Saturday, December 19, 2009

Di Konvesyen Pakatan Rakyat Dewan MBSA


S/Usaha Agung DAP YAB Lim Guan Eng, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS YAB Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang di Konvesyen pertama Pakatan Rakyat.


Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat menyampaikan ucapan di Konvesyen PR


Demo aman menuntut agar Polis membebaskan Jonah dan Azizi yang ditahan kerana mengedarkan risalah oleh Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat


Konvensyen Pakatan Rakyat yang pertama kali diadakan.


Dewan MBSA


Pimpinan komponen Parti didalam Pakatan Rakyat



Saya hadir sama di konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam pagi ini - 19 Dec 2009. Konvensyen yang bermula jam 9 am telah dihadiri oleh hampir 2000 penyokong dan pimpinan Pakatan Rakyat.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memulakan ucapan. Diikuti dengan S/Usaha Agung DAP YAB Lim Guan Eng dan diakhiri oleh Presiden PAS Datuk Seri Hj Abd Hadi Awang.
Sessi pembentangan sedang berjalan.

Rasuah musuh nombor satu negara. Menindas dan meminggirkan mereka yang layak untuk segelintir yang mampu 'membeli' kemewahan negara.

Di konvensyen hari ini, Pakatan Rakyat mengisytihar jihad memerangi rasuah dan dasar ekonomi pincang yang menguntungkan segelintir elit semata-mata.

"Kita membantah dasar Umno-BN seperti Cukai Perkhidmatan Umum (GST) yang membebankan rakyat kebanyakan. Sekiranya kita bentuk kerajaan Pusat, Pakatan Rakyat mahu memperkenalkan dasar ekonomi baru, dan jihad memerangi rasuah," kata Setiausaha Penerangan DAP Tony Pua Kiam Wee.

"Juga, Pakatan Rakyat sekali menegaskan bahawa kita akan dan mahu menyerahkan royalti minyak 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak, khususnya Kelantan, yang dinafikan haknya oleh pemerintah hari ini," kata Tony Pua.

Dokumen Bersama Pakatan Rakyat yang dibentangkan di Konvensyen hari ini bermatlamat untuk menyelaraskan sistem ekonomi negara kepada prinsip Perlembagaan Persekutuan.

Pakatan Rakyat memberi tumpuan kepada memperbaiki operasi penyampaian kerajaan kerana rakyat membayar cukai untuk jenis pentadbiran yang cekap, teratur dan pantas.

Pakatan Rakyat berpendapat warga kebanyakan membanting-tulang siang dan malam, dan sebahagian dari titik-peluh mereka diagihkan kepada kerajaan dalam bentuk cukai.

Demikian itu, kecekapan perbelanjaan turut menjadi tumpuan gagasan kerajaan alternatif ini. Pakatan Rakyat mahu memperbaiki displin ringgit yang rosak akibat penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan pembaziran dibawah pentadbiran hari ini.

"Yakini kita akan pertahan hak saudara kita dari semua kaum dan agama. Dengan kepercayaan yang diberi, kita akan pertahan hak saudara di ceramah-ceramah, di majlis perbandaran, dan dimana-sahaja," kata Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub.

Dokumen Bersama Pakatan Rakyat memperincikan ikrar gagasan untuk melaksanakan formula geran pembangunan berdasarkan faktor jumlah penduduk, kadar kemiskinan, kos dan pendapatan kasar per kapita supaya negeri-negeri miskin tidak ketinggalan dari arus ekonomi perdana.

Langkah ini dilihat perlu bagi mengurangkan pembangunan di Lembah Klang dan mengalihkan pelaburan dan projek berdaya saing ke negeri-negeri serata Malaysia.

Bagi melicinkan kecekapan, kuasa pentadbiran ekonomi dan pembangunan prasarana diagihkan kepada kerajaan negeri.

"Tidak ada Malaysia tanpa Sabah dan Sarawak. Tidak ada Malaysia tanpa Kedah, Johor dan Kelantan. Tidak ada Malaysia tanpa sokongan dan restu negeri-negeri lain," kata Ahli Parlimen DAP Anthony Loke.

"Namun kita lihat hari ini bahawa pemusatan modal dan pembangunan tertumpu di beberapa negeri sahaja, mengenepikan fakta bahawa negeri-negeri lain turut menyumbang kepada ekonomi negara," tambahnya lagi.

4 comments:

Hijat Panjang... said...

aiiii...baik baik demam, kebah...teruih p shah alam nooo...dasyat... tu namanya perjuangan kepada parti...kah kah kah...tahniah...syabas mere bethee... syabas inspekter sahabb...

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ said...

bertuah rasanya kerana dapat hadir bersama dalam sejarah besar tercipta....semoga ia bukan lagi sebuah retorik.......

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ said...

bertuah rasanya kerana dapat hadir bersama dalam sejarah besar tercipta....semoga ia bukan lagi sebuah retorik.......

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ said...

bertuah rasanya kerana dapat hadir bersama dalam sejarah besar tercipta....semoga ia bukan lagi sebuah retorik.......

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN