Tuesday, December 23, 2008

SARAWAK BUMI KENYALANG







Saya telah berkesempatan ke Sarawak pada 19 hb Dec 2008. Pertama kali hadir ke Sarawak bersama rombongan YB Hj Abdul Malik Kassim (ADUN Batu Maung merangkap Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang), Sdr Farid Ketua Bahagian Keadilan Bagan, Sdr Francis Bendahari Perhubungan Negeri Pulau Pinang, Sdr Chua Pemangku Ketua Bahagian Tanjong, Sdr Fauzi AKA Abuya Pen. Setiausaha Keadilan Pulau Pinang. Kami bertolak dari lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dengan penerbangan Air Asia jam 5.3opm terus ke Kuching. Seksa rasanya aku yang berbadan besar terpaksa share kerusi dengan Mat Salleh yang sizenya sama dengan aku. Tapi husband n wife tu peramah. Mereka dari New Orleans US. Suaminya penganalisa komputer dan si isteri pensyarah yang mengikuti prog pertukaran di USM Pulau Pinang. Perbualan kami banyak berkisar hal politik Malaysia dan US.

Sampai di Lapangan Terbang Kuching, kami disambut oleh S/Usaha Perhubungan Keadilan Sarawak, Sdr Pie. Check in di hotel Regal Court berhampiran dengan Pasar Minggu Satok. Makan malam bersama dengan Tim Pengerusi Perhubungan Negeri Pak Wan. Hidangan Seafood memenuhi selera aku.


Hari kedua kami bersarapan bersama Sdr Pie di restoran yang menyajikan mee sapi. Kami melawat ke sekitar Bandar Kuching serta kawasan sekitar Sungai Serawak. Tengahari kami bersama Ahli Parlimen Padungan yang juga Pengerusi Perhubungan Keadilan Sarawak Sdr Dominique Ng menikmati nasi Padang. Kemudian berkongsi pendapat melalui perjumpaan tertutup di Pusat Khidmat beliau.


Petangnya kami bertolak ke Kg Semara dalam DUN Sadong Jaya. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam melalui jalanan berliku. Alhamdullilah sampai disana ketika Azan Maghrib berkumandang. Selepas Solat kami dihidangkan makan malam dengan menu kari ikan semilang. Tepat 8.30 malam program ceramah dimulakan. PBB iaitu parti komponen BN telah mengadakan program ceramah agama di masjid berhampiran bertujuan mengsabotaj program ceramah yang telah dijadualkan lebih awal. Sambutan amat mengalakan. Rupa-rupanya ini merupakan tempat berkampung kawan-kawan keadilan Tanjong ketika pilihanraya DUN Sarawak tahun 2006. Ramai kawan-kawan lama YB Abd Malik dan geng Tanjong hadir dalam program ini. Semua yang menyertai rombongan diwajibkan berceramah. 1100pm, prog selesai dan kami berpelukan dengan penduduk kampung sebelum meninggalkan kampung tersebut.












Antara gerai yang terdapat di sepanjang River View Sungai Sarawak









Bersama Pie di Lapangan Terbang Kuching






Fauzi AKA Abuya sedang menyampaikan ceramah kelompok

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN