Polis baru sebentar tadi melepaskan gas pemedih mata di kawasan ceramah di Taman Ria Jaya , Sungai Petani yang di hadiri YB Dato Seri Anwar Ibrahim Ketua Pembangkang serta Y.A.B Dato Seri Ust Azizan Razak MB Kedah.
Permit polis yang telah di luluskan sebelum ini telah ditarik serta merta petang tadi tanpa alasan,tembakan tadi telah menyebabkan orang tua,kanak-kanak serta wanita terperangkap dalam kekalutan tersebut.
Tembakan tersebut dilakukan oleh pasukan FRU tanpa memberi apa-apa AMARAN sebelum sempat Dato Seri Anwar berucap.Tembakan pertama water canon dan seterusnya gas pemedih mata selama hampir 1/2jam tanpa henti.
Sekali lagi pasukan yang sepatutnya bertindak secara profesional di pergunakan kerana ketakutan pihak BN/UMNO agar pengundi cina,india serta melayu takut untuk bersama Pakatan Rakyat.
Ayuh para pengundi Bukit Selambau,Bukit Gantang serta Batang Ai buktikan PRK ini medan terakhir bagi menguburkan Najib/UMNO/BN.Sebagai rakyat,kamu punya maruah!Para pendokong,ayuh turun ke medan pertembungan ini...jgn berdiam diri,buktikan rakyat sudah tidak tahan lg dgn penipuan,kezaliman BN/UMNO
Terkini yang ditahan seramai 18orang Amk Kedah termasuk YB Senator Ir Zamri,Sdr Hafiz Ketua Amk Kuala Kedah serta Ibrahim Yakob pegawai Dato Seri Anwar Ibrahim.Seramai lebih dari 10 ribu orang hadir dalam program tersebut.
No comments:
Post a Comment