Sunday, May 31, 2009

Lansung kemenangan dari Penanti - Malaysiakin i


Sebilangan dari wartawan dan penyokong


Pengarah Pilihanraya Pusat Parti Keadilan Rakyat
YB Saifudin Nasution Ismail

YAB Lim Guan Eng sedang memperkatankan sesuatu kepada
Datuk Seri Wan Azizah sambil diperhatikan oleh isteri beliau
YB Betty Chew


YB Dato Johari Abdul sedang mempengerusikan program

Ribuan rakyat hadir di Yayasan Aman untuk meraikan kemenangan Pakatan Rakyat.
Ucapan kemenangan sedang disampaikan di yayasan aman penanti pada ketika ini. YB Dato Johari Abdul mempengerusikan program. YB Saifudin Nasution telah menyampaikan amanat beliau disusuli oleh calon- YB Mansor Othman, turut kelihatan Ust Salleh Man YDP PAS Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang. Turut kelihatan Sdr Md Sabu, YB Azmin Ali, anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang- YB Abd Malik Kassim, YB Lim Hock Seng, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang YB Abd Halim Husin, Pengerusi Perhubungan KeADILan Pulau Pinang Datuk Zahrin Hashim, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat..... Guan Eng sedang berucap sekarang ni

Keputusan terkini Penanti - Malaysiakini

sila refresh untuk keputusan terbaru

(7.15 petang) Kesemua 32 saluran telah dikira. 6266 (keADILan), 390 (Kunci), 534 (Wau) dan 48 (Payung). Dr. Mansor menang dengan majoriti 5732 dan ketiga - tiga calon bebas hilang wang pertaruhan. Cuma menunggu pengumuman undi pos yang hanya berjumlah bawah 30 undi.

(7.10 petang) Telah dikira 27 saluran. Kelihatan seperti 3 calon bebas hilang wang pertaruhan. 5309 (keADILan), 329 (Kunci), 301 (Wau) dan 44 (Payung)


(7.04 petang) Data di Bilik Gerakan Utama sahkan 46.15 % sebagai jumlah keluar mengundi sebanyak 7,100 orang. Dewan di Yayasan Aman telah dipenuhi wartawan dan penyokong, menantikan keputusan terkini. Setakat ini 4,289 (keADILan), 258 (Kunci), 273 (Wau) dan 26 (Payung)

(6.45 petang)
Beberapa pusat mengundi telah di kosongkan. Semua peti undi akan dibawa ke Pusat Penjumlahan di IKBN Bukit Mertajam. Setakat ini 18 saluran telah siap dikira dengan jumlah 3431 (keADILan), 223 (Kunci)), 243 (wau) dan 24(Payung)

(6.30 petang)
Bilik Gerakan Utama PRK Penanti di Yayasan Aman kelihatan sibuk dan menjadi tumpuan wartawan. Kelihatan petugas agen calon yang mengira undi mula masuk seorang demo seorang untuk menghantar borang 13 dan keputusan saluran masing - masing. Setakat ini 14 saluran telah dikira dengan keputusan 2517 (Keadilan), 153 (Kunci), 71 (wau) dan 20 (payung).

Saturday, May 30, 2009

Parti Keadilan Rakyat Lawan SPR di Penanti - Malaysiakini

Tiga hari lalu…YB Zuraidah diperintahkan hadir ke Balai polis untuk diambil kenyataan berikutan ceramah yang didakwa mengandungi hasutan. Semalam…Chegu Bard pula dihadiahkan waran tangkap. Hari ini..Lim Kit Siang pula menerima surat jemputan ke Balai Polis.

Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan polis. Bermacam-macam peraturan baru dikeluarkan untuk menghalang penceramah dari berceramah.

Peneceramah tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh sentuh pasal Sidang DUN Perak..tak boleh pasang video…pembesar suara mesti tak boleh didengari diluar kawasan ceramah…semua kawasan ceramah mesti cerah…SB mesti dibenarkan mengambil gambar dan video….macam-macam peraturan baru yang tak masuk akal.

Tetapi Umno bolrh berceramah walaupun depa tak bertanding. Umno boleh pasang bendera walaupun depa tak ada calon. Tak ada peraturan dan undang-undang terhadap umno…tapi macam-macam peraturan dikenakan kepada PKR.

Sepanjang tempoh kempen..PKR berhadapan dengan kerenah polis.

Hari ini hari terakhir tempoh kempen. Dan PKR terpaksa pula berhadapan dengan kerenah SPR. Macam-macam peraturan baru dikenakan.

Dalam mesyuarat diantara PKR dengan SPR diPutrajaya..SPR telah memperkenalkan beberapa syarat baru.

Mula-mula mereka bercadang untuk menghapuskan pondok panas. Kononya untuk mengelak pertembungan diantara penyokong PKR dengan Umno. Tup-tup Umno tak bertanding dan depa tak ada alasan lagi. Lalu dibenarkan pondok panas dibina.

Hari ini..semua pondok panas telah dinaikkan…tup-tup SPR buat arahan baru melalui telefon….pondok panas mesti bersaiz 8 kaki X 8 kaki! Gila ka? Kat mana nak cari khemah saiz tu dalam masa sehari? Pasai apa tak mau cakap dari awal? Pasai apa esok nak mengundi…dan selepas semua khemah yang bersaiz 20 X 20 kaki dinaikkan…baru SPR mengeluarkan arahan baru?

Dan mengapa arahan-arahan ini datang terus dari Putrajaya..manakala Pengarah Pilihanraya PRK Penanti sendiri tak tau?

Dalam mesyuarat tersebut juga..SPR menetapkan semua parti yang bertanding hanya dibenarkan menggunakan 100 buah kereta untuk mengangkut pengundi. PKR 100..Kak Min 100..Ramizu 100…Ari 100. Tu pun dah dipersetujui.

Tup-tup…SPR kata semua kereta yang mengangkut pengundi tak boleh bubuh lambang parti tapi mesti menggunakan sticker yang dikeluarkan oleh SPR. Mana-mana kenderaan yang tidak mempunyai sticker SPR boleh ditahan oleh polis …sebab boleh didakwa jadi teksi sapu. Ok la…yang tu pun boleh dipersetujui.

Tup-tup sampai hari ni tak ada sticker…dan bila SPR dihubungi..sticker belum siap! Esok macam mana?

Nak bubuh lambang parti tak boleh…sticker tak siap. Macam mana nak tau kereta mana yang nak bawa pengundi? Tak gila ka? Tapi itu lah SPR.

Sekejap tadi…PKR diberitahu arahan untuk memasang sticker ditarik balik…tapi bila ditanya sama ada boleh atau tidak memasang lambang parti…Pengarah Pilihanraya PRK Penanti tak boleh jawab. Kena tanya Putrajaya. Macam ni punya Suruhanjaya Pilihanraya pun ada ka?

Mengikut Akta Pilihanraya..pada hari mengundi…semua kenderaan berat termasuk bas dilarang memasuki daerah mengundi. Tapi esok Umno akan menyediakan bas-bas untuk mengangkut pengundi-pengundi Penanti keluar makan angin. Boleh pulak? Bila dilaporkan kepada SPR…depa kata itu bukan tugas depa!

Pilihanraya Kecil Penanti bukan lagi pertarungan diantara PKR dengan calon-calon bebas…tapi dengan Umno yang menggunakan polis dan SPR sebagai proxy.

Untuk PKR…bermacam-macam peraturan dikenakan…tapi untuk Umno…buat lah apa pun..tak salah.

Cilok dari http://perakexpress.com/www

Suratkhabar pertama di Malaysia - Malaysiakini


Suratkhabar yang pertama di negara ini telah diterbitkan pada tahun 1805 di Pulau Pinang dan dikenali sebagai Prince of Wales Island Gazette. Penerbitan ini dihentikan pada tahun Ogos 1827 tetapi kembali pada bulan Julai 1833.
Ia merupakan perintis kepada Penang Gazette yang telah bermula pada tahun 1837 apabila Mr. F. Carnegy, seorang pedagang di Pulau Pinang membeli percetakan/penerbitan dan peralatan dari Singapore Chronicle selepas ianya ditutup dan kemudian dipindahkan ke Pulau Pinang. Gabungan penerbitan ini dikenali sebagai "Penang Gazette and Straits Chronicle" yang beribu pejabat di Gudang Messrs. Mc Alister & Co.
sumber Penang State Goverment Web

UMNO Berkempen di Penanti ???? - Malaysiakini







Program penerangan anjuran UMNO Bahagian Permatang Pauh telah diadakan pada 28 hb Mei 2009 jam 9.00malam bertempat di Dewan Orang Ramai Kampung Guar Perahu, Permatang Pauh. Program tersebut dihadiri oleh kira-kira seramai 22 orang yang kebanyakkan terdiri dari wanita berumur 40 tahun keatas.

Kelihatan dalam program tersebut ialah YB ADUN Sungai Dua YB. Dato' Haji Jasmin Bin Mohamed (DSPN, DJN). Program penerangan tersebut telah dikelolakan oleh Ust Kamal Saidin. Lokman Nor Adam (Exco Pemuda UMNO Malaysia) dan Tuan Hj Abdullah Bahari yang dijangkakan hadir tidak muncul dan diberitakan telah hadir dalam 2 program sebelumnya.

Laporan polis telah dibuat oleh Ketua Penerangan Angkatan Muda Permatang Pauh, Sdr Syukri pada 29 hb keatas penglibatan UMNO dalam pilihanraya Penanti.

Friday, May 29, 2009

Cikgu Bard diarah hadir ke balai polis - Malaysiakini



kemaskini 8.57pm
Gara-gara membangkitkan isu Altantuya Shaariibuu pada pilihanraya DUN Penanti, seorang pemimpin PKR sekali lagi terpaksa memberikan keterangan selama tiga jam kepada polis.

Badrul Hisham Shaharin - yang tiba di balai mulai jam 3.30 petang untuk siasatan berhubung kesalahan menghasut - diarah berbuat demikian susulan empat laporan polis terhadapnya.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR itu berkata seorang pegawai polis Seberang Perai Utara memintanya hadir di balai tersebut semalam.

Menulis di blognya semalam, Badrul Hisham bagaimanapun mengesahkan kehadirannya hari ini kerana semalam berada di Perak dan selepas itu terus ke Kuala Lumpur.

"Namun kira kira 2.30 petang (semalam, saya) dimaklumkan sekumpulan anggota polis telah hadir di rumah saya di Bangi dan Seremban," katanya.

Tambahnya, kira-kira jam 7 malam pula dimaklumkan oleh adik ipar beliau bahawa polis berpakaian seragam datang untuk mengingatkan kepadanya agar tidak mengabaikan arah hadir.

Selasa lalu, dalam ceramahnya bagi berkempen untuk calon PKR Mansor Othman, Badrul Hisham mengulas isu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dikaitkan dengan isu wanita Mongolia itu di media antarabangsa.

Awal bulan ini, beliau pernah disiasat polis setelah mengepalai sekumpulan pemuda untuk menyerahkan "kek hari jadi Altantuya" kepada Najib di depan pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Beliau juga pernah mengugut untuk mengadakan perarakan "keranda Altantuya" dari Rembau, kawasan parlimen yang pernah ditandinginya, menjelang pilihanraya kecil Penanti tetapi membatalkannya kerana BN tidak bertanding kali ini.

Badrul Hisham merancang mengadakan perarakan tersebut, kali ini dari Pekan menjelang pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan awal bulan depan. Sumber berita Malaysiakini

Komen Pengarah Pilihan Raya KEADILAN- Malaysiakini

29 Mei 2009

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA


Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat KEADILAN
bagi Pilihan Raya Kecil Penanti
Tingkat 1, Yayasan Aman
Penanti
14000 Kubang Semang
Bukit Mertajam

Telefon: +604 522 2916
Faks: +604 521 2915



Komen Pengarah Pilihan Raya KEADILAN

Memandangkan hanya calon bebas yang lawan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam Pilihan Raya Kecil Penanti ini, ada kemungkinan segelintir pengundi rasa tidak perlu keluar mengundi. Kami ingin mengingatkan para pengundi Penanti bahawa pilihan raya kecil ini adalah amat penting dan bermakna.

Kami berharap semua pengundi Penanti akan keluar untuk mengundi calon KEADILAN pada hari pengundian untuk menghantar isyarat yang jelas, bahawa rakyat mahu satu kerajaan Pakatan Rakyat yang kukuh di negeri Pulau Pinang untuk meneruskan agenda perubahan yang dicerminkan oleh pencapaian-pencapaian kerajaan negeri sejak bulan Mac 2008.

Kami juga berharap pihak Barisan Nasional, walaupun tidak bertanding, tidak akan cuba mensabotaj usaha kempen Parti kami samada dengan menggunakan pihak polis, media arus perdana mahupun cara-cara lain seperti memberi pelancongan percuma di luar kawasan Penanti pada hari pengundian.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Pengarah Pilihanraya Pusat
Parti Keadilan Rakyat

Prinsip-prinsip pemerintahan bakal TKM 1 Pulau Pinang - Malaysiakini



Sekiranya saya menang Pilihan Raya Kecil Penanti dan dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri 1 Negeri Pulau Pinang, saya berazam memainkan peranan membantu dan melengkapkan kepemimpinan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng ke arah menterjemahkan dasar-dasar semasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang dengan:

  1. Mempraktikkan prinsip-prinsip demokrasi dan keadilan serta menghormati hak asasi manusia tanpa diskriminasi dalam pemerintahan negeri Pulau Pinang.
  2. Melaksanakan dasar ekonomi yang mementingkan pertumbuhan dan pembangunan mapan serta pengagihan kekayaan yang adil untuk semua rakyat negeri Pulau Pinang tanpa mengira kaum.
  3. Mengiktirafkan pendidikan berkualiti sebagai asas kemajuan setiap insan serta keseluruhan negeri Pulau Pinang, khasnya untuk bersaing dalam sektor teknologi maju (high-tech) dalam era pasca globalisasi.
  4. Membasmikan kemiskinan dan memastikan semua keperluan asas seperti makanan, kesihatan, perumahan dan pengangkutan awam dapat dikecapi oleh golongan miskin negeri Pulau Pinang.
  5. Menumpukan perhatian yang sewajarnya kepada kemajuan kawasan-kawasan pedalaman, dari segi infrastruktur serta corak hidup penduduk kawasan tersebut.
  6. Mengiktiraf dan menghargai sumbangan kaum wanita terhadap pembangunan sosial dan ekonomi Negeri Pulau Pinang.
  7. Mengembangkan potensi dan memantapkan peranan belia yang merupakan masa depan Negeri Pulau Pinang dengan program-program bermakna yang akan mengurangkan gejala sosial yang melibatkan anak-anak muda.
  8. Menjadikan Negeri Pulau Pinang sebagai negeri teladan di mana rakyat semua kaum dan agama menghormati dan membantu satu sama lain dan hidup bersama secara padu dan aman.
  9. Memupuk keperihatinan terhadap alam sekitar dan menggalakkan gaya hidup yang mesra alam agar persekitaran Pulau Pinang dipulih semula dan kembali menjadi habitat terpilih serta tarikan pelancong utama.
  10. Memandukan pemerintahan negeri Pulau Pinang berdasarkan prinsip dan nilai-nilai kerohanian sejagat dan mewujudkan suatu masyarakat murni dan progresif di Negeri Pulau Pinang.

MANSOR BIN OTHMAN
Calon Parti Keadilan Rakyat
Pilihan Raya Kecil DUN N. 12 Penanti

Thursday, May 28, 2009

Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai - Malaysiakini

Pilihanraya kecil DUN Manek Urai, Kelantan ditetapkan pada 14 Julai ini, sementara penamaan calonnya jatuh pada 6 Julai - memberikan lapan hari tempoh berkempen.

Dalam pengumumannya di Putrajaya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyatakan 12,293 pemilih termasuk 25 pemilih pos dijangka membuang undi di kerusi tersebut, bawah parlimen Kuala Krai.

Pilihanraya itu dipanggil akibat kekosongan susulan kematian penyandangnya Ismail Yaakub pada 22 Mei lalu.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata daftar
pemilih yang akan digunakan termasuk daftar pemilih tambahan yang dikemaskini sehingga Jumaat lepas.

Beliau menambah, penamaan calon dan penjumlahan rasmi undi diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yahya Petra 1, Kuala Krai.

Sembilan sekolah akan dijadikan pusat mengundi dengan seramai 350
petugas mengendalikan pilihanraya kecil itu.

Daftar pemilih terbabit mula dijual pada 15 Jun dan pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web rasmi SPR www.spr.gov.my, selain di lima kaunter yang akan dikenal pasti.

Semakan juga boleh dibuat melalui SMS dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 15 Jun ini.

Pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan pejabat SPR Kelantan di talian 09-748 25 10.

PIAGAM CALON PARTI KEADILAN RAKYAT PRK Penanti - Malaysiakini

PIAGAM CALON PARTI KEADILAN RAKYAT

1. Mengadakan pusat khidmat rakyat dalam tempoh 48 jam selepas diumumkan sebagai wakil rakyat DUN Penanti. Pusat ini akan berfungsi sebagai ‘one stop center’ yang membolehkan rakyat tanpa mengira kaum dan latarbelakang mendapatkan perkhidmatan daripada wakil rakyat. Pusat ini akan dilengkapi kemudahan telekomunikasi dan internet.
2. Mengadakan talian ‘hotline’ dan email aduan untuk membolehkan rakyat berhubung dan berurusan 24 jam sehari dengan wakil rakyat.
3. Mempraktikkan amalan turun padang bertujuan mendengar sendiri punca masalah rakyat dalam DUN Penanti
4. Mendahulukan program kebajikan rakyat terutama kelompok ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya dan warga emas supaya keperluan dan kebajikan mereka terjaga
5. Mengadakan program tuisyen dan bimbingan pelajaran percuma kepada anak-anak cemerlang terutama dari kalangan keluarga berpendapatan rendah.
6. Membina jaringan dengan kumpulan ‘civil societies’ , NGO’s dan institusi pendidikan sekaligus
memanfaatkan pengalaman dan kepakaran mereka untuk pelbagai program dan aktiviti
kemasyarakatan dalam DUN Penanti
7. Menggerakkan program ‘empowerment’ untuk ‘local opinion leaders’ dengan fokus utama kepada imam, jawatankuasa masjid, JKKK, pimpinan dan jawatankuasa rumah ibadat.
8. Mewujudkan klinik komuniti untuk kemudahan rakyat Penanti
9. Menwujudkan Bazar Rakyat untuk menjadi platform aktiviti kelompok peniaga kecil dan tarikan
perlancongan setempat
10. Mempertingkatkan kemudahan prasarana termasuk aktiviti pengindahan kawasan pasar Penanti, tanah
perkuburan dan tempatt-tempat rekreasi
11. Mewujudkan dewan komuniti untuk aktiviti kemasyarakatan seperti kenduri-kendara, forum rakyat dan sambutan hari kebesaran.

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Pengarah Pilihan Raya / Elections Director
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)

Monday, May 25, 2009

PROGRAM DI PRK PENANTI - Malaysiakini


BENGKEL 'SAFETY RIDING' BERSAMA
YASIR SAID, JUARA CUB PRIX ASIA
26 MEI 2009 , 4.30 PETANG
JALAN PASAR MALAM, KG. GUAR PERAHU, PENANTI

demo 'wikang' dan 'williey'
demo dan taklimat safety riding
pertandingan berkaitan safety riding
percuma servis dan minyak 4T bagi 100 motorcub yang pertama

anjuran : keADILan N.Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah serta AMK
Permatang Pauh semua di jemput hadir

Kesempatan mendekati golongan muda telah dipergunakan sebaik mungkin
untuk mempromosi gaya hidup sihat. keADILan akan mengadakan satu
program ke arah mendekati anak muda yang bermotorsikal dengan
mempromosikan pemboncengan selamat / safety riding.

Semua anak muda di kawasan sekitar dijemput bersama dalam Bengkel
'Safety Riding' bersama Juara Cub Prix Asia - saudara Yasir Said.
Dalam program ini sebanyak 150 motorsikal pertama yang memenuhi ciri
keselamatan motorsikal (yang ditetapkan oleh JPJ) layak untuk mendapat
perkhidmatan servis motor dan menukar minyak 4T secara percuma. Selain
itu Yasir Said akan memberikan taklimat dan demonstrasi pemboncengan
selamat dan turut diadakan ialah beberapa pertandingan melibatkan
pemboncengan selamat. Demonstrasi willie dan wikang (iaitu dua aksi
popular anak muda bermotosikal akan dipertontonkan juga.

Melalui program yang dianjurkan secara bersama oleh keADILan Negeri
Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah, AMK Permatang Pauh dan AMK Bkt
Mertajam, diharap dengan program ini keADILan bukan sekadar mampu
mendekati anak muda dalam siri kempen pilihanraya tetapi lebih dari
itu dapat mempromosikan pemboncengan selamat seiring dengan gaya hidup
sihat anak muda.

Sunday, May 17, 2009

Orang Baru - Malaysiakini



Isteri saya selamat melahirkan seorang putera pada jam 1425 hrs Ahad 17th May 2009 di hospital bersalin muslimah( Penawar Klinik) Glugor. Anak dan isteri dalam keadaan sihat.

Wednesday, May 13, 2009

PERMIT CERAMAH AKAN DIPERMUDAH - Malaysiakini

Proses pengeluaran permit ceramah akan dipermudah - polis - Staronline

BUKIT MERTAJAM: Polis akan memudahkan proses pengeluaran permit ceramah kepada semua parti atau calon yang bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata mereka yang berkenaan boleh mendapatkan borang permohonan di balai polis Seberang Jaya, Kubang Semang atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Prai Tengah (SPT) di Bandar Perda di sini.

"Sebelum ini, kami hanya menyediakan borang berkenaan di IPD SPT tapi pada pilihan raya kecil ini kami menempatkan pegawai yang terlibat di dua balai lain bagi memudahkan parti bertanding memohon permit mengadakan ceramah," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ayub berkata polis akan memberikan pertimbangan yang adil kepada semua pihak dalam meluluskan permohonan permit itu.

Pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan berikutan penyandangnya Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada 16 April, kira-kira seminggu selepas beliau meletak jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 23 Mei ini sebagai hari penamaan calon dan 31 Mei sebagai hari pengundian.

DUN Penanti mempunyai 15,834 pengundi berdaftar.

Mengenai persiapan polis menghadapi pilihan raya kecil itu, Ayub berkata semua sumber kekuatan manusia, operasi dan logistik telah bersiap sedia dan jumlah keanggotaan pula bergantung kepada perkembangan akhir

Pst Takkan permudah untuk PRK Penanti saja kot, (Tu pun banyakkan tempat ambik borang aja) Lepaih tu tarik balik last minit atas alasan keselamatan, aku pun reti buat keja tu......

Tuesday, May 12, 2009

Menarik isu Perak- Jadikan pengajaran - Malaysiakini

Sebaik sahaja menerima keputusan mahkamah, YAB Datuk Seri Ir. Nizar Jamaluddin telah mengumumkan menggantung setiausaha kerajaan negeri Datuk Abdul Rahman Hashim dan penasihat perundangannya Datuk Ahmad Kamal Shahid.

Keputusan menggantung dua pegawai kanan ini - dilihat dekat kerajaan BN sejak rampasan kuasa awal Februari lalu - dalam mesyuarat tergempar exco malam tadi.

Tegasnya keputusan ini bukan balas dendam tetapi kerana tindak tanduk melampau mereka mencampuri dan mengambil sikap politik boleh menjejaskan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. (untuk membaca lanjut sila klik sini)

Walaupun agak terlambat sebenarnya tetapi ia merupakan keputusan yang tepat. Sering kedengaran pegawai kerajaan yang bertugas di bawah kerajaan negeri menjalankan tugas sabotaj untuk memburukkan keadaan. Mereka seolah memainkan peranan sebagai agen Umno. Ini bukan tuduhan di Pulau Pinang contohnya jika tidak digempur oleh Amizuddin Ahmat (Ketua Pemuda KEADILAN Kepala Batas), bekas ahli Majlis Seberang Perai mengenai wujudnya Pegawai Daerah dan pegawainya yang main 'kong kali kong' dalam isu royalti kuari dan kelulusannya nescaya perkara ini akan berterusan dan memberikan imej buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.

Pendedahan Amizuddin yang dikenali sebagai Din Binjai telah menyebabkan Kerajaan Pulau Pinang mendapat kembali RM6.7 juta pendapatan hasil dari kuari yang 'disalah' kirakan.

Cuma selepas pendedahan tersebut ramai pula yang memandang serong kononya Din Binjai sebagai perosak. Ramai pula 'orang kita' yang membela pegawai - pegawai yang terbabit atas perbagai dasar seperti kawan sekelas dulu dan sebagainya. Dalam pertemuan baru - baru ini Din Binjai dengan tenang mengatakan biar dia hilang jawatan ahli majlis yang tak seberapa asalkan dia puas menentang amalam korupsi yang menjadi perjuangan selama ini.

Ibarat masuk rumah yang telah diduduki oleh pemilik lama. Sikit sebanyak kena buat ubah suai atau paling tidak cuci apa yang patut. Untuk tidak membazir pakai semula yang berguna tak salah tapi buang yang menyusahkan.

Di Selangor masih banyak perkara sama berlaku. Malah pegawai kecil sering merungut mereka ditekan kerana kelihatan cuba menyokong kerajaan yang ada sekarang. Mereka juga pelik siapa yang memerintah sekarang ini...?

Khabarnya dalam pejabat MB sendiri masih ada pegawai kanan (setiausaha) yang menjadi kesayangan Khir Toyo dulu...maka apa peliknya resit atau surat kerajaan terlepas pada Umno....

Tanpa mengenepikan masih ada ramai pegawai yang profesional tetapi yang sulit perlu dipelihara.

Banyak rungutan mengatakan tender PBT masih 'dirayakan' dibahagi - bahagi sesama pro Umno sama seperti dahulu.... yang jujur dan ikhlas masih gagal mendapat ruang. Masih ada Pegawai Tinggi PBT yang pergi bermesyuarat di kawasan pelancongan tajaan syarikat yang mendapat tender letak kereta.

Dalam bab anak syarikat kerajaan negeri.... masih banyak lompong.... masih terlalu ramai pro Umno terlibat... banyak jawatan kosong atau yang perlu dikosongkan dan di isi oleh mereka yang pernah merasa perit berjuang, faham derita rakyat dengan syarat mereka ada kelayakan dan pengalaman.....

Tidak dinafikan perlu ada pertimbangan teliti ....anak syarikat yang membuat keuntungan dan bersedia berkhidmat dengan kerajaan semasa harus dikekalkan pimpinan syarikat tersebut. KDEB contohnya keuntungan meningkat, menjadi pembayar air percuma kepada rakyat malah menjadi penyumbang utama kepada masyarakat dalam projek basmi kemiskinan dan penaja utama sukan khususnya bolasepak Selangor, maka pimpinan syarikat harus di puji.

Perlu dilihat syarikat yang korup atau tidak membuat untung sesuatu perlu dilakukan segera. Dalam lantikan juga perlu diteliti sejauh mana yang bakal dilantik faham denyut nadi perjuangan dan kepayahan rakyat. Mereka bukan sahaja tidak boleh korup tetapi mampu serta bersedia menjadi penyumbang kepada usaha memperkasakan rakyat. Dari Blog Che'gu Bard

Kepada Selangor lihatlah Perak jangan dah terantuk baru nak terngadah !!

Mereka yang digantung tugas di Perak - Malaysiakini

IPOH: Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini menggantung tugas Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Dato' Dr. Abdul Rahman Hashim. Sehubungan dengan itu Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Jamalludin Al Amini Ahmad dilantik untuk memangku tugas Setiausaha Kerajaan Negeri berkuat kuasa serta merta.


(Foto : Dato' Dr.Abdul Rahman Bin Hashim)
Itu adalah beberapa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat Exco pimpinan beliau di ibu pejabat PAS negeri, tengah malam tadi.


Petang semalam, Mohammad Nizar turut menggantung tugas Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Ahmad Kamal Md Shahid berkuat kuasa serta merta sebaik sahaja Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

(Foto : Y.B. Dato' Jamalludin Al Amini Bin Ahmad )
Pada pagi esok, Mohammad Nizar berkata, beliau akan mempersembahkan permohonan untuk menghadap Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah Sultan Azlan Shah.

"Bukan menghadap, kami hanya mengemukakan permohonann untuk menghadap," katanya pada sidang media yang diadakan kira-kira pukul 12.30 malam tadi.


(Foto : Ahmad Kamal Bin Md Shahid)

Mohammad Nizar berkata, beliau dan kesemua Exconya akan memulakan tugas seperti biasa pada pukul 7.15 pagi ini.

Beliau juga berkata, mesyuarat tersebut memutuskan untuk meneruskan dasar-dasar yang diputuskan oleh kerajaan negeri di bawah Barisan Nasional (BN) selama tiga bulan yang boleh membawa manfaat kepada rakyat.

Selain itu katanya, V Sivakumar masih merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) yang sah.

Katanya, Datuk R Ganesan yang dilantik oleh BN sebagai Speaker DUN adalah tidah sah kerana masih belum mengangkat sumpah.

Sehubungan itu kata beliau, apa juga kemungkinan sidang DUN tergempar yang akan dibawa BN pada pagi ini adalah tidak sah.

"Untuk mengadakannya, mereka mesti memberi notis," katanya.

Petang tadi Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa Nizar adalah Menteri Besar yang sah.

Dengan keputusan itu, persoalan mengenai siapakah Menteri Besar yang sah - antara Nizar dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, yang menyebabkan negeri itu dilanda krisis politik sejak Februari lalu akhirnya terjawab.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Aziz Abd Rahim memutuskan bahawa Nizar tidak mengosongkan jawatan Menteri Besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN. Mstar.

Datuk Seri Nizar kembali bertugas - Malaysiakini


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin - yang mendapat semula jawatan menteri besar Perak - kembali bertugas hari ini di bangunan sekretariat dengan kawalan ketat polis.

Beliau hadir bersama barisan exconya dan juga Speaker DUN, V Sivakumar, yang digugurkan dalam persidangan paling kecoh, Khamis lalu.

Kawalan ketat itu (foto) dilaporkan atas arahan Setiausaha Kerajaan Perak, Datuk Abdul Rahman Hashim - yang diumumkan malam tadi telah digantung tugasnya oleh menteri besar tersebut.

Turut mengalami tindakan yang sama, penasihat undang-undang negeri Datuk Ahmad Kamal Shahid.

Surat penggantungan tugas kepada dua pegawai kanan itu diserahkan selepas jam 8 pagi tadi.

Sejurus kemudian Mohammad Nizar meninggalkan pejabat, menuju ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar untuk satu majlis diraja.

Beliau juga berharap dapat menghadap Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah untuk membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya negeri diadakan.

Seorang pembantu menteri besar itu Amran Harun dilaporkan mengirim kepada istana jam 8.20 pagi ini, memaklumkan hasrat Mohammad Nizar menghadap Raja Nazrin. - Malaysiakini

Monday, May 11, 2009

Datuk Seri Nizar MB Perak yang sah UPDATED - Malaysiakini



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.

Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.

Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.

Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.

Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah.

Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut. - Dari Malaysiakini

Pertandingan paintball terbuka angkatan muda keadilan- Malaysiakini

10 may 2009 di Combat Field Permatang Tinggi Bukit Mertajam berlansung pertandingan paintball terbuka Angkatan Muda Keadilan anjuran Angkatan Muda Bahagian Batu Kawan dengan kerjasama Unit Ehsan Pulau Pinang. Pertandingan yang julung kali dianjurkan mendapat sambutan menggalakan dengan penyertaan lebih dari 80 orang peserta. Antara bahagian AMK yang mengambil bahagian ialah dari Angkatan Muda Bahagian Balik Pulau, Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru, Angkatan Muda Bahagian Bukit Mertajam, Angkatan Muda Bahagian Kepala Batas, Angkatan Muda Bahagian Tasek Glugor, Angkatan Muda Bahagian Permatang Pauh, Angkatan Muda Bahagian Batu Kawan dan rakan-rakan dari Angkatan Muda Kedah.
Perasmian dilakukan oleh Dr Mansor Othman calon Parti KeADILan Rakyat bagi PRK Penanti. Turut sama hadir memeriahkan pertandingan ialah YB Law Choo Kiang- ADUN Batu Kawan , YB Ong Chen Wee - ADUN Bukit Tengah dan YB Sim Tze Tzin- ADUN Pantai Jerjak.
Dibawah disertakan gambar-gambar di sepanjang pertandingan tersebut.


Kelihatan YB Sim sedang sabar menunggu sebelum menjadi sasaran

Peserta bergambar bersama dr Mansor

Gikgu Azman Nasarudin Tim Kt AMK Kedah turut hadir memberi sokongan

Topeng power ranger hehehehe

Marker atau senapang angin

Banner AMK Bayan Baru

Aksi dari VIP


Dr Mansor sedang merasmikan program

Dr Mansor, YB Law Choo Kiang, YB Ong Chen Wee


ALOHA- Salah seorang peserta yang paling bersih- Berada di barisan belakang semasa pertempuran hehehe

Rezal Huzairi Tim SUK Parti KeADILan Rakyat Pusat turut hadir memberi sokongan

Sdr Nadzri Kt AMK Bahagian Balik Pulau sedang dlm perjalanan untuk bertempur

Penyelaras prog Sdr Ijune sedang bersantai sebelum bertempur


Peserta profesional dari kelab combat


Rizal Abd Hamid salah seorang peserta yang paling kemas dan tak ditembak sebab berada di barisan belakang tiap kali bertempur

Peserta sedang bersiap sedia untuk memulakan pertandingan

Peserta bersiap sedia


Jordan, Aidil dan shafiq sedang mengatur strategi

Antara peserta yang mengambil bahagian

Din Binjai tak terlepas dari jadi tumpuan media

Thursday, May 7, 2009

Update 5 May 2009 Lawatan ke Kawasan Banjir di Teluk Kumbar- Malaysiakini


Sdr Marzuki Kt Penerangan Ang Muda Bahagian Bayan Baru sedang meninjau kawasan banjir


Sdr Rahman dan KeraniOpis meredah banjir


Sedang mendengar keluhan penduduk


Laju betul arus banjir

Sedang mengeringkan kaki di tepi jalan


Tepat 8.00am Selasa 5hb May 2009 terima SMS dari Penyelia Ops Unit Ehsan Zul Onenie maklumkan beberapa kawasan di sekitar daerah Barat Daya dinaiki air.A ku Call pejabat DO tapi bilik gerakan banjir tak dibuka0 Mungkin tak serius kot pikir aku. Aku call 2-3 pengerusi JKKK tapi hampehhh.... tak dijawab... aku melawat ke rumah sahabat lama aku Mad Tok Ghah bersama Pengerusi JKKK Permatang Damar Laut Abang Saaroni (Dia call aku pukul 6 am buat appoinment ) sekitar jam 9am... teruk gak umah dia, sebab umah dia memang letak kat kawasan rendah. Bincang cara yang terpantas nak bantu dan buat keputusan untuk buat gotong royong seberapa segera...buget tu keja aku laaaa..
Kemudian terus ke kawasan Teluk Kumbar dengan Zul Onenie n Sdr Marzuki Ketua Penerangan Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru, aku contact S/Usaha Angkatan MUda Bahagian....lupa lak dia ada konvo. Aku sampai tengok kereta peronda polis melintang atas jalan kat area Kg Masjid, air naik hampir dengan pinggang, berdepan dengan sekolah rendah teluk kumbar, dekat dewan perda. Aku tunggu kat sana dengan 2-3 orang geng Unit Amal yang dok ada. Tech JPS sampai kat tempat aku, dia brief kami pasal masalah banjir kat area tu, tetiba nampak kelibat YB Syed Amerudin (UMNO) ADUN Bayan Lepas sampai dengan rombongan geng UMNO, terus dia panggil tech JPS tu brief dia.
Aku dok cari gak geng parti area Balik Pulau, aku buat 2-3 call rupanya Balik Pulau pun naik air...eemmm patut laa, big gun semua takdak....Aku call Ahli Majlis MPPP Sdr Rahman, dalam 10 minit dia sampai...woooiii cepatnya...OK laaa ada wakil dari Balik Pulau, Timbalan Kt Bahagian plak tu hehehe kami redah banjir p melawat rumah yang kena....4-5 owner dok tanya aku....Mana Ahli Parlimen Balik Pulau, dah dekat tengahari bayang pun tak nampak, aku bagitau laaa kawasan lain pun banjir gak....depa punya muka kelat macam makan asam koo.... nanti aku sambung lain, ada meeting sat lagi...

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN