Tuesday, December 23, 2008

Anwar : Isu TKM 1- akan bertindak jika ada bukti sahih









Anwar : Isu TKM 1- akan bertindak jika ada bukti sahih
.Dari anwaribrahimblog.comsya omel menanyakan:Salam DSAI…
Apa yang hendak ditulis ialah suara kami peringkat bawah yang lebih hampir kepada rakyat…saya remaja wanita berusia 23 tahun, seorang ahli Bloggernetwork@perak berjuang untuk menjadi penahan tohmahan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, mengikuti perjuangan ini sejak berumur 13 tahun mula merasa bahang merebut kekuasaan atau pun gila kuasa di kalangan pemimpin parti ini.Bila saya berkempen untuk parti ini saya akan ditanya dimana ISLAMNYA parti ini, di mana benarnya laungan keramat parti ini….Mungkin saya ada jawapannya…tapi bagi yang di bawah mereka melihat rentak yang di atas…!!!Semakin hari dapat dilihat kepincangan dari soal kepimpinan baik di atas mahupun di bahagian bawah, sebagai ketua umum apakah yang dilakukan oleh DSAI dan Presiden parti untuk memperbetulkan beberapa kepincangan tersebut…Pertamanya soal TKM1 P.Pinang apakah tidak ada tindakan wajar yang perlu dilakukan, cukupkah hanya sekadar kata-kata nasihat yang acap kali diulang dan hanya dipandang remeh oleh TKM1 tersebut.Sebagai pemimpin wajarlah DS menunjukan nilai sebenar kepimpinan Islam itu sendiri…Bendunglah masalah ini sebelum terlambat…Sebagai pemimpin ISLAM takutlah hanya kepada ALLAH SWT!!! Jika DS ada pandangan dan jawapan pada soalan saya emailkan kepada saya agar yang di bawah mengerti derita yang di atas….Secara individu saya menghormati DSAI dan DSWA sebagai ibu dan bapa penggerak REFORMASI rakyat, selagi Parti ini menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kezaliman maka saya sedia berjihad untuk ISLAM dan ALLAH swt yang menjadi wadah perjuangan Parti ini..KALAU TAKUT DENGAN RISIKO JANGAN BICARA SOAL PERJUANGAN…LAWAN TETAP LAWAN….ALLAH HU AKBAR….——Saudari sya omel,Jazakallah..dan kami menerima baik teguran saudari. Kami juga dihujani dengan pelbagai kritikan dalam hal yang sama, sebahagiannya dianggap munasabah tetapi terdapat juga tohmahan melulu.Permasalahan tersebut ditangani sebaiknya, namun harus adil dan berhikmah. Tanpa kecuali semua pemimpin akan dipertanggugjawabkan. Maka inshaallah kami akan bertindak seandainya terdapat bukti sahih salahlaku atau kecuaian siapa saja.Wassalamualaikum.ANWAR IBRAHIM.
Dicatat oleh Budak Selayang di






(Bukti berkenaan TKM 1 akan diantar kepada DSAI sedikit masa lagi- Sumber dari kelab bekas PA TKM 1 Penang)





Siri 29 : Pembantu khas : Fairus hadir konsert untuk bertemu Agong bincang Islam
.
Pembantu khas Timbalan Ketua Menteri 1 berkata Mohammad Fairus Khairuddin hadir di konsert ‘Mamma Mia’ antara lain bertujuan untuk bertemu Yang Dipertuan Agong bagi berbincang soal agama Islam.Menurut pembantu khas yang mewakili Fairus dalam blogya, exco hal ehwal agama itu memenuhi undangan tersebut bagi mengambil peluang bertemu Agong yang turut hadir pada malam tersebut.“Untuk pengetahuan pihak tuan/puan, YB ( Fairus) memenuhi undangan tersebut adalah untuk mengambil peluang bertemu dengan Yang Di Pertua Agong,” ujarnya.“Kesempatan dalam pertemuan tersebut telah dimanfaatkan untuk berbincang serba sedikit mengenai isu-isu agama Islam dan MAIPP ( Majlis Agama Islam Pulau Pinang ) yang berada di bawah kuasa Yang Di Pertuan Agong,” katanya.Pembantu khasnya itu menjawab soalan yang dibangitkan pengunjung blognya berhubung kehadiran Fairus ke konsert berkenaan.“Sepatutnya YB (Fairus) tidak patut pergi memandangkan ia akan mencemarkan imej YB selaku Exco Agama, lagipun tarian yang dipaparkan amat tidak sesuai dengan budaya Malaysia, lebih teruk dari tarian i-Dance di Pulau Pinang,” katanya“Patutlah YB tidak pernah membuat kenyataan tentang i-Dance seperti yang dibantah (Dewan Pemuda) PAS Pulau Pinang,” ujarnya lagi.Difahamkan pembantu khas tersebut baru memulakan tugas menggantikan Farid Wajdi yang meletakkan jawatan baru-baru ini.Fairus yang juga exco hal-ehwal agama gagal menyelesaikan masalah berhubung perlantikan Yang Dipertua MAIPP yang kini masih disandang oleh Adun (BN) Permatang Berangan, Shabudin Yahya.Kegagalan itu turut membantutkan perancangan urusan agama Islam negeri ini, termasuk perlantikan jawatankuasa masjid yang masih di bawah bidang kuasa MAIPP.Pentadbiran Jabatan Agama Islam juga sering terganggu ekoran ‘sebuah kapal yang mempunyai dua nakhoda.’Pulau Pinang satu-satunya negeri Pakatan Rakyat yang terpaksa mengekalkan Adun BN sebagai Yang Dipertua Majlis Agama.Agong membuat keputusan mengekalkan Shabudin sehingga Disember 2009 selepas Fairus gagal menyakinkan baginda dalam isu perlantikan AJK MAIPP.Pertemuan rasmi dengan Agong diadakan sebanyak dua kali selepas Pakatan Rakyat mengambil alih Pulau Pinang Mac lalu.“Baginda dipercayai membuat keputusan tersebut setelah tidak yakin dengan kemampuan Fairus setelah menyelidiki latar belakang Fairus yang sebenarnya,” jelas sumber.Bagaimanapun keputusan itu dikaji semula dengan campur tangan daripada Pengerusi keADILan Pulau Pinang Datuk Zahrain Mohd Hashim.Kata sepakat telah diperolehi di mana Shabudin bersetuju melepaskan jawatan, sepatutnya pada Oktober lalu dan digantikan dengan Pensyarah Univesiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang, Ustaz Alias Zakaria.Persetujuan juga dicapai untuk melantik tiga orang Lembaga Pengarah MAIPP daripada kalangan pemimpin Umno.Namun persetujuan tersebut tidak terlaksana kerana Fairus gagal bertindak seperti yang dirancang.Fairus kemudian menutup kelemahannya dengan menuding jari kepada Perdana Menteri Abdullah Badawi yang dituduh campurtangan dalam urusan pelantikan YDP MAIPP.






No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN