Wednesday, January 28, 2009

Terkini- Tim Speker Dewan Undangan Negeri Perak Hilang - Malaysiakini

'Kehilangan' mengejut timbalan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Hee Yit Fong hari ini telah mencetuskan spekulasi kemungkinan besar beliau melompat menyertai MCA.Hee, 46, adalah Ahli Dewan Undangan DAP bagi Jelapang.Difahamkan beliau gagal menghadiri satu majlis anjuran negeri dan parti itu baru-baru ini. Beliau juga tidak menghadiri mesyuarat yang dipengerusikan oleh Mentri Besar Datuk Mohamad Nizar Jamaluddin pagi ini.Usaha untuk menghubungi beliau bagi mendapatkan komennya melalui telefon bimbitnya juga tidak berjaya.Sumber-sumber berkata Hee akan menghadiri satu majlis anjuran MCA di Ipoh malam ini.Desas-desus bahawa Hee akan melompat meninggalkan DAP bukan perkara baru. Ia telah diperkatakan sejak bulan Mei tahun lalu. Hee bagaimanapun sehingga ini kekal bersama DAP dan Pakatan Rakyat.Memang telah menjadi pengetahuan umum bahawa Hee tidak sehaluan dengan pemimpin DAP Perak, terutama pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN