Thursday, January 8, 2009

Prof Ungku Aziz meletakkan jawatan sebagai Pengerusi ANGKASA selepas 30 tahun




Prof Diraja Ungku Aziz telah meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua (YDP) Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) berkuatkuasa semalam (7/1/09) setelah menerajui badan itu selama lebih 30 tahun. Beliau mengumumkan nya hari ini dan menegaskan pendirian menolak pencalonan sebagai YDP pada persidangan kebangsaan tahunan Angkasa yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini.
Prof Diraja Ungku AzizAngkasa ditubuhkan pada 1971, mewakili kira-kira 5,000 koperasi yang mempunyai keanggotaan berjumlah kira-kira enam juta orang dan aset bernilai kira kira RM47 bilion. Untuk pengetahuan umum, Angkasa ditubuhkan adalah dari cetusan Idea Ungku Aziz sendiri. Bukan itu sahaja, beliau juga adalah pencetus idea penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Akademi Islam Universiti Malaya (UM), Pusat Asasi Sains dan Kedai Buku Koperatif UM. Aku hairan juga mengapa fakta ini tidak di'highlight'kan dalam media massa.Aku pasti Ungku Aziz berbuat demikian kerana terasa hati disebabkan kenyataan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi Datuk Yidris Abdullah yang meminta Ungku Aziz supaya meletak jawatannya sebagai YDP Angkasa berikutan perkembangan yang berlaku dalam badan koperasi itu sejak akhir-akhir ini. Kenyatan itu dibuat semalam iaitu hari yang sama Ungku Aziz meletak jawatan.Yidris juga dilaporkan berkata bahawa perkembangan yang berlaku itu menyebabkan anggota-anggota Angkasa berasa telah dikhianati kerana tidak dimaklumkan mengenai pindaan yang dibuat ke atas Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dikuatkuasakan mulai 1 Jan tahun lepas.Aku berpendapat, ada sesuatu yang tidak kena yang ingin menjadikan Ungku Aziz sebagai 'kambing hitam'. Ambil contoh seperti yang didakwa Yidris, Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang dikatakan dipinda dan dikuatkuasakan tanpa dimaklumkan kepada anggota. Kami ditempat kerja ada Kelab yang dianggotai oleh majoriti pekerja dan berjumlah lebih kurang 350 orang ahli. Untuk meminda undang - undang kecil kelab pun pihak AJK Kelab mesti menunggu mesyuarat agong atau memanggil mesyuarat tergempar @ mesyuarat luarbiasa dan mesti kena cukup korum ia itu 1/2 dari jumlah keahlian. Undang - undang hanya boleh dipinda apabila 2/3 dari ahli-ahli yang hadir memberi persetujuan. Oleh itu dalam konteks ANGKASA, adalah tidak munasabah langsung yang Ungku Aziz boleh secara individu memainkan peranan untuk melulus dan menguatkuasakan akta yang dipinda.Apa yang menarik ialah pada 23 Oktober serta 18 November lepas, selaku Yang Dipertua (YDP) Angkasa, Ungku Aziz telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengenai dakwaan penyelewengan kewangan dalam Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (Angkasa) dan juga mendakwa konspirasi Hotel Concorde iaitu dakwaan percubaan untuk menjatuhkan beliau sebagai YDP Angkasa dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan yang terperinci yang diharap dapat membersihkan nama beliau, tetapi siasatan masih belum diselesaikan sehingga sekarang.Lagi amat menarik ialah pada persidangan kebangsaan tahunan Angkasa yang akan berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Putrajaya (PICC) Sabtu ini (10/1/09), Datuk Yidris Abdullah akan mencabar Profesor Diraja Ungku Aziz bagi merebut jawatan Yang Dipertua (YDP) Angkasa. Apabila Ungku Aziz letak jawatan maka laluan makin lah mudah kan. Antara yang turut bertanding ialah bekas Menteri Besar Pahang, Datuk Rahim Bakar. Kepada pembaca semua, anda bebas membuat andaian sendiri, tapi bagi aku, kesian Ungku Aziz diperlakukan begitu.Aset ANGKASA bernilai kira kira RM47 bilion, banyak tuuuuuu...dapat kat aku 1% pun jadi le....Sekian

1 comment:

Fendy2177 said...

Apalah nasib ANGKASA jika orang politik tu campur tangan atau ambil alih nanti. Orang politik golongan tu memang bernafsu besar.

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN