Monday, December 28, 2009

Prog Ketua Polis Pulau Pinang di Bayan Baru


Bergambar di depan Restoran Dinas Batu Maung


Sdr Hazril S/U JKKK Sg Ara sedang mengajukan soalan


Antara penyumbang kepada program tersebut


Antara penyumbang kepada program tersebut



Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Wira Ayub sedang bertemu dengan orang ramai

Pada 27 Dec 2009 - Ahad Di Perkarangan Kawasan Gerai MPPP Market Bayan Baru telah diadakan program Konvoy dan sessi bertemu orang ramai bersama Ketua Polis Negeri Pulau Pinang . Dato Wira Ayub hadir pada jam 1.30pm. Sepatutnya mengikut jadual yang disediakan kehadiran beliau sepatutnya pada jam 12.30pm. Macam mana nak tunjuk contoh kepada rakyat, 1 jam lewat ke program, patut dia minta maaf laaa, keras aja bagi ucapan.
Beliau hadir bersama konvoy motosikal berkuasa tinggi yang hampir seramai 30 orang bersama anggota dan pegawai polis yang turut serta dalam program tersebut.Turut sama dalam program tersebut ialah YB Sim (ADUN Pantai Jerjak) , Sdr Azrizal ( PA YB Abdul Malik Kassim) Sdr Danny Ho (Wakil Ahli Parlimen Bayan Baru).

Wednesday, December 23, 2009

Mengapa JAIS tak tahan Syaikh Yusuf Al-Qaradawi kerana ceramah tanpa tauliah


Syarahan Qaradhawi kali ini diterjemah oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dengan begitu baik sekali. Hampir tidak ada perkataan Qaradhawi yang tidak beliau terjemahkan.

Qaradhawi memulakan syarahan dengan merakamkan penghargaan beliau kepada kerajaan Malaysia dan kenalan baiknya DS Anwar sendiri. Beliau menghimbau kenangan pertama kali melawat Malaysia atas jemputan DS Anwar bagi membantu mengatasi kemelut UMNO pada tahun 1978. Sehingga kini beliau sudah datang menziarahi Malaysia 7 atau 8 kali.

Kemudian beliau menegaskan perjuangan membebaskan Masjid al-Aqsa. Syaikh Yusuf Al-Qaradawi pernah sebuah buku khas membicarakan tentang perjuangan mendapatlan Masjid al-Aqsa.

Hijrah

Dalam syarahan lebih satu jam ini (termasuk terjemahan), beliau membawakan beberapa pengajaran dari peristiwa hijrah Rasul. (Tiada satu pun dari pengajaran itu supaya kita berarak setiap tahun dan berselawat beramai-ramai atau berzanji/qasidah).

Beberapa pengajaran yang beliau sebut :

1. Sabar dalam perjuangan (beliau menulis buku :Al-Quran Menyuruh Kita Bersabar)

2. Membuat perancangan dan menyusun strategi untuk berdakwah

3. Di Madinah, Nabi mula mengasaskan masyarakat Islam. Qaradhawi tidak menggunakan istilah negara Islam, sebaliknya masyrakat. Beliau menegaskan masyarakat bermula dengan kumpulan (beliau menggunakan istilah jamaah). Namun dalam syarahan ini beliau tidak memberi definis yang terperinci tentang jamaah.

Beliau membawakan contoh lafaz surah Al-Fatihah yang menggunakan kata ganti ‘kami’.

4. Beliau juga membawakan perbezaan pendekatan Al-Quran (ayat) fasa Mekah dan fasa Madinah.

5. Perkara pertama yang dilakukan nabi di Madinah ialah membina masjid. Fungsi masjid di zaman nabi luas. Masjid sebagai tempat ibadah, tempat menuntut ilmu dan menyelesaikan persoalan umat.

6. Kemudian nabi mengadakan pasar, tempat berniaga sebagai alternatif kepada pasar yang dikuasai oleh golongan bukan Islam. Bukan sekadar beliau mengadakan pasar, bahkan nabi sering memantau urusniaga agar sentiasa patuh kepada syara’. Syaikh Yusuf Qaradhawi membawakan contoh, satu hari nabi menyeluk tangannya ke dalam timbunan kurma dan mendapati bahagian bawah timbunan kurma itu basah. Nabi menegaskan bahan dagangan hendaklah dikelaskan dengan gred. Yang kurang berkualiti / rosak dijual dengan harga lebih murah.

7. Persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar. Beliau membawakan contoh Abdurrahman Auf disaudarakan dengan Saad bin Rabi’.

Pada akhir syarahan (mungkin atas persahabatan beliau dengan DS Anwar) Qaradawi membawakan kisah fitnah yang menimpa Aishah. Isteri nabi itu dituduh curang oleh golongan munafik ketika tertinggal dalam satu perjalanan. Panjang lebar juga Shaikh Yusuf menjelaskan golongan munafik dan ciri-cirinya. ‘Mereka berada di kalangan kita, orang Islam’, tegas beliau.

Doa

Selepas selesai menyampaikan syarahan, beliau diminta oleh penganjur untuk mengetuai bacaan doa. Antara doa yang beliau bacakan termasuk doa untuk menutup aurat/aib dan doa untuk memenangkan orang Islam ke atas orang kuffar.

Antara yang hadir termasuk :

Tan Sri Datuk Seri Khalid Ibrahim (MB Selangor) , Dato Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Dato Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Ekonomi Selangor), Dato Hassan Ali (Exco agama), Datok Khusrin (Pengarah JAIS), dan Nik Nazmi (Setpol MB Selangor).

Beberapa catatan menarik

1. Syaikh Yusuf Qaradawi menjadi imam solat maghrib. Beliau membaca Surah al-Fatihah dengan membaca bismillah perlahan. Kemudian juga beliau tidak berzikir dan berdoa kuat selepas solat.

2. Selepas azan Isya’ dilaungkan beliau berdoa (doa selepas azan) tanpa menadah tangan. Saya tampilkan beberapa artikel berkaitan menandah tangan ketika berdoa. Link1, Link2.

3. Tidak pula JAIS menangkap Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi kerana mengajar tanpa tauliah atau mengajar lain dari mazhab arus perdana (meminjan istilah Uthman Muhammady). Banyak pegangan Qaradhawi yang tidak mengikut ‘arus perdana’.

4. Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi antara orang yang dikafirkan oleh golongan Ahbash. Ahbash juga mengkafirkan Ibnu Tamiyah dan Ibnu Qayyim Al-Jawziyah. Kedua tokoh ini banyak mempengaruhi Qaradhawi. Lihat laman yang membongkar aktiviti ahbash klik1. Ironinya YADIM memberikan pandangan yang kontra tentang Ahbash.

5. Sebilangan penceramah dan ustaz dipengaruhi oleh golongan Ahbash. Antara yang dikaitkan dengan Ahbash termasuk Zamihan Al-Ghari dan Mahfuz Muhamad. Dua penceramah agama ini sangat agresif, sehinggakan pihak JAKIM sendiri berlepas diri dari tindakan Zamihan, mankala JAIS sendiri berlepas diri dari sebarang kenyaatn yang dikeluarkan oleh Mahfuz. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka.

Sumber : http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/12/22/27731/

Makan malam Himpunan Mahasiswa Negeri Pulau Pinang


Ketua Penerangan AMK Pulau Pinang Sdr Rizal Hamid bersama pembantu beliau Sdr Faizal turut hadir



Sdr Zulkarnain bersama Hj Ismail pimpinan senior dari Perak Darul Kartun


Terkezut besar tengok Suraini Ibrahim PA YB Mansor jadi tekong boria.


Penari tradisional yang mempersembahkan tarian


Brek Angin sat kat Luar- Zulkifli PA YB Law Choo Kiang, Sdr Rezal PA YB Mansor dan Sdr Faizal PA Ketua Penerangan AMK Negeri


YB Mansor bersama Pimpinan Mahasiswa



YB Mansor menyampaikan sijil perlantikan sebagai AJK MPMPP sambil diperhatikan oleh Datuk Yusof Wazir (dari S.U.K Pulau Pinang)


Meja VIP Ahli Majlis MPSP


Meja VIP - Dari Kanan Sdr Rahman Ketua Whip MPPP, Hj Mohamad Ahli Majlis MPSP dari Tasek Glugor, Pak Tam -Ahli Majlis MPSP dan Tim Ketua Cabang Keadilan Permatang Pauh


Semalam aku hadir ke Majlis Himpunan Mahasiswa Negeri Pulau Pinang. Aku bawa kamera baru yang YB bagi. Jadi wartawan malam tadi. Jamuan makan malam dihadiri oleh YB Mansor Othman. Aku perasan gak kat meja VIP boleh dikatakan 70% dipenuhi oleh Ahli Majlis dari MPPP dan MPSP. Nampak gak 2-3 muka terkejut nampak kehadiran aku. Tah laaa pasai apa.
Apa pun aku tabik spring kat geng PA pejabat YB Mansor yang boleh dikatakan bekerja keras bersama pimpinan Majlis Perundingan Mahasiswa Pulau Pinang yang baru. Jawatankuasa ini menjadi kontroversi buat seketika kerana geng pimpinan lama telah dinyahkan dari jawatan dalam mesyuarat Agung yang kononnya geng lama ni tak dijemput. Rata-rata pimpinan lama adalah dari UIA. Khabarnya mereka tak sekapal dengan pegawai yang menguruskan hal mahasiswa di pejabat TKM dan pegawai yang dimaksudkan adalah orang lama dalam pentakbiran kerajaan negeri (Sejak sebelum 8 March 2008) . Aku pun kurang periksa berkenaan hal ini. Mungkin Pegawai di pejabat YB Mansor lebih maklum berkenaan hal ini.
Makanan yang disajikan OK . Persembahan kebudayaan yang disajikan pun menarik. Ada kepelbagaian antara kaum.
Idea dan persoalan yang dilontarkan semasa sessi soal jawab menarik perhatian aku. Walau kelihatan 4-5 orang SB hadir memantau program tetapi mahasiswa dan mahasiswi yang hadir nampak berani berkongsi idea dan pendapat.

Monday, December 21, 2009

Pimpinan UMNO makin Kurang Ajar

Semasa Pakatan Rakyat semakin menguat dan menawarkan alternatif terbaik untuk rakyat Malaysia, pada hari yang sama kita menyaksikan pergolakan dalaman Barisan Nasinal yang semakin parah dan semacam menambah luka yang memungkinkan tidak terubat lagi.

Media melaporkan Umno mahukan jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang kini dipegang oleh Gerakan diserahkan kepada parti itu dalam usaha mengukuhkan kedudukan perikatan itu di peringkat negeri.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik sebagai berkata permintaan itu adalah munasabah kerana hanya wakil Umno telah memenangi semua kerusi yang dikuasai BN di Pulau Pinang dalam pilihan raya umum lepas.

Dakwanya "Parti komponen lain tidak ada satu kerusi pun di Pulau Pinang," selepas mempengerusikan menyuarat Badan Perhubungan Umno negeri semalam.

Jawatan pengerusi BN Pulau Pinang tidak pernah dipegang wakil Umno dan jawatan itu kini dipegang Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan selama itulah tidak pernah ada pemimpin UMNO yang memegang jawatan Ketua Menteri sampailah Pulau Pinang di kuasai oleh Pakatan sejak 8 Mac 2008 lepas.

Walaupun Zahid mengatakan hasrat UMNO itu adalah untuk menguatkan BN namun yang saya nampak ianya melemahkan dan menkucar-kacirkan BN di Pulau Pinang. Nampaknya UMNO menampakkan belangnya yang sebenarnya di Pulau Mutiara, bak kata perpatan "habis manis sepah dibuang". itulah perangai UMNO yang sebenar iaitu sangat mudah melupakan jasa orang lain.

Dalam masalah sekarang jasa Parti Gerakan yang selama ini menempatkan Pulau Pinang dalam cengkaman BN sekian lama atas jasanya menang besar di situ seakan dilupakan langsung olen pemimpin UMNO.

Sepatutunya UMNO dan BN mesti terus diajar kerana dia cukup kurang ajar kepada jasa orang yang mendahuluinya. Tanpa menafikan memang semua calon Gerakan kalah dalam Pilihanraya yang lepasa namun adakah itu ukuran segera untuk menafikan kejayaan sebelum ini?

"Tidak semestinya saya selaku Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri dilantik sebagai Pengerusi BN negeri, jawatan itu mungkin boleh dipegang oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno negeri atau Ketua Pembangkang," katanya.

Semakin kurang ajarnya Zahid dan UMNO Pulau Pinang bila mereka menuntut kerusi Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) .Adakah mereka masih tidur dan tidak menyedari bahawa Pulau Pinang sekarang di bawah pakatan Rakyat. Siapakah yang berhak menentukan kerusi tersebut. Siapkah Zahid yang memandai untuk "berkokok" dalam masalah ini.

Tuntuan ini bagi saya tidak lebih dari membuka pekung didada dan melahirkan hasrat jahat UMNO Pulau Pinang yang semestinya mesti ditolak secara total di Pulau Pinang di masa akan datang.

Yang Dipertua MAIPP ketika ini, Shabudin Yahaya yang juga ADUN BN Permatang Berangan akan tamat tempoh perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Selamat bersara Shabudin dari jawatan itu dan saya yakin Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin akan memperkenankan cadangan yang di kemukakan oleh Kerajaan Negeri yang sah dari Pakatan, bukannya mendengar nasihat dari pembangkang di Pulai Pinang yang cukup kurang ajar !

...
http://idhamlim.blogspot.com/2009/12/tuntut-kerusi-ydp-maipp-dan-pengerusi.html



Kerusi Yang Dipertua MAIPP amat diidamkan oleh UMNO kerana mereka takut kerajaan negeri membuat perubahan dengan membenarkan program mengimarahkan masjid dibanyakkan. Mereka juga takut Umat Islam diberi kesedaran sepenuhnya setelah penceramah-penceramah yang berani memberi kritikan terbuka dibenarkan untuk berceramah di masjid-masjid di Pulau Pinang. Ini kerana sebelum ini para penceramah ditapis dan hampir 90% Jawatankuasa Masjid adalah dari kalangan Pelopor UMNO yang dilantik.
Sokongan dan dokongan melayu kepada UMNO akan terhakis sekiranya institusi masjid diberi kebebasan. Pimpinan UMNO melihat yang ini akan menjadi tragedi terbesar kepada mereka.

UCAPAN PERDANA SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERTAMA OLEH DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)


UCAPAN PERDANA

SEMPENA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERTAMA

OLEH

DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG

PRESIDEN PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)

19 Disember 2009

Auditorium MBSA, Shah Alam,

Selangor

MEMPERKUKUH PAKATAN RAKYAT

Wujudnya Pakatan Rakyat bertujuan Islah dengan berasaskan masyarakat majmuk , ianya lahir daripada kesedaran bersama di kalangan parti-parti yang bersatu untuk menangani masalah negara dan masyarakat, yang membebani seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan bangsa, agama, ideologi politik, semuanya hasil dari kegagalan Barisan Nasional (BN) yang berterusan dan terus berkuasa dalam tempoh yang begitu panjang , setelah setengah abad negara mencapai kemerdekaan.

Walaupun sistem Demokrasi Berparlimen mengizinkan rakyat membuat perubahan, namun perubahan tidak berlaku, seolah-olah negara di kongkong oleh sistem satu parti, iaitu konsep yang sangat bercanggah dengan amalan demokrasi yang dilaksana dalam masyarakat yang berpendidikan diseluruh dunia. Keadaan ini tidak harus di biarkan berterusan, kerana menimbulkan berbagai-bagai masalah yang lebih menyusahkan.

Masalah-masalah itu termasuklah perkara-perkara yang asas dalam perlembagaan seperti Islam agama persekutuan, hak-hak kepada penganut agama-agama lain di kalangan penduduk berbagai etnik, bahasa melayu menjadi bahasa kebangsaan, pentadbiran yang saksama dan bijak, kedaulatan undang-undang yang adil, raja berpelembagaan, konsep federalisma yang saksama dan lain-lainnya, semuanya tidak terlaksana dengan cara yang tepat.

Akibatnya, perubahan menyeluruh tidak dapat dilaksanakan, tanpa pakatan semua pihak, yang menyatukan tujuan melakukan perubahan, sehingga membebaskan diri majoriti rakyat lemah. Mereka yang merupakan majoriti masyarakat yang menjadi mangsa kecuaian tersebut adalah majoriti pengundi. Tanpa menggerakkan mereka sendiri, tidak berlansung kepada perubahan menyeluruh, sebabnya kerana mereka di perbodoh, ditipu dan dirasuah . Al Quran memaparkan kisah iktibar daripada kerajaan Fir’aun yang memerintah Mesir :

3yŠ$tRur ãböqtãöÏù Îû ¾ÏmÏBöqs% tA$s% ÉQöqs)»tƒ }§øŠs9r& Í< à7ù=ãB uŽóÇÏB ÍnÉ»ydur ã»yg÷RF{$# ÌøgrB `ÏB ûÓÉLóss? ( Ÿxsùr& tbrçŽÅÇö7è? ÇÎÊÈ ôQr& O$tRr& ׎öyz ô`ÏiB #x»yd Ï%©!$# uqèd ×ûüÎgtB Ÿwur ߊ%s3tƒ ßûüÎ7ムÇÎËÈ Iwöqn=sù uÅ+ø9é& Ïmøn=tã ×ouÈqór& `ÏiB A=ydsŒ ÷rr& uä!%y` çmyètB èpx6Í´¯»n=yJø9$# šúüÏRÎŽtIø)ãB ÇÎÌÈ £#ytGó$$sù ¼çmtBöqs% çnqãã$sÛr'sù 4 öNßg¯RÎ) (#qçR%x. $YBöqs% tûüÉ)Å¡»sù ÇÎÍÈ

51. dan Firaun pula menyeru (dengan mengisytiharkan) kepada kaumnya, katanya: "Wahai kaumku! Bukankah kerajaan negeri Mesir ini - Akulah Yang menguasainya, dan sungai-sungai ini mengalir di bawah arahan ku? tidakkah kamu melihatnya?

52. "Bahkan bukankah aku lebih baik daripada orang yang hina keadaannya ini, dan yang hampir-hampir tidak dapat menjelaskan perkataannya?

53. "(Kalau betul ia seorang Rasul) maka sepatutnya ia dipakaikan (oleh Tuhannya) gelang-gelang emas (yang menandakan ia seorang pemimpin berpangkat besar), atau datang malaikat bersama-sama dengannya (sebagai saksi tentang kebenarannya)?"

54. (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya, lalu mereka mematuhinya; Sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik (jahat).

Tamaddun Mesir yang terdiri daripada Piramid yang dijaga oleh UNESCO itu adalah bangunan bagi perkuburan Raja Mesir, satu pyramid untuk seorang raja, adalah merupakan suatu projek mega di zaman itu, dibangunkan dengan hasil memaksa rakyat dan merampas hasil negara untuk faedah golongan pemerintah sahaja. Projek seperti ini ada dikeseluruhan negara yang dianggap bertamadun awal, rakyat diperhamba dan perbodohkan. Amalan ini tetap berulang di zaman masing-masing termasuk zaman kita sekarang.

Sunami politik pilihanraya kedua belas menunjukkan konsep pakatan Rakyat mampu melakukan perubahan, sekiranya diolah dengan cara yang lebih baik boleh berlaku perubahan yang lebih besar walaupun ada kepencangan dalam amalan Demokrasi.

DEMOKRASI

Parti Islam Se Malaysia (PAS) yang berasaskan Islam terus memilih pendekatan secara saluran demokrasi pilihanraya, walau pun banyaknya berlaku kepincangan dalam negara kita , kerana perubahan kepada demokrasi moden banyak menimba dari Tamadun Islam hasil hubungan barat dengan tamadun Islam dan hubungan Islam dengan Tamadun umat lain dari timur dan barat, kerana pesanan Nabi Muhammad S.A.W. : “Kebijaksanaan laksana barang berharga yang tercicir mesti dipungut walau dari mana datangnya”. Di samping hukum yang telah sedia ada dalam Islam, maka Islam menerima sistem dan hukum daripada masyarakat berbagai bangsa, agama dan budaya.

PAS yang berlandaskan Islam , yang tidak bersifat sekularisma seperti yang didokong oleh parti yang memerintah sekarang , terbuka kepada pakatan dengan semua pihak yang berhasrat baik dan berniat murni untuk menyelamat negara dan rakyat daripada gejala negatif seperti kezaliman, penyelewengan dan kelemahan yang menular dalam pentadbiran negara kita sekarang, melalui konsep demokrasi yang sebenarnya.

Demokrasi bukan hanya hari mengundi , ataupun sekadar memberi hak mengundi kepada mereka yang di senaraikan dalam daftar pemilih, tetapi hendaklah juga diambil kira cara pendaftaran berlaku dengan adil, pemikiran mereka membuat pilihan dengan maklumat media yang demokratik, suasana hidup yang tidak memaksa mereka dalam menentukan hak membuat pilihan, serta pengurusan pilihanraya yang adil.

Sebenarnya kita mengalami demokrasi yang sakit tenat , dengan kongkongan yang menghalang rakyat menjadi hakim yang adil melalui mahkamah pilihan raya, kerana saksi daripada media yang tidak memberi keterangan yang adil dan telus bagi semua pihak. Parti yang memerintah terus memerintah di masa pilihanraya , sehingga menyalahgunakan alat-alat kerajaan melalui kementerian dan jabatan, jentera kerajaan dan pasukan keselamatan, sehingga undang-undang pilihanraya menjadikan padang lapangan pilihanraya itu tidak sama rata.

Umat Islam sedang menyambut tahun baru hijrah bagi memperingati penubuhan negara masyarakat majmuk di kota Madinah 1430 tahun lalu, yang lahir daripadanya perkataan masyarakat madani yang dicetuskan oleh Ibnu Khaldun dalam buku tulisannya yang telah diterjemah ke dalam berbagai bahasa . Umat Islam memperingati penubuhan negara masyakat majmuk, dalam keadaan jumlah penganut agama Islam adalah minoriti dibandingkan dengan jumlah keseluruhan penganut berbagai agama yang terlibat dalam penubuhannya di peringkat awal dan negara itu berlansung sehingga lebih empat belas abad, sehingga tamat dengan kejatuhannya, apabila umat Islam sendiri tidak berpegang dengan ajaran mereka, maka PAS berharap rakan-rakan yang bukan Islam jangan mengambil contoh daripada Islam UMNO. Dengan ini PAS ingin membuktikan kita boleh berpakat dan setia dengan perjanjian dalam pakatan kerana inilah ajaran agama.

PERPADUAN

Alhamdulillah kita bersama-sama tinggal dalam negara Malaysia yang dibentuk di atasnya masyarakat majmuk, di mana semua kaum besar di Asia berada di sini. Sepatutnya kita membuka mata dengan realiti yang ada sehingga kita tidak boleh menganggap rakannya adalah pendatang , bukan penduduk asal, kerana kita semua tidak berasa asing disini, bahkan bila kita bertemu di luar negara kita terasa bersama daripada satu negara.

PAS yang berlandaskan Islam menganggap semua manusia adalah sama, kerana realiti mereka percaya kepada Tuhan yang satu, walau pun selepas itu adanya penganut agama yang melantik tuhan-tuhan yang banyak yang sangat bercanggah dengan Islam, tetapi semuanya mengaku kepada Tuhan yang satu sahaja iaitu pencipta alam yang Maha Berkuasa, maka di atas perinsip aqidah ini Islam mewajibkan kerajaan berlaku adil kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama yang berlainan. Islam menganggap semua manusia daripada keturunan Adam dan Hawa, ada pun bangsa dan bahasa yang berbeza, warna kulit yang berlainan, taraf hidup yang tidak sama, semuanya berlaku kemudian. Semua perbezaan itu terbentuk selepas proses masa yang panjang , Islam menjadikan perbezaan itu tanda kebesaran Allah :

ومن آياته خلق السموات والأرض واختلاف ألسنتكم وألوانكم . إن في ذلك لآيات للعالمين .

(Dan di antara tanda –tanda ketuhanan Allah Yang Maha Esa ialah Dia mencipta langit dan bumi dan Dia mencipta kamu berbagai-bagai bahasa dan warna kulit).

Maka mewajibkan adil kepada semua manusia :

وإذا حكمتم بين الناس أن تحكموا بالعدل

(Dan apabila kamu memerintah di kalangan manusia hendaklah berlaku adil).

Haram berlaku zalim sesama manusia dalam segala aspek, hatta diperingkat antara bangsa, di masa aman dan perang. Apa lagi kalau kita semua dalam satu negara maka lebih haram lagi kalau berlaku zalim.

Perpaduan di kalangan manusia tidak berlaku dengan aspek ekonomi sahaja, atau aspek politik sahaja, dalam perbatasan negeri dan serantau sahaja, keturunan bangsa sahaja, tetapi perpaduan itu pernah berlaku dengan kosep adil untuk semua dengan maksud menyeluruh, tanpa mengira hanya satu aspek sahaja, bahkan merangkumi aspek ruhani dan jasmani, individu, keluarga, masyarkat, negara dan antarabangsa dan negara. Kerana naluri manusia yang hidup bermasyarakat tidak menjadikan satu bangsa itu menghasilkan segala keperluan hidup, berlakunya kepelbagaian kebolehan dan kepunyaan, selepas itu hendaklah adanya pertukaran keperluan yang mewajibkan percampuran yang berkongsepkan adil dan menghapus segala bentuk kezaliman di antara satu sama lain, di atas semangat persaudaraan kemanusiaan, walaupun berbeza dalam perkara yang banyak.

Adanya negara, perlembagaan, undang-undang dan pentadbirannya adalah bagi menjamin sifat adil yang memupuk perpaduan yang sebenar, dan kita mestilah bersama menentang kezaliman yang mejadi penyakit dalam kehidupan manusia.

Zalim boleh memecah-belahakan satu keluarga, maka lebih lagi memecahkan satu negara, kerana zalim itu menghilangkan kasih sayang di antara satu sama lain. Perpecahan dalam tiap-tiap satu parti BN yang sedang memerintah sepatutnya menjadi iktibar kepada Pakatan Rakyat, dan kita sendiri mestilah menunjukkan perpaduan walaupun berbeza pendapat dalam beberapa perkara. Dahulukan perkara yang disepakati dan mengambil masa dengan sabar dalam perkara yang masih berbeza.

MENGISI KEMENANGAN DI NEGERI DAN KAWASAN

Hari ini kita berbincang bagi merangka masa depan menghadapi pilihanraya ke 13, dalam masa yang sama kita perlu menjadi model di negeri yang telah kita kuasai, di mana lawan kita mencari setiap kelemahan kita. Media arus perdana yang masih tidak banyak memberi ruang yang adil kepada kita, sudah pasti membesarkan kesilapan yang kecil daripada kita dan memperkecilkan kejayaan yang besar daripada kita. Mereka juga akan mengambil setiap kelemahan parti dan individu. Peristiwa Perak perlu menjadi contoh, perlu dilihat bukan sahaja kezaliman dalam amalan demokrasi merampas kuasa di Perak, tetapi juga perlu dilihat ruang kelemahan kita sendiri yang memberi peluang kepada lawan mengambil kesempatan.

Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-yang telah kita kuasai adalah hujah terdekat bagi menghasilkan sokongan rakyat untuk Pilihanraya Ke13. Sekurang-kurangnya kita dapat mebebaskan diri daripada penyakit yang sedang menular dalam parti dan kerajaan BN disemua peringkat.

JENTERA PARTI

Perubahan kepada segala aspek sangat bergantung dengan peranan politik, di sinilah besarnya peranan kita bagi menyelamatkan negara kita. Maka setiap parti hendaklah mengukuhkan jentera parti masing-masing di semua peringkat, sehingga menjadi ukuran untuk meletakkan calon, dan bukan sekadar meletakkan calon secara berangan-angan tanpa berpijak di atas bumi kenyataan melalui kekuatan parti yang sebenar, kemudian berkrisis dalam masalah menentukan calon. Hendaklah berusaha mencari seberapa banyak ahli yang ada untuk menjadi petugas parti dan cawangan yang ditubuhkan untuk menjadi jentera parti. Jangan berpijak diatas kehadiran dalam majlis ceramah dan hanya penyokong yang berpaut dengan isu sementara waktu dan boleh menjadi mangsa politik wang yang masih menjadi wabak penyakit kepada demokrasi di negara kita. Kita tidak boleh berpaut di atas perancangan jangka pendek, kerana perjuangan politik wajib mengharungi jangka panjang, bukan sahaja untuk mencapai kemenangan, tetapi juga merancang untuk mengisi kemenangan dan percayalah bahawa mengisi kemenangan itu sebenarnya lebih sukar daripada mencapai kemenangan . Saya percaya bahawa perbincangan kita hari ini lebih tertumpu kepada mengisi kemenangan.

PERKUKUH PAKATAN RAKYAT

Hari ini kita berbahas dengan sehangat-hangatnya, bagi mendatangkan natijah terbaik ke arah megukuhkan parti, dan di sana sudah tentu ada perbezaan pendapat, dan pendapat yang terkuat hujahnya adalah pengukuhan kepada resolusi yang dicapai. Pendapat yang lemah juga tetap dihormati, kadang-kadang yang lemah hari ini menjadi kenyataan yang kuat di masa akan datang, oleh kerana itu dalam budaya ilmu Islam kami bukan sahaja mencatit pendapat yang menjadi keputusan muktamad, pendapat yang lemah juga dijadikan ingatan, dan tidak ada yang diperkecilkan. Kita juga menjadikan majlis ini sebagai medan persaudaraan yang menemukan kita semua di atas semangat persaudaraan dalam satu bahtera negara tercinta, kalau selamat bahtera ini, selamatlah kita semua dan sampai ke destinasi yang dituju untuk pilihanraya ke 13.

Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang hadir dan selamat berkonvensyen.

Saturday, December 19, 2009

Di Konvesyen Pakatan Rakyat Dewan MBSA


S/Usaha Agung DAP YAB Lim Guan Eng, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS YAB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Konvesyen pertama Pakatan Rakyat.


Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat menyampaikan ucapan di Konvesyen PR


Demo aman menuntut agar Polis membebaskan Jonah dan Azizi yang ditahan kerana mengedarkan risalah oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat


Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama kali diadakan.


Dewan MBSA


Pimpinan komponen Parti didalam Pakatan Rakyat



Saya hadir sama di konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam pagi ini - 19 Dec 2009. Konvensyen yang bermula jam 9 am telah dihadiri oleh hampir 2000 penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan ucapan. Diikuti dengan S/Usaha Agung DAP YAB Lim Guan Eng dan diakhiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang.
Sessi pembentangan sedang berjalan.

Rasuah musuh nombor satu negara. Menindas dan meminggirkan mereka yang layak untuk segelintir yang mampu 'membeli' kemewahan negara.

Di konvensyen hari ini, Pakatan Rakyat mengisytihar jihad memerangi rasuah dan dasar ekonomi pincang yang menguntungkan segelintir elit semata-mata.

"Kita membantah dasar Umno-BN seperti Cukai Perkhidmatan Umum (GST) yang membebankan rakyat kebanyakan. Sekiranya kita bentuk kerajaan Pusat, Pakatan Rakyat mahu memperkenalkan dasar ekonomi baru, dan jihad memerangi rasuah," kata Setiausaha Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee.

"Juga, Pakatan Rakyat sekali menegaskan bahawa kita akan dan mahu menyerahkan royalti minyak 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak, khususnya Kelantan, yang dinafikan haknya oleh pemerintah hari ini," kata Tony Pua.

Dokumen Bersama Pakatan Rakyat yang dibentangkan di Konvensyen hari ini bermatlamat untuk menyelaraskan sistem ekonomi negara kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada memperbaiki operasi penyampaian kerajaan kerana rakyat membayar cukai untuk jenis pentadbiran yang cekap, teratur dan pantas.

Pakatan Rakyat berpendapat warga kebanyakan membanting-tulang siang dan malam, dan sebahagian dari titik-peluh mereka diagihkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

Demikian itu, kecekapan perbelanjaan turut menjadi tumpuan gagasan kerajaan alternatif ini. Pakatan Rakyat mahu memperbaiki displin ringgit yang rosak akibat penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran dibawah pentadbiran hari ini.

"Yakini kita akan pertahan hak saudara kita dari semua kaum dan agama. Dengan kepercayaan yang diberi, kita akan pertahan hak saudara di ceramah-ceramah, di majlis perbandaran, dan dimana-sahaja," kata Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub.

Dokumen Bersama Pakatan Rakyat memperincikan ikrar gagasan untuk melaksanakan formula geran pembangunan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kos dan pendapatan kasar per kapita supaya negeri-negeri miskin tidak ketinggalan dari arus ekonomi perdana.

Langkah ini dilihat perlu bagi mengurangkan pembangunan di Lembah Klang dan mengalihkan pelaburan dan projek berdaya saing ke negeri-negeri serata Malaysia.

Bagi melicinkan kecekapan, kuasa pentadbiran ekonomi dan pembangunan prasarana diagihkan kepada kerajaan negeri.

"Tidak ada Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak. Tidak ada Malaysia tanpa Kedah, Johor dan Kelantan. Tidak ada Malaysia tanpa sokongan dan restu negeri-negeri lain," kata Ahli Parlimen DAP Anthony Loke.

"Namun kita lihat hari ini bahawa pemusatan modal dan pembangunan tertumpu di beberapa negeri sahaja, mengenepikan fakta bahawa negeri-negeri lain turut menyumbang kepada ekonomi negara," tambahnya lagi.

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN