Saya mohon agar pimpinan ketiga-tiga parti komponen agar berhati-hati dalam mengeluarkan apa-apa kenyataan akhbar. Media arus perdana akan memutar-belitkan fakta. Biarpun dalam apa jua keadaan kepentingan untuk kita bersatu untuk membuat apa-apa kenyataan. Isu-isu yang dirasakan kecil dan mungkin menjadi peluru untuk UBN harus kita ketepikan dan bincangkan secara tertutup. Tak perlu untuk diketengahkan kepada media dan memberi peluang kepada UBN mengapi-apikan kita.
Banyak saluran lain boleh digunakan untuk membawa isu-isu yang dirasakan perlu kepada perbincangan dan perkongsian pendapat.
No comments:
Post a Comment