Kejadian gempa bumi yang di Padang baru-baru ini telah meragut lebih 1000 korban dan angka ini dijangka berlipat kali ganda kerana masih lebih 3000 masih tertimbus dalam runtuhan bangunan apabila kejadian gempa yang beukuran 7.6 Skala Richter telah menumbangkan lebih 11,000 bangunan di Padang dan Pariaman.
Wakil JIM di Padang melaporkan ada beberapa jalan dan jambatan yang rosak menyebabkan laluan untuk usaha menyelamat dan bantuan sukar untuk dilakukan.
Sesungguhnya ini adalah ujian dari Allah untuk penduduk di sana dan kita berdoa supaya Allah lindungi kita dari musibah ini. Kebanyakkan mereka yang terkesan dari malapetaka ini hilang segalanya - saudara-mara, rumah kediaman. pakaian dan sebagainya.
Oleh itu kami merayu pihak tuan supaya dapatlah sekiranya menghulurkan bantuan dalam bentuk wang tunai supaya pihak kami dapat membeli alatan untuk khemah perlindungan sementara, menghubungkan kembali bekalan air, membeli Gen-Set, membeli ubat-ubatan, pakaian serta bahan asasi makanan seperti beras dan sebagainya.
Sumbangan anda dalam bentuk cek boleh dialamatkan kepada Pejabat JIM Pulau Pinang:
D/a 64 Tingkat 2, Jalan Bukit Kecil 1,
Taman Seri Nibong,
11900 Pulau Pinang.
D/a 64 Tingkat 2, Jalan Bukit Kecil 1,
Taman Seri Nibong,
11900 Pulau Pinang.
Anda juga boleh menggunakan akaun ini untuk deposit terus ke dalam akaun Maybank atas nama pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pulau Pinang. Sila maklumkan kepada kami jika anda memerlukan resit.
Muhammad Bakhtiar Wan Chik (0194708811)
Abdullah Shabri (013-4884630)
Haji Taufek Abdul rahman (019-4153830)
Abdullah Shabri (013-4884630)
Haji Taufek Abdul rahman (019-4153830)
No comments:
Post a Comment