Saturday, January 2, 2010

Hukuman sebat kerana kirim wang secara haram 100JUTA


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan dijatuhkan hukuman sebatan oleh Mahkamah Rakyat berhubung jenayah mengirimkan wang secara haram ke luar Negara membabitkan 10 juta ringgit ke London pada tahun 2008.

Hukuman sebatan secara simbolik itu diadakan dihadapan ibupejabat Keadilan Negeri Sembilan. Suasana yang pada awalnya tenang mulai tegang apabila pihak berkuasa mengerahkan pasukan polis simpanan FRU untuk menyuraikan perhimpunan aman itu.

“Dengan kita polis berani. Dengan umno takut. Menikus. Kesian juga pada polis- polis yang menerima tekanan oleh UMNO.”

Turut dikaitkan dengan penghantaran wang secara haram ini ialah isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor. Rosmah didakwa telah melakukan transaksi wang secara haram melibatkan 6 ratus ribu ringgit sewaktu beliau sedang membeli belah di Dubai, Ogos lalu.

“Ada kelompok yang rapat dengan rejim secara seronok hantar duit juta-juta ke luar negara. Rosmah hanya sebab tak cukup duit shopping di Dubai, 6ratus ribu dihantar kesana. Dalam keadaan rakyat begitu susah payah dibawah ni," kata Badrul Hisham Shaharin,

Pengerusi Perwaja dan Maju Holding, Tan Sri Abu Sahid turut dikatakan telah memindahkan sejumlah 22.2 juta ringgit ke luar Negara.

Seorang lagi tokoh korporat yang rapat dengan rejim pemerintah iaitu adik kepada Syed Mokhtar Al- Bukhari, Syed Mohammad dikesan telah memindahkan wang secara tidak sah sebanyak 1.19 juta ringgit.

16 November lalu, pimpinan PKR telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Besar Negeri Sembilan memohon penjelasan berhubung dakwaan itu, namun mohamad Hassan memilih untuk mendiamkan diri. Kegiatan ini telah melanggar Akta Pengurupan Wang 1998.

Isu ini juga dibangkitkan dalam sidang dewan undangan negeri Sembilan namun sekali lagi mohamad gagal memberi penjelasan. Pada 3 disember lalu, pimpinan PKR nekad memfailkan kes ini ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, namun badan yang kononnya berkecuali itu juga mengambil langkah sama, mendiamkan diri.

“Setiap kali wang Negara dihantar keluar Negara secara haram dalam jumlah yang besar, ia melibatkan ekonomi Negara. Melibatkan periuk nasi rakyat. kecuali mereka yang rapat dengan rejim pemerintah…….yang memang nyata,” katanya lagi.

26 0ctober lalu, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan pembatalan sebanyak 20 lesen perniagaan pengurupan wang di bawah Akta Pengurupan Wang 1998. Namun tidak disertakan sebab musabab pembatalan lessen berkenaan. Berita selanjutnya disini

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN