Sunday, December 14, 2008

MINYAK SUBSIDI UNTUK NELAYAN




KUALA LUMPUR - Susulan daripada tindakan mogok Persatuan Nelayan Pukat Tunda seluruh negara, termasuk di Kuantan semalam maka akhirnya kerajaan mula sedar akan nasib malang yang menimpa mereka itu. Begitu cepat dan pantas kerajaan bertindak. Difahamkan persatuan terbabit akan mengadakan mogok selama 3 hari bermula semalam.
Namun hari ini kerajaan telah mengumunkan harga diesel dan petrol bersubsidi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter mulai 16 Disember. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed hari ini. Dengan pelaksanaan harga baru itu, kerajaan akan menanggung tambahan perbelanjaan kira-kira RM197 juta setahun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mustapa berkata kerajaan akan terus mengekalkan bayaran elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik individu vessel perikanan dan pekerja warga Malaysia yang bekerja di atas vessel berlesen. Kerajaan juga akan mengekalkan bayaran insentif pendaratan ikan sebanyak RM0.10 sekilogram seperti yang diputuskan pada Jun lepas, katanya.
Beliau berkata penurunan harga diesel dan petrol bersubsidi akan memberi penjimatan perbelanjaan bahan bakar antara RM260 sehingga RM4,160 sebulan bergantung kepada zon tangkapan dan saiz vessel. “Penjimatan bagi vessel pukat tradisi Zon A (kawasan operasi 0 hingga lima batu nautika dari pantai) adalah sebanyak RM260 sebulan, vessel pukat tunda Zon B (lima hingga 12 batu nautika) sebanyak RM2,600 sebulan. “Vessel pukat tunda Zon C (12 hingga 30 batu nautika) sebanyak RM3,120 sebulan dan vessel pukat tunda Zon C2 (lebih 30 batu nautika) sebanyak RM4,160 sebulan,” katanya.
Mustapa berkata kerajaan juga pada 3 Nov lepas telah menambah kuota diesel dan petrol bersubsidi daripada 106 juta liter sebulan kepada 126 juta liter sebulan bagi menampung kegunaan diesel dan petrol akibat penambahan lesen vessel baru terutama lesen sampan sebanyak 15,900 buah yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. “Berikutan permohonan daripada pemilik vessel pukat tunda, kerajaan pada tarikh yang sama telah meluluskan tambahan kuota sebanyak 4,000 liter sebulan bagi setiap vessel pukat tunda Zon C dan C2,” katanya. Beliau berkata penurunan harga serta tambahan kuota diesel dan petrol bersubsidi itu sewajarnya memberi pulangan tambahan kepada nelayan daripada segi pengurangan kos dan peningkatan pendaratan ikan.
Saya sempat hadir ke salah satu piket yang diadakan oleh nelayan pukat tunda pada 13 Dec 2008 di Jeti Pendaratan Ikan LKIM Batu Maung.
Apabila saya sampai disana terus disapa oleh anggota SB. Mak oooiii ramai benor SB kat situ. Banyak yang ditanya oleh pegawai SB berpangkat ASP disitu . Mereka seolah fobia dengan piket @ demo. Hehehe...Bukan saya yang jadi kepala.


Majoriti yang terlibat dari kalangan tauke bot dan awak-awak (pekerja) bot terlibat. Memang perit apabila mendengar cerita mereka tentang kos yang terpaksa ditanggung takkala ke laut. Susah nak bayangkan pulak hal nelayan pantai yang hanya mengharapkan enjin berkuasa 30 @ 60 kuasa kuda dan pukat yang terhad mencari rezeki di kawasan pantai.Khabarnya udang dan ikan di kawasan pantai Pulau Pinang telah berkurangan secara mendadak. Ada yang mendakwa kekurangan hasil tangkapan adalah kerana kerja penambakan laut dan pembuangan sisa penambakan dari kerja perlebaran jambatan Pulau Pinang. Betul ka??? Badan berkaitan kena ambil serius benda ni sebelum nelayan pantai pulak tak mau dah ke laut..........


Sebelum pulang saya sempat bertemu dengan pengurus Jeti Pendaratan Ikan. Warak....Bekas pegawai MRN- Malaysia Royal Navy- Kapten Z banyak bercerita tentang ekonomi dan mengaitkan dengan Al-Quran. Alhamdullillah dapat la skit ilmu agama selepas dari berpiket...heheheh


No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN