Monday, July 20, 2009

Kelab P.A Kerajaan Negeri Pulau Pinang hantar memorandum kepada SPRM - Malaysiakini


Para P.A sedang berkumpul di depan pintu SPRM sebelum masuk menyerahkan memorandum


Sharpshooter baru sampai lengkap dengan helmet bertujuan agar tak cedera sekiranya sui topi merah menganas

Antara kalangan P.A yang hadir sama memberikan sokongan


Sdr Teh Lai Heng PA kepada YB Chow Kon Yew serta ADUN Komtar merangkap s/u Politik CM YB Ng Wei Aik sedang menyerahkan memorandum kepada Pengarah BPR pulau Pinang sambil diperhatikan oleh Sdr Rezal Huzairi dan Aidi Rafizul


Seketariat Pembantu-Pembantu Khas Exco,
Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Tingkat 52, Menara KOMTAR, Pulau Pinang 20 hb Julai 2009 Y’ Bhg. Dato Sri Haji Ahmad Said bin Hamdan, Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Blok D 6, Kompleks D, Pusat Pentakbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 6000, 62007 Putrajaya, MALAYSIA. Melalui: Puan Latifah binti Md. Yatim, Pengarah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Pulau Pinang. KEMATIAN MENDIANG TEOH : TUBUH SURUHANJAYA DIRAJA, HUKUM YANG BERTANGGUNGJAWAB ATAU TIADA KERJASAMA DENGAN SPRM. Pertama sekali kami amat sedih dan kesal dengan kematian mendiang Sdr. Teoh Beng Hock Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor Yang Berhormat YB Ean Yong Hian Wah . Lebih kami kesal apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seolah lepas tangan dengan kematian Teoh yang ditahan dibawah jagaan SPRM untuk kononnya membantu siasatan mereka. Adalah dengan ini kami menuntut ditubuhkan segera satu Suruhanjaya Bebas atau Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat misteri disebalik kematian sdr. Teoh. Soal siasat sehingga jam 3.00 pagi adalah satu bentuk tekanan yang tidak munasabah. Pembantu - pembantu khas kepada ADUN seolah dijadikan sasaran dalam sesi soal siasat yang tidak munasabah oleh SPRM . Ini merupakan sessi siasatan yang melampaui batas kemanusian. JIka selepas ini ada sesi soal siasat yang ingin dibuat, kami hanya akan memberikan kerjasama sekadar di pejabat ADUN atau EXCO sahaja selepas mendapat kebenaran dari Exco berkaitan atau lebih dari itu ditegaskan jika SPRM gagal memberikan penjelasan dan membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan semua Pembantu Khas kepada ADUN Pakatan rakyat tidak akan sekali – kali memberikan kerjasama kepada SPRM yang dilihat begitu kejam dan zalim dalam kesungguhan menjadi alat Barisan Nasional. Kami mendesak agar SPRM direformasikan segera untuk mengelakkan dari menjadi alat kepada rejim zalim di Malaysia negara tercinta. Sekian.

Seramai 45 orang Kelab Pembantu Khas Kerajaan Negeri P.Pinang hari ini menyerahkan memorandum kepada Puan Latifah bt Md Yatim selaku Pengarah SPRM P.Pinang di Pejabat SPRM P.Pinang di Jalan Sultan Ahmad Shah berhampiran Citibank untuk disampaikan kepada Dato' Seri Hj Ahmad Said Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia.

Sdr Teh Lai Heng PA kepada YB Chow Kon Yeaw, mengetuai rombongan ini. YB Ng Wei Aik Adun Komtar turut hadir bersama rombongan Kelab PA Kerajaan P.Pinang.

Pada Sidang Media yang diadakan di perkarangan pejabat SPRM, Sdr Teh Lai Heng amat berharap agar pihak berkuasa menubuhkan Suruhanjaya Bebas atau Suruhanjaya di Raja untuk menjalankan siasatan dengan seadil-adilnya.

Manakala YB Ng Wei Aik yang juga ADUN Komtarberharap kejadian ini tidak akan berulang lagi dan meminta jaminan dan perlindungan kepada semua saksi-saksi yang akan disoal siasat oleh SPRM.

Rezal Huzairi yang baru kembali bertugas sebagai PA YB Dr Mansor Othman, beliau adalah pengerusi Kelab PA Kerajaan P.Pinang. Tetapi setelah beliau terpaksa bertugas di Pejabat PKR Pusat di Tropicana, Sdr Teh memangku jawatan tersebut. Beliau menyatakan kami tidak gentar dan takut untuk disiasat oleh SPRM sekiranya ada kes, tetapi apakah jaminan insiden yang berlaku pada mendiang Teoh Beng Huat tidak akan berulang? Rakyat mahu tahu perkara sebenar dan amat berharap mereka yang bersalah diambil tindakan segera.

Ramai PA Yb yang hadir antaranya Zulkifli Ibrahim, Ahmad Azrizal Tahir, Aidi Rafizul, Jordan Kee, Rodziah Abul Kassim dan lain-lain. Minta maaflah tak sempat nak tulis semua.

2 comments:

Hijat Panjang... said...

isk isk isk...terharunya akuu..sampaikan Pengarah SPRM Penang tu pun nangis & sedeh masa terima Memorandum tuu..??? sayu sayu....

rest in Peace bro Teoh...

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ said...

Puan Latifah memang baik... saya tahu dia buat keje memang ikhlas nak banteras rasuah.. cuma sprm pusat saja yang kadang2 jadi sepusat sepusing dengan umno

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN