Thursday, May 7, 2009

Terkini 1210pm Dari Sidang DUN Perak - Malaysiakini

Hampeh !! Sidang berehat kejap.

Catatan Misbah yang keluar dewan awal :

Saya sampai lewat ke hotel disebabkan sekatan jalanraya dan jalan jem teruk. Saya bersendirian ke Bangunan Perak Darul Ridzuan, cuba menembusi beberapa sekatan polis tetapi gagal. Saya tunjuk surat perlantikan Setiausaha DUN oleh Speaker tetapi tidak dipeduli oleh polis. Sekatan semi sekatan saya lalui semuanya gagal.

Polis hanya menerima kad masuk yang dikeluarkan oleh Pejabat MB dan SUK sahaja. Surat Speaker tidak laku. Saya bertengkar cara baik dengan polis untuk membolehkan masuk namun gagal.

Di satu sekatan yang lain, pegawai polis agak bertimbang rasa, saya dibenarkan masuk tetapi hendaklah parking kereta di tempat yang lain dan berjalan kaki kira-kira 3 kilometer. Akhirnya saya berjaya menembusi sekatan polis dengan berjalan kaki sejauh 3 km.

Saya singgah dulu di pejabat PAS dan meninjau keadaan. Persidangan belum berjalan lagi, pemeriksaan perbarisan pun belum bermula lagi. Speaker dan Hj Nizar menghubungi supaya segera ke DUN. Saya tidak dapat berbuat demikian, kad masuk tidak ada pada saya.

Sementara itu, berhampiran bangunan SUK keadaan kecoh apabila FRU menyerbu kedai minum di bawah pejabat DAP dan membuat tangkapan demi tangkapan. Antara yang ditangkap YB Salehuddin, YB Mujahid, YB Jayakumar dan ramai lagi.

Seorang pegawai ADUN PR memberi saya kad masuk ke bangunan SUK, saya terus bergegas ke SUK. Sampai dipintu pagar, sekali lagi saya dihalang dan tidak dibenarkan masuk oleh pihak polis yang telah mengambil alih sepenuhnya kawalan keselamatan.

Saya cuba merayu dengan tunjuk surat Speaker tetapi gagal. Kad saya tidak laku sebab kad itu untuk isteri ADUN. Sementara itu tangkapan-tangkapan tersus dilakukan oleh pihak polis.

Saya cuba hubungi beberapa ADUN di Dewan, dan mereka melaporkan, persidangan telah dimulakan tanpa menunggu kehadiran saya selaku Setiausaha DUN dengan berlaku beberapa kekecohan. Abdullah Antong terus menjalankan tugas sebagai Setiausaha DUN..

11.35am : Speaker mempersoalkan sekali lagi dan mengulangi pendiriannya tidak akan memulakan sidang sekiranya mereka yang digantung tidak keluar dari dewan. Semasa mengumumkan demikan dewan kembali kecoh dengan suara kedua belah pihak. Sekarang keadaan kembali tegang. dan sesekejap sunyi kembali. Saya tidak menjangkakan bila keadaan ini akan berakhir ? Speaker yg baru dilantik, tak tahu nak duduk kat kerusi mana, ala..kau duduk ajer bersila depan siva tu !
Kalau budak kecik … boleh diketuk sorang sorang. Tapi kalau dah besar .. nil ah masalahnya. Tak cukup dengan rebut kuasa di luar .. membawa ke dalam dewan. Hee Yit Phoong yang telah di tolak orang orang kampong, sekarang cuba jadi jaguh rampas kuasa Speaker Perak. Wakakakaka !!! Kalau tak nanti … nampak sangat pelaburan tak berbaloi .. kena tunjuk sikit beb. Wakakaka !!!

Kalau sidang ini sehingga petang, nampaknya sampai ke petang la acara lawak ini berjalan. Aku tak kesah .. ia di dalam dewan. Tapi berita seperti ini akan di ketahui sampai ke luar Negara. Wakakakak !!! Lawak pemimpin Malaysia. Nak letak mana muka?


Suasana 'darurat' kecil di Ipoh, Perak. Biarkan gambar berbicara. Wak macam makin letih melihat badut2 sedang 'bersidang'. Laporan akan kembali selepas jam 12.30 pm-

Raja Muda pun tak sempat nak rasmi perhimpunan, jadi tunggu lah isyarat kalau kalau kekecohan menjadi reda. Kalau sampai petang .. maka sampai petang lah dia. Kita tunggu … syok ni !!! Wakakakaka !!! Aku ingat Raja lawak paling lawak .. rupa nya Dun Perak lagi lawak ...
wakakakakak !!! (radenjowo)

Sivakumar : "Semua ADUN PR saya pohon kepada mereka semua jangan keluar jika tidak ada sesuatu yang penting perlu dilakukan. Sekiranya mereka yang ingin keluar walaupun untuk ke tandas mereka saya pohon keluar berdua ".

Sementara itu Speaker yang masih sah, Sivakumar masih keras berada dikerusinya dan tidak berganjak. Kekuatan, ketegasan mereka nampak lebih kuat pada hari ini sehingga ada yang membuat cerita lucu : "silap jampi oleh bomoh, makin kuat dan keras, bukan makin lemah ".(idhamLim)

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN