Tuesday, December 23, 2008

Kenyataan Media ISU MP KAPAR

Kenyataan Media ISU MP KAPAR
Saya ingin menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media, terutama yang dikuasai parti pemerintah BN. Ini termasuk MB Selangor serta MP Kapar dan juga Speaker Selangor serta MP Kelang.Merka harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara dalaman. Ada beberapa saluran dan prosedur bagi berbuat demikian.Oleh kerana Presiden, Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum, Sdr Anwar Ibrahim berada di laur negara sehingga 6hb Januari, saya akan memanggil mesyuarat Biro Politik hari Rabu ini, untuk membincang semua perkara berkatan dan mencari penyelesaian.Masalah ancaman MP Kapar hendak keluar dari PKR sudah terlalu dibesar-besarkan oleh sesetengah media yang dikuasai oleh part pemerintah. Mereka menyelewengkan sesetengah kenyataan pemimpin Pakatan untuk menunjukkan gabungan itu berpecah.Memang jelas, tujuan mereka ialah untuk menarik perhatian awam dari kemelut dalam BN dan juga parti-parti komponen utmanya, terutama sekali menjelang pilihanraya kechil Kuala Terengganu.
Dr Syed Husin AliTimbalan Presiden PKR (husinsa23@yahoo.com)
28 Disember 2008

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN