Tuesday, July 28, 2009

Pengarah Pilihanraya Permatang Pauh di lokap - Malaysiakini



Che Amat bin Hashim atau lebih mesra dengan panggilan manjanya Pak Tam dilokap di balai polis Bukit Mertajam di Perda. Beliau adalah Pengarah Pilihanraya Permatang Pauh dan juga seorang Ahli Majlis MPSP. Seorang ispektor polis Bukit Mertajam telah menghubungi beliau untuk hadir ke balai polis Bukit Mertajam, Perda dengan segera.


Beliau terkejut kerana polis mendakwa beliau atas 7 pertuduhan. Beliau juga terkejut kerana 20 wartawan telah penuh berhimpun di balai polis tersebut. Wartawan memberitahu bahawa mereka telah menerima sms dari polis mengatakan 5 orang PKR akan didakwa.


Pak Tam didakwa kerana kononnya menganjurkan ceramah pada 24 Mei 2009 ketika pilihanraya kecil Penanti telah mengundang penceramah yang tidak ada dalam senarai permit.


Penceramah tersebut adalah Dr Mansor Othman (calon Penanti), Yb Saifuddin Nasution, YB Zuraidah, Ustaz Hassan Razak, YB Abdullah sani, YB Manikumar dan YB Gobalakrisnan. Pak Tam didakwa di tempat yang berbeza antaranya Mengkuang Semarak, Mengkuang Titi, depan Masjid Kubang Semang dan Guar Perahu.

Beliau didakwa dibawah akta Polis 1967. Jika disabit kesalahan beliau boleh dikenakan denda RM2,000.00 hingga RM10,000.00 atau penjara setahun untuk setiap kesalahan. Beliau tidak mengaku salah atas semua pertuduhan.

Beliau telah dilokap hampir 5 jam di balai polis Bukit Mertajam. Beliau akhirnya dijamin dengan setiap pertuduhan RM2,000.00. Bermakna beliau telah diikat jamin sebanyak RM14,000.00.

Sebutan kes pada 27 Ogos 2009 di Mahkamah Bukit Mertajam di Jalan Betik. Saudara Mazlan Ketua UKP dan Amer Ghazali Ketua AMK Permatang Pauh berkata mereka akan mobilisasi seramai mungkin penyokong PKR dan Pakatan Rakyat untuk menyatakan sokongan kepada Pak Tam pada hari perbicaraan tersebut.

Sementara itu saudara Jalil dan Johari penggerak utama PKR di Permatang Kg Rawa, Permatang Pauh berkata ini adalah kes yang pertama kita dengar dan ini berlaku dalam 100 hari dibawah Najib. Ternyata Najib dalam keadaan tertekan kerana dakwaan ini datang dari laporan polis di Putrajaya.

Pak Tam berkata beliau tidak gentar sama sekali menghadapi 7 tuduhan ini. Anwar Ibrahim telah mengarahkan peguam Praba sebagai peguam bela kes ini. Pak Tam dengan tegas berkata... "lagi ditangkap lagi lawan...Lawan Tetap Lawan".

Sementara itu Pengasas Unit Ehsan P.Pinang saudara Zulkarnain berkata Unit Ehsan akan melancarkan kutipan dana untuk membantu kes ini.

Ayuh!...hadir beramai-ramai untuk menyatakan sokongan pada 27 Ogos 2009 di Mahkamah Bukit Mertajam Jalan Betik jam 8.30 pagi dalam bulan Ramadhan.

Monday, July 27, 2009

Laluan dan peringatan untuk peserta perhimpunan Anti ISA - Malaysiakini


"Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Gambar Untuk Melihat Peta Laluan) bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Kerajaan Memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

Perkara yang perlu anda bawa/sediakan

1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.

2. Duit-maksimum RM 100 sahaja.

3. Memakai pakaian yang sopan-Baju berwarna Hitam/Merah-Sebaiknya ada logo Mansuhkan ISA

4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.

5. Aksesori kempen-Button, riben, topi, kopiah arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Mansuhkan ISA boleh digunakan.

6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.

7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.

8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.

9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.

10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis N100 Respirator, N95 Respirator dan Surgical facemask untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.

11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.

12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.

13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.

14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.

Perkara yang tidak dibenarkan

1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.

2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kreadit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.

3. Jangan memakai pakaian yang menjolok mata dan tidak sopan.

4. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal untuk memudahkan pergerakkan.

5. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.

6. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan kempen mansuhkan ISA

7. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.

8. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan Kempen Mansuhkan ISA tidak dibenarkan.

9. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.

10. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov *****tail dan mercun.

11. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.

12. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.

13. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.

14. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.

Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan

1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.

2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.

3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.

4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.

5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.

6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.

7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.

8. Jangan lupa charge bateri handphone dan kamera.

9. Pastikan anda berniat kerana Allah (bagi yang muslim) sebelum keluar rumah.

10. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan; Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara.

11. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.

12. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.

13. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).

14. Jangan memakai baju Mansuhkan ISA sebelum perhimpunan bermula.

Semasa perhimpunan dan perarakan

1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan (Sogo, Masjid Jamek, atau Masjid Negara) dan tunggu arahan dari Field Commander yang dilantik.

2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau Field Commander sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada Field Commander.

3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan Field Commander.

4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.

5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.

6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.

7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.

8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.

9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.

10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.

11. Pastikan anda dapat duduk semasa pimpinan berucap.

12. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi sound system akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.

13. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.

14. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.

15. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.

16. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com untuk rekod dan disiarkan.17. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.

Selepas perhimpunan

1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.

2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila datang ke Pejabat Agung PAS untuk membuat laporan dengan Unit Amal bertugas.

3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik. Dapatkan maklumat di Pejabat Agung PAS atau ke Balai Polis berkaitan untuk bebaskan mereka.

4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.

5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.

6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha GMI-enalini_elumalai@yahoo.com.

Apa anda perlu buat jika kumpulan Pro-ISA buat Provokasi

1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan Field Commander Unit Amal.

2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.

3. Jangan hampiri mereka.

4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.

5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.

6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.

Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan

1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.

2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.

3. Duduk jika pimpinan arahkan.

4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air water canon berwarna kuning.

5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.

6. Ambil gambar mereka jika sempat.

7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.

Apa yang anda perlu buat jika ditahan

1. Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

2. Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

3. Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

4. Jika mereka tanya soal pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

5. Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

6. Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab ”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

7. Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

8. Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

9. Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

10. Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

11. Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.

Apa yang anda buat selepas dibebaskan

1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.

2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.

3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.

4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.

5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.

6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.

7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.

8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.

9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.

10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.

11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.

Perhatian!

1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.

2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.

3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.

4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini

Secara keseluruhannya, kita berdoa semoga Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.

Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak Kerajaan dan memberikan laluan untuk Agong mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan negara kita.

Ingat, Himpunan Bersih dan PPSMI berjaya menyedarkan Kerajaan kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk memansuhkan ISA.

Pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang diberikan. Sebarang masalah anda boleh rujuk kepada Field Commander atau Unit Amal yang bertugas pada perhimpunan ini.

Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

Berikut adalah Peta laluan yang dipersetujui oleh GMI:


Wednesday, July 22, 2009

Penjajah media - Malaysiakini

Dari TV Antara

Dalam tempoh beberapa hari lalu, perkembangan berikut berlaku di stesen-stesen televisyen milik Media Prima dan akhbar-akhbar utama:
- TV3, NTV7 dan 8TV diarah untuk tidak melaporkan sebarang komen/pandangan pemimpin Pakatan Rakyat mengenai kematian Teoh Beng Hock dan SPRM. Hanya komen BN dan pihak rasmi dibenar untuk disiarkan.
- Penerbit Berita Inggeris NTV7 diarah untuk memalsukan hasil tinjauan orang ramai ketika siaran berita stesen itu pada 21 Julai. Soalan berbunyi “Adakah Pakatan Rakyat telah mengeksploitasi isu Beng Huat. 88 peratus responden menjawab TIDAK. Hanya 12 peratus yang menjawab YA.
Namun arahan “atas” memaksa penerbit untuk mengumumkan bahawa 56 peratus daripada responden kononnya menjawab YA.
- Penerbit berita Saluran 8 atu 8TV dibidas oleh pihak “atasan” kerana menyiarkan visual polis menggunakan kekerasan ke atas orang ramai yang berkumpul sebagai tanda simpati terhadap Beng Hock depan pejabat SPRM Selangor Jumaat lalu.
Selain itu RTM, TV3,NTV7, 8TV, RTM diarah untuk tidak menyiarkan sebarang berita mengenai istana Khir Toyo atau mengaitkan isu itu kepada pemborosan Barisan Nasional, mahupun keengganan SPRM menyiasat mantan Menteri Besar Selangor itu.
-Semua suratkhabar diarah untuk tidak membesar-besarkan persoalan mengenai peranan SPRM dalam kematian Beng Hock.
- Akhbar Cina khususnya diberi arahan untuk tidak “lebih-lebih’ dalam menyiarkan laporan mengenai kematian Beng Hock dan taktik-taktik yang digunakan SPRM. Akibatnya Akhbar Sin Chew terpaksa menarik balik berita pada saat terakhir yang mengupas cubaan Berita Harian untuk menjadikan kontrovesi kematian Beng Hock sebagai isu perkauman.
Minggu lalu, seorang penolong pengarang NTV7 Florence Looi diturunkan pangkat setelah beliau meminta seorang tamu di rancangan yang dikendalikannya untuk menilai prestasi Najib selepas 100 hari beliau menjadi Perdana Menteri. Tamu berkenaan memberikan markah C atau D kepada Najib, yang jelas tidak menggembirakan pejabat Perdana Menteri.
Semua perkembangan ini adalah lanjutan daripada arahan yang diterima oleh pengarang-pengarang media sebelum ini, sejurus selepas Najib Tun Razak mengambil alih kepimpinan negara dan berjanji untuk mendokong kebebasan media.
Arahan itu termasuk memastikan semua media memberi keutamaan untuk membuat liputan majlis-majlis Rosmah Mansor, isteri Najib. Arahan istimewa diberi kepada TV3, iaitu berita Rosmah harus disiarkan sebagai antara berita utama dan terawal dalam Buletin Utama 8 malam. “Must cover, Must use,(Mesti diberi liputan, mesti disiarkan)” itulah arahan yang diterima oleh Meja Berita TV3 bersabit majlis-majlis Rosmah.
Jelas, manipulasi berita malah fitnah yang mewarnai media arus perdana sekian lama berterusan, malah bertambah serius di bawah Najib. Beliau memberi kuasa kepada Datuk Ahmad Talib untuk menguruskan semua kandungan berita di stesen-stesen televisyen TV3,NTV7, TV8 dan akhbar NST dan Berita Harian.
Pelantikan itu disusuli dengan rombakan besar-besaran yang menyaksikan pengarang-pengarang kanan seperti Datuk Kamarulzaman Zainal diberhentikan. Begitu juga dengan Pengarang NTV7, Mohsin Abdullah. Pengarah Berita TV3, Wee Your Lee pula dipindahkan ke jabatan lain.
Ahmad Talib membawa masuk konco-konconya seperti Asraf Abdullah, Manja Ismail dan Ahiruddin Atan untuk memastikan berita yang disajikan kepada rakyat setiap malam di televisyen dan menerusi akhbar, adalah mengikut rentak pentadbiran Najib.
Semuanya tentu dibuat atas nama “kebebasan media” yang dicanang oleh Perdana Menteri 1Malaysia Najib.

Tuesday, July 21, 2009

CERAMAH TERKINI DSAI DI NIBONG TEBAL 26 JULAI 2009-MALAYSIKINI

Kenyataan Media DSAI berkenaan Afidavit Palsu Kes beliau - Malaysiakini

KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 21 Julai 2009

Hari ini saya telahpun membuat dua laporan berasingan di Balai Polis Damansara.

Laporan polis pertama adalah berkaitan prosiding perbicaraan saya di mana saya telah pun menfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas saya kerana ianya merupakan satu konspirasi politik berniat jahat.

Affidavit yang saya kemukakan untuk menyokong permohonan menolak pertuduhan terhadap saya, menjelaskan dari perenggan 53 sehingga 63 bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terlibat di dalam membuat laporan palsu oleh ACP Koh Hong Sun berhubung penahanan saya di bawah ISA pada 20/21 September 1998. Gani dan Musa juga terlibat memalsukan bukti di dalam siasatan serangan ke atas saya oleh Tan Sri Rahim Noor. Ini antara contoh peranan kedua-dua mereka sehingga kini yang terlibat di dalam konspirasi politik dan memalsukan keterangan/bukti terhadap saya.

Dato Razak bin Musa ( Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM ) dan Hanafiah bin Hj Zakariah ( Timbalan Pendakwa Raya yang berada di dalam pasukan pendakwaan)telah menfailkan affidavit bertarikh 30 Jun 2009.

Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam affidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan di dalam prosiding mahkamah nanti. Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian dari konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu.

Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi, walaupun sudah mengangkat sumpah, dengan berkata panel yang dianggotai oleh tiga hakim bersara ( Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad dan Datuk Mohama Noor bin Abdullah) telah mendapati Gani tidal terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah. Razak selaku ketua jabatan perundangan dan pendakwaan SPRM sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel dari tiga hakim tersebut mendapati Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah.

Hanafiah pula selaku Timbalan Pendakwaraya Kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan affidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam affidavit pendakwaan.

Laporan polis kedua yang saya kemukakan berhubung kegagalan pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh saya pada 20 Febuari 2009 ke atas Gani dan Musa berkaitan peranan mereka memalsukan laporan polis berkaitan penahanan saya pada 20 September 1998 yang difailkan oleh ACP Koh Hong Sun.

Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April 2009 kepada OCS Balai Damansara untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan.

Datuk Hishamuddin Hussein di dalam jawapan yang bertarikh 22hb terhadap soalan yang dikemukakan oleh YB Sivarasa di dalam Parlimen berkata laporan yang dikemukakan saya telah pun dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada keesokan harinya(21 Febuari 2009)

Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun 2009 kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini.

Kami terkejut apabila menerima maklumbalas bertulis bertarikh 10 Julai 2009 yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidangkuasa mereka. Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. Adalah munasabah untuk menganggap SPRM selepas membuat kesimpulan sedemikian merujuk kepada PDRM sesegera mungkin.

Pertamanya, ini bermakna PDRM dan pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyebabkan Menteri Datuk Hishamuddin mengelirukan Parlimen dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun 2009 bahawa laporan tersebut sekian lama ada di SPRM sejak dari 21 Febuari 2009 untuk tindakan lanjut

Kedua, pihak polis yang menerima semula laporan tersebut dari SPRM(yang menerimanya pada penghujung Febuari 2009)gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas wujud satu perancangan di dalam PDRM untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku di sembunyikan. Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Gani dan Musa Hassan(Ketua Polis Negara)terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan.

Oleh kerana SPRM menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat dan pihak polis hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya jelas kepada saya bahawa Gani dan Musa dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka di dalam merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada tahun 1998 dan sekarang.


ANWAR IBRAHIM

Monday, July 20, 2009

keadilan untuk Teoh Beng Hock - Forum Pakatan Rakyat - Malaysiakini




Tarikh : 21.7.2009

Masa : 8.00 Malam

Tempat : Kompleks Masyarakat Penyayang,Jalan Utama 10450 Pulau Pinang

Bersama :

Y.A.B Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang

Y.B Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang

Y.B Prof Dr. P. Ramasamy
Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang

Y.Bhg Ustaz Salleh Man
Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang

Serta Ramai lagi pimpinan Pakatan Rakyat.Anda semua dijemput hadir...

Kelab P.A Kerajaan Negeri Pulau Pinang hantar memorandum kepada SPRM - Malaysiakini


Para P.A sedang berkumpul di depan pintu SPRM sebelum masuk menyerahkan memorandum


Sharpshooter baru sampai lengkap dengan helmet bertujuan agar tak cedera sekiranya sui topi merah menganas

Antara kalangan P.A yang hadir sama memberikan sokongan


Sdr Teh Lai Heng PA kepada YB Chow Kon Yew serta ADUN Komtar merangkap s/u Politik CM YB Ng Wei Aik sedang menyerahkan memorandum kepada Pengarah BPR pulau Pinang sambil diperhatikan oleh Sdr Rezal Huzairi dan Aidi Rafizul


Seketariat Pembantu-Pembantu Khas Exco,
Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 52, Menara KOMTAR, Pulau Pinang 20 hb Julai 2009 Y’ Bhg. Dato Sri Haji Ahmad Said bin Hamdan, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D 6, Kompleks D, Pusat Pentakbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya, MALAYSIA. Melalui: Puan Latifah binti Md. Yatim, Pengarah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Pulau Pinang. KEMATIAN MENDIANG TEOH : TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA, HUKUM YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAU TIADA KERJASAMA DENGAN SPRM. Pertama sekali kami amat sedih dan kesal dengan kematian mendiang Sdr. Teoh Beng Hock Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Yang Berhormat YB Ean Yong Hian Wah . Lebih kami kesal apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah lepas tangan dengan kematian Teoh yang ditahan dibawah jagaan SPRM untuk kononnya membantu siasatan mereka. Adalah dengan ini kami menuntut ditubuhkan segera satu Suruhanjaya Bebas atau Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat misteri disebalik kematian sdr. Teoh. Soal siasat sehingga jam 3.00 pagi adalah satu bentuk tekanan yang tidak munasabah. Pembantu - pembantu khas kepada ADUN seolah dijadikan sasaran dalam sesi soal siasat yang tidak munasabah oleh SPRM . Ini merupakan sessi siasatan yang melampaui batas kemanusian. JIka selepas ini ada sesi soal siasat yang ingin dibuat, kami hanya akan memberikan kerjasama sekadar di pejabat ADUN atau EXCO sahaja selepas mendapat kebenaran dari Exco berkaitan atau lebih dari itu ditegaskan jika SPRM gagal memberikan penjelasan dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan semua Pembantu Khas kepada ADUN Pakatan rakyat tidak akan sekali – kali memberikan kerjasama kepada SPRM yang dilihat begitu kejam dan zalim dalam kesungguhan menjadi alat Barisan Nasional. Kami mendesak agar SPRM direformasikan segera untuk mengelakkan dari menjadi alat kepada rejim zalim di Malaysia negara tercinta. Sekian.

Seramai 45 orang Kelab Pembantu Khas Kerajaan Negeri P.Pinang hari ini menyerahkan memorandum kepada Puan Latifah bt Md Yatim selaku Pengarah SPRM P.Pinang di Pejabat SPRM P.Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah berhampiran Citibank untuk disampaikan kepada Dato' Seri Hj Ahmad Said Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia.

Sdr Teh Lai Heng PA kepada YB Chow Kon Yeaw, mengetuai rombongan ini. YB Ng Wei Aik Adun Komtar turut hadir bersama rombongan Kelab PA Kerajaan P.Pinang.

Pada Sidang Media yang diadakan di perkarangan pejabat SPRM, Sdr Teh Lai Heng amat berharap agar pihak berkuasa menubuhkan Suruhanjaya Bebas atau Suruhanjaya di Raja untuk menjalankan siasatan dengan seadil-adilnya.

Manakala YB Ng Wei Aik yang juga ADUN Komtarberharap kejadian ini tidak akan berulang lagi dan meminta jaminan dan perlindungan kepada semua saksi-saksi yang akan disoal siasat oleh SPRM.

Rezal Huzairi yang baru kembali bertugas sebagai PA YB Dr Mansor Othman, beliau adalah pengerusi Kelab PA Kerajaan P.Pinang. Tetapi setelah beliau terpaksa bertugas di Pejabat PKR Pusat di Tropicana, Sdr Teh memangku jawatan tersebut. Beliau menyatakan kami tidak gentar dan takut untuk disiasat oleh SPRM sekiranya ada kes, tetapi apakah jaminan insiden yang berlaku pada mendiang Teoh Beng Huat tidak akan berulang? Rakyat mahu tahu perkara sebenar dan amat berharap mereka yang bersalah diambil tindakan segera.

Ramai PA Yb yang hadir antaranya Zulkifli Ibrahim, Ahmad Azrizal Tahir, Aidi Rafizul, Jordan Kee, Rodziah Abul Kassim dan lain-lain. Minta maaflah tak sempat nak tulis semua.

Memorandum kepada SPRM Pulau Pinang - Malaysiakini



Bantahan dan Penyerahan Memorandum kepada SPRM P.Pinang :-

Tarikh : 20 Julai 2009
Hari : Isnin
Masa : 10:30 pagi
Tempat : Pejabat SPRM P.Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah (sebelah CITI bank)
Pakaian : HITAM


Sila hadir beramai-ramai tanda sokongan dan sebarkan maklumat ini.

Saturday, July 18, 2009

Majlis Penerangan Kes Anwar di Parlimen Bayan Baru - Malaysiakini








Majlis penerangan berkenaan pertuduhan konspirasi kes Anwar Ibrahim .yang diadakan di Pejabat Ahli Parlimen Bayan Baru mendapat sambutan hangat. Program yang berlansung selama hampir 2 jam telah dihadiri oleh hampir 200 orang yang majoritinya wanita
Sessi penerangan telah dimulakan oleh Sdr Ustad Zainudin Haniff SUK Parlimen Bayan Baru. Seterusnya Ahli Parlimen Balik Pulau yang juga merupakan seorang peguam telah mengupas berkenaan dengan perundangan yang mancakupi kes Anwar.
Ahli Majlis Pimpinan Pusat - Che'gu Bard mengupas tentang sejarah perjuangan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membawa kepada pemecatan beliau. Beliau juga menyentuh berkenaan kematian Mendiang Teoh Beng Hock Pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor ketika dalam tahanan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Akhirnya Chua Ji Meng sertai KeADILan - Malaysiakini







Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.


Turut mengumumkan masuk PKR ialah bekas senator David Yeo, juga dari MCA.
Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.
Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.
Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai
PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.


Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.

Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.

"Saya yakin saya berada dalam parti yang benar dalam sejarah Malaysia," katanya.

Hidup atau mati jika ditahan di SPRM - Malaysiakini






Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahukan supaya para pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) datang sendiri ke pejabat kerajaan negeri sekiranya ingin menjalankan soal siasat tentang sesuatu kes yang ada kaitan dengan anggota pentadbiran negeri, bagi mengelak kejadian melibatkan Teoh Beng Hock Khamis lepas, berulang.


“Jika SPRM ingin menyiasat mana-mana anggota Exco atau pembantu peribadi mereka, mereka boleh datang ke pejabat kerajaan negeri bagi menjalankan soal siasat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Galaxy of Engineering Stars anjuran Institut Jurutera Malaysia (IEM) di sini hari ini.

Dalam kejadian Khamis lepas Teoh, 30, pembantu khas anggota exco Selangor Ean Yong Hian, yang membantu SPRM dalam siasatan berhubung penyelewengan peruntukan negeri dijumpai mati di koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam.





Lim, yang juga setiausaha agung DAP berkata beliau kecewa dengan tindakan polis yang mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut, sebelum menjalankan siasatan menyeluruh tentang kematian Teoh.
Semalam saya sempat diberitahu oleh Cikgu Zul ketika menghadiri majlis perhimpunan aman di hadapan bangunan SPRM bahawa Lim Guan Eng memandang serius kejadian itu. Beliau juga tidak mahu kejadian itu akan berulang. Semalam yang turut hadir adalah PA YB Law Choo Kiang sdr Zulkifli Ibrahim, PA YB Hj Malik Kassim Sdr Ahmad Azrizal Tahir dan PA YB Ong Chin Wen sdr Jordan Kee.

Kalau nak siasat SPRM boleh datang ke pejabat kami untuk jalankan siasatan, kami sedia memberi kerjasama sepenuhnya jika ada kes. Tiada jaminan semasa siasatan di jalankan di pejabat SPRM. SPRM kini ditunggang sepenuhnya oleh UMNO dan B-End untuk menjadi pencacai mereka.


Friday, July 17, 2009

Jom berhimpun malam ini - Malaysiakini



Anda ingin nyatakan bantahan untuk siasatan segera? Semua penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat Malaysia yang ingin tahu atau bersimpati atas kematian misteri Teoh Beng Hock (gambar atas), pembantu kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor YB Ean Yong Hian Wah yang mati di SPRM selepas disoal siasat, sila hadir beramai-ramai ke :-


Tempat : Pejabat SPRM P.Pinang (Jalan Sultan Ahmad Shah sebelah Citibank)
Masa : 9 malam
Peringatan : Siap sedia ambil risiko, sediakan payong sebelum hujan.

Adakah ia dibunuh atau bunuh diri atau apa sebenarnya yang telah berlaku. Rakyat memang hendak tahu. Siasatan segera harus dilakukan.

Kenyataan oleh Raja Petra cerita sebenar disebalik kejadian kematian misteri.

Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut.

Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.

Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis.

Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit.

Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.

Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini.

Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today. SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama.

Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.

Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap. Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan.

SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.

Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.

Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.

Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah. Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.

SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.

Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa.

Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua. -

translation by MSK (MatSamanKati)

Ayuh sebarkan dan datang beramai-ramai.

Thursday, July 16, 2009

Setiausaha Sulit Exco Kerajaan Negeri Selangor terbunuh setelah ditahan SPRM -Malaysiakini




Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.
Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.
Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.

Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.

Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan berseluar putih.Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.
Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi. SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.

sumber malaysiakini

Takziah buat keluarga Teo...

Analisa Manik Urai , Perubahan Perlu Disegerakan - Malaysiakini

SPR UMUM KEPUTUSAN RASMI PAS MENANG TIPIS 65 UNDI
PAS - 5348
B-END - 5283
UNDI ROSAK - 117
MAJORITI - 65
KELUAR MENGUNDI - 87%

Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan prk Manek Urai. Kemenangan tipis PAS juga harus dipandang serius. Undi rosak 117 melebihi majoriti 65 juga wajib dipandang serius.
Ada 2 elemen penting yang perlu dihalusi. Unsur luaran dan dalaman PAS merupakan faktor yang penting mempengaruhi pengundi Manek Urai. Faktor calon juga adalah amat penting mempengaruhi keputusan Manek Urai. Faktor luaran faktor Najib PM baru juga mempengaruhi. 100 hari najib umum 11 hadiah buat rakyat juga mempengaruhi. Jentera UMNO di Manek Urai lebih tersusun berbanding di Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan taktik yang mereka gunakan juga berbeza.
Berbagai isu politik yang berlaku dalam Pakatan Rakyat seperti di Kedah, P.Pinang dan Selangor juga mempengaruhi. Di Kedah isu babi hingga DAP keluar Pakatan kemudian masuk balik, di P.Pinang dengan isu Kg Buah Pala, di Selangor dengan isu Menteri Besar dan Azmin Ali. Di Perak 3 Adun PR lompat bebas. Ini semuanya adalah faktor luaran yang sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi di Manek Urai.

Faktor dalaman pula adalah isu Kerajaan Perpaduan yang amat serius hingga Tuan Guru Nik Aziz menyuruh Ustaz Nasarudin letak jawatan. Ini perpecahan yang amat serius yang berlaku dalam PAS selepas muktamar. Hingga tidak benarkan Ustaz Nasarudin berkempen di Manek Urai walaupun selepas itu isu ini dianggap selesai tetapi hakikatnya tidak. Jentera PAS paling lemah adalah di Manek Urai. Ini adalah disebabkan perpecahan yang berlaku dalam PAS. Kita boleh nafikan di media tetapi inilah hakikat yang sebenar. Dari segi jentera kita terpaksa akui bahawa jentera UMNO di Manek Urai pada kali ini jauh lebih baik dan tersusun dari jentera PAS. Ingatlah pesan Saidina Ali " Kebatilan yang disusun dengan rapi dan terancang akan dapat mengalahkan kebenaran yang tidak disusun dengan rapi dan teratur.." Kita harus berlapang dada menerima teguran jika kita mahu terus mencapai kemenangan. Kita wajib bermuhasabah.
Manek Urai bukanlah kubu kuat PAS mahupun B-End. Maknanya mahu tidak mahu mulai hari ini kita tidak boleh langsung abaikan rakyat. Rakyat semakin cerdik untuk menilai. Jangan ada lagi sikap pembangkang dalam Pakatan Rakyat setelah membentuk kerajaan. Jangan lagi bila sudah memerintah asyik mahu salahkan kerajaan B-End. Kita wajib tangani dan selesaikan semua masalah yang ada. Barulah rakyat akan melihat Pakatan Rakyat sebuah kerajaan yang cukup berwibawa.
Akhir sekali saya amat berharap, kepada pimpinan Pakatan Rakyat , kukuhkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat. Semua pihak harus bermuhasabah dan berlapang dada menerima teguran. Kalau pemimpin sudah tidak boleh lagi ditegur.
Setinggi-tinggi penghargaan buat jentera dan petugas PAS dan Pakatan Rakyat yang bertungkus lumus tanpa mengenal erti penat dan lelah dalam perjuangan. Tanpa anda dan rakyat yang menyokong, siapalah mereka yang bergelar Yang Berhormat. Yang bergelar YB tidak harus lupa akan pengorbanan jentera dan rakyat. Rakyat menaruh harapan tinggi untuk melihat dan merasai perubahan.

Setelah melihat keputusan di Manek Urai, mahu tidak mahu, suka atau tidak, sudah sampai masanya kita harus melihat dan mengambil iktibar keputusan di Manek Urai secara Kaffah dan wajib bermuhasabah. Saya telah membuat analisa awal Manek Urai dalam artikal semalam. Saya amat terpanggil untuk memberikan beberapa pandangan dan cadangan yang perlu diberi perhatian segera oleh Pimpinan Tinggi Pakatan Rakyat.

1) Sudah sampai masanya Pakatan Rakyat wajib berubah dan bukan lagi hanya retorik. Maknanya Pakatan Rakyat wajib berdaftar dengan lambang atau logo baru Pakatan Rakyat. Rakyat sudah boleh menerima sistem dua parti di Malaysia seperti di Amerika Syarikat sebagai contoh, Parti Demokrat lawan Republikan. Di Malaysia, Pakatan Rakyat lawan Barisan Nasional. Maknanya baik calon PAS atau DAP atau PKR bertanding atas lambang Pakatan Rakyat bukan lagi PAS atau PKR atau DAP.

2) Wujudkan segera jentera Pilihanraya Pakatan Rakyat baik di Peringkat Tertinggi, Negeri, Bahagian (Kawasan/Cabang) dan Cawangan (Ranting). *Cabang dan Ranting adalah istilah baru yang digunapakai oleh PKR untuk Bahagian dan Cawangan. Apa yang berlaku sekarang adalah jika yang bertanding itu calon PAS maka jentera PAS lah yang bertungkus lumus, PKR dan DAP hanya membantu. Begitulah sebaliknya dan ada juga yang boikot kerana tidak puas hati atau terlalu ego. Tetapi kita tidak pernah ada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat. Yang ada hanya jentera PAS, PKR dan DAP. Itupun buat kerja secara berasingan dan kadang-kadang berlaku perbalahan tentang cara berkempen, gerak kerja dan sebagainya. Masing-masing buat hal masing-masing. Tidak ada penyelerasan. Maka bagi saya sudah sampai masanya jentera pilihanraya Pakatan Rakyat diwujudkan segera.

3) Pertelingkahan Pimpinan Pakatan Rakyat di media arus perdana wajib dihentikan segera. Satu Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat yang bebas perlu segera ditubuhkan. Baik pimpinan tertinggi mahupun pimpinan bawahan, tidak ada terkecuali dan tidak ada "double standard" ke atas tindakan disiplin.

4) Perlu juga ditubuhkan segera Jawatankuasa Pengaduan Pakatan Rakyat yang bebas. Kerana kita tidak mahu ada ahli atau pimpinan bawahan yang dizalimi oleh pimpinan parti. Kita perlu wujudkan satu jawatankuasa pengaduan yang adil untuk menerima aduan dan menyiasat setiap aduan dengan adil dan bebas. Tindakan berat dan tegas akan dikenakan sekiranya aduan itu adalah palsu dan fitnah. Saya cukup yakin tidak akan ada lagi pimpinan bawahan yang terpaksa menggunakan media arus perdana untuk buat pendedahan. Kebanyakkan kes, mereka terpaksa gunakan media arus perdana setelah aduannya tidak diendahkan atau dipedulikan oleh pimpinan tinggi.

5) Satu jawatankuasa pendaftaran mengundi juga perlu diwujudkan segera. Jawatankuasa ini tugasnya mencari seramai mungkin rakyat yang tidak berdaftar dengan SPR. SPR telah umumkan 3.7 juta rakyat Malaysia yang layak mengundi tetapi belum berdaftar.

6) Cara penerangan Pakatan Rakyat juga harus ada transformasi. Cara yang kita gunakan sekarang adalah ceramah,risalah, sms, vcd dan internet. Inilah cara yang kita gunakan sekarang tetapi kita mahu keputusan yang berbeza. Bagaimana kita boleh dapat keputusan yang berbeza sedangkan kita masih gunakan cara yang sama. Kita harus memikirkan sesuatu di luar kotak pemikiran. Penerangan adalah nadi dan strategi yang amat penting. Maaf..bila sebut strategi, mana mungkin saya akan nyatakan di sini.

7) Bimbingan dan latihan terutamanya PACA Pakatan Rakyat wajib dimulakan sekarang. PACA adalah benteng terakhir yang kita harapkan. Kita akui ada di sesetengah tempat jentera PACA terlalu lemah. Ini harus kita perbaiki segera. Kerana terdapat terlalu banyak kes oleh kerana pemahaman jentera PACA yang cetek dan lemah, akhirnya kita ditipu oleh SPR dan BN di saat-saat akhir.

Dan akhir sekali pemimpin harus berlapang dada untuk menerima teguran. Pahit adalah ubat yang mujarab. Kepedulian terhadap permasalahan rakyat harus diutamakan dan ditingkatkan. Tidak akan hilang bisanya jika ular menyusur akar. Buang yang keruh ambil yang jernih.

Saya cukup yakin jika ini mampu dilaksanakan dan dicanaikan segera, InsyaAllah dengan berkat kesabaran kesungguhan dan tawakkal, kita mampu menawan Malaysia pada PRU 13.


"KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT "

Sumber SharpShooter


Chua Ji Meng masuk KeADILan ???? Malaysiakini

Pagi ini dihubungi beberapa teman wartawan bertanyakan komen mengenai kemungkinan Datuk Chua Ji Meng akan mengistiharkan masuki Parti Keadilan Rakyat. Setelah diselidiki rupanya angin berita ini bertiup kencang apabila dikhabarkan Chua akan mengadakan mesyuarat khas jawatankuasa Mca bahagian Bakri malam ini.

Dikhabarkan Chua akan mengumumkan perletakan jawatan selaku ketua bahagian Bakri yang disandangnya selama 23 tahun.

Tidak mahu komen lagi mengenai perkara ini. Chua sememangnya punya rekod yang agak baik dan bersih kalau dibandingkan dengan lain pemimpin Mca mahupun Bn. Secara peribadi cheGuBard pun pernah bertemu beliau lebih sekali dalam majlis peribadi. Pernah sempat berbualdengan beliau , ternyata sejak awal lagi komen beliau terhadap usaha membentuk kerajaan yang telus dan berteraskan rakyat konsisten.

Walaupun che'GuBard tidak rapat dengan Chua tetapi agak rapat dengan anaknya Darren Chua. che'GuBard selaku ahli Majlis Pimpinan Pusat mengalukan jika benar Chua hendak memilih Parti Keadilan Rakyat sebagai landasan perjuangan beliau. Yakin kemasukan beliau mampu memberikan suntikan semangat baru kepada perjuangan ini dengan pengalaman dan pengaruh yang beliau punya.

Walaubagaimanapun Parti Keadilan Rakyat tidak mampu menjanjikan karpet merah atau peluang bertuah sebaliknya bersedialah untuk perjuangan yang payah, getir dan berduri ke arah menumbangkan kezaliman dihadapan. - Chegu Bard

Kalau kompon cantik laaa, tapi masuk laaa dulu tengok suasana setahun dua, lepas tu baru ambik jawatan. Orang dah biasa senang ni kalau jadi susah oooiiihhh leceh ooooo. Kalau batin (hati laaa) kuat takpa, takut terkezut SB telepon terus buat U turn, dak pun terkezut bini Rosmah kejut, cempera lari......

Saturday, July 11, 2009

Manek Urai - Bilik Gerakan KeADILan diarah tutup - Malaysiakini



Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution mengutuk tindakan polis mencabuli sistem demokrasi apabila mengarahkan supaya bilik gerakan parti itu untuk pilihanraya kecil Manek Urai ditutup dan semua bendera diturunkan.

Dalam kejadian itu, bilik Gerakan PKR diserbu oleh pegawai Polis bernama ASP Suzaimi yang mengarahkan semua bendera PKR diturunkan dengan alasan Pakatan Rakyat masih belum berdaftar sebagai entiti politik. ASP Suzaimi juga memberitahu petugas PKR bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera parti itu diguna atau dinaikkan pada pilihan raya kecil itu.

Menurut Saifuddin, BN telah memperalatkan pihak polis untuk menghalang PKR daripada memberikan sokongan kepada Pas.

“Tindakan menghalang penyertaan aktif parti-parti rakan khasnya PKR dalam membantu PAS pada pilihanraya kecil Manek Urai bermotif politik dan mencabul hak asasi demokrasi secara nyata,”katanya pada sidang media di Markas Pas.

“Penyertaan parti-parti politik sahabat dalam Pakatan rakyat dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah elemen biasa dalam amalan politik di Malaysia dan telah dipraktiskan dalam pilihan raya kecil sebelum ini,”katanya.

Menurutnya, tindakan polis itu adalah penyalahgunaan kuasa dan melampaui perlembagaan persekutuan, perlembaagn negeri serta Akta dan peraturan pilihnaraya berkaitan.

Saifuddin berkata sikap pilih kasih polis dalam melayan pembangkang dan Barisan Nasional begitu ketara pada setiap pilihanraya dan trend itu berteruskan di Manek Urai.

Saifuddin berkata PKR tidak harus dihalang memberi sokongan dan kerjasama kepada PAS kerana Kod Etika Pilihanraya dengan jelas menyatakan tidak harus ada larangan untuk calon mendapat sokongan atau bantuan dari parti-parti sekutunya.

“Sebaliknya kod etika Pilihanraya dengan jelas menurut perkara 6.2 (b) menyebut semua calon, ejen pilihanraya, parti politik dan pekerja serta penyokong calon dan parti politik….tidak boleh menggunakan kenderaan atau alat-alat komunikasi milik kerajaan untuk tujuan berkempen,” katanya.

Ringkasnya, dari segi prinsip kemudahan jentera dan institusi milik kerajaan adalah dilarang daripada digunakan atau disalahguna bagi tujuan dan kepentingan sempit politik kepartian namun peruntukan itu tidak langsung diendahkan oleh BN dan dibenarkan secara terbuka oleh polis.

“Di Manek Urai, kita lihat penglibatan yang sangat ketara oleh agensi kerajaan seperti Risda, masa inilah dia bagi bantuan anak benih getah, bagi bantuan subsidi. Felcra, Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, JAKIM semuanya menjadi sebahagian kempen BN yang sesungguhnya berlawanan dengan pengendalian pilihanraya yang bersih dan adil,” kata saifuddin.

kronologi kes kampung Buah Pala - Malaysiakini

Kronologi/Chronology
Berikut adalah kronologi penjualan tanah Lot 698, Bandar Gelugor, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Kampung Buah Pala daripada maklumat yang di-klasifikasikan:

11/07/2001 – Permohonan dikemukakan oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang untuk membeli tanah seluas 6.5 ekar. Lesen Pendudukan Sementara (TOL) telah dikeluarkan kepada 30 penama dan terdapat 43 buah rumah di tanah tersebut.

16/07/2001 – Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan menyampaikan kertas cadangan permohonan membeli tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian. Permohonan telah ditolak kerana dua permohonan serupa sebelum ini ditolak.

01/09/2002 – Jawatankuasa Tanah memperaku untuk meluluskan permohonan oleh pihak Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang, menyatakan sebab pemohon adalah koperasi.

11/12/2002 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri menangguhkan keputusan untuk menjual tanah tersebut. Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon meminta MMK (EXCO) mempertimbangan untuk memberi kelulusan kepada permohonan tersebut berdasarkan cadangan yang dikemukakan.
Cadangan pembangunan yang dikemukakan adalah untuk membina Pangsapuri
247 unit – Kos Rendah, Pangsapuri 400 unit – Kos Sederhana, dan 12 Unit kedai.

18/08/2004 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang meluluskan permohonan oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang untuk membeli tanah tersebut.

08/06/2005 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang lagi sekali telah meluluskan permohonan untuk membeli tanah tersebut oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang.

12/07/2005 – Harga penjualan tanah ditetapkan sebanyak RM 6..42 juta. Pihak Koperasi membuat rayuan untuk mengurangkan premium sebanyak 50%.

09/04/2006 – Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyatakan penjualan tanah tersebut adalah sebagai ganti untuk sebuah bangunan di sebelah Dewan Sri Pinang, dan menyatakan persetujuan beliau untuk memberikan diskaun sebanyak 50% ke atas premium yang asalnya bernilai RM 6.42 juta. Dengan pemberian diskaun sebanyak 50%, maka kadar premium bagi luas sekaki persegi ialah RM 10. Ianya adalah terlalu murah untuk tanah yang berada di kawasan prima.
Cadangan Pampasan kepada penduduk yang dikemukakan oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang seperti berikut :-
1 rumah kos rendah yang bernilai RM 17,000
Subsidi Sewa Rumah sebanyak RM 750 selama 36 bulan
Kos Pemindahan Rumah sebanyak RM 1000
Atau
RM 90,000 Tunai sebagai ganti rugi

25/04/2007 – Timbalan Ketua Menteri, Dato Seri Abdul Rashid Abdullah menyatakan tawaran pampasan yang dibuat oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang adalah jauh lebih baik dari garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan mencadangkan tanah dijual pada harga RM 3.21 juta.
Oktober 2007 – Notis Pengeluaran telah dikeluarkan.

11/10/2007 – 14 buah rumah telah dirobohkan setelah pemilik-pemilik tersebut menerima tawaran yang telah dibuat oleh pihak Koperasi.

04/03/2008 – Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang menjelaskan tunggakan premium sebanyak RM 247,000. Surat hak milik pajakan selama 99 tahun telah dikeluarkan.

23/05/2008 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) (PR) mengarahkan pihak Koperasi untuk membayar balik diskaun premium sebanyak 50% yang telah diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.

03/07/2009 – Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang telah menghantar surat menyatakan koperasi tidak akan membayar balik diskaun premium yang telah diberikan.

Sejak 2008 juga, ADUN dan Kerajaan Pakatan Rakyat telah menghentikan perobohan Kg Buah Pala sebanyak LIMA (5) kali.

Tuesday, July 7, 2009

Pemuda UMNO cuba nak jadi Hero Filem Tamil hahahahahahahahahaha - Malaysiakini



Utusan Malaysia Online hari ini menyiarkan berita Pemuda UMNO bidas Guan Eng
'cuci tangan' dalam isu Kg Buah Pala. Ketua Pemuda UMNO negeri, Norman Zahalan membidas tindakan Setiausaha Agung DAP itu sambil menyifatkan Guan Eng melarikan diri daripada masalah yang sepatutnya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

"Rakyat sudah boleh lihat bagaimana kerajaan pakatan pembangkang ini menguruskan pentadbiran Pulau Pinang.

"Sememangnya mereka tidak mampu mentadbir dan tidak peka terhadap masalah rakyat," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Siapakata Lim Guan Eng 'cuci tangan' dalam isu Kg Buah Pala. Beliau cuma minta tolong Najib dan jawapan Najib pun kita dah tahu dah.Sah Najib yang 'cuci tangan'.
Mengapa bila isu Kg Buah Pala yang penduduknya India tiba-tiba Ketua Pemuda UMNO nak tunjuk jaguh pula. Kenapa pada tahun 2006 Isu Kg Nelayan Sg Batu yang penduduknya Melayu, YB Syed Amerudin wakil rakyat UMNO dan anda sendiri menjadi dalang untuk mengusir mereka dalam bulan Ramadhan ketika nak sambut hari raya? Bukankah Pemuda UMNO pembela Melayu no 1? Bukankah Pemuda UMNO pejuang Bangsa Melayu no 1? Mana suara Pemuda UMNO tentang isu Kg Nelayan Sg Batu?

Berita Harakah April 2008 -
Sebahagian penduduk Kampung Sungai Batu, Balik Pulau terus berendam air mata kerana tidak dapat berpindah ke rumah flat di Taman Vanila ekoran ketiadaan wang berbuat demikian terutamanya kos penggangkutan dan kegunaan persiapan menduduki kediaman baru.

Rata-rata mereka mengharapkan pampasan setelah rumah mereka dirobohkan oleh Pemaju Perumahan Guan Bee Hup Kee Sdn Bhd untuk saraan hidup bila ditempatkan di kediaman baru lima tingkat itu kelak.

Harakahdaily dimaklumkan, perkampungan yang dirobohkan pada 31 ogos 2006 iaitu seminggu sebelum ketibaan Aidilfitri kini dibangunkan perumahan bertaraf mewah. Mereka ditempatkan sementara di rumah panjang sebelum pemaju menyiapkan rumah flat lima tingkat.

Bahkan, ramai yang mendakwa tertipu dengan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bayan Lepas, Syed Amirudden Syed Ahmad merangkap Exco Perumahan Negeri sewaktu era pemerintahan Barisan Nasional (BN) kerana bersuara bagi pihak pemaju setiap kali pertemuan diadakan.

Bukan itu sahaja, mereka juga kecewa dengan sikap Pengerusi dan Setiausaha Badan Bertindak yang dilantik kerana bertindak senada dengan pemaju dan akhirnya lakonan mereka terbukti apabila mereka mendapat keistimewaan.

Salah seorang penduduk, Siti Aminah Salleh 47 berpendapat, sukar untuk berpindah ke diaman baru sebab tiada wang samada untuk kos perpindahan, penyelenggaraan atau membayar sewaan nanti.

Jika pemaju memberikan pampasan beliau percaya isu ini tidak timbul sebaliknya berjalan lancar kerana penduduk bukan menentang pembangunan. "Kami hanya mahukan pampasan.
Barulah semua boleh hidup selesa dan kami pun dapat merasai nikmat pembangunan," tegasnya kecewa.

Sekarang ini hidupnya terumbang ambing kerana hilang mata pencarian apabila gerainya diroboh tanpa sebarang pampasan. Rakannya, Jamaliah Ismail 55 pula kesal bekas Adun Bayan Lepas terus lepas tangan bilamana BN kalah dalam pilihanraya umum lalu.

Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
http://sharpshooterblogger.blogspot.com

Dan pada aku , Norman hanya membangitkan isu yang sedia ada dan telah dimaklumi oleh semua. Cuba la cari idea macam mana nak kurangkan salahguna dadah terutama sekali di kawasan kampung dia sendiri. Dah dekat 30 tahun tak silap aku kawasan kampung dia dikenali sebagai kawasan kumbahan najis b.b. tapi apa yang pemuda UMNO buat??? Lepas PDC bangunkan kawasan sekeliling baru nampak reda. Tapi najis b.b. ni kalau nak hilang melalui proses penguraian secara semulajadi berkemungkinan akan ambil masa selama 20++ tahun baru nak hilang bau dan kesannya. Lani kerajaan pakatan ambil alih, macam-macam komplen pasal bau la pasal najis laa eemmmm.

Thursday, July 2, 2009

Dari Blog Din Binjai - Malaysiakini

YB Dr Mujahid Yusoff Rawa bagi pihak PAS memberi kenyataan tentang Isu Johari Kassim.Memang isu ini bila timbul dan ada pihak umno cuba ambil kesempatan untuk memainkan soal perkauman dan sensitif. Antara sms yang disebarkan :-

Yang pertama : "This message is sent to YB Malik. "The sacking of johari kassim is another evil doing of dap. I tell you what the general public view. Keadilan diperbodoh oleh dap dan membiarkan kaum cina berleluasa ke atas kaum muslim. All of you no guts and should be answerable to Allah for not fighting. Lim Guan Eng is deceitful and the enemy within yet you treat him like your master. Kebodohan yang amat ketara."

Yang Kedua : Jo, another point. DAP has grand plan to wipe out capable Malay and appoint Malay that are willing to kowtow with them. For example, Patahiyah was "promoted" so they can appoint their man Yew. They are going to reshuffle Planning and Maimunah will be promoted to non-key position like Warisan and Khoo Boo Soon to be Pengarah Perancangan. Within one month 3 Malays are being replaced by 3 Chinese in MPPP. cc YB Mansor and YB halim.

Yang Ketiga : Message by Dr halim. "They take full advantage whn malays were complacent with rivalry within. Does Mansor not show his teeth at the crucial times or he doesnt hav teeth."

Yang Keempat : The transformation of a second singapore has just started. The silence of the muslims has made lim guan eng and his fellow DAP more and more bold. Every one of us have to act and voice out before its too late. Hoping Anuar Ibrahim and PKR too rectify matters is a lost course. They have been totally out played by DAP. We are answerable to Allah if we do nothing now.

Harap bersabar dan bertenang. Yakinlah setiap masalah ada penyelesaiannya. Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Ular menyusur akar tidak akan hilang bisanya...Maufakat membawa berkat.

Kalau takut di pukul badai...

Usah berumah di tepi pantai...

Amizudin Ahmat aka Dinbinjai

Isu penjaja di Pulau Pinang - Malaysiakini




Antara gerai yang terletak di tebing Sungai Sarawak yang wajar dijadikan contoh kepada usaha memindahlan peniaga di Pulau Pinang

rasanya nak jer ihhh.................

Ini kisah peniaga kat pantai seagate lah bro.Kerana dendam kan seseorang tu ,dia gunakan kuasa yang ada untuk menyerang kawasan yang ditadbir musuhnya.Apakah jadahnya ni...........
peniaga melayu yang jadi mangsa.Sat ni aku kata ahli majlis ni banggang baru tau ,opsss dah terlepas cakap pun.

Setahu Tun memanglah gerai untuk mereka tu dah disediakan,tapi anda semua sedia maklum
gerai itu dibuat dari zaman taklukan BN.Gerai tambahan itu dikontraktorkan si shahidan(ala yang bertanding dengan helmi baru baru ni.dulu ketua pemuda umno balik pulau.

Maka untuk melepaskan BATOK DITANGGA(faham ke maksudnya ,ala zaman dulu kan bila kita nak naik kerumah kampung kat sebelah tangga ada tempayan besar dan juga ada satu senduk yang diperbuat dari tempurung,itu lah yang dipanggil batok.Bukan batuk argh arghh arghh .Ingat tak bila kita nak gunakan dia kita ambil dan ceduk air dalam tempayan dan terus lempar/lepaskan ditepi tangga.Maknanya gunakan untuk kepentingan kita dah dapat yang dihajat,pi mampos lah dengan orang orang tu.

Tu yang gerai tu main bikin saja ,tak buat kajian hidup ka mati ka berniaga disitu.
Tapi Tun sendiri pi ke gerai tu ,memang tak ada pelanggan yang masuk,Baik peniaga tu
dok rumah saja dari diberi gerai sebegitu.Laluan masuk pun tarak...........
gerai dibelakang ,dilindungi meja meja ikan bakar ismail ,gerai lama pun masih banyak kosong.

Tun bagi Idea sikitlah .Gerai ismail ikan bakar line yang pertama tu (gerai lama) MPPP
robohkan ubah isnail tu pi gerai baru kat belakang,maka parking pun akan bertambah luas,Baru peniaga yang ditepi pantai dapat keadilan . gerai itu akan jadi bentuk L.

Lagipun buat yang syok nak kacau sangat depa tu.tempat lain lagi la.24 jam dok kat kaki lima
kedai .contoh restoran mamak.mamak ni bukan mengundi pun.sebab bagi nasi free,sponser
Itu yang tak kacau sangat .

Bukankah YB dan orang kawasan tu tengah berbincang untuk buat sesuatu cadangan untuk
peniaga disitu........

Hakim pun bukan ikut sangat undang undang,hukuman dia akan beri atas belas kasihan dia jugak ,mungkin dia boleh ringan kan hukuman atas sebab kemanusiaan.......
hanya syaitan berhati binatang bertelinga kan badak saja yang tiada perikemanusiaan.

Peringatan!!!

Roboh atau musnahkanlah tempat mereka mencari rezeki
namun mereka tetap akan tumbuh dan berniaga dimana saja
kerana itu saja sumber rezeki mereka.
bukan macam sesetengah orang itu
sudah cukup kaya dengan duit haram
untuk membesarkan keluarga mereka.....

Tun Saban

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN