Sunday, March 29, 2009

Kemaskini dari Malaysiakini - Malaysiakini

kemaskini 11.01am Tiga pilihanraya kecil berjalan serentak hari ini bagi kawasan-kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.

Penamaan calon yang bermula jam 9 pagi tadi akan disahkan jam 11 nanti jika tiada bantahan. Pegawai pengurus pilihanraya akan mengumumkan calon-calon yang bertanding.

Setakat ini di Bukit Gantang, calon BN Ismail Safian (umno) berdepan dengan calon PAS Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Di Batang Ai, calon BN Malcolm Mussen Lamoh (PRS) dicabar calon PKR Jawah Gerang dan calon bebas Johnny Chuat.

Pemimpin PKR Sarawak, Dominique Ng mendakwa calon bebas menarik diri di saat akhir dan menyokong calon parti itu.

Beliau juga mempersoalkan sama ada calon BN benar-benar melepaskan jawatannya sebagai pegawai daerah.

Di Bukit Selambau, calon-calon BN Datuk S Ganesan (MIC) dan PKR S Manikumar dihimpit 13 calon bebas yang telah menyerahkan borang pencalonan.

Calon-calon bebas: L Sarala, T Chandrarajan, R Loganathan, A Jayagopal, S Moganakumar, Vaneson Michael, Tan Hock Huat, Mohd Fazil Abdul Wahab, Anuar Abdul Hamid, Husaini Yaacob, Abdul Rahim Abu, Radzi Md Lazim dan Khamis Awang.

Tempoh penyerahan borang selama sejam tamat jam 10 pagi dan tempoh bantahan tamat sejam kemudian.

Tiada bantahan dibuat di pusat penamaan calon Bukit Selambau di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani - menjadikan 15 calon semuanya cuba memenangi hati lebih 35,000 pengundi DUN tersebut.

Naib Presiden PKR Azmin Ali yakin kehadiran begitu ramai calon bebas tidak akan menggugat partinya dalam usaha mempertahankan kerusi tersebut.

Ketiga-tiga pilihanraya ini diadakan serentak pada 7 April ini.

3 comments:

Baginda Reformasi said...

salam cik kerani,
nak minta pendapat anda…
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang meminta agar rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara”
mohyidin bodoh? mohyidin kate PRK 3tpt bukan pungutan suara rakyat..
abis pungutan duit poket die?
fakta telah beritahu..
link:
http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/pilihan-raya-malaysia-bijaknya-yab-ds.html

kunji said...

Tolong sebarkan kebenaran tentang S.Ganesan. Calon Bukit Selambau

http://www.youtube.com/watch?v=H9i8jpD

Blog Owner said...

Betul bukan tempat pungutan suara, cuma tempat luahan hati rakyat yang sebenar-benarnya..........

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN