Kronologi/Chronology
Berikut adalah kronologi penjualan tanah Lot 698, Bandar Gelugor, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, Kampung Buah Pala daripada maklumat yang di-klasifikasikan:
11/07/2001 – Permohonan dikemukakan oleh Koperasi Pegawai-Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang untuk membeli tanah seluas 6.5 ekar. Lesen Pendudukan Sementara (TOL) telah dikeluarkan kepada 30 penama dan terdapat 43 buah rumah di tanah tersebut.
16/07/2001 – Kertas Majlis Mesyuarat Kerajaan menyampaikan kertas cadangan permohonan membeli tanah kepada Pejabat Tanah dan Galian. Permohonan telah ditolak kerana dua permohonan serupa sebelum ini ditolak.
01/09/2002 – Jawatankuasa Tanah memperaku untuk meluluskan permohonan oleh pihak Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang, menyatakan sebab pemohon adalah koperasi.
11/12/2002 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri menangguhkan keputusan untuk menjual tanah tersebut. Ketua Menteri ketika itu Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon meminta MMK (EXCO) mempertimbangan untuk memberi kelulusan kepada permohonan tersebut berdasarkan cadangan yang dikemukakan.
Cadangan pembangunan yang dikemukakan adalah untuk membina Pangsapuri
247 unit – Kos Rendah, Pangsapuri 400 unit – Kos Sederhana, dan 12 Unit kedai.
18/08/2004 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang meluluskan permohonan oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang untuk membeli tanah tersebut.
08/06/2005 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) Negeri Pulau Pinang lagi sekali telah meluluskan permohonan untuk membeli tanah tersebut oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang.
12/07/2005 – Harga penjualan tanah ditetapkan sebanyak RM 6..42 juta. Pihak Koperasi membuat rayuan untuk mengurangkan premium sebanyak 50%.
09/04/2006 – Ketua Menteri Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon menyatakan penjualan tanah tersebut adalah sebagai ganti untuk sebuah bangunan di sebelah Dewan Sri Pinang, dan menyatakan persetujuan beliau untuk memberikan diskaun sebanyak 50% ke atas premium yang asalnya bernilai RM 6.42 juta. Dengan pemberian diskaun sebanyak 50%, maka kadar premium bagi luas sekaki persegi ialah RM 10. Ianya adalah terlalu murah untuk tanah yang berada di kawasan prima.
Cadangan Pampasan kepada penduduk yang dikemukakan oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang seperti berikut :-
1 rumah kos rendah yang bernilai RM 17,000
Subsidi Sewa Rumah sebanyak RM 750 selama 36 bulan
Kos Pemindahan Rumah sebanyak RM 1000
Atau
RM 90,000 Tunai sebagai ganti rugi
25/04/2007 – Timbalan Ketua Menteri, Dato Seri Abdul Rashid Abdullah menyatakan tawaran pampasan yang dibuat oleh Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang adalah jauh lebih baik dari garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan negeri dan mencadangkan tanah dijual pada harga RM 3.21 juta.
Oktober 2007 – Notis Pengeluaran telah dikeluarkan.
11/10/2007 – 14 buah rumah telah dirobohkan setelah pemilik-pemilik tersebut menerima tawaran yang telah dibuat oleh pihak Koperasi.
04/03/2008 – Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang menjelaskan tunggakan premium sebanyak RM 247,000. Surat hak milik pajakan selama 99 tahun telah dikeluarkan.
23/05/2008 – Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) (PR) mengarahkan pihak Koperasi untuk membayar balik diskaun premium sebanyak 50% yang telah diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional terdahulu.
03/07/2009 – Koperasi Pegawai Kanan Kerajaan Pulau Pinang telah menghantar surat menyatakan koperasi tidak akan membayar balik diskaun premium yang telah diberikan.
Sejak 2008 juga, ADUN dan Kerajaan Pakatan Rakyat telah menghentikan perobohan Kg Buah Pala sebanyak LIMA (5) kali.
No comments:
Post a Comment