
Sampai di Lapangan Terbang Kuching, kami disambut oleh S/Usaha Perhubungan Keadilan Sarawak, Sdr Pie. Check in di hotel Regal Court berhampiran dengan Pasar Minggu Satok. Makan malam bersama dengan Tim Pengerusi Perhubungan Negeri Pak Wan. Hidangan Seafood memenuhi selera aku.
Hari kedua kami bersarapan bersama Sdr Pie di restoran yang menyajikan mee sapi. Kami melawat ke sekitar Bandar Kuching serta kawasan sekitar Sungai Serawak. Tengahari kami bersama Ahli Parlimen Padungan yang juga Pengerusi Perhubungan Keadilan Sarawak Sdr Dominique Ng menikmati nasi Padang. Kemudian berkongsi pendapat melalui perjumpaan tertutup di Pusat Khidmat beliau.Petangnya kami bertolak ke Kg Semara dalam DUN Sadong Jaya. Perjalanan mengambil masa hampir 2 jam melalui jalanan berliku. Alhamdullilah sampai disana ketika Azan Maghrib berkumandang. Selepas Solat kami dihidangkan makan malam dengan menu kari ikan semilang. Tepat 8.30 malam program ceramah dimulakan. PBB iaitu parti komponen BN telah mengadakan program ceramah agama di masjid berhampiran bertujuan mengsabotaj program ceramah yang telah dijadualkan lebih awal. Sambutan amat mengalakan. Rupa-rupanya ini merupakan tempat berkampung kawan-kawan keadilan Tanjong ketika pilihanraya DUN Sarawak tahun 2006. Ramai kawan-kawan lama YB Abd Malik dan geng Tanjong hadir dalam program ini. Semua yang menyertai rombongan diwajibkan berceramah. 1100pm, prog selesai dan kami berpelukan dengan penduduk kampung sebelum meninggalkan kampung tersebut.
No comments:
Post a Comment