Wednesday, December 23, 2009

Mengapa JAIS tak tahan Syaikh Yusuf Al-Qaradawi kerana ceramah tanpa tauliah


Syarahan Qaradhawi kali ini diterjemah oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin dengan begitu baik sekali. Hampir tidak ada perkataan Qaradhawi yang tidak beliau terjemahkan.

Qaradhawi memulakan syarahan dengan merakamkan penghargaan beliau kepada kerajaan Malaysia dan kenalan baiknya DS Anwar sendiri. Beliau menghimbau kenangan pertama kali melawat Malaysia atas jemputan DS Anwar bagi membantu mengatasi kemelut UMNO pada tahun 1978. Sehingga kini beliau sudah datang menziarahi Malaysia 7 atau 8 kali.

Kemudian beliau menegaskan perjuangan membebaskan Masjid al-Aqsa. Syaikh Yusuf Al-Qaradawi pernah sebuah buku khas membicarakan tentang perjuangan mendapatlan Masjid al-Aqsa.

Hijrah

Dalam syarahan lebih satu jam ini (termasuk terjemahan), beliau membawakan beberapa pengajaran dari peristiwa hijrah Rasul. (Tiada satu pun dari pengajaran itu supaya kita berarak setiap tahun dan berselawat beramai-ramai atau berzanji/qasidah).

Beberapa pengajaran yang beliau sebut :

1. Sabar dalam perjuangan (beliau menulis buku :Al-Quran Menyuruh Kita Bersabar)

2. Membuat perancangan dan menyusun strategi untuk berdakwah

3. Di Madinah, Nabi mula mengasaskan masyarakat Islam. Qaradhawi tidak menggunakan istilah negara Islam, sebaliknya masyrakat. Beliau menegaskan masyarakat bermula dengan kumpulan (beliau menggunakan istilah jamaah). Namun dalam syarahan ini beliau tidak memberi definis yang terperinci tentang jamaah.

Beliau membawakan contoh lafaz surah Al-Fatihah yang menggunakan kata ganti ‘kami’.

4. Beliau juga membawakan perbezaan pendekatan Al-Quran (ayat) fasa Mekah dan fasa Madinah.

5. Perkara pertama yang dilakukan nabi di Madinah ialah membina masjid. Fungsi masjid di zaman nabi luas. Masjid sebagai tempat ibadah, tempat menuntut ilmu dan menyelesaikan persoalan umat.

6. Kemudian nabi mengadakan pasar, tempat berniaga sebagai alternatif kepada pasar yang dikuasai oleh golongan bukan Islam. Bukan sekadar beliau mengadakan pasar, bahkan nabi sering memantau urusniaga agar sentiasa patuh kepada syara’. Syaikh Yusuf Qaradhawi membawakan contoh, satu hari nabi menyeluk tangannya ke dalam timbunan kurma dan mendapati bahagian bawah timbunan kurma itu basah. Nabi menegaskan bahan dagangan hendaklah dikelaskan dengan gred. Yang kurang berkualiti / rosak dijual dengan harga lebih murah.

7. Persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar. Beliau membawakan contoh Abdurrahman Auf disaudarakan dengan Saad bin Rabi’.

Pada akhir syarahan (mungkin atas persahabatan beliau dengan DS Anwar) Qaradawi membawakan kisah fitnah yang menimpa Aishah. Isteri nabi itu dituduh curang oleh golongan munafik ketika tertinggal dalam satu perjalanan. Panjang lebar juga Shaikh Yusuf menjelaskan golongan munafik dan ciri-cirinya. ‘Mereka berada di kalangan kita, orang Islam’, tegas beliau.

Doa

Selepas selesai menyampaikan syarahan, beliau diminta oleh penganjur untuk mengetuai bacaan doa. Antara doa yang beliau bacakan termasuk doa untuk menutup aurat/aib dan doa untuk memenangkan orang Islam ke atas orang kuffar.

Antara yang hadir termasuk :

Tan Sri Datuk Seri Khalid Ibrahim (MB Selangor) , Dato Seri Abdul Hadi Awang (Presiden PAS), Dato Seri Anwar Ibrahim (Penasihat Ekonomi Selangor), Dato Hassan Ali (Exco agama), Datok Khusrin (Pengarah JAIS), dan Nik Nazmi (Setpol MB Selangor).

Beberapa catatan menarik

1. Syaikh Yusuf Qaradawi menjadi imam solat maghrib. Beliau membaca Surah al-Fatihah dengan membaca bismillah perlahan. Kemudian juga beliau tidak berzikir dan berdoa kuat selepas solat.

2. Selepas azan Isya’ dilaungkan beliau berdoa (doa selepas azan) tanpa menadah tangan. Saya tampilkan beberapa artikel berkaitan menandah tangan ketika berdoa. Link1, Link2.

3. Tidak pula JAIS menangkap Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi kerana mengajar tanpa tauliah atau mengajar lain dari mazhab arus perdana (meminjan istilah Uthman Muhammady). Banyak pegangan Qaradhawi yang tidak mengikut ‘arus perdana’.

4. Syaikh Yusuf Al-Qaradhawi antara orang yang dikafirkan oleh golongan Ahbash. Ahbash juga mengkafirkan Ibnu Tamiyah dan Ibnu Qayyim Al-Jawziyah. Kedua tokoh ini banyak mempengaruhi Qaradhawi. Lihat laman yang membongkar aktiviti ahbash klik1. Ironinya YADIM memberikan pandangan yang kontra tentang Ahbash.

5. Sebilangan penceramah dan ustaz dipengaruhi oleh golongan Ahbash. Antara yang dikaitkan dengan Ahbash termasuk Zamihan Al-Ghari dan Mahfuz Muhamad. Dua penceramah agama ini sangat agresif, sehinggakan pihak JAKIM sendiri berlepas diri dari tindakan Zamihan, mankala JAIS sendiri berlepas diri dari sebarang kenyaatn yang dikeluarkan oleh Mahfuz. Semoga Allah memberi petunjuk kepada mereka.

Sumber : http://pinkturtle2.wordpress.com/2009/12/22/27731/

1 comment:

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ said...

polis tak berani tahan pendakwah dunia....dgn rakyat malaysia depa berani la walaupun badan besar macam tuan punya blog..he..he...

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN