Seorang suami sedang mengajar isterinya bermain golf. Pertama kali bermain, sudah pasti si suami terpaksa mengajar si isteri pelbagai teknik berkaitan bermain golf.
Sehinggalah satu pukulan yang kuat, telah memecahkan satu cermin tingkap banglo lama berdekatan.
” Kan I dah bagi tau u, berhati hati, sekarang kita terpaksa ke rumah banglo itu dan memohon maaf kepada tuan rumah ” Marah si suami kepada isteri.
Pasangan suami isteri tersebut pun berjalan ke arah banglo tersebut. Sebaik tiba,mereka mengetuk pintu.kedengaran satu suara dari dalam rumah.
” Masuk ” !!!
Sebaik pintu di kuak, mereka dapat melihat persekitaran di dalam rumah yang begitu antik. Perhiasan dalaman dan perabot adalah dari jenis lama dan antik. Mata mereka tertumpu pada tingkap kaca yang pecah dan bertaburan.terdapat juga sebuah pasu antik pecah berderai. Sebiji botol kaca terbaring di atas lantai, tetapi tidak pecah. Kelihatan seorang lelaki duduk di atas sofa membelakangi mereka.
“Kamukah yang memecahkan tingak rumah saya ?” Tanyanya dalam keadaan yang bergetar..
” Errrrrrrr, iya encik. Kami minta maaf.kami tidak sengaja.” Jawab si suami takut takut.
“Ohh,tidak perlu minta maaf.malah,saya ingin berterima kasih kepada kamu berdua. Sebenarnya saya adalah jin yang terperangkap di dalam botol itu beribu tahun lamanya.” Ujar lelaki itu sambil menunding ke arah botol.
Suami dan isteri itu kelihatan terkejut. Kemudian, lelaki yang mengaku dirinya jin itu berdiri dan mengadap pasangan tersebut. Orangnya berpakaian kemas,berbadan tegap dan berusia dalam lingkungan 40an.
” Kerana kamu berdua,saya sekarang sudah bebas.kamu berdua layak dan berhak mendapat 3 permintaan. Saya akan bagi 1 permintaan setiap seorang dan jika kamu tidak kisah, permintaan ke 3 untuk saya sendiri.”
” Wow,ini sudah bagus!!” Teriak si suami keriangan.” Saya mahu setiap tahun 10 juta USD sepanjang hidup saya ”
” Tidak ada masalah,sekurang kurangnya saya menjamin hidup kamu mewah. Saya juga menjamin hidup kamu panjang dan sihat selamanya ”
” Dan kamu pula wahai wanita muda? Apa yang kamu inginkan “Tanya si jin kepada si isteri pula.
” Saya mahukan sebuah rumah yang cantik bersama pembantu rumah di setiap negara di dunia ini.”Ujar si isteri dengan wajah berseri seri.
” Anggap sahaja permintaan kamu telah ditunaikan, malahan rumah kamu terselamat daripada sebarang bencana.” Ujar si jin
Kemudian,pasangan itu pula bertanya kepada si jin. ” Apakah pula permintaan kamu wahai si jin ”
” Oleh kerana saya sudah terperangkap di dalam botol selama beribu tahun lamanya, permintaan saya cuma ingin tidur bersama anda berdua “Ujar si jin.
mereka terperanjat, si suami menoleh kepada isteri dan berbisik….” yang, U tahukan kita dah ada kekayaan yang dia tunaikan tadi, so apa pendapat U”
si isteri berfikir sejenak,” Betul tu,I rasa dengan kekayaan yangtelah dia berikan kepada kita, I tak kisah.tapi U ok ke yang ”
” U tahukan I sayangkan U selama ini ” Ujar si suami tenang.tapi jika I di tempat U,I buat perkara yang sama.
Setelah mendapat persetujuan bersama, mereka bertiga naik ke tingkat atas rumah dan menghabiskan masa petang itu dengan bercengkerama sepuas puasnya.Setelah hampir empat jam, si jin duduk mengadap wajah si suami dan isteri yang kelihatan keletihan,lalu bertanya,” berapakah umur kalian berdua ”
” Kenapa?Kami berdua sama sama berusia 35 tahun” jawab pasangan itu girang………..
” Betul 35 tahun? Dalam usia 35 tahun pun kamu berdua masih percaya dengan jin di dalam botol ke?”Kata si jin……………………………… ?????????????????
PENGAJARANNYA :
- Berfikirlah sebelum membuat sesuatu keputusan yang besar di dalam hidup.
- Takala ramalan ekonomi di jangka meleset tahun hadapan, usah terlalu cepat terpengaruh dengan pelbagai tawaran yang datang.
- Usah korbankan apa yang anda ada untuk sesuatu yang belum pasti, kelak anda yang berputih mata.
- Pastikan apa yang di kejar dan di usahakan berbaloi dengan usaha anda.
- Jutawan segera? Jangan percaya dengan pelbagai skim yang ada. Tiada kekayan yang datang dengan mudah.
Dipetik dari:http://www.rentaprevolusi.com/
1 comment:
hai site meter 960 nampak.... agak2 la nak ranjau 2..... hehehehe
Post a Comment