Sunday, March 29, 2009

Kemaskini dari Malaysiakini - Malaysiakini

kemaskini 11.01am Tiga pilihanraya kecil berjalan serentak hari ini bagi kawasan-kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Penamaan calon yang bermula jam 9 pagi tadi akan disahkan jam 11 nanti jika tiada bantahan. Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan calon-calon yang bertanding.

Setakat ini di Bukit Gantang, calon BN Ismail Safian (umno) berdepan dengan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Di Batang Ai, calon BN Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang dan calon bebas Johnny Chuat.

Pemimpin PKR Sarawak, Dominique Ng mendakwa calon bebas menarik diri di saat akhir dan menyokong calon parti itu.

Beliau juga mempersoalkan sama ada calon BN benar-benar melepaskan jawatannya sebagai pegawai daerah.

Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.

Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.

Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.

Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.

Ketiga-tiga pilihanraya ini diadakan serentak pada 7 April ini.

Bloggers di N25 Bukit Selambau - Malaysiakini



Pusat Operasi Kerani Opis bersama bekalan rokok kretek ,makanan ringan dan air mineral

Keadaan yang panas di sekitar pusat penamaan calon tidak menghalang tugas bloggers dari Penang iaitu Zul Mamak, Hijat Panjang, Pak Super dan Aloha untuk mencari berita serta gambar terbaik. Kerani Opis yang berpengkalan di Pusat Media meng-update berita dan gambar dari seluruh kawasan Bukit Selambau.

Pusat Media N 25 DUN Bukit Selambau - Malaysiakini




Laman rasmi PRK Bukit Selambau.

http://prkbukitselambau.blogspot.com/

Sekitar Penamaan Calon DUN Bukit Selambau - Malaysiakini












Hampir 15 ribu penyokong PR memenuhi kawasan Sek Men Teknik Sg Petani 1, manakala dalam linkungan 2 ribu orang penyokong BN hadir memberi sokongan. Dalam sejarah kerajaan Malaysia menyaksikan seramai 13 orang calon bebas menawarkan diri untuk bertanding dalam Pilihanraya Kecil kali ini. Seramai hampir 500 orang penyokong calon bebas hadir memberi sokongan kepada calon mereka.
Suasana panas dengan laungan Altantunya, perasuah dan takbir bersilih ganti memenuhi jalan menuju padang Sek Men Teknik Sg Petani 1.
Kelihatan YB Azmin Ali, YB Gobalakrisnan, YB Johari Abdul hadir mengiringi calon ke pusat penamaan. Diberitakan hanya 3 orang dari setiap parti yang bertanding dibenarkan masuk ke pejabat pendaftaran.
Turut kelihatan Sdr Mohd Sabu dari PAS dan YB Koay Teng Hai S/Usaha DAP Pulau Pinang

Pusat Media N 25 Bukit Selambau - Malaysiakini





Sungai Petani- Bukit Selambau 29 March 2009- Rombongan Bloggers dari Pulau Pinang selamat tiba di Pusat Media N 25 Bukit Selambau kira-kira jam 0120am. Rombongan disambut oleh Saiful Izham Ramli (Pengarah Pilihanraya DUN Bukit Selambau) dan Sdr Azman Nasaruddin Tim Ketua Ang Muda Negeri Kedah. Turut sama kelihatan Sdr Faris Musa Tim Ketua Angkatan Muda Pusat.
Blogger yang turut hadir ialah ALOHA, ZUL MAMAK, USOP SONTOROYO, PAK SUPER DAN KERANI OPIS. Bloggers Penang Network akan membuat liputan sempena PRK N 25 Bukit Selambau.
Untuk Kemudahan semua pihak: Bilik Operasi Media terletak di tepi jalan utama menuju ke Gurun. Jika exit Highway PLUS Sg Petani Utara, ambik kanan pada simpang pertama, ikut jalan ke arah Alor Setar sejauh kira-kira 6 KM, Selepas lampu isyarat ke-2 anda akan bertemu simpang ke Jeniang/Bukit Selambau, melepasi simpang tersebut kira-kira 50 meter di sebelah kanan anda akan bertemu deretan rumah kedai yang menempatkan pusat media.


Pengelola Pusat Media :

Rizal Tel : 016-4355488 Email: rizaltahir@gmail.com

Wednesday, March 25, 2009

Rangkuman berita dari luar negeri isu Najib - Malaysiakini

Ikuti blog ini untuk rangkuman cerita luar negeri berkenaan Najib klik disini

Tuesday, March 24, 2009

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA DARI DSAI— Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
24hb Mac 2009

Malaysia menyaksikan satu lagi kitaran kekerasan dan penindasan di bawah penguasaan Najib Razak. Belumpun secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau sudah pun sanggup bertindak keras dan zalim ke atas rakyat.

Semalam, perhimpunan yang dihadiri 10,000 rakyat terdiri daripada pelbagai bangsa, telah dihujani dengan tembakan gas pemedih mata serta semburan air kimia oleh pihak polis. Kejadian tercetus hanya selepas beberapa minit saya memulakan ucapan di Bukit Selambau. Dalam suasana gawat tersebut beberapa orang telah ditahan termasuk ketua staf pejabat saya dan beberapa Ahli Parlimen serta seorang pegawai kanan Menteri Besar Kedah.

Bagi menghalalkan tindakan zalim serta pencabulan hak rakyat malam tadi, pihak berkuasa telah mengistiharkan perhimpunan tersebut sebagai haram. Jelas ianya satu pencabulan undang-undang dimana perhimpunan tersebut telah diadakan di dalam kawasan milik persendirian.

Malam semalam kerajaan yang kini di bawah pengaruh Najib Razak telah menggunakan kuasa kuku besi bagi menyekat kebebasan dan hak rakyat. Semalam juga “Suara Keadilan” dan “Harakah” telah digantung permitnya oleh Menteri Dalam Negeri tanpa alasan yang jelas. Apa yang berlaku mutakhir ini mengingatkan kita kepada sikap dan ciri pemerintahan zalim yang pernah diamalkan beberapa tahun yang lalu, di mana pasukan polis bertindak seumpama gerombolan penceroboh. Media pula terus ditekan dan sesiapa yang ingin menyuarakan ketidakpuasan hati mereka disekat kebebasannya daripada melaporkan kebenaran melalui ugutan penahanan dan sebagainya.

Institusi pentadbiran negara dijalankan dengan cara melanggar garis sempadan undang-undang oleh mereka yang berkepentingan demi mempertahankan kekuasaannya.Sekiranya negara kembali ke era tersebut, ianya akan menyebabkan kemusnahan ke atas negara dan masyarakat antarabangsa pula akan mengecam tindakan zalim tersebut.

Ini juga jelas menunjukkan bahawa tawaran untuk berkerjasama itu adalah merupakan helah Najib semata-mata. Dua minggu lagi Malaysia sekali lagi berdepan dengan 3 pilihanraya kecil. Buat pertama kalinya kesemua pilihanraya kecil itu dijalankan serentak, penipuan dan pengundi hantu akan diupah oleh kerajaan UMNO-BN bagi menewaskan gagasan pembangkang. Namun demikian, kita tetap yakin bahawa rakyat Malaysia akan menyertai referendum ini,sama seperti yang telah ditunjukkan diPermatang pauh dan Kuala Terengganu dimana rakyat menolak penindasan yang diamalkan kerajaan sekarang. Gerakan perubahan kearah pembaharuan di Malaysia akan terus mara kehadapan dan menemui kejayaan

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang

—PRESS STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE—

24th Mac 2009

A phase of repression descended on Malaysia as Najib Razak seizes control of the reins of power, even before officially taking over as Prime Minister, and unleashes his brutality and violence on the people.

Last night, a rally of about 10,000 people from all races was mercilessly attacked by the police with tear gas and acid-laced water cannon minutes after I began my speech in Bukit Selambau. Scores of people were arrested including my chief of staff, MPs, and senior aides to the Chief Minister of Kedah.

To justify their iron hand tactics and blatant violation of the people’s fundamental liberties, the police have claimed that the rally was illegal. These are baseless claims as the event took place on private property and adhered to the rules.

Last night’s show of brute force is but the latest in a series of harsh and dictatorial action by the government under Najib against the people. Also yesterday Suara Keadilan and Harakah were banned by the Home Ministry without any justification. These events only too starkly remind us of the cruel and authoritarian style of leadership under which Malaysians suffered for many years. The police force has become a band of marauders. The press is muzzled and those who speak the truth about the abuses carried out by the ruling clique are arrested, beaten and bullied.

The institutions of governance serve the interests of an elite clique which will exceed all boundaries of the law to retain power. A return to that era would be a disaster for this country and people of conscience around the world should condemn these unscrupulous actions.

It is quite clear that despite his superficial offers for cooperation and bipartisanship, the olive branch which Najib Razak extended to the opposition early this month is really a dagger in disguise.

In two weeks Malaysians will once again return to the polls in three important by-elections. Once again all forms of trickery, cheating and bribery will be employed by the UMNO led BN government in order to defeat the opposition. But we are confident that Malaysians will register a referendum, much like they already have done in Kuala Terengganu and in Permatang Pauh, against the brutal and inhumane policies of the government. The movement for change and reform in Malaysia will push forward and will succeed.

ANWAR IBRAHIM
Opposition Leader

Biro Penerangan - Gantung SK, Harakah - Malaysiakini

Gantung SK, Harakah: BN takut rahsia mereka terbongkar

Pergantungan dua akhbar politik yang digeruni oleh Kementerian Dalam Negeri menunjukan kerajaan Barisan Nasional takut dengan pengaruh besar akhbar ini.

Jelas Ketua Penerangan Tian Chua, pengantungan ini seperti menghalang sesuatu maklumat yang sangat digeruni BN disebarkan kepada rakyat melalui dua akhbar ini.

“Ini mungkin arahan dari pemimpin yang lebih tertinggi, ia seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari diketahui oleh rakyat,” jelasnya di Parlimen pagi ini.

Perkara ini, menurut Tian pernah berlaku ketika di zaman pemerintah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan pergantungan dua akhbar ini seperti mengulangi peristiwa berkenaan.

“Kerajaan sekali lagi mengunakan kuasa mereka untuk menindas media,” katanya.

Sementara itu Ketua Penerangan Pas, Mahfuz Omar berkata tindakan kerajaan BN mengantung permit kedua akhbar ini menandakan satu kejayaan besar buat Pakatan Rakyat.

Jelasnya ianya menunjukan kedua akhbar ini sangat berpengaruh sehingga berjaya mengubah minda rakyat dan seterusnya membuatkan ianya digeruni oleh Barisan Nasional.

“Pergantungan ini adalah pengitarafan akhbar sangat berpengaruh dalam mengubah minda rakyat, walaupun BN mempunyai pelbagai media, namun kami lihat pegantungan ini memberi lonjakan lebih besar kepada pakatan rakyat,” katanya lagi

Mahfuz juga menegaskan bahawa syarat-syarat permit yang diberikan oleh KDN tidak terdapat peraturan mengatakan Harakah perlu dijual kepada ahli-ahli parti.

Tindakan pengantungan Suara Keadilan dan Harakah ini, tegas Mahfuz merupakan satu tindakan terdesak kerajaan BN menjelang pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.

“Apa yang dilakukan ini adalah cubaan untuk meyekat rakyat daripada memperolehi maklumat sebenar menjelang pilihanraya kecil di tiga-tiga tempat tersebut,” tegas Mahfuz.


BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN RAKYAT

FAIRUZ LETAK JAWATAN ADUN PENANTI - Malaysiakini

Undi calon yang dicadangkan UNDI CALON PENANTI

YB di kawasan anda, bermasalah sila hubungi mereka untuk Penang sahaja - Malaysiakini

1. Bagan : Lim Guan Eng
- Contact his special assistant: Foo Yu Keong 016-4988847
2. Permatang Pauh: Dato Seri Anwar Ibrahim
- contact En Zainal Abidin : 019-5646353
3. Bukit Mertajam: Chong Eng - 012-4286629
4. Batu Kawan: Prof Ramasamy - 019-2183489
5. Nibong Tebal: Tan Tee Beng - 012-4800801
6. Bukit Bendera: Liew Chin Tong - 012-2236968
7. Tanjung: Chow Kon Yeow - 019-4706189
8. Jelutong: Jeff Ooi - 012-2956356
9. Bukit Gelugor: Karpal Singh - 012-4289476
10. Bayan Baru: Datuk Zaharain - 012-4382211
11. Balik Pulau: Mohd Yusmadi 012-3093465

ADUN / State assemblymen

Sungai Puyu: Phee Boon Poh - 012-4711111
Bagan Jermal: Lim Hock Seng - 019-4491986
Bagan Dalam: Tanasekharan - 019-4469054
Permatang Pasir: Mohd Hamdan (PAS) - 012-4112139
Penanti: Mohd Fairus - 017-3567320
Berapit: Ong Kok Fooi - 019-4587107
Machang Bubuk - Tan Hock Leong - 012-4850366
Padang Lallang - Tan Cheong Heng - 012-4873101
Perai: Prof Ramasamy (number as above)
Bukit Tengah: Ong Chin Wen -019-2217753
Bukit Tambun: Law Choo Kiang - 012-4287383
Jawi: Tan Beng Huat - 012-4975877
Sungai Bakap: Maktar Shapee - 012-4202472
Tanjung Bungah: Teh Yee Cheu - 017-4729990
Air Putih: Lim Guan Eng (as above)
Kebun Bunga: Ong Khan Lee - 016-4586391
Pulau Tikus: Koay Teng Hai - 012-4279564
Padang Kota: Chow Kon Yeow (as above)
Pengkalan Kota: Lau Keng Ee - 012-4422511
Komtar: Ng Wei Aik - 019-2459305
Datuk Keramat: Jagdeep Singh - 012-4883571
Sungai Pinang: Koid Teng Guan - 012-4740008
Batu Lanchang: Law Heng Kiang - 012-4988630
Seri Delima: RSN Rayer - 019-4132681
Air Itam: Wong Hon Wai - 016-4006821
Paya Terubong: Yeoh Soon Hin - 012-4239550
Batu Uban: Raveentharan - 012-4658231
Pantai Jerejak: Sim Tze Tzin - 012-6068084
Batu Maung: Abd Malek - 019-4451005

Polis tunjuk belang lagi - Malaysiakini

Polis baru sebentar tadi melepaskan gas pemedih mata di kawasan ceramah di Taman Ria Jaya , Sungai Petani yang di hadiri YB Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang serta Y.A.B Dato Seri Ust Azizan Razak MB Kedah.

Permit polis yang telah di luluskan sebelum ini telah ditarik serta merta petang tadi tanpa alasan,tembakan tadi telah menyebabkan orang tua,kanak-kanak serta wanita terperangkap dalam kekalutan tersebut.

Tembakan tersebut dilakukan oleh pasukan FRU tanpa memberi apa-apa AMARAN sebelum sempat Dato Seri Anwar berucap.Tembakan pertama water canon dan seterusnya gas pemedih mata selama hampir 1/2jam tanpa henti.

Sekali lagi pasukan yang sepatutnya bertindak secara profesional di pergunakan kerana ketakutan pihak BN/UMNO agar pengundi cina,india serta melayu takut untuk bersama Pakatan Rakyat.

Ayuh para pengundi Bukit Selambau,Bukit Gantang serta Batang Ai buktikan PRK ini medan terakhir bagi menguburkan Najib/UMNO/BN.Sebagai rakyat,kamu punya maruah!Para pendokong,ayuh turun ke medan pertembungan ini...jgn berdiam diri,buktikan rakyat sudah tidak tahan lg dgn penipuan,kezaliman BN/UMNO

Terkini yang ditahan seramai 18orang Amk Kedah termasuk YB Senator Ir Zamri,Sdr Hafiz Ketua Amk Kuala Kedah serta Ibrahim Yakob pegawai Dato Seri Anwar Ibrahim.Seramai lebih dari 10 ribu orang hadir dalam program tersebut.

YUSMADI HARUS BELA FAIRUS - Malaysiakini



Setelah Yusmadi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau pernah mempertahankan beliau di dalam Malaysiakini bahawa Fairus yang pada waktu itu masih sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 yang kononnya di fitnah,beliau di minta sekali lagi tanpa merasa sangsi & berbelah bahagi menyatakan pendirian.Dalam keadaan ini sudah pastinya Fairus yang sekarang ini selaku ADUN Penanti memerlukan pembelaan.

Oleh itu,kenyataan beliau sebelum ini selayaknya Ahli Parlimen muda itu mempertahankan & membelanya.Di sini juga di pamerkan cabaran yang di tulis sebelum ini dan wartawan perlulah berkejar beliau selaku Ketua AMK P.Pinang mencari apa pula alasan kali ini apabila Fairus telah melepaskan jawatan.Apakah jawapan beliau sama kononnya Fairus di fitnah?Alahaifairus Dan Aloha2

Dari blog: ALOHA

Ehsa

Monday, March 23, 2009

Jawah Gerang- Calon pilihanraya kecil DUN Batang Ai



Bekas ahli parlimen Lubok Antu yang tidak asing lagi, Jawah Gerang menggalas cabaran PKR menentang BN dalam pilihanraya kecil DUN Batang Ai yang akan berlangsung 7 April ini.

Selain Engkilili, kerusi negeri itu satu daripada dua DUN parlimen Lubok Antu.

Sabtu lepas, BN mengumumkan calonnya Malcolm Mussen Lamoh.

Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dalam lawatan ke kawasan itu semalam, mengumumkan nama Jawah di lapangan terbang Kuching sebelum berlepas ke Kuala Lumpur pagi ini.

Pilihanraya kecil itu dipanggil berikutan kematian penyandangnya, naib presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Dublin Unting pada 24 Februari lalu akibat serangan angin ahmar.

Ia diadakan serentak dengan dua lagi pilihanraya kecil di Semenanjung - kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah.

PRK Bukit Selambau - Ceramah umum di Taman Bandar Baru Sungai Lallang









22 Mar 2009 Bukit Selambau - Hampir 3000 orang telah hadir ke Pentas Pemuda Pakatan Rakyat sempena PRK Taman Bandar Baru, Sungai Lallang, Bukit Selambau malam tadi.
Majlis dimulakan dengan ceramah oleh Sdr Noorazman (Tim Ketua AMK Kedah) diikuti oleh Ust Ahmad Yahya (Tim Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah) Sdr Faris Musa (Tim Ketua AMK Pusat) mengakhiri program ceramah dengan isu-isu terkini. Turut hadir sama dalam program tersebut Sdr Amizudin Ahmat (Din Binjai) dan Zulkifli Ibrahim Exco Angkatan Muda Pusat

Wednesday, March 18, 2009

Makan malam Parti Keadilan Rakyat Negeri Pulau Pinang- Malaysiakini

















BUKIT JAMBUL - Sistem ekonomi seharusnya diatur dengan tepat dan betul untuk memastikan rangsangan bajet mini bernilai RM60 bilion yang direncanakan pihak kerajaan akan menjadi kenyataan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, tanpa kawalan dan tanggungjawab, misi tersebut sukar untuk dicapai.

Beliau turut menyatakan keraguannya mengenai keberkesanan rangsangan bajet mini yang dibentangkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dilihat sebagai dasar penting, namun kesannya haruslah dirasai oleh seluruh rakyat.

"Sepatutnya kita semua belajar daripada pengalaman lalu yang pernah kita alami sebelum ini, jika rangsangan bajet mini tersebut tetap diteruskan, gunakanlah dengan cara yang baik," katanya.

Anwar turut menyatakan Pakatan Rakyat (PR) bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam meningkatkan ekonomi negara bagi keselesaan rakyat.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Makan Malam sempena Ulang Tahun Pertama Kemenangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Hotel Equatorial, kelmarin.

Anwar memberitahu, sekiranya perasaan perkauman sentiasa ada dalam diri, kemajuan negeri dan negara takkan dapat dicapai.

"Kita memang tidak boleh lari daripada masalah tetapi ketidakadilan haruslah dielakkan. Sikap konsisten harus diamalkan dengan menunaikan janji yang pernah ditabur," katanya.

Majlis makan malam sempena ulang tahun pertama kemenangan PKR tersebut turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin; Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim; Speaker Dewan Undangan Negeri, Abdul Halim Hussain dan Pengerusi DAP, Chow Kon Yeow.

Sementara itu, Anwar turut memohon Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mengerah tenaga bersama jentera untuk meningkatkan kempen pada pilihan raya kecil di Bukit Selambau.

"Saya berharap kita akan beroleh kemenangan di ketiga-tiga pilihan raya kecil itu agar dapat kita berikan mesej yang jelas kepada pihak kerajaan bahawa sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada kita untuk mentadbir negara," katanya lagi.

Thursday, March 12, 2009

kerani-opis jem.....

Minta maap rakan semua, komputer aku meragam 1-2 hari ni ditambah dengan kesibukkan melampau-lampau..... update akan dibuat dalam masa terdekat.......kerani-opis

Friday, March 6, 2009

Kenyataan akhbar Sdr Amizudin Ahmat Ketua Angkatan Muda Kepala Batas - Malaysiakini




Dibawah disiarkan kenyataan akhbar Sdr Amizudin Ahmat, Ketua Angkatan Muda KeADILan Kepala Batas merangkap Exco Angkatan Muda KeADILan Pusat. Turut hadir memberi sokongan kepada beliau dalam program yang diadakan di pejabat ADUN Bukit Tengah YB Ong Chin Wee ialah. Ketua angkatan Muda Permatang Pauh Sdr Amir Ghazali, Ketua Angkatan Muda Tasek Glugor Sdr Solehin Ahmad, Ketua Angkatan Muda Balik Pulau Sdr Nazdri Ishak, Ketua Angkatan Muda Bayan Baru Sdr Ahmad Azrizal Tahir, Tim. Kt Angkatan Muda Bayan Baru Sdr Zulfadzli Md Noordin, Bendahari Angkatan Muda Bayan Baru Sdr Zulkarnain Mohd Ali, S/Usaha Angkatan Muda Tasek Glugor Sdr Azhar, Exco Angkatan Muda Malaysia Sdr Zulkifli Ibrahim dan AJK Angkatan Muda Batu Kawan Sdr Jordan Kee.

Note: Kenyataan media pertama dibaca oleh Sdr Zulkifli Ibrahim Exco Angkatan Muda Malaysia.


Klik untuk kenyataan penuh





panas- laporan polis sirul azhar - malaysiakini

Dilampirkan laporan polis dari Sirul Azhar Umar salah seorang anggota UTK yang dituduh dalam kes pembunuhan gadis Mongolia

Klik untuk membaca:





Wednesday, March 4, 2009

Hentakkan Benda Tumpul Punca Kematian Kugan - Malaysiakini

KUALA LUMPUR: Keputusan bedah siasat kedua kematian A. Kugan, semasa dalam tahanan polis, menunjukkan suspek kes curi kenderaan mewah itu mengalami 45 kesan kecederaan akibat hentakan benda tumpul secara berterusan pada beberapa bahagian badan.
Peguam keluarga mendiang, N. Surendran berkata, kematian Kugan adalah berpunca daripada kecederaan pada tisu otot di samping kecederaan lain termasuk di bahagian hati, buah pinggang, perut, leher, tulang belakang dan bahagian kaki.
Laporan bedah siasat kedua itu, yang dijalankan oleh pakar patologi Dr. Prashant N. Samberkar, dari Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), diterima peguam keluarga Kugan pada pukul 5 petang semalam.
“Pendarahan teruk dikesan dalam tisu lemak dan otot di bahagian atas dan bawah badan, kedua-kedua bahagian kaki dan tangan dan hasil bedah siasat adalah konsisten dengan kecederaan di permukaan luaran,” kata Surendran pada sidang media di sini hari ini.
Keluarga mendiang turut menghadiri sidang media itu.
“Rhabdomyolysis merupakan penguraian otot rangka badan akibat kerosakan otot.
“Kerosakan itu mungkin disebabkan secara fizikal iaitu kecederaan akibat ditekan dengan kuat, kimia atau faktor biologi,” katanya.
Surendran berkata, beliau akan menyerahkan laporan bedah siasat itu kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail di pejabatnya esok.
Kugan, 23, meninggal dunia semasa dalam tahanan polis, di lokap Balai Polis USJ 8, Subang Jaya pada 20 Januari lepas.
Beliau ditahan reman sejak 15 Januari bagi membantu siasatan kes samun dan curi kereta mewah.
Bedah siasat kedua itu dibuat berikutan rasa tidak puas hati keluarga Kugan terhadap hasil bedah siasat pertama di Hospital Serdang pada 21 Januari lalu yang mendapati punca kematiannya akibat paru-paru berair.
Sementara itu, bapa mendiang, G. Ananthan, 46, berasa lega setelah dengan keputusan bedah siasat kedua anak lelakinya itu dan berharap tindakan tegas dapat diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab menyebabkan kematiannya. BERNAMA

Tuesday, March 3, 2009

Terkini - Dari Pejabat SUK Negeri Perak - Malaysiakini

Aku ada dekat pejabat DAP depan SUK. pagi tadi kami sampai depan SUK jam 8:10 pagi. suasana tenang. FRU bertambun-tambun. Geng PEKIDA pun bertambun-tambun dok provoke penyokong Pakatan Rakyat.ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat datang dengan bas. sampai agak lewat sebab merancang perjalanan ke SUK dengan berhati-hati.Sampai dekat SUK, depa terus gerak nak masuk kedalam SUK tapi dihalang oleh "Robocop". suasana agak tenang masa tu.Bukan saja "Robocop" menghalang, tapi ada jugak hampir 15 orang tukang PROVOKASI dengan songkok tinggi dan jugak janggut ala-ala ZZ-Top.YB Char Men Koi kena tumbuk dek songkok tinggi. Haram Jadah sungguh. memang kurang ajar puaka-puaka tu. yang paling aku "Respek" ialah bila Polis Uniform dan FRU merestui perbuatan Haram Jadah geng PROVOKASI tu. sikit pun depa tak halang.Untuk elak suasan dari jadi lebih tegang, para ADUN-ADUN dan EXCO-EXCO Pakatan Rakyat berundur buat seketika.Lepas berbincang buat seketika, ADUN-ADUN, para EXCO-EXCO dan juga Tuan Speaker memmutuskan untuk mengadakan Sidang Tergempar Dewan Undangan Negeri dibawah sepohon Pokok Sena (dengan izin YB Mahfuz Omar) dan disaksikan oleh ribuan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang membentuk bulatan sebagai simbol kesepakatan dan juga "simbol" Dewan Undangan Negeri.Sidang DUN berjalan dengan lancar dibawah Pokok Sena dan dewan telah meluluskan 2 usul yang diperdebatkan iaitu menyokong kepimpinan Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar dan juga menyokong usul Pembubaran DUN. seterusnya Dewan menyerahkan kepada Dato' Seri Ir. Mohamad Nizar untuk tindakan seterusnya bagi membolehkan DUN dibubarkan bagi membolehkan satu Pilihanraya Kecil Negeri diadakan di negeri Perak.Tengah-tengah aku dok menaip ni ada pulak SB-SB dari depan SUK dok langkah datang...Wa sambung balik karang... dengan gambar-gambar panas.

Dari Perisik Rakyat

KJ Pembawa Budaya Samseng di Parlimen - Malaysiakini

Minggu lepas kawasan keselamatan Parlimen Malaysia telah dicemar oleh pemuda Umno Selangor yang menerobos masuk ke dalam dan dengan sombong berkelakuan samseng mengepung YB Karpal Singh dan kemudian hendak bertumbuk bila cuba dileraikan.Pasukan samseng yang diketuai oleh anak Omar Din iaitu Megat Zulkarnain Omar Din dengan begitu sombong mengepung Karpal yang tidak mampu bangun tetapi hanya duduk dikerusi roda.Peristiwa ini kononya ekoran kenyataan Karpal yang mengatakan "PEMUDA UMNO CELAKA". CheGuBard juga tidak setuju dengan kenyataan Karpal tersebut namun tindakan samseng lebih lagi di parlimen itu amat memalukan.Ini zaman maju pertempuran harus berdasarkan debat, idea (otak dan pemikiran) bukan lagi zaman rimba yang orang bertarung menggunakan siapa kuat dia raja. Jika tindakan kumpulan pemuda 'ganas' itu direstui oleh Pemuda Umno Nasional maka kita mampu memikirkan tahap minda mereka. Tindakan ganas itu bukan kerana tekanan, pemuda Umno tidak tertekan lagi, mereka masih boleh bermewah menggunakan jentera kerajaan, kenyataan karpal boleh dijawab sewenang wenangnya di media yang ditungggangi.Amat menarik kata 'pengganas' pemuda Umno di parlimen yang mengatakan Pemuda Umno pantang dicabar ? Sanggup membela bangsa, agama dan raja - raja Melayu....Kepada anak Omardin (dan kuncu-kuncu), cheGuBard cabar
bangkitkan pemuda Umno sesamseng mungkin membela Bahasa Melayu yang semakin menjadi bahasa pasar.... gerakkan seramai mungkin 'anak buahmu' (jika ada) untuk turun sama berdemontrasi pada 7 Mac bersama pejuang bahasa yang lain...takkan nak hujah demonstrasi bukan budaya kita lagi...
pergi kepung Dr. Mahathir yang pernah menyumbang jasa menghina dan meruntuhkan kedaulatan serta kekebalan Raja - Raja Melayu...
bab agama ini pergi tanya Khairy Jamaluddin apa isterinya Nori buat dengan pertubuhan IFC (melalui sister in Islam) yang kemudian Khairy pula berpura jadi hero agama, bangsa dan negara
pergi kepung dan tanya Khir Toyo berapa banyak tanah rezab Melayu yang di gadainya tak berganti dan minta dia bertanggung jawab kerana pencerobohan tanah, perobohan surau, merobohkan rumah Melayu demi memenuhi hasrat tauke yang majoritinya kebetulan bukan Melayu....
Tahu jawapanya...pasti kamu tidak berani .....Maka kamu tindakan kamu hanya mengundang ketawa...Paling dikesali ialah pasukan keselamatan parlimen dan polis. Hari ini kononya Polis mengeluarkan kenyataan bahawa tak boleh masuk parlimen tanpa dipanggil. Bagaimana dengan kejadian ketika secara aman memorandum BERSIH hendak dihantar ? dan bagaimana ketika Parlimen membenarkan kumpulan berbasikan memasuki dewan serbaguna tetapi polis halang, ketika penutup Rakyat Pengayuh Perubahan ?Sebenarnya apa yang terjadi ialah semua ini merupakan tunjuk kekuatan oleh YB Khairy Jamaluddin menjelang pemilhan Pemuda Umno. Dia kemudian membawa masuk pemuda walaupun tanpa tali leher dan memenuhi kod pakaian tetap lepas masuk untuk membuat sidang media bersamanya.

Dari blog chegu bard

Pendedahan isu Rasuah Kuari di Pulau Pinang - Malaysiakini

Ahli Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Pulau Pinang, Amizudin Ahmat hari ini (27 Feb 2009) mendakwa dua pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini menerima rasuah daripada sebuah syarikat kuari di Seberang Perai.
Amizudin yang juga Ketua Angkatan Muda KeADILan Kepala Batas mendakwa, penyelewengan beberapa syarikat kuari di negeri ini melibatkan jumlah wang yang banyak dan kedua-dua pemimpin berkenaan mempunyai kepentingan dalam syarikat tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan nama dua pemimpin terbabit dan jumlah rasuah yang diterima oleh kedua-duanya dengan alasan akan mengadakan sidang akhbar dalam masa terdekat.
''Saya tidak ada masalah untuk mendedahkan nama dua pemimpin tertinggi PKR negeri ini yang terlibat dalam rasuah kerana saya seorang pejuang yang cukup telus dan jujur.
''Saya juga tidak takut dengan risiko walaupun menyedari akibat daripada pendedahan ini akan menyebabkan saya disingkirkan daripada menganggotai MPSP," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri mesyuarat penuh MPSP di sini hari ini.
Menurutnya, beliau mempunyai bukti kukuh untuk dikemukakan berhubung dakwaan yang dilakukannya itu.
''Bukti yang saya ada ialah melalui rakaman perbualan telefon sepanjang sembilan minit empat saat di antara saya dengan salah seorang daripada dua pemimpin itu,'' ujarnya.
Isu itu kata Amizudin, timbul selepas beliau mendedahkan penyelewengan beberapa syarikat kuari sehingga menyebabkan kerajaan negeri kerugian jutaan ringgit kerana tidak menerima bayaran royalti daripada syarikat terbabit.
Katanya, selepas membongkar kes kuari itu dalam mesyuarat penuh MPSP pada pertengahan tahun lalu, beliau telah menerima panggilan telefon daripada seseorang yang memarahinya kerana membangkitkan isu tersebut. Tambahnya, laporan berhubung penyelewengan yang berlaku telah dihantar kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail untuk tindakan lanjut.

Exco Agama - YB Abd Malik Kassim diberi kepercayaan- Malaysiakini

Malaysiakini
Tindakan memindahkan portfolio agama kepada seorang lagi exco PKR dalam kerajaan Pulau Pinang bukan bermakna Timbalan Ketua Menteri Mohammad Fairus Khairuddin tidak mencapai prestasi yang baik.Ketua perhubungan PKR negeri Datuk Zahrain Mohamed Hashim menegaskan, tindakan itu tiada kaitan dengan prestasi wakil rakyat Penanti itu dan ia hanya diambil bagi meringankan bebannya, lapor Bernama.Tambahnya, tanggungjawab Mohammad Fairus saat ini agak berat kerana beliau mempengerusikan beberapa portfolio lagi iaitu pembangunan usahawan, koperasi, penerangan dan perhubungan masyarakat.
Portfolio agama kini diserahkan kepada Abdul Malik Abul Kassim yang juga wakil rakyat Batu Maung - pemimpin PKR yang dianggap pencabar terdekat Mohammad Fairus dalam kerajaan dan parti."Rombakan ini telah saya persetujui selepas berbincang dengan Ketua Menteri Lim Guan Eng dan tidak salah memberikan tugas mengetuai portfolio agama itu kepada Abdul Malik kerana beliau hanya mengetuai dua jawatankuasa sahaja iaitu perdagangan dalam negeri dan hal-ehwal pengguna," kata Zahrain kepada agensi berita itu.Beliau diminta mengulas mengenai rombakan itu dan spekulasi bahawa rombakan tersebut dibuat berdasarkan prestasi Mohammad Fairus yang tidak menyerlah.Katanya, beliau menyedari wujud bermacam-macam dakwaan negatif di blog terhadap prestasi Mohammad Fairus tetapi menegaskan bahawa semua dakwaan itu tidak mempunyai bukti kukuh."Saya memang dengar macam-macam cerita mengenai Fairus tetapi kena ada bukti kukuhlah," Zahrain dipetik berkata."Kalau setakat menulis dalam blog, saya rasa itu tindakan yang kurang sesuai sebaliknya pihak yang mendakwa itu perlu membuat aduan secara rasmi sama ada kepada parti mahupun pihak berkuasa yang berkaitan jika dakwaan mereka melibatkan soal penyalahgunaan kuasa."Barisan exco kerajaan negeri dianggotai 11 pemimpin yang mana tiga daripadanya diwakili pemimpin PKR manakala bakinya daripada DAP.
Prestasi Mohammad Fairus menjadi subjek perbincangan umum apabila beberapa pegawainya meletakkan jawatan dan diserang secara intensif melalui blog, selain ditegur secara terbuka oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.Zahrain menambah, PKR negeri menubuhkan pasukan petugas khas memantau prestasi semua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun), anggota parlimen dan ahli majlis kerajaan tempatan bagi memastika sumbangan mereka berkesan kepada kerajaan negeri dan rakyat.

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN