Perbagai helah serta serangan dilancarkan UMNO bagi mengkucar-kacirkan PKR terutamanya di Perak. Ini adalah dasar dan permainan UMNO yang sengaja digemparkan bagi melemahkan dan seolah-olah PKR Perak dilanda masalah.
Desakan Wanita Cabang Ipoh Barat supaya Ketua Wanita Negeri Hajjah Fathmawaty meletakkan jawatan adalah permainan UMNO yang menjadi dalang disebalik isu ini. Tidak relevan langsung desakan itu, kata Hajjah Fathmawaty.
Tambah beliau lagi, Wanita Cabang Ipoh Barat memang mempunyai masalah dalaman sebelum ini, berbagai cara dan kaedah cuba diambil sebelum ini tetapi mereka yang tidak mahu memberi kerjasama. Hanya mereka tahu hanyalah menyalahkan Perhubungan Negeri saja.
Segala masalah boleh diselesaikan secara demokratik, tersusun dan bijak sebagai orang politik, tapi nampaknya mereka ini hanya pandai "bermain politik".
Dalam perkembangan terbaru, kabarnya beberapa orang Wanita Cabang Ipoh Barat akan mengambil keputusan untuk keluar PKR kerana menganggap Wanita PKR Negeri sudah tidak mahu lagi "berkompromi" dengan mereka, itulah alasan mereka.
No comments:
Post a Comment