Tuesday, December 23, 2008
Israeli assault on Hamas kills more than 200 people
Shabery Cheek "Kufur"@Ingkar@Kafir..! - malaysiakini
"Wanita itu yang berusia dalam lingkungan 20-an ada berjumpa dengan saya untuk meminta pertolongan bagi membersihkan nama serta identitinya yang digunakan dalam sebuah laman blog menghina Nabi Muhammad S.A.W," katanya kepada pemberita di majlis perasmian Nur Sejahtera peringkat Parlimen Kemaman hari ini.
"Dia memohon bantuan RTM supaya menghebahkan perkara itu kerana laman blog yang turut mengandungi mesej serta ucapan Deepavali berbaur penghinaan terhadap penganut agama Hindu itu bukan dilakukan oleh dirinya dan telah menjejaskan nama baik dirinya serta syarikat tempat dia bekerja.
"Saya telah minta RTM muat cerita itu untuk mengingatkan orang ramai yang menerima kad ucapan dari laman blog itu supaya berhati-hati dan membuat laporan polis," katanya.Aku ada beberapa soalan yang nak aku ajukan pada "Pengkhianat" ni.Soalan pada kenyataan no 1 diatas - wanita berkenaan telah bertemu Shabery DUA MINGGU LEPAS, tetapi kenapa setelah 2 minggu tiada apa-apa tindakan dari Shabery keatas permintaan wanita berkenaan?Ini kenyataan pertama dari Shabery yang buat darah aku naik atas kepala hotak. dalam tempoh 2 minggu lepas sehingga blog berkenaan dipublish di[sini], aku tak nampak apa-apa tindakan pun dari Shabery yang boleh menyelesaikan masalah berbangkit. apa yang aku nampak ialah, tak ada apa-apa tindakan dari kementerian penerangan atau mana-mana media perdana berkenaan isu ini sedangkan didalam setengah-setengah yahoogroups, isu ini terlalu mendapat tempat dan menjadi perbincangan hangat.Apa yang sebenarnya berlaku sepanjang 2 minggu ini ialah, media perdana yang berada dibawah kementerian penerangan pimpinan Shabery terlalu sibuk memutar belit isu hudud, cuba melaga-lagakan parti-parti pembangkang dan juga cuba untuk mengganggu perpaduan antara kaum dean agama di Malaysia dengan isu hudud tanpa cuba menjelaskan apa itu hudud kepada rakyat Malaysia.Dalam masa 2 minggu ini, langsung tidak ada usaha dari kementerian penerangan pimpinan Shabery untuk menyelesaikan aduan dan permintaan wanita terbabit yang dianiaya.Jelas disini, Shabery telah mengkhianati kesucian agama Islam dengan membiarkan perkara ini berlaku (didalam pengetahuannya) tanpa diambil sebarang tindakan dan usaha untuk memulihkannya.Bukan Islam Sahaja Yang Dihina.Aku juga mendapat banyak maklumat berkenaan kes ini dan antara yang menarik dan ada persamaan dengan kenyataan Shabery ialah -
memang sah bukan adibah punya kerja, saya dah call majikan dia auto bavaria dan sahkan, budak ni dianiaya, orang tu hantar kad deepavali siap print gambar dia hantar pada branch auto bavaria, persatuan india dan client india dengan ucapan wishing u and ur paria family a happy deepavali. then hantar kad sama to many clients kata they all menang lucky draw bmw.
dia buat account adibah44@gmail.com and facebook adibah ahmad. account adibahsunyi at friendster dah kena block sebab dia dah buat police report dekat 4 kali. report to mcmc pun dah buat, tapi still no aciton taken yet sebab tak boleh trace.Pada bahagian yang aku boldkan tu, jelas dekat situ ada usaha melaga-lagakan penganut agama Islam dan Hindu disitu dan pada kenyataan Shabery juga ada dianyatakan perihal kad ucapan tersebut.Persoalannya ialah, apakah yang Shabery lakukan untuk menghindari perasaan syak wasangka dan salah sangka penerima kad ucapan tersebut dengan "pengirim" yang dianiaya?Adakah Shabery sengaja mendiamkan perkara ini dengan harapan supaya timbulnya perselisihan faham antara kaum dan agama di Malaysia atau mungkinkah ada dalang disebalik perkara ini yang sengaja mereka-reka isu ini supaya berlaku ketidak stabilan di Malaysia?Shabery perlu perjelas perkara ini kepada umum dan apa yang aku lihat dan terfikir buat masa ini ialah, Shabery langsung tidak layak untuk memegang jawatan menteri penerangan kerana terbukti Shabery telah gagal menunaikan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepadanya.Udang Sebalik Batu?Setelah aku amat-amati perkara ni, aku macam terfikir akan ada udang sebalik batu dibelakang semua ni.Aku pelik kenapa lepas 2 minggu aduan dibuat pada menteri penerangan, sekurang-kurangnya 4 laporan polis dibuat - langsung tidak ada feedback dari ke 2-2 badan tersebut.Tiada kenyataan bertulis rasmi atau tidak rasmi dari pihak media setelah dimaklumkan oleh pengadu supaya dihebahkan duduk sebenar perkara tersebut demi membersihkan kembali namanya yang dianiaya.Tiada juga kenyataan bertulis rasmi atau tidak rasmi yang menjelaskan kepada penerima-penerima kad ucapan tersebut di media setelah aduan dibuat oleh pihak yang dianiaya sebaliknya aku difahamkan bahawa pihak autobavaria terpaksa mengambil inisiatif sendiri menghubungi pelanggan-pelanggan menjelaskan perkara sebenar.Apa fungsi kementerian penerangan sebenarnya? menerangkan sesuatu yang benar atau mengadu domba memainkan sentimen perkauman, keagamaan dan juga menimbulkan suasana tidak stabil antara kaum dan agama?Apakah Shabery rasa soal menghina agama Islam ini tidak penting untuk diselesaikan berbanding dengan soal memutar belit hudud?Shabery "Kufur"@Ingkar@Kafir..!Yang ni memang aku tak boleh kompromi.bagi aku, jelas sangat-sangat bahawa Shabery tergolong dalam golongan orang-orang yang "kufur" sebab tidak cuba untuk melindungi seorang perempuan Islam yang dianiaya oleh orang yang tidak beragama padahal dengan jawatan yang dipegangnya, Shabery mampu untuk menyelamatkan seorang perempuan Islam dari fitnah dan wasangka terhadap saudara seagamanya sendiri.Akibat dari ke"kufur"an Shabery, perempuan Islam yang dianiaya oleh seorang yang tidak beragama, telah dinista dan dicaci oleh bukan seorang dua, malah mungkin mencecah berjuta-juta orang Islam kerana tiada usaha dari seorang menteri yang Kufur untuk membersihkan nama perempuan Islam tersebut dari fitnah padahal menteri ini memang mampu untuk melakukannya.Lebih menyerlah kekufuran Shabery ialah apabila media perdana dibawah kementeriannya saling berlumba memainkan isu hudud dan langsung tidak ada usaha untuk menerangkan apa itu hudud kepada Rakyat Malaysia...kalaupun kau tak suka hudud dilaksanakan di Malaysia, sebagai seorang Islam apa salahnya kau terangkan apa itu hudud kepada yang tidak faham? kau kan pegang portfolio "Menteri Penerangan".Susah sangat ke kau nak laksanakan tanggungjawab kau pada agama kau dan susah sangat ke kau nak laksanakan amanah yang diberi ataupun kau memang seorang yang "kufur"???Shabery WAJIB letak jawatan...!!!Korang perasan tak kenyataan Shabery -
"Sementara itu, Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, Wanita yang gambar serta identitinya digunakan dalam sebuah laman blog yang artikelnya menghina Nabi Muhammad S.A.W, mendakwa, laman blog tersebut bukan miliknya sebaliknya disalahgunakan pihak lain yang tidak diketahui motifnya.
Ahmad Shabery berkata wanita berkenaan membuat pengakuan tersebut dalam pertemuannya dengan beliau dua minggu lepas dan meminta RTM menyiarkan tentang perkara tersebut untuk membersihkan namanya.Korang tau tak kenapa aku boldkan ayat dekat atas tu?Sebenarnya "blog" tu baru je dibuka pada 24hb. Disember, 2008. maknanya tak sampai seminggu pun usia blog tu... macam mana Shabery boleh cakap "dalam pertemuan 2 minggu lepas???"Apa sebenarnya di"belakang tabir" isu hina Rasulullah ni? adakah "Director"nya adalah orang yang sama yang mengarah filem "Say Fool meets Najib"???Entahhh...*
SELAMAT MENYAMBUT MA'AL HIJRAH 1430 (29 December 2008
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."Peristiwa-peristiwa penting:
18. Allah menjadikan alam.
KEMANGKATAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) pada kira-kira pukul 11.45 pagi ini. Baginda berusia 86 tahun.Katanya jenazah Almarhum baginda akan ditempatkan di Dewan Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah untuk penghormatan terakhir daripada kerabat Diraja, pemimpin dan orang ramai. Istiadat pengebumian jenazah Almarhum baginda akan diadakan pada hari Isnin selepas solat asar.AL-FATIHAH...
Kenyataan Media ISU MP KAPAR
Saya ingin menggesa dan merayu kepada semua pemimpin Pakatan agar berhenti mengemukan perbezaan serta pertentangan mereka melalui media, terutama yang dikuasai parti pemerintah BN. Ini termasuk MB Selangor serta MP Kapar dan juga Speaker Selangor serta MP Kelang.Merka harus duduk berbincang dan mencari jalan penyelesaian secara dalaman. Ada beberapa saluran dan prosedur bagi berbuat demikian.Oleh kerana Presiden, Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Umum, Sdr Anwar Ibrahim berada di laur negara sehingga 6hb Januari, saya akan memanggil mesyuarat Biro Politik hari Rabu ini, untuk membincang semua perkara berkatan dan mencari penyelesaian.Masalah ancaman MP Kapar hendak keluar dari PKR sudah terlalu dibesar-besarkan oleh sesetengah media yang dikuasai oleh part pemerintah. Mereka menyelewengkan sesetengah kenyataan pemimpin Pakatan untuk menunjukkan gabungan itu berpecah.Memang jelas, tujuan mereka ialah untuk menarik perhatian awam dari kemelut dalam BN dan juga parti-parti komponen utmanya, terutama sekali menjelang pilihanraya kechil Kuala Terengganu.
Dr Syed Husin AliTimbalan Presiden PKR (husinsa23@yahoo.com)
28 Disember 2008
SAMPAI BILA ??? PALESTIN TERUS DERITA
Suami, isteri dan Jin
Sehinggalah satu pukulan yang kuat, telah memecahkan satu cermin tingkap banglo lama berdekatan.
” Kan I dah bagi tau u, berhati hati, sekarang kita terpaksa ke rumah banglo itu dan memohon maaf kepada tuan rumah ” Marah si suami kepada isteri.
Pasangan suami isteri tersebut pun berjalan ke arah banglo tersebut. Sebaik tiba,mereka mengetuk pintu.kedengaran satu suara dari dalam rumah.
” Masuk ” !!!
Sebaik pintu di kuak, mereka dapat melihat persekitaran di dalam rumah yang begitu antik. Perhiasan dalaman dan perabot adalah dari jenis lama dan antik. Mata mereka tertumpu pada tingkap kaca yang pecah dan bertaburan.terdapat juga sebuah pasu antik pecah berderai. Sebiji botol kaca terbaring di atas lantai, tetapi tidak pecah. Kelihatan seorang lelaki duduk di atas sofa membelakangi mereka.
“Kamukah yang memecahkan tingak rumah saya ?” Tanyanya dalam keadaan yang bergetar..
” Errrrrrrr, iya encik. Kami minta maaf.kami tidak sengaja.” Jawab si suami takut takut.
“Ohh,tidak perlu minta maaf.malah,saya ingin berterima kasih kepada kamu berdua. Sebenarnya saya adalah jin yang terperangkap di dalam botol itu beribu tahun lamanya.” Ujar lelaki itu sambil menunding ke arah botol.
Suami dan isteri itu kelihatan terkejut. Kemudian, lelaki yang mengaku dirinya jin itu berdiri dan mengadap pasangan tersebut. Orangnya berpakaian kemas,berbadan tegap dan berusia dalam lingkungan 40an.
” Kerana kamu berdua,saya sekarang sudah bebas.kamu berdua layak dan berhak mendapat 3 permintaan. Saya akan bagi 1 permintaan setiap seorang dan jika kamu tidak kisah, permintaan ke 3 untuk saya sendiri.”
” Wow,ini sudah bagus!!” Teriak si suami keriangan.” Saya mahu setiap tahun 10 juta USD sepanjang hidup saya ”
” Tidak ada masalah,sekurang kurangnya saya menjamin hidup kamu mewah. Saya juga menjamin hidup kamu panjang dan sihat selamanya ”
” Dan kamu pula wahai wanita muda? Apa yang kamu inginkan “Tanya si jin kepada si isteri pula.
” Saya mahukan sebuah rumah yang cantik bersama pembantu rumah di setiap negara di dunia ini.”Ujar si isteri dengan wajah berseri seri.
” Anggap sahaja permintaan kamu telah ditunaikan, malahan rumah kamu terselamat daripada sebarang bencana.” Ujar si jin
Kemudian,pasangan itu pula bertanya kepada si jin. ” Apakah pula permintaan kamu wahai si jin ”
” Oleh kerana saya sudah terperangkap di dalam botol selama beribu tahun lamanya, permintaan saya cuma ingin tidur bersama anda berdua “Ujar si jin.
mereka terperanjat, si suami menoleh kepada isteri dan berbisik….” yang, U tahukan kita dah ada kekayaan yang dia tunaikan tadi, so apa pendapat U”
si isteri berfikir sejenak,” Betul tu,I rasa dengan kekayaan yangtelah dia berikan kepada kita, I tak kisah.tapi U ok ke yang ”
” U tahukan I sayangkan U selama ini ” Ujar si suami tenang.tapi jika I di tempat U,I buat perkara yang sama.
Setelah mendapat persetujuan bersama, mereka bertiga naik ke tingkat atas rumah dan menghabiskan masa petang itu dengan bercengkerama sepuas puasnya.Setelah hampir empat jam, si jin duduk mengadap wajah si suami dan isteri yang kelihatan keletihan,lalu bertanya,” berapakah umur kalian berdua ”
” Kenapa?Kami berdua sama sama berusia 35 tahun” jawab pasangan itu girang………..
” Betul 35 tahun? Dalam usia 35 tahun pun kamu berdua masih percaya dengan jin di dalam botol ke?”Kata si jin……………………………… ?????????????????
PENGAJARANNYA :
- Berfikirlah sebelum membuat sesuatu keputusan yang besar di dalam hidup.
- Takala ramalan ekonomi di jangka meleset tahun hadapan, usah terlalu cepat terpengaruh dengan pelbagai tawaran yang datang.
- Usah korbankan apa yang anda ada untuk sesuatu yang belum pasti, kelak anda yang berputih mata.
- Pastikan apa yang di kejar dan di usahakan berbaloi dengan usaha anda.
- Jutawan segera? Jangan percaya dengan pelbagai skim yang ada. Tiada kekayan yang datang dengan mudah.
Dipetik dari:http://www.rentaprevolusi.com/
DIFFICULT QUESTIONS AND INTELLIGENT ANSWERS! HAHAHAHA
Q.How can you drop a raw egg onto a concrete floor without cracking it?
A. Concrete floors are very hard to crack! (UPSC Topper)
Q.If it took eight men ten hours to build a wall, how long would it take four men to build it?
A. No time at all it is already built. (UPSC 23 rd Rank Opted for IFS)
Q.If you had three apples and four oranges in one hand and fourapples and three oranges in the other hand, what would you have?
A. Very large hands.(Good one) (UPSC 11 Rank Opted for IPS)
Q. How can you lift an elephant with one hand?
A. It is not a problem, since you will never find an elephant withone hand. (UPSC Rank 14 Opted for IES)
Q. How can a man go eight days without sleep?
A. No Probs, He sleeps at night. (UPSC IAS Rank 98)
Q. If you throw a red stone into the blue sea what it will become?
A. It will Wet or Sink as simple as that. (UPSC IAS Rank 2)
Q. What looks like half apple?
A : The other half. (UPSC - IAS Topper )
Q. What can you never eat for breakfast?
A : Dinner.
Q. What happened when wheel was invented?
A : It caused a revolution.
Q. Bay of Bengal is in which state?
A : Liquid (UPSC 33 R ank )
Interviewer said "I shall either ask you ten easy questions or one really difficult question.Think well before you make up your mind!" The boy thought for awhile and said,"my choice is one really difficult question." "Well, good luck to you, you have made your own choice! Now tell me this. "What comes first, Day or Night?"The boy was jolted in! to reality as his admission depends on thecorrectness of his answer, but he thought for a while and said, "It's theDAY sir!""How" the interviewer asked,"Sorry sir, you promised me that you will not ask me a SECONDdifficult question!"He was selected for IIM!
HEART ATTACK
You're really tired, and frustrated……
You are only five miles from the hospital nearest your home.
Unfortunately you don't know if you'll be able to make it that far
YOU HAVE BEEN TRAINED IN CPR, BUT THE GUY THAT CONDUCTED THE COURSE DID NOT TELL YOU HOW TO PERFORM IT ON YOURSELF !!!
SINCE MANY PEOPLE ARE ALONE WHEN THEY SUFFER A HEART ATTACK, WITHOUT HELP, THE PERSON WHOSE HEART IS BEATING IMPROPERLY AND WHO BEGINS TO FEEL FAINT, HAS ONLY ABOUT 10 SECONDS LEFT BEFORE LOSING CONSCIOUS
DO NOT PANIC, BUT START COUGHING REPEATEDLY AND VERY VIGOROUSLY.
A DEEP BREATH SHOULD BE TAKEN BEFORE EACH COUGH, THE COUGH MUST BE DEEP AND PROLONGED, AS WHEN PRODUCING SPUTUM FROM DEEP INSIDE THE CHEST.
A BREATH AND A COUGH MUST BE REPEATED ABOUT EVERY TWO SECONDS WITHOUT LET-UP UNTIL HELP ARRIVES, OR UNTIL THE HEART IS FELT TO BE BEATING NORMALLY AGAIN.
IT COULD SAVE THEIR LIVES !!! DON'T EVER THINK THAT YOU ARE NOT PRONE TO HEART ATTACK AS YOUR AGE IS LESS THAN 25 OR 30. NOWADAYS DUE TO THE CHANGE IN THE
LIFE STYLE, HEARTATTACK IS FOUND AMONG PEOPLE OF ALL AGE GROUPS
Anwar : Isu TKM 1- akan bertindak jika ada bukti sahih
Anwar : Isu TKM 1- akan bertindak jika ada bukti sahih
.Dari anwaribrahimblog.comsya omel menanyakan:Salam DSAI…
Apa yang hendak ditulis ialah suara kami peringkat bawah yang lebih hampir kepada rakyat…saya remaja wanita berusia 23 tahun, seorang ahli Bloggernetwork@perak berjuang untuk menjadi penahan tohmahan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, mengikuti perjuangan ini sejak berumur 13 tahun mula merasa bahang merebut kekuasaan atau pun gila kuasa di kalangan pemimpin parti ini.Bila saya berkempen untuk parti ini saya akan ditanya dimana ISLAMNYA parti ini, di mana benarnya laungan keramat parti ini….Mungkin saya ada jawapannya…tapi bagi yang di bawah mereka melihat rentak yang di atas…!!!Semakin hari dapat dilihat kepincangan dari soal kepimpinan baik di atas mahupun di bahagian bawah, sebagai ketua umum apakah yang dilakukan oleh DSAI dan Presiden parti untuk memperbetulkan beberapa kepincangan tersebut…Pertamanya soal TKM1 P.Pinang apakah tidak ada tindakan wajar yang perlu dilakukan, cukupkah hanya sekadar kata-kata nasihat yang acap kali diulang dan hanya dipandang remeh oleh TKM1 tersebut.Sebagai pemimpin wajarlah DS menunjukan nilai sebenar kepimpinan Islam itu sendiri…Bendunglah masalah ini sebelum terlambat…Sebagai pemimpin ISLAM takutlah hanya kepada ALLAH SWT!!! Jika DS ada pandangan dan jawapan pada soalan saya emailkan kepada saya agar yang di bawah mengerti derita yang di atas….Secara individu saya menghormati DSAI dan DSWA sebagai ibu dan bapa penggerak REFORMASI rakyat, selagi Parti ini menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman maka saya sedia berjihad untuk ISLAM dan ALLAH swt yang menjadi wadah perjuangan Parti ini..KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN…LAWAN TETAP LAWAN….ALLAH HU AKBAR….——Saudari sya omel,Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.Wassalamualaikum.ANWAR IBRAHIM.
Dicatat oleh Budak Selayang di
Siri 29 : Pembantu khas : Fairus hadir konsert untuk bertemu Agong bincang Islam
.
Pembantu khas Timbalan Ketua Menteri 1 berkata Mohammad Fairus Khairuddin hadir di konsert ‘Mamma Mia’ antara lain bertujuan untuk bertemu Yang Dipertuan Agong bagi berbincang soal agama Islam.Menurut pembantu khas yang mewakili Fairus dalam blogya, exco hal ehwal agama itu memenuhi undangan tersebut bagi mengambil peluang bertemu Agong yang turut hadir pada malam tersebut.“Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, YB ( Fairus) memenuhi undangan tersebut adalah untuk mengambil peluang bertemu dengan Yang Di Pertua Agong,” ujarnya.“Kesempatan dalam pertemuan tersebut telah dimanfaatkan untuk berbincang serba sedikit mengenai isu-isu agama Islam dan MAIPP ( Majlis Agama Islam Pulau Pinang ) yang berada di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong,” katanya.Pembantu khasnya itu menjawab soalan yang dibangitkan pengunjung blognya berhubung kehadiran Fairus ke konsert berkenaan.“Sepatutnya YB (Fairus) tidak patut pergi memandangkan ia akan mencemarkan imej YB selaku Exco Agama, lagipun tarian yang dipaparkan amat tidak sesuai dengan budaya Malaysia, lebih teruk dari tarian i-Dance di Pulau Pinang,” katanya“Patutlah YB tidak pernah membuat kenyataan tentang i-Dance seperti yang dibantah (Dewan Pemuda) PAS Pulau Pinang,” ujarnya lagi.Difahamkan pembantu khas tersebut baru memulakan tugas menggantikan Farid Wajdi yang meletakkan jawatan baru-baru ini.Fairus yang juga exco hal-ehwal agama gagal menyelesaikan masalah berhubung perlantikan Yang Dipertua MAIPP yang kini masih disandang oleh Adun (BN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya.Kegagalan itu turut membantutkan perancangan urusan agama Islam negeri ini, termasuk perlantikan jawatankuasa masjid yang masih di bawah bidang kuasa MAIPP.Pentadbiran Jabatan Agama Islam juga sering terganggu ekoran ‘sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda.’Pulau Pinang satu-satunya negeri Pakatan Rakyat yang terpaksa mengekalkan Adun BN sebagai Yang Dipertua Majlis Agama.Agong membuat keputusan mengekalkan Shabudin sehingga Disember 2009 selepas Fairus gagal menyakinkan baginda dalam isu perlantikan AJK MAIPP.Pertemuan rasmi dengan Agong diadakan sebanyak dua kali selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang Mac lalu.“Baginda dipercayai membuat keputusan tersebut setelah tidak yakin dengan kemampuan Fairus setelah menyelidiki latar belakang Fairus yang sebenarnya,” jelas sumber.Bagaimanapun keputusan itu dikaji semula dengan campur tangan daripada Pengerusi keADILan Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohd Hashim.Kata sepakat telah diperolehi di mana Shabudin bersetuju melepaskan jawatan, sepatutnya pada Oktober lalu dan digantikan dengan Pensyarah Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Ustaz Alias Zakaria.Persetujuan juga dicapai untuk melantik tiga orang Lembaga Pengarah MAIPP daripada kalangan pemimpin Umno.Namun persetujuan tersebut tidak terlaksana kerana Fairus gagal bertindak seperti yang dirancang.Fairus kemudian menutup kelemahannya dengan menuding jari kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi yang dituduh campurtangan dalam urusan pelantikan YDP MAIPP.
SARAWAK BUMI KENYALANG
Sampai di Lapangan Terbang Kuching, kami disambut oleh S/Usaha Perhubungan Keadilan Sarawak, Sdr Pie. Check in di hotel Regal Court berhampiran dengan Pasar Minggu Satok. Makan malam bersama dengan Tim Pengerusi Perhubungan Negeri Pak Wan. Hidangan Seafood memenuhi selera aku.
Petangnya kami bertolak ke Kg Semara dalam DUN Sadong Jaya. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam melalui jalanan berliku. Alhamdullilah sampai disana ketika Azan Maghrib berkumandang. Selepas Solat kami dihidangkan makan malam dengan menu kari ikan semilang. Tepat 8.30 malam program ceramah dimulakan. PBB iaitu parti komponen BN telah mengadakan program ceramah agama di masjid berhampiran bertujuan mengsabotaj program ceramah yang telah dijadualkan lebih awal. Sambutan amat mengalakan. Rupa-rupanya ini merupakan tempat berkampung kawan-kawan keadilan Tanjong ketika pilihanraya DUN Sarawak tahun 2006. Ramai kawan-kawan lama YB Abd Malik dan geng Tanjong hadir dalam program ini. Semua yang menyertai rombongan diwajibkan berceramah. 1100pm, prog selesai dan kami berpelukan dengan penduduk kampung sebelum meninggalkan kampung tersebut.
Monday, December 22, 2008
TRIP ke Sarawak
Wednesday, December 17, 2008
Kembali ke Rahmatullah :Allahyarham Nasir P.Ramlee
Renungan: Bengkoknya Wanita
"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.""Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia.""Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!""Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje.""Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu.""Apa maksud sebenar Hadis tu?""Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."
"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?""Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. ""Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.""Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar.""Hmm, betul tu Naim.""Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."
"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar.""Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini...
Bloggersnetwork@Penang
Tarikh: 8-Januari-2009
Masa: 2 pm
Tempat: Pejabat YB Hj. Abd Malik Kassim, Tingkat 53 KOMTAR
Semua blogger terutama di Pulau Pinang dijemput hadir. Sila sahkan kehadiran anda dengan menghantar email ke rizaltahir@gmail.com.
Tuesday, December 16, 2008
Tauge dikatakan mampu menyumbang kepada kesuburan lelaki dan wanita.Pengambilan tauge oleh kaum lelaki mampu membuatkan sperma yang dihasilkan oleh golongan ini makin baik. Begitu juga wanita, ia cukup berkesan membantu kesuburan telur yang dihasilkan.Bagaimanapun, khasiat tauge tidak sekadar penyumbang kesuburan, ia juga terbukti melalui kajian mengandungi bahan yang dapat melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan juga penyakit leukimia.
Mengikut kajian yang dijalankan tauge sama ada dari jenis kacang hijau, alfalfa dan sebagainya mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin (canavanine), sejenis asid yang amino. Kanavanin, dukatakan mampu melumpuhkan bibit kanser leukimia, usus besar dan pankreas. Selain itu, tauge juga mempunyai estrogen semulajadi berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Estrogen dalam tauge dapat meningkatkan kepadatan dan susunan tulang, serta mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).
Pengambilan tauge oleh wanita secara kerap dapat membantu mereka menghindar mereka dari kanser payudara, gangguan menjelang menstruasi,simptom pra-menopaus, dan gangguan akibat menopaus. Sewaktu kacang-kacang dicambahkan untuk dijadikan tauge secara umum kadar saponinya meningkat sehingga 450 peratus. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung, gara-gara kadar lemak darah yang tinggi dianjurkan lebih banyak mengambil tauge dalam menu harian mereka. Saponi dalam tauge, menghalau “lemak jahat” LDL, tanpa mengganggu kandungan lemak baik HDL.
Selain sarat DNA, tauge padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA. Pelindungan ini menguatkan kesimpulan tauge merupakan sayuran yang membuat anda menjadi lebih muda. Satu lagi khasiat tauge yang tidak kurang hebat adalah membantu membuang kotoran dalam usus besar kerana mengandungi banyak serat dan air. Inilah yang menjadi tunjang utama tauge dalam memerangi sel kanser.
Apabila kotoran segera meniggalkan usus besar, tiada lagi zat-zat racun dalam kotoran yang yang dapat diserap tubuh. Ia akan mencegah pengumpulan bahan beracun yang dapat merangsang berseminya benih kanser. Selepas membaca kebaikan sayur tauge janganlah ragu-ragu lagi untuk mengambilnya.
MENGAPA HAIWAN DISEMBELIH
Dari Blog: http://ambuyatel-binangkit.blogspot.com
Sunday, December 14, 2008
MINYAK SUBSIDI UNTUK NELAYAN
Namun hari ini kerajaan telah mengumunkan harga diesel dan petrol bersubsidi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter mulai 16 Disember. Kenyataan ini telah dikeluarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed hari ini. Dengan pelaksanaan harga baru itu, kerajaan akan menanggung tambahan perbelanjaan kira-kira RM197 juta setahun, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mustapa berkata kerajaan akan terus mengekalkan bayaran elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik individu vessel perikanan dan pekerja warga Malaysia yang bekerja di atas vessel berlesen. Kerajaan juga akan mengekalkan bayaran insentif pendaratan ikan sebanyak RM0.10 sekilogram seperti yang diputuskan pada Jun lepas, katanya.
Beliau berkata penurunan harga diesel dan petrol bersubsidi akan memberi penjimatan perbelanjaan bahan bakar antara RM260 sehingga RM4,160 sebulan bergantung kepada zon tangkapan dan saiz vessel. “Penjimatan bagi vessel pukat tradisi Zon A (kawasan operasi 0 hingga lima batu nautika dari pantai) adalah sebanyak RM260 sebulan, vessel pukat tunda Zon B (lima hingga 12 batu nautika) sebanyak RM2,600 sebulan. “Vessel pukat tunda Zon C (12 hingga 30 batu nautika) sebanyak RM3,120 sebulan dan vessel pukat tunda Zon C2 (lebih 30 batu nautika) sebanyak RM4,160 sebulan,” katanya.
Mustapa berkata kerajaan juga pada 3 Nov lepas telah menambah kuota diesel dan petrol bersubsidi daripada 106 juta liter sebulan kepada 126 juta liter sebulan bagi menampung kegunaan diesel dan petrol akibat penambahan lesen vessel baru terutama lesen sampan sebanyak 15,900 buah yang akan dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan. “Berikutan permohonan daripada pemilik vessel pukat tunda, kerajaan pada tarikh yang sama telah meluluskan tambahan kuota sebanyak 4,000 liter sebulan bagi setiap vessel pukat tunda Zon C dan C2,” katanya. Beliau berkata penurunan harga serta tambahan kuota diesel dan petrol bersubsidi itu sewajarnya memberi pulangan tambahan kepada nelayan daripada segi pengurangan kos dan peningkatan pendaratan ikan.