berlaku perubahan kerajaan di Pulau Pinang.


20/8/08En Abdul Rahim selaku tim pengerusi JKKK Kuala Sg Pinang telah dipertanggungjawab oleh pengerusi JKKK Kuala Sg Pinang untuk menguruskan permis tersebut telah meminta Tabika Kemas tersebut beroperasi seperti biasa walaupun Pakatan Rakwat telah mentakbir ketika itu.


4/12/08Pihak JKKK telah mengeluarkan surat kebenaran menggunakan dewan orang ramai tersebut bersyarat memandangkan terdapat aduan yamg menyatakan permis berkenaan telah digunakan oleh keluarga AJK kemas untuk bermalam di situ, walaubagaimanapun sehingga kini tiada sebarang jawapan yang di terima dari pihak Pengarah Kemas Negeri


2/1/09Dewan tersebut telah dikunci oleh pihak JKKK memandangkan tiada sebarang jawapan yang diterima dari pihak Kemas Negeri, ini menunjukkan mereka tidak berminat untuk berkerjasama dengan pengurusan permis berkenaan


2/1/09Pengerusi umno cawangan Sg Pinang, En Ismail Johar telah menceroboh permis berkenaan dengan memotong kunci tanpa pengetahuan JKKK sambik berteriak "Lim Guan Eng (Ketua Menteri P.Pinang ) bukan ada kuasa "


3/1/09Pihak JKKK telah menjemput AJK Kemas berkenaan untuk bermesyuarat bagi menyelesaikan isu tersebut, tetapi malangnya ALK Kemas tersebut tidak hadir. Mesyuarat telah bersetuju untuk memberi peluang kepada Pihak Kemas Negeri untuk menjawab surat yang bertarikh 4/12/08 dan memaklumkan mengenai pencerobohan yang berlaku pada 2/1/09. Sehingga kini tiada sebarang jawapan yang diperolehi.


Berdasarkan fakta-fakta diatas peristiwa seperti yang dilaporkan tidak sepatutnya timbul dan diexploitasikan oleh pemimpin UMNO Balik Pulau tentang isu pendidikan bagi menutup pandangan masyarakat tentang isu sebenar iaitu:
Salahguna permis oleh AJK Kemas dengan menjadikan permis tersebut sebagai tempat bermalam oleh keluarga mereka
Kemas tidak mengendahkan arahan JKKK agar berkerjasama dan permis berkenaan dapat digunakan untik menjalankan aktiviti lain oleh penduduk setempat
Pencerobohan permis tersebut oleh Pengerusi UMNO cawangan Sg. Pinang.

Sikap rakus Umno menunjukan bahawa mereka sanggup mempergunakan apa-apa sahaja isu bagi menghukum pilihan demokrasi rakyat setempat.


CERAMAH TERKINI- PARLIMEN BAYAN BARU


Chekgu Bard


Ust Dr Mujahid Yusoff Rawa






YB Dato Zahrain Hashim


ISU PANAS PERAK!!!!
PENCERAMAH:
1) CIKGU BARD (AHLI MPT PKR)

2) YB DR. MUJAHID RAWA ( AHLI PARLIMEN PARIT BUNTAR )

3) YB DATO ZAHRAIN HASHIM ( AHLI PARLIMEN BAYAN BARU)

4) TB SIM TZE TZIN ( ADUN PANTAI JEREJAK )

5) SDR AZRIZAL TAHIR ( KETUA AMK BAYAN BARU )

PADA : AHAD 8 FEB 2009

JAM: 9 MALAMBERTEMPAT DI SG NIBONG TENGAH,BAYAN BARU

datang beramai-ramai

TERKINI-

DARI SUMBER ...MENTERI BESAR PERAK MASIH MENANTI PERKENAN TUANKU SULTAN UNTUK MEMBUBARKAN DUN NEGERI PERAK SUPAYA DAPAT DIADAKAN PILIHANRAYA NEGERI...KEPUTUSAN AKAN DIKETAHUI NANTI....

Sorry beb sudah over excited- Minta maap bebanyak

SAH DEWAN UNDANGAN PERAK BUBAR - Malaysiakini

Dengan ini diSAHkan bahawa Dewan Undangan Negeri Perak telah SAH dibubarkan oleh Menteri Besar Perak (sekarang bekas Menteri Besar) dan Pilihanraya Negeri Perak akan diadakan bila-bila masa dalam tempoh 60 hari dari sekarang...Rakyat Perak harap bersedia untuk Pilihanraya Negeri. para jentera semua parti yang terlibat baik BN mahupun PR diharap dapat menyuburkan erti demokrasi didalam menjalankan tugas masing-masing...
Takbir...!!!

PERAK BLOW - Malaysiakini

The Pakatan state government has little choice but to put into effect the resignations of two KeADILan assemblymen, who have been 'missing' for five days, with deputy premier Najib Razak accused of enticing them to defect.Umno has also begun pumping up financial incentives - including digging into the nation's RM7 billion economic stimulus package - to stop its unhappy state reps from leaving ….Adds latest announcement from Nizar, comments from information chief Tian ChuaBy Wong Choon MeiIn a dramatic turn of events, Mentri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin said this evening the speaker of the state assembly has accepted the resignations of KeADILan assemblymen Jamaluddin Mohd Radzi and Mohd Osman Mohd Jailu.The 52-year old Jamaluddin is the state representative for Behrang, while the 57-year old Mohd Osman is the assemblyman for Changkat Jering.V Sivakumar, the speaker of the state assembly, has confirmed receiving their letters. Both men had in accordance with KeADILan policy pre-signed and deposited their resignation letters with Nizar for use in events of emergency.The decision means that both state seats will become vacant, and barring any undue influence from the federal government, the Election Commission is expected to call for by-elections and return the mandate to the people.In the meantime, it is business as usual for the Pakatan coalition, which would still have a majority of 30 to 27 in the Perak state assembly, versus 32 to 27 perviously."It is important to go back to the people because right now, nobody knows where the two are and what has happened to them," said KeADILan information chief Tian Chua."This is completely different from Bota, where the assemblyman, Nasarudin Hashim, openly declared his intentions and then went to his constituents to seek their support. The reception Nasarudin got at the Bota stadium on Friday clearly shows his constituents supported his decision to join KeADILan."Political skullduggeryThe Pakatan state government had earlier planned to lodge a police report over the mysterious disappearance of the pair, who have been un contactable by even their own families for the past five days.Nizar had urged them to come out of hiding, even if they had decided to defect to another political party.It has been widely speculated that incoming Umno president Najib Abdul Razak was in the last lap of negotiations with both men to get them to defect, in a bid to make up for the recent loss of Bota assemblyman Nasarudin Hashim to KeADILan.Even Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi has admitted that Umno was in talks with several Pakatan assemblymen. Najib, his deputy, took over from former chief minister Tajol Rosli as Perak chief on Friday.Said a political analyst: "This is the difference in style between Najib and Tajol Rosli. Tajol wouldn't push like this, but Najib is quite ruthless. For him, the end justifies the means. It is just like the Altantuya Shaariibuu murder case, when the private eye P Balasubramaniam suddenly went missing after implicating him and his wife."Digging into the nation's economic stimulus packageUmno has also begun pumping up financial incentives to keep its disgruntled state reps from leaving the Barisan Nasional coalition. 26 of the BN assemblymen in Perak are from Umno, and one from the MCA.Minister in the Prime Minister's Department Ahmad Zahid Hamidi Zahid has promised all 27 that they will soon get development funds of RM300,000 each from the BN federal government.Additionally, each constituency would also receive RM1 million in public amenity projects from the RM7 billion economic stimulus package announced in November by Najib, who is also Finance Minister and Deputy Premier."The allocation has been approved and will be distributed to the 27 assemblymen," said Zahid.However, his comments have drawn fire from both the public and civil groups.Malaysians have become more watchful after Najib promised Kuala Terengganu voters hundreds of million of ringgit in election goodies during a recent by election.Transparency International Malaysia too has urged the federal government to breakdown in detail how it plans to spend the RM7 billion package, rather than provide broad outlines.It also asked why only 70 percent of the package has been disbursed, and why the balance 30 percent is delayed."The public need to be assured that the due processes of good governance are being observed to raise confidence and credibility in the governance especially at this time of economic and financial strain and stress," said TIM president Ramon Navaratnam.Umno has grown too corrupt and elitistMeanwhile, Bota assemblyment Nasarudin Hashim has urged his former colleagues at Umno to join Pakatan, saying that the once mighty Umno was too corrupt and could no longer command the respect of the Malays."I believe they are matured enough to think for themselves," said the 58 year old former Felcra chairman, who shocked Umno by resigning to join KeADILan a week ago.Eight Umno branches in the Bota constituency have shut down, with the members resigning to follow Nasarudin into KeADILan.They handed over their application forms to Opposition Leader Anwar Ibrahim at the Bota stadium on Friday night, where a huge crowd turned up to hear him speak."I have never seen such a large crowd not even for my ceramah during the general election last year. It is clear that the people support me and they are happy," said Nasarudin.Hijacked amid looming corruption trialThe Bota assemblyman's switch to KeADILan has thrown Perak politics into disarray.Accusations and counter accusations have rained down thick and heavy from both sides of the political divide, with Najib accused of 'hijacking' the Behrang and Changkat Jering assemblymen in an all out bid to get them to defect to Umno.Both men are due to stand trial on Feb 10 on corruption charges over a RM180 million housing project in Sri Iskandar. If convicted, they face a maximum 20 years' jail, and a fine of not less than five times the amount of gratification or RM10,000, whichever is higher."We believe their disappearance is closely linked to the corruption charges they are facing. Since the beginning, we have been confident that the allegations against them are false and cooked up by Umno and Barisan Nasional as political blackmail," said Perak KeADILan chief Osman Abdul Rahman.Snap election still unlikelyKeADILan's Tian said with the resignation of Jamaluddin and Mohd Osman, the situation in Perak had stabilised. He does not see the need for the Pakatan state government to call for a snap election."Let's get through the by-elections first. The BN might appeal to the EC and try to force a court case against the Pakatan. That could suspend everything for months or even years," Tian said.Nizar too dismissed claims by the BN that several Pakatan MPs would soon hop over to their side.Said Tian: "We are confident of being able to continue ruling Perak well, even with a one seat majority. This is what happened in Kelantan in 2004, so it is not a problem even if Jamaluddin and Mohd Osman had defected. We are also confident a few more BN assemblymen will be joining us soon."

Ulasan Dato Husam - Politik Perak - Malaysiakini

Pengosongan kerusi oleh dua ADUN PKR di Perak tidak perlu menimbulkan panik bagi penyokong PR. Kerajaan Perak pimpinan PR belum tumbang dengan pengosongan tersebut.
Pertarungan akan berlaku dalam tempoh enam puluh hari. Lebih kurang sama tempoh dengan Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac depan. Mungkin tarikh pilihanraya datang lebih awal ketika UMNO sedang sibuk dengan urusan rumahtangganya.
Jika PR memenangi kedua-dua kerusi ini, tentunya kedudukan Kerajaan Perak tidak lagi dapat dipertikaikan oleh UMNO/BN. Cubaan menggugat dan menggigit Kerajaan PR pilihan rakyat tidak lagi timbul. Segala onar diskriminasi jahat yang berlangsung kini, termasuk pengumuman oleh Zahid Hamidi tentang pegawai Persekutuan tidak boleh 'berhubung' dengan Kerajaan Negeri akan dengan sendirinya terpukul.
Isu dan propaganda yang dihadapkan ke atas Kerajaan Perak juga berpeluang dijelaskan sewaktu pilihanraya kecil nanti berlangsung.
Jika PR menang satu dan tewas satu, kelebihan masih lagi berpihak kepada PR.
Terpulang kepada penyokong PR untuk bekerja keras mengekalkan kedua kerusi ini. Saya yakin, dengan situasi semasa, Insya Allah, segala agenda kotor BN boleh dipatahkan.
Anda mungkin bertanya apa perbezaan antara langkah yang diambil oleh ADUN Bota dengan pengurungan dua ADUN PKR oleh pihak atasan yang terdesak? Jawabnya ialah kerelaan.
Selepas ADUN Bota mengumumkan menyertai PKR, beliau bebas bergerak ke sana ke mari tanpa perlu dikurung. Ini kerana keputusan itu dibuat atas kerelaan sendiri tanpa paksaan.
Dua ADUN PKR pula hilang, tak dapaat dihubungi, mungkin diugut, mungkin dipaksa dan di blackmailkan. Unsur kerelaan tidak nampak wujud. Ia dengan itu tidak terhormat. Penuh putar belit cara biasa BN.
Di Behrang, calon BN dari MIC, Dato M Ramasamy, dulunya kalah dengan 1,027 undi dan 1,102 undi di Cangkat Jering.
Adakah BN akan mengisi calon mereka dengan dua bekas ADUN yang mereka sendiri pernah katakan terlibat dengan rasuah? Jika ya, bagaimana dengan pertuduhan yang dihadapi oleh mereka? Adakah Kerajaan BN akan gugurkan?
Moralnya, PR sudah berada di hadapan. BN lebih defensif. Najib lebih terpukul jika benar ini adalah pelan beliau dan BN tewas. Sekali lagi, adakah unsur dalaman UMNO sendiri sedang cuba mengepung Najib tanpa disedari?
UMNO/BN lebih tertekan.
Ia mungkin sengit. Namun, ketabahan dan semangat jitu Pakatan Rakyat mampu memenangkan Pakatan, Insya Allah!
-Weblog Husam Musa

Terkini- Tim Speker Dewan Undangan Negeri Perak Hilang - Malaysiakini

'Kehilangan' mengejut timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Fong hari ini telah mencetuskan spekulasi kemungkinan besar beliau melompat menyertai MCA.Hee, 46, adalah Ahli Dewan Undangan DAP bagi Jelapang.Difahamkan beliau gagal menghadiri satu majlis anjuran negeri dan parti itu baru-baru ini. Beliau juga tidak menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mentri Besar Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin pagi ini.Usaha untuk menghubungi beliau bagi mendapatkan komennya melalui telefon bimbitnya juga tidak berjaya.Sumber-sumber berkata Hee akan menghadiri satu majlis anjuran MCA di Ipoh malam ini.Desas-desus bahawa Hee akan melompat meninggalkan DAP bukan perkara baru. Ia telah diperkatakan sejak bulan Mei tahun lalu. Hee bagaimanapun sehingga ini kekal bersama DAP dan Pakatan Rakyat.Memang telah menjadi pengetahuan umum bahawa Hee tidak sehaluan dengan pemimpin DAP Perak, terutama pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

ISU 2 EXCO DI PERAK

Salam Reformasi..!!! Salam Perubahan..!!!
TERKINI..!!!
Panasss..dan terus Panasss....
Tanpa di sangka oleh semua, bahawa 2 ADUN Perak yang telah 5 hari dilaporkan menghilangkan diri mahupun mengikut sumber sahih serta tak sahih mengatakan depa berdua telah diculik serta dilarikan ke Pekan, Pahang untuk berjumpa dan berunding dengan TPM disana, tetapi MENGEJUTKAN kita semua dan seantero Malaya dengan keputusan MELETAK JAWATAN secara SAH tanpa melompat ke Parti kuno perkauman, United Malay National Organization mahupun KELUAR dari Parti keADILan Rakyat di Perak.
Tahniah kerana membuat satu tindakan yang paling BERMARUAH demi kepentingan rakyat...!!!
Oleh yang demikian, kami di Bloggers Network mencadangkan 2 Bloggers BERKEBOLEHAN lagi BERKEPIMPINAN agar di CALONKAN dalam PRK 2 DUN di Perak AKAN DATANG...!!!




Sya

msk

Kekejaman Kerajaan Thailand Ke Atas Masyarakat Islam Rohingya - Malaysiakini


Keadaan Pelarian Rohingya ketika ditemua tentera laut Indonesia



Keadaan Pelarian ketika tiba di Pantai Ranong, Daerah Selatan Thailand



Salah satu gambar yang diambil oleh mereka yang bertanggungjawab melepaskan pelarian Rohingya setelah bot mereka ditunda tanpa enjin ke tengah laut Andaman




Kesan Sebatan dan pukulan yang diterima dari tentera Myanmar ditunjukkan ketika menanti rawatan di Pantai Daerah Ranong di Selatan Thailand




Keadaan Pelarian Rohingya ketika ditemui oleh Nelayan Acheh di Pesisiran Pantai Banda Acheh.


Bot pelarian Rohingya yang ditunda ke tengah laut tanpa enjin.


"Kami akan menahan bot-boat mereka, menanggalkan enjin bot ini. Seterusnya bot mereka akan ditunda ke tengah-tengah lautan dan kami akan meninggalkan mereka di sana. Angin akan membawa mereka ke India atau ke mana-mana tempat lain. Jika kami tidak berbuat begini, mereka ini akan kembali semula ke sini"
Inilah kenyataan seorang pegawai tentera laut Thailand sewaktu terdedahnya gambar-gambar yang menunjukan bagaimana bot-bot ini ditunda ke tengah-tengah lautan Andaman sebelum dilepaskan begitu saja.

Gambar yang diambil secara rahsia oleh salah seorang yang terlibat dengan operasi ini. Gambar menunjukan bagaimana boat ini ditunda ke tengah-tengah lautan sebelum dilepaskan begitu saja.
Kebanyakan dari mereka ini akan dihanyutkan ke kepulauan Andaman di India atau di Sumatera, Indonesia. Namun majoriti dari mereka ini mati di tengah-tengah lautan.
Sebelum dilepaskan di tengah lautan, ada antara tahanan ini melaporkan mereka telah dipukul tanpa sebab.
Setakat ini saja, dilaporkan sebanyak 550 orang daripada 992 orang telah mati di tengah lautan.
Cuba bayangkan jika kita dilepaskan di tengah-tengah lautan, tanpa enjin dan dengan makanan yang kurang dan tanpa halatuju.
Kematian (baca : Pembunuhan) umat Islam seperti ini berlaku di depan mata kita tanpa kita dapat berbuat apa-apa. Mujurlah kerajaan India dan Indonesia bersimpati dan berperikemanusian ke atas mereka ini dengan menahan serta memberi makanan dan perubatan kepada mereka.
Negara Thailand memang terkenal dengan kekejaman mereka terhadap umat Islam pasti akan menerima padahnya suatu hari nanti.
sumber : Al-Jazeera

Pandangan Artis Antarabangsa berkenaan pencerobohan di Gaza - Malaysiakini













Salam Sejahtera, Salam Reformasi...!!!

p/s - dok tunggu apa lak kata-kata artis2, menteri2 di mesia ni..??? dan kerajaan pun cam tak serius jer buat usul pada PBB dan OIC untuk kutuk dan adakan sekatan ekonomi kepada negara Yahudi, Israel...Boleh ka??

Negara kalau dah maju dan duit dah banyak, tak payah mintak la sekupang mahupun berkupang-kupang dari NGO, badan kebajikan, rakyat marhaen bawahan ni untuk sumbangan IKHLAS untuk Palestin konon...kerajaan HAMAS di Palestin pun hangpa tak IKTIRAF, hangpa pi IKTIRAF Fatah tu buat apa..?? Tu balaci ISRAEL...dia gelak la kalau Mesia dan negara yang baguih sangat pi bagi bantuan tanpa selidik DULU nak bagi kat sapa...

Rakyat di negara sendiri pun masih MEREMPAT terokk.. Dah Lama Dahhh..51 Tahun MERDEKA oiii....apa adaa..??? Cam yang PERNAH jadi 4-5 tahun SUDAH di Mesia sendiri ni, TABUNG BANTUAN TSUNAMI telah diselewengkan...Bantuan kat negara luar pi la bagi ingat tak ingat punya nak MENUNJUK yang Mesia ni PERIHATIN konon..rakyat dalam negara sendiri yang jadi MANGSA tsunami tu sampai ujong tahun sudah, 2008, cukop 4 TAHUN baru dapat HABEH bantuan rumah dari kerajaan Mesia yang AMAT PERIHATIN.

-- Ahakksss......http://bloghijat.blogspot.com/

Tuesday, January 27, 2009

Lagi ADUN BN sertai Pakatan Rakyat- Malaysiakini

Kira-kira 24 jam selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota dari Umno menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa tiga lagi ADUN Barisan Nasional (BN) dijangka menyertai Pakatan Rakyat.
Terdahulu di ibu negara, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan bahawa ada lagi wakil rakyat BN yang akan menyertai Pakatan Rakyat.
Yang mana satu betul??
Benar atau salah dakwaan Nizar, ianya tidak menjadi hal, jika benar PR akan bertambah kuat, BN semakin lemah dan longlai.
Malah bukan itu sahaja, ianya sudah tentu menjadi pemangkin kepada ahli-ahli parlimen BN untuk sama-sama menyertai PR dan akhirnya menumbangkan kerajaan BN yang sudah tua ganyut itu.
Mstar melaporkan suatu berita yang sudah tentu merunsingkan Najib.
Dalam laporannya hari Mstar memuatkan kenyataan Nizar bahawa perbincangan dengan ketiga-tiga ADUN terbabit sedang berlangsung dengan Pakatan Rakyat.
"Kita sedang berurusan. Perbincangan mengenainya sedang berjalan," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran DAP Perak di Ipoh hari ini.
Ketika ditanya mengenai identiti ADUN berkenaan, beliau berkata ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan ialah dari Umno.
"Kami mengalu-alukan penyertaan mereka ke dalam Pakatan Rakyat dan kami terbuka untuk menerima mereka," katanya.
Dengan keputusan Nasarudin, kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak yang dianggota DAP, PAS dan PKR mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri manakala BN 27 kerusi iaitu 26 Umno dan satu MCA.
Dalam pada itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, keputusan Nasaruddin tidak menjejaskan kedudukan BN.
Kata beliau, keputusan Nasaruddin itu hanya membawa perubahan kepada jumlah kerusi di persidangan DUN.
Tajol Rosli, yang juga Pengerusi BN Perak, berkata BN di Perak masih kukuh dan berazam mahu merampas semula Perak daripada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.
"Kita ada tiga tahun lagi untuk berbuat demikian dan BN telah menggerakkan semua jentera terutamanya untuk meraih undi pengundi muda.
"BN mendapati kekurangan undi pada pilihan raya umum ke-12 adalah di saluran tiga dan empat... kita akan gerakkan jentera untuk mendapatkan sokongan pengundi muda daripada saluran tersebut," katanya selepas menghadiri sambutan rumah terbuka Tahun Baru Cina Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Ong Ka Chuan di Gunung Rapat di sini.
Insya Allah BN Perak khususnya Umno akan LUMPUH.
sumber dari SOFI WAHAB


AHLI Dewan Undangan Negeri Kawasan Lintang, Datuk Ahamad Pakeh Adam (foto) mengakui dirinya ada menerima tawaran untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).Setakat ini, katanya, beliau belum memutuskan untuk menerima tawaran berkenaan atau tidak. Semuanya bergantung hasil pertemuan dengan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak di Kuala Lumpur."Memang saya ada menerima tawaran itu diajak bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi tak kan saya nak terus pergi begitu sahaja. Tunggulah keputusan hasil pertemuan dengan Datuk Seri Najib."Sekarang ni ramai yang anggap jawatan Ketua Bahagian adalah lebih penting dari wakil rakyat saya. Jadi, tengoklah macamana nanti," ujar Ahamad ketika mengulas ringkas desas-desus terdapat beberapa lagi Adun BN khususnya Umno akan menuruti jejak langkah diambil Nasharudin untuk menyertai barisan Pakatan Rakyat yang kini menerajui kerajaan negeri Perak.Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaludin dipetik sebagai berkata, terdapat tiga Adun Umno akan menyertai Pakatan Rakyat tidak lama lagi. Bagaimanapun, proses perbincangan masih berjalan dan menunjukkan tanda positif..

sumber dari nakmarahmarahlah

KeADILan Pulau Pinang perlu menjalani procedur bedah gemuk- Malaysiakini



Artikel ini diupload dari laman-marhein daily-


Sebarang tindakan yang diambil oleh keADILan Pulau Pinang berhubung isu Fairuz tidak akan membawa sebarang perubahan yang diingini jika lemak yang gemuk yang ada sekarang tidak dinyahkan dari pimpinan parti diperingkat negeri. Kini keadaan parti menjadi semakin celaru bukan sahaja akibat daripada isu Fairuz akan tetapi ia juga melibatkan pemimpin tertinggi negeri.
Episod anti Fairuz harus dijadikan satu ikhtibar untuk kedua-dua pimpinan serta ahli-ahli biasa parti keADILan supaya mereka tidak melangkau melampaui batas prinsip & budaya parti.
Parti keADILan ditubuhkan berdasarkan perjuangan untuk menegakkan keadilan untuk semua & atas prinsip masyarakat madani yang progresif ke hadapan, akan tetapi selepas Mac 2009, sesetengah pihak tertentu dalam parti mengambil langkah terbalik; membawa masuk budaya melampau dulu, kini & selamanya ke dalam parti.
Budaya seperti penyelewengan, kronisma serta patronisma kini sudah mula berjinak dengan parti reformasi ini terutamanya di negeri-negeri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Tidak dinafikan bahawa parti-parti lain dalam Pakatan juga menghadapi masalah tetapi ia bukan isu disini & ia akan dibincangkan dalam diskusi yang lain.
Isu Fairuz hanya sekadar mukadimah sahaja, ada lagi kes-kes yang melibatkan pimpinan negeri terutamanya di negeri pulau Mutiara yang belum diketahui umum.
Kebanyakan ahli-ahli akar umbi tidak berpuas hati dengan gelagat pimpinan tertinggi negeri sekarang yang nampaknya lebih umno dari umno. Apa yang dibincangkan & dipersetujui dalam mesyuarat perhubungan negeri tidak langsung diendah oleh pemimpin tertinggi negeri sendiri.
Contohnya, dalam perlantikan baru atau perlantikan semula ahli-ahli majlis untuk Majlis Perbandaran Pulau Pinang/Seberang Prai, mesyuarat perhubungan negeri baru-baru ini telah memutuskan bahawa perlantikan ini akan dibawa ke bahagian untuk dibincangkan & bahagian akan mengesyokkan tiga calon untuk jawatan tersebut. Malangnya, pengerusi perhubungan negeri selaku pengerusi mesyuarat tersebut sendiri tidak mematuhi apa yang diputuskan dalam mesyuarat negeri.
Ramai ahli bahagian Bayan Baru yang tidak puas hati dengan perlantikan semula En. Muhammad Bakhtiar b. Wan Chik sebagai wakil bahagian untuk ahli majlis yang juga mengangotai jawatankuasa pengurusan kewangan serta jawatankuasa pusat setempat yang berkuasa dalam menentukan kelulusan projek.
Prestasi Bakhtiar dikatakan lemah & ada ura-ura yang mengatakan bahawa beliau merupakan proksi atau kroni untuk pihak tertentu yang berkuasa dalam bahagian tersebut. Sumber dalam bahagian memberitahu mesyuarat bahagian pada 24 Jan 2009 tidak menbincangkan isu perlantikan seperti yang ditetapkan oleh mesyuarat perhubungan negeri malah apabila seorang AJK bahagian menyoal ketua bahagian berhubung perlantikan semula Bakhtiar, ketua bahagian yang juga pengerusi perhubungan negeri tidak layan & menolak usul untuk menbincangkan isu tersebut.
Ini memberi gambaran bahawa ada pihak tertentu yang cuba mengambil jalan pintas membelakangkan mesyuarat bahagian & mengkukuhkan tanggapan bahawa Bakhtir merupakan frontman untuk pihak tertentu untuk mendapat projek-projek majlis perbandaran.
Hal sebegini tidak harus terjadi jika pemilihan raya untuk kerajaan tempatan diadakan. Janji pilihan raya kerajaan tempatan oleh Pakatan Rakyat mesti ditunaikan & ia merupakan salah satu cara untuk membuka proses demokrasi ke akar umbi & mengurangkan berlakunya perkara-perkara tidak sihat seperti kronisma & proksi/patronisma yang biasanya berlaku melalui lantikan politik.
Selain daripada itu, kemungkinan selepas Raya Cina, satu kes yang melibatkan orang kanan pengerusi perhubungan negeri Pulau Pinang akan meletup jika pimpinan pusat tidak mengambil langkah yang tegas untuk memerangi penyelewengan yang melibatkan pimpinan parti di peringkat negeri.
Ada 5 kuari yang haram ataupun bertahun-tahun tidak membayar cukai kepada kerajaan negeri. Dari 5 kuari ini, 3 daripadanya merupakan operasi yang dijalankan oleh syarikat dengan orang kanan pengerusi perhubungan negeri bertindak sebagai pengarahnya. Jika orang sebegini diberi jawatan dalam kerajaan negeri, tidakkah ia akan memudaratkan parti dengan melakukan penyelewengan seterusnya?
Jika pemimpin yang tidak mempunyai pegangan moral & imam yang kuat diamanahkan dengan tugas rasmi kerajaan, masalah besar akan melandar kerajaan & parti kelak.Pemimpin bermasalah akan menarik minat lebih ramai ahli yang tidak berpegang kepada prinsip keadilan sejagat serta anti rasuah/penyelewengan & akhirnya membawa parti ke jalan yang bergelumang penuh dengan najis korupsi ala dulu kini & selamanya.
Dengan membawa kembali rakan-rakan seperjuangan yang neutral seperti Dr Mansor Othman & Cheah Kah Peng, seorang ahli MPT yang sekian lama telah dicold-storagekan oleh pimpinan negeri sekarang maka mudah-mudahan ia akan membentuk satu check & balance dalam badan penting parti di peringkat negeri. Perlantikan jawatan diperingkat negeri seharusnya mencerminkan kepelbagaian yang sedia ada dalam parti bukannya datang dari kumpulan kroni tertentu yang mempunyai mementaliti "Bisa diaturrr".
Akhirkata, gemuk yang berlebihan jika tidak dikeluarkan dari badan pimpinan parti akan memudaratkan kesihatan badan tersebut & akhirnya akan membawa padah. Slogan berubah sebelum parah & berubah demi maruah adalah tepat dalam situasi di Pulau Mutiara.

- CK Chew sumber dari :marhaendaily

Saturday, January 24, 2009

Kenyataan Media Ketua Pembankang- Kematian dalam tahanan Polis


KENYATAAN MEDIA

Kuala Lumpur, 23hb Januari 2009 Siasat Kematian Kugan Ananthan Insiden kematian seorang pemuda India di Balai Polis Taipan, USJ, Subang Jaya ketika masih ditahan sangat mengejutkan. Kematian Kugan Ananthan 22 tahun mengingatkan kita kepada insiden M. Ulaganathan, juga mati ketika masih ditahan polis. Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kematian M. Ulaganathan adalah disebabkan kecuaian dan pengabaian melampau pihak polis. Berulangnya insiden seperti ini pasti menghakis keyakinan rakyat terhadap kewibawaan pihak polis sebagai sebuah institusi keselamatan. Bagi memastikan keyakinan rakyat dipulihkan, saya menuntut agar sebuah badan siasatan yang bebas dan telus diwujudkan serta merta bagi menyiasat insiden kematian Kugan Ananthan. Foto serta bukti yang menunjukkan adanya kecederaan pada si mati sudah tentu membangkitkan rasa tidak puas hati bukan sahaja kepada keluarga mangsa, malah juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang mahukan institusi polis memulihkan kembali kewibawaannya. Saya selaku ahli parlimen dan Ketua Pembangkang Dewan Rakyat, komited untuk membawa isu ini ke Dewan Rakyat kelak. Beserta dokongan rakan-rakan ahli-ahli parlimen lainnya kami akan mencari jalan untuk meningkatkan tahap profesionalisme pihak polis serta memulihkan keyakinan rakyat terhadap institusi keselamatan tersebut.(tamat)
ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat

Wednesday, January 21, 2009

Offer untuk YB Ariff Shah ADUN BN Seberang Jaya

PULAU PINANG: Selepas dikaitkan dengan desas-desus akan menyertai Pakatan Rakyat dua bulan lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah dari Barisan Nasional (BN) semalam dipelawa oleh kerajaan negeri untuk menganggotai Jawatankuasa Kebebasan Maklumat.
Arif Shah diundang menganggotai Jawatankuasa Kebebasan Maklumat bersama-sama pelbagai pihak lain termasuk ahli akademik dan pengamal media.
"Saya difahamkan beliau telah menerima surat pelawaan kita itu tetapi beliau belum memberi sebarang keputusan," kata Pengerusi jawatankuasa itu, Abdul Malik Abul Kasim pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dipetik Bernama, Abdul Malik yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, jemputan itu tiada kaitan dengan politik sebaliknya ia bagi membolehkan kerajaan negeri berkongsi pendapat bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai.
Dalam pada itu, Arif Shah ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi mengesahkan yang beliau ada menerima surat tawaran daripada Abdul Malik pagi semalam.
"Petang semalam juga saya juga memaklumkan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim.
"Apa juga keputusan parti saya akan akur. Keputusan parti akan mengatasi keputusan saya," katanya.
Arif Shah yang bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu tetapi tewas berkata, beliau tidak jelas dengan terma dan syarat Jawatankuasa Kebebasan Maklumat yang disyorkan kerajaan negeri.
Ketika ditanya mengenai desas-desus dua bulan lalu kemungkinan menyertai Pakatan Rakyat dengan tawaran terbaru ini, beliau berkata, ia tidak boleh ditafsirkan sedemikian rupa.

Mari kita tunggu apa jawapan yang akan keluar..........

KERAjaan BN yang Kononnya ADIL hahahahaha

Pegawai Kerajaan Persekutuan dilarang hadir mesyuarat negeri
Petikan dari StarOnline versi Melayu
IPOH: Semua pengarah jabatan dan agensi Kerajaan Persekutuan dilarang daripada menghadiri mesyuarat-mesyuarat di peringkat negeri berkuat kuasa serta-merta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, hanya pengarah agensi peringkat negeri yang dibenarkan menghadiri mesyuarat negeri, yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri atau pegawai daerah.
"Kita tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan disiplin terhadap pengarah agensi Persekutuan jika mereka menghadiri mesyuarat tersebut," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Persekutuan Negeri di sini semalam.
Ahmad Zahid yang merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri bagaimanapun berkata, agensi-agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Kesihatan, Jabatan Pertanian dan polis dikecualikan daripada larangan itu.
Ahmad Zahid berkata, berkuat kuasa serta-merta juga, agensi-agensi persekutuan hanya akan menerima syor yang dikemukakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).
"Jabatan-jabatan dan agensi-agensi persekutuan telah diarahkan supaya hanya menerima borang-borang yang ditandatangani JKKKP," katanya.
Disebabkan Kerajaan Persekutuan hanya mengiktiraf JKKKP, semua syor yang dibuat JKKKP adalah syor yang sah.
"Kita tidak mengiktiraf syor-syor yang dibuat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya.
Berhubung permohonan biasiswa, Ahmad Zahid berkata, kemasukan ke institusi pengajian tinggi juga memerlukan syor JKKKP.
Ahmad Zahid juga memberitahu, 28 wakil Barisan Nasional yang dipilih di peringkat negeri akan diberikan peruntukan khas untuk membantu masyarakat di kawasan mereka.
"Peruntukan itu akan diberikan jika berlaku insiden-insiden termasuk kebakaran, banjir atau ribut petir di kawasan mereka," katanya yang enggan menyatakan jumlah peruntukan bagi setiap kawasan

Zahid Hamidi dah mula pecah tong yang dah sedia pecah, rakyat akan bertambah meluat. Akibat sikap dan perlakuan Menteri-menteri BN yang pastinya menyusahkan rakyat. Mai pakat-pakat kalih perabis....... KeraniOpis

Tuesday, January 20, 2009

Kerana mempertahankan Sunnah rela dipenjara



KOTA BHARU, 19 Jan (Hrkh) - Seorang pelajar pondok sanggup memilih untuk menjalani hukuman penjara daripada membayar denda RM90 setelah disabit bersalah kerana menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.Sedangkan ketika ditahan polis beliau memakai serban. (SINGH BOLEH LAKS YERRR????)Ahmad Nasir Darus, 27 memilih menjalani hukuman penjara selepas Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari.Bagaimanapun di atas alasan memegang prinsip demi mempertahankan sunnah Rasulullah saw beliau lebih sanggup ditahan di penjara

Keputusan itu dibuat majistret setelah meneliti keterangan pihak pendakwaan dan pembelaan serta hujahan bertulis yang dikemukakan.Mahkamah mendapati pihak pembela gagal membuktikan keraguan yang munasabah dan tiada keterangan saksi-saksi lain yang dapat mengesahkan Ahmad Nasir seorang lebai.Bagaimanapun pelajar pondok itu yang diwakili peguam Ahmad Rizal Effande Zainol memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman tersebut bagi membolehkan rayuan dikemukakan di Mahkamah Tinggi.Namun mahkamah menolak permohonan peguam dan mengekalkan keputusan asal. Pendakwaan kes tersebut dikendalikan Pegawai Pendakwa, Cif Inspektor Mohd Yusri Mamat.Ahmad Rizal ketika ditemui di luar mahkamah memberitahu beliau menyerahkan kepada anak guamnya untuk memilih sama ada ingin membayar denda atau sebaliknya.Katanya, anak guamnya merasakan dirinya tidak bersalah kerana ia hanya mempertahankan sunah Rasulullah saw dengan memakai serban.Oleh itu beliau akan memfailkan permohonan rayuan ke Mahkamah Tinggi dalam masa terdekat."Saya akan membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi bagi dijadikan bahan akademik dan rujukan kerana terdapat kekaburan pada istilah 'lebai' dalam peruntukan undang-undang," katanya.

Perkarangan mahkamah dipenuhi hampir 100 rakan Ahmad Nasir yang datang untuk memberikan sokongan moral.Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban.Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama.Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan.

Lawatan YB Abd Malik Kassim Ke Pasar Bayan Baru














Ahad 18 Jan 2009- Bayan Baru : YB Abd Malik Kassim- Exco Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna merangkap ADUN Batu Maung telah melakukan lawatan ke Pasar Bayan Baru pada 18 hb Jan 2009. Lawatan dan pengedaran sumbangan buah limau sempena Tahun Baru Cina bermula pada jam 8 pagi. Program tersebut disertai oleh Sdr Hashim (PA YB Abd Malik), Sdr Azrul Faizal (PA YB Abd Malik) , Sdr Fauzi (PA YB Abd Malik), Sdr Chua Kheng Ee (Ahli Majlis MPPP), Sdr Marzuki Ahmad (Kt Penerangan AMK Bayan Baru) dan Sdr Zulfadli (Tim Kt AMK Bayan Baru) AKA Zulmamak.
Selain dari melawat peniaga-peniaga di sekitar pasar Bayan Baru untuk menyelami masalah mereka , YB Abd Malik juga membahagikan buah limau kepada pengunjung pasar pada pagi tersebut. Program tamat sekitar jam 9.30am

Monday, January 19, 2009

Program Ceramah Bantu Palestin AMK Kedah dan Yayasan Aman





















Program Ceramah Palestin alhamdulillah selamat dilaksanakan di Masjid Ar Rahman, Sg Petani dengan kehadiran ramai. Jumlah derma kilat utk saudara2 Islam di Palestin yg berjaya dipungut ialah RM6464.50 yg diserahkan semuanya melalui Hj Azmi Abdul Hamid, pengerusi TERAS yang akan berlepas ke Tebing Gaza pada 27/1/2009 nanti, sebagai sebahagian dari misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Tebing Gaza.
Penceramah utama pada malam itu ialah sdr Saiful Izham Ramli, ketua AMK Kedah dan Pengarah Yayasan Aman sebagai mewakili AMK Negeri dan yayasan Aman, sdr Ismail Yarad, seorang rakyat Palestin dari Tebing Gaza yang kini berada di Malaysia dan yg kehilangan sebahagian besar keluarga beliau dalam serangan zalim terbaru Rejim Zionis ini sejak 27 Disember, 2008 serta Cikgu Azmi Abdul Hamid, pengerusi TERAS Pengupayaan Melayu yang turut mewakili Citizens International, yang berjaya memberikan penerangan yang jelas dan panjang lebar tentang apa yang sebenarnya berlaku di Tebing Gaza hari ini.
AMK Negeri dan Yayasan Aman (Kedah) yang menjadi penganjur utama program Ceramah Palestin ini turut bersetuju untuk membantu menganjurkan satu lagi Perhimpunan Umat Islam Kedah di Sungai Petani pada 24hb ini utk terus mambantu mengutip derma kepada rakyat Palestin. Di samping itu, AMK Negeri Kedah yang akan menganjurkan satu mini karnival Belia Kuala Muda pada 7-2-2009 bertempat di Sungai Petani juga turut bersetuju untuk menyumbang sebahagian besar dari hasil penganjuran kepada Tabung Palestin yang akan disampaikan terus melalui TERAS dan Citizens International, disamping akan mengadakan pameran bergerak secara berterusan di semua program ceramah AMK Negeri berkenaan penderitaan umat Islam di Palestin.
Diharapkan program2 seumpama ini akan diteruskan bagi membantu memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya di Kedah tentang apa yang sebenarnya berlaku di Palestin, dan AMK Negeri Kedah serta Yayasan Aman bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin turut serta dalam program-program seperti ini.

Saiful Izham Ramli
Ketua AMK Kedah Darul Aman

Friday, January 16, 2009




17 Jan(Saturday) dan 18 January(Sunday) 2009.
The Actors Studio Greenhill(Penang)
Ground Floor Zhong Zheng School Memorial Center,
12, Lebuh Light,Penang.
(more info,click the picture)
Semua dialog dan lakonan berdasarkan kisah benar!!!!Ada ramai bekas tahanan ISA boleh tampil kedepan untuk SAH kan semua yang dipentaskan. Anda semua jangan ketinggalan, cuma sekali dalam 5 tahun!!!!

Wednesday, January 14, 2009

SIAPA ITU YAHUDI

Negara Haram Israel Tidak Akan Berkekalan Sejarah telah membuktikan bahawa kaum Yahudi merupakan kaum yang sentiasa ditindas dan ditekan. Peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang zaman semenjak dari zaman Nabi Allah SWT Musa a.s. sehinggalah zaman mereka berada di Palestin selepas itu sentiasa menyaksikan pembunuhan kaum Yahudi secara beramai-ramai oleh musuh-musuh mereka.
Melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku itu, kita selaku umat Islam yakin bahawa kependudukan mereka secara haram di negara Palestin akan berakhir tidak lama lagi.
Mereka akan dihalau keluar dari negara itu sama sepertimana datuk nenek mereka dipaksa keluar dari negara itu. Perkara ini telah dijanjikan oleh Allah SWT menerusi banyak ayat al-Quran, contohnya dalam surah Al-A'raf ayat 167 yang bermaksud:
"Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu memberitahu: Bahawa sesungguhnya Ia akan menghantarkan kepada kaum Yahudi itu, (terus menerus) hingga hari kiamat, kaum-kaum yang akan menimpakan mereka dengan azab sengsara yang seburuk-buruknya (disebabkan kejahatan dan kekufuran mereka). Sesungguhnya Tuhanmu amat cepat azab seksa-Nya, dan sesungguhnya Dia juga Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.
"
Kejahatan Bangsa Yahudi Menurut Al-Quran
Ayat di atas menyebutkan bahawa azab dan tekanan akan terus menimpa mereka hingga ke hari kiamat. Berita-berita masa lampau tentang mereka sebelum Islam perlu diberitahu kepada mereka agar mereka sedar bahawa masa tersebut akan tiba dan kebenaran isi kandungan al-Quran sebagai wahyu Ilahi akan terbukti.
Ayat-ayat seperti ini memberi satu kekuatan berupa sokongan moral kepada umat Islam secara amnya dan bangsa Arab Islam khasnya agar berusaha memperkuatkan diri ke arah merealisasikan fakta ini.
Penindasan Ke Atas Yahudi Sebelum Islam
Tersebut dalam lipatan sejarah penjajahan ke atas Yahudi telah dimulakan oleh Raja Fir'aun Nikho dari Mesir. Selepas itu untuk kali keduanya mereka telah dijajah lagi oleh Raja Nabukadnesar (Bukhti-Nashar) dari Babil. Semasa penjajahan tersebut, raja dan tenteranya telah membinasakan habis-habisan Jerussalam termasuk Baitul Maqdis yang didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan menawan majoriti rakyatnya .
Inilah yang disebutkan oleh Allah SWT dalam ayat surah al-Isra' ayat yang bermaksud:
"Dan Kami menyatakan kepada Bani Israel dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka rnenjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku
".
Seterusnya pada tahun 203 sebelum Masihi pula menyaksikan penjajahan yang lebih teruk oleh raja-raja Syria malahan membawa kepada penahanan Yahuza yang menjadi raja Yahudi pada masa itu. Orang-orang lelaki dijadikan hamba abdi, manakala cukai-cukai yang tinggi turut dikenakan ke atas mereka.
Tidak cukup di situ Allah SWT membinasakan mereka apabila Rom menjajah pula selepas itu. Negara Palestin telah dimasukkan di bawah negara mereka. Pada tahun 70 Masihi, golongan Yahudi telah melakukan pemberontakan ke atas penjajah mereka iaitu Rom. Pemberontakan ini menemui jalan buntu. Akibatnya Rom telah mengeluarkan arahan kepada gabenornya di situ yang bernama Titus untuk membakar rumah-rumah ibadat Yahudi dan membunuh kebanyakan penduduk Yahudi dan menjual yang lainnya sehagai hamba.
Tidak lama selepas itu, Jerussalem pesat membangun semula. Kaum Yahudi mengambil kesempatan untuk memberontak buat kali kedua tetapi masih gagal. Adrian yang menjadi raja Rom akhirnya memerintahkan agar bandar Jerussalem dimusnahkan habis-habisan dan rakyatnya dibunuh. Ditaksirkan lebih 500,000 jiwa telah terkorban dalam peristiwa itu .
Penindasan Ke Atas Yahudi Selepas Islam
Apabila Nabi Muhammad SAW berhijrah ke Madinah, kaum Yahudi telah menyusun beberapa konspirasi jahat ke atas Islam. Akibatnya, pelbagai tindakan tegas telah dikenakan terhadap mereka sehingga membawa kepada pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi dan pengusiran keluar dari negara Islam Madinah.
Kemudian di akhir kurun ke 13, penindasan ke atas mereka masih berterusan. Pada kali ini negara Eropah pula yang bertindak menekan mereka. Sejarah telah menunjukkan bahawa kaum Yahudi pernah dibunuh di Sepanyol dan Portugal . Bahkan kepercayaan agama Kristian lama beranggapan bahawa menekan Yahudi adalah melambangkan keimanan yang sebenarnya.
Tekanan yang dihadapi menyebabkan Yahudi mencari perlindungan di Andalus. Pemimpin-pemimpin Islam di Andalus pada waktu itu memberi perlindungan politik kepada Yahudi sebagai satu cara untuk berdakwah kepada mereka. Namun panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Nikmat perlindungan rupa-rupanya tidak lama. Penganut-penganut Kristian telah berjaya menundukkan kuasa Islam di Andalus. Sekali lagi penyembelihan orang-orang Yahudi berlaku secara beramai-ramai. Mereka di halau keluar dari bandar-bandar seperti Balensia, Qordova, Gibraltar, Barcelona dan juga dari tempat-tempat lain. Seorang paderi besar Katolik di situ yang bernama Hernando Martins telah menyampaikan ucapan anti Yahudi dan mengarahkan agar unsur-unsur termasuk penganutnya dihapuskan.
Peperangan Salib telah meletus di Andalus dan kebanyakan orang yahudi dihapuskan. Ramai dari kalangan mereka telah dipaksa memeluk Kristian. Dalam tempoh kurang dari 3 bulan, setiap individu yang enggan masuk Kristian akan dihalau ke tempat lain luar dari Andalus. Sesiapa yang melanggar perintah akan dihukum bunuh .
Kebanyakan orang Yahudi yang enggan memeluk Kristian telah meninggalkan Andalus. Malangnya di tengah jalan para lanun telah menangkap mereka dan mereka dijadikan hamba untuk diperniagakan. Sesiapa yang terlepas pula jarang yang dapat hidup kerana diserang kelaparan dan penyakit berjangkit seperti taun dan lain-lain.

Walaupun menghadapi pelbagai penindasan, golongan Yahudi akhirnya berjaya juga menaja satu perhimpunan yang menghimpunkan sekitar 80,000 orang ahli. Mereka mengambil keputusan untuk berhijrah ke Portugal setelah mendapat pelawaan rajanya yang beragama Kristian dan bersikap terbuka. Setibanya di sana , raja yang selama ini bersikap terbuka, tiba-tiba berubah menjadi anti Yahudi selepas dipengaruhi golongan gereja yang selama ini menentang mereka. Semua golongan lelaki dewasa Yahudi telah dipaksa meninggalkan negara Portugal , manakala wanita dan anak-anak dipaksa menukar agama kepada Kristian.
Tekanan dan kezaliman ke atas Yahudi sebenarnya tidaklah terbatas di negara-negara seperti Sepanyol , Portugal dan Rom sahaja.
Malahan semua negara Eropah Kristian telah mengambil sikap anti-Yahudi secara terang-terangan. Di bawah dinyatakan peristiwa-peristiwa kezaliman yang berlaku keatas golongan Yahudi: 1. Di England, King Edwaard telah menghalau Yahudi beramai-ramai pada tahun 1290. 2. Di Perancis, King Phillip telah menghalau mereka dari Perancis pada tahun 1306. Menurut fakta sejarah, Raja Phillip kemudiannva telah membenarkan sebahagian daripada mereka untuk pulang ke Perancis selepas itu, tetapi keputusan diambil untuk menghalau semula mereka pada tahun 1394. 3.
Di Hungary, golongan Yahudi telah dibuang negara beramai-ramai. Tetapi mereka memberanikan diri pulang semula sebelum dihalau kembali pada tahun 1582. 4. Di Belgium, mereka dihalau beramai-ramai pada tahun 1370. 5. Di negara Czechoslovakia pula, puak Yahudi dihalau pada tahun 1380. Mereka kembali semula untuk bermastautin pada tahun 1592. Malangnya pada tahun 1744, Queen Maria Theressa telah mengarahkan agar dihalau semula golongan Yahudi tersebut. 6. Di negara Austria pula, Raja Bright ke-5 telah menghalau mereka dari negara itu pada tahun 1420. 7. Di Holland, mereka dihalau dari Outricht pada tahun 1444. 8. Di Itali, mereka dihalau dari Napoli dan Sardina pada tahun 1540. 9. Di Jerman, golongan Yahudi dihambat dari Bavaria pada tahun 1551. Kemudian telah berlaku penindasan secara berterusan ke atas mereka oleh masyarakat berfahaman Nazi. Beratus ribu Yahudi telah terkorban dalam keganasan itu. 10.
Di Rusia pula, rakyat tempatan telah berkerjasama menghalau orang-orang Yahudi pada tahun 1510. Golongan Yahudi beransur-ansur pulang selepas itu dengan harapan penduduk tempatan telah memaafkan mereka. Namun begitu, tekanan masih berterusan sehingga tentera Rusia turut masuk campur untuk menyembelih mereka beramai-ramai di Ukraine sepanjang tahun 1919.
Menurut kajian, lebih dari 100,000 Yahudi telah diragut nyawanya termasuk lelaki dan perempuan serta anak-anak mereka. Jalanraya telah dibasahi dengan darah mereka. Tentera telah melakukan kekejaman di luar batasan pemikiran manusia di samping mencincang lumat anggota badan mereka.
Mengapa Yahudi Ditindas?
Antara sebab penindasan dilakukan ke atas mereka adalah kerana sikap sombong dan tidak setia pada perjuangan. Masyarakat Kristian Eropah menyedari sikap yang ditunjukkan itu. Golongan Yahudi merupakan golongan yang tidak pernah kenal erti berterima kasih. Walaupun hanya menumpang di negara orang, perangai mereka tidak ubah seperti tuan yang memeras dan menganiaya golongan peribumi negara itu. Kemahiran berniaga telah menjadikan golongan Yahudi sombong dan tidak berperikemanusiaan.
Orang yang meminjam dan berurus niaga dengan mereka terjebak dalam sistem riba. Ekonomi yang berasaskan riba telah dimulakan oleh korporat-korporat Yahudi yang berjaya untuk memastikan terus menjadi kaya tanpa memikirkan nasib si miskin.
Perkara ini tidaklah menghairankan kerana menurut kepercayaan mereka seperti yang dijelaskan di dalam '
Talmud' iaitu tafsiran kepada kitab 'Taurat', ada dinyatakan secara terang-terangan bahawa riba halal dengan urus niaga bersama bukan Yahudi. Ini disebabkan Yahudi adalah anak-anak Allah SWT, manakala selain mereka adalah binatang berupa anjing dan babi. Justeru itu, mereka berhak melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi.
Disebut dalam Talmud lagi:
Pemilikan harta-harta oleh selain Yahudi adalah tidak sah. Jadi sesiapa sahaja di kalangan Yahudi boleh merampas hak tersebut.
Allah SWT (SWT) menganugerahkan ke atas mereka hak untuk bertindak sesuka hati ke atas bangsa-bangsa lain.
Kedudukan Yahudi ke atas bangsa-bangsa lain sama seperti kedudukan manusia ke atas binatang. Bangsa-bangsa lain memiliki sifat-sifat kebinatangan. Tiada siapa yang dapat mengajar mereka melainkan Yahudi.
Riba diharamkan sesama Yahudi, tetapi dihalalkan kepada selain mereka. Malahan menurut perlembagaan Talmud itu, HARAM memberikan pinjaman kepada bangsa lain tanpa dikenakan riba.
Penaklukan Palestin Oleh Rejim Haram Yahudi
Sebab utama penaklukan negara Palestin sebenarnya berpunca dari perancangan yang teliti oleh Persatuan Freemason Antarabangsa. Freemason melihat usaha begini penting bagi mengelakkan pupusnya spesis Yahudi dari persada dunia.
Takdir Allah SWT membenarkan mereka berjaya menakluk Palestin dengan restu gerakan Kristian sedunia dan bantuan mereka. Perkara ini berlaku dalam keadaan orang-umat Islam terutamanya masyarakat Arab sedang lalai. Persoalannya, sampai bilakah mereka akan berjaya mendominasi negara yang kecil itu. Mereka perlu waspada kepada masyarakat Arab yang berjumlah lebih 100 juta orang itu yang sentiasa mengingati sejarah buruk antara mereka dan Yahudi sepanjang zaman. Masa jua yang akan menentukan segala-galanya.
Penutup
Janji Allah SWT akan sampai bagi memastikan Islam akan tinggi semula dan musuh-musuh Islam terutamanya Yahudi akan kembali ke era kesusahan dan penindasan seperti keadaan asal mereka.
Kita meyakini usaha mereka mengumpulkan bangsa mereka di tengah-tengah negara umat Islam itu akan berakhir dengan penghapusan mereka secara terus dari muka bumi Allah SWT ini. Ini bersesuaian dengan maksud sebuah hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim:
"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah orang-umat Islam berperang dengan orang-orang Yahudi (di sebuah tempat). Orang-umat Islam akan membunuh mereka beramai-ramai sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar membunuh orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi".
Janji Nabi pastinya benar. Peristiwa ini akan berlaku bagi menamatkan siri pengkhianatan Yahudi terhadap Islam dan manusia secara keseluruhannya.

Sunday, January 11, 2009

REHAT KEJAP....Lawak yang boleh kena penampor



1)Paling banyak banyak binatang kat dalam hutan belantara... . Binatangape yang pemalas ????
Answer : Singa Jantan...pasal dia malas nak cukurmisai sampai tebal satu muka....


2) Kenapa Amerika takut kat Jepon..... dan Jepon pulak takutkat Amerika?????

Answer : Pasal Jepon ade Ultraman.... Amerika pulakkan ade Superman...?


3) Dalam banyak banyak Pokok....Pokok ape yg paling tinggi ???

Answer : Pokok atas gunung ddahhhh..... ....



Answer :(A) Inna'lillah wa'inna'lillah hira'ji'unn.....(B) Astagh'firullah'hal'azimm.......(C) Al'hamdulillah. .........


5) Ade seorang budak , rumah tingkat 10 , tiap-tiap hari , dianaik lif sampai tingkat 8 , terus naik tangga lagi2 tingkat....kenapa pulak?

Answer : Sebab budak nie pendek ..tak sampai nakpicit tingkat 10....


6) Paling banyak banyak Bangsa dalam alam inie...Bangsa yg mane satukah yang paling hebat dalam dunia nie?????????

Answer : Tak tahu ke???..... Bangsa Melayudahh....pasal boleh makan UBI KAYU... JAMBU BATU, PUCUK PAKU....BELIMBING BESI....IKAN SELARPAPAN...BUAH KERAS...CILI API dan lain lain lagi.....betul tak???


7) Ape bendenye .dia naik cepat tapi turun lambaaaaaaaaaaatsangat....?? ????

Answer : hingus lahhh.......


8) Banyak banyak surat ....... surat ape yg tak perlu dijawab?????

Answer : Suratan takdir illahi lahh ...( siapa yg naksurat seperti ini?)


9) Siapakah orang yang paling layak digelar " keras kepala " ?

Answer : Penunggang motosikal yang tak pakaihelmet...sebab mereka rasa "kepala mereka dah keras" tak payahpakai helmet...maknanya kalau moto mereka terbalek...terbabas ke...masok bawah lori ke... kepala mereka takkan pecah....... .hehehehehe. .......


10) Buat Baik berpada-pada, Buat jahat .......... ????

Answer : JANGAN LAGI....bukan buat jahat jangan sekali kerana kalau inilah jawapannya maka kena buat jahatberkali kali sebab disuruh buat jahat jgn sekali.... Faham ?


11) Kenapa baju Superman Ketat??????? ?

Answer : Kan kat depan baju dia tuu hurup " S " ,Baju dia size S lahhh..


12) Kenapa KLCC berkembar 2 ??

Answer : Sukahati die la nk berkembar 2 ker 3 ker 4 ker, yg korang sibuk apsal..

CARI KEJA KA??? Ni ada keja kosong, kelulusan SPM aje, kalau lagi tinggi lagi baguih



Duit anda habis kerana 'berkempen'? Upah jadi 'balaci' pacak bendera, parti tak dak duit nak bayaq? atau anda baru hilang pekerjaan ? Bini marah kerana dapur tak berasap ? Isteri mintak cerai talak 3 kerana anda dibuang kerja ! atau suami diceraikan isteri ? eh..ada boleh kaa ? Takpa..di GAZA ada penyelesaiannya !Pekerjaan : Penggali TerowongOpsyen Pilihan : Upah dan bayar harian : RM480 sehari ( 20 hari bekerja sahaja ) sebulan.Opsyen Tetap : Gaji Bulanan ( RM10,000 ) dengan 24 hari bekerja sebulan.Kerja dalam hawa sejuk (24 C)Taraf Pekerjaan : Kontrak (6 bulan)Syarat Lain : Bawa bersama kain kapan sendiri semasa hadir temuduga !


APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN