Ramai Adun tak duduk dikerusi, banyak yg mundar mandir, tunjuk protes..yg duduk sambil kunyah chewing gum pun ada..informer wak tengah layan laptop ! Kejar hits..wakakaka...!
Wak harap jangan ada kasut terbang dalam dewan ! Tapi kalau Timbalan Speaker yg naik ganti Siva, rasa banyak kasut yg terbang..tunggu ajer ! Oh..negeriku..Perak Darul..! Sehingga sekarang, sidang DUN masih belum dapat diresmikan oleh Baginda Raja Muda Perak.
Speaker haram sekali lagi gagal untuk mengendalikan sidang dengan jawatannya yang disandangnya secara tidak sah apabila diganggu oleh semua ADUN PR dengan laungan "Ular" sehingga menenggelamkan suara Ganesan walaupun menggunakan pembesar suara yang cuma dibuka untuk kerusi ADUN yang dipinjamnya.
Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi. Kerana gangguan itu menyebabkan Sivakumar menangguhkan lagi sidang selama satu jam.
Catatan MSO :Inilah tindakan sabotaj yang tidak bertanggungjawab sedangkan Speaker yang sah sejak tadi pembesar suaranya tidak berfungsi. Kerana gangguan itu menyebabkan Sivakumar menangguhkan lagi sidang selama satu jam.
PERKEMBANGAN merngenai kekecohan dan keanihan yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak barang kali tidak boleh disifatkan ianya sebagai gila sebab semua yang ada dalam dewan itu waras belaka.
Buktinya kalau kesemua wakil rakyat di dalam Dewan itu gila, atau hilang akal mereka tidak akan dibenarkan bertanding dalam pilihan raya.
Secara logik dan amalannya mereka adalah waras sebab kalau mereka hilang akal kesemua mereka tidak akan dibenarkan bertanding. Sebab mengikut perlembagaan negara mereka yang gila hilang kelayakan untuk jadi wakil rakyat.
Namun dengan kekecohan yang berlaku bolahkah kalau dikatakan kesemua mereka mulai gila sejak jam 6:00 pagi tadi dan semakin menjadi-jadi gilanya menjelang tengah hari ini. Bayangkan di dalam DUN Perak kini ada dua spekaer, S Sivakmumnar, Speaker yang dilantik oleh kerajaan sebelum ini dan Ganesan Speaker baru yang dilantik sekejap tadi.
Dua persidangan juga berlaku. Satu persidangan dipimpin oleh S Sivakumar dan satu lagi dipimpin oleh Timbalan Speaker, Hee Yit Foong kemudian diganti Genesan setelah Genesan dipilih menjadi speaker.
Paling gila juga, Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang sepatutnya merasmikan sidang dewan jam 10:00 tadi terpaksa menunggu di bilik menanti di Raja sebelum mendapatkan isyarat untuk merasmikan sidang dewan.
Pertama kali berlaku dalam sejarah negeri Perak Sultan terpaksa menunggu untuk merasmikan sidang dewan kerana ada gangguan dan kekacauan di dalam dewan.
Bagi menghormati waktu solat ZOHOR, wak akan tangguhkan sidang LIVE wak ini selama 30 minit, akan kembali pada jam 2 petang..! Mohon sembah derhaka kepada semua ! Takbir !!
Cilok dari ABO
1 comment:
umno rakus dr org no wahid sampai kuncu2nya.pencuri harta2 rakyat.hidup macam tak ada agama,halal haram tak ada .itulah umno dan kawasan2 sekitarnya.
Post a Comment