Friday, January 1, 2010

Perlantikan Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang


Ust Elias Zakaria


YB Ust Maktar Shapee


Ybhg Hj Zainudin Haniff

Kenyataan Media

Pelantikan Ahli Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP)

Dengan sukacitanya kerajaan Negeri Pulau Pinang mengumumkan perlantikan Ahli Majis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong mengikut Seksyen 11 (1) (a) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Pulau Pinang Tahun 2004, bagi tempoh selama 2 tahun berkuatkuasa 1 Januari 2010.

Kerajaan negeri telah memutuskan menerima nama-nama yang diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong setelah wakil kerajaan negeri mengadap Tuanku pada 18 November 2009.

Kerajaan negeri telah mencadangkan beberapa individu yang difikirkan layak menganggotai ahli majlis MAINPP di mana keputusan muktamad adalah atas perkenan Tuanku.

Berikut adalah senarai ahli MAINPP :

AHLI MAJLIS AGAMA NEGERI PULAU PINANG

YANG DI-PERTUA

Y.Bhg. Ustaz Haji Elias bin Haji Zakaria

TIMBALAN YANG DI-PERTUA

Y.B Tuan Haji Mohd Salleh bin Man

Ex-OFFICIO

Y.B Dato’ Zainal Rahim bin Seman ( Setiausaha Kerajaan Negeri)

Y.B Dato’ Faiza binti Zulkifli (Penasihat Undang-undang Negeri P.P)

Y.B Dato. Haji Farizan bin Darus (Pegawai Kewangan Negeri P.P)

Y.Bhg Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan Haji Ahmad ( Mufti P.P)

Y.Bhg. DCP Dato’ Wira Ayob bin Haji Yaacob (Ketua Polis P.P)

AHLI

Y.B Tuan Abdul Malik bin Abul Kassim

Y.B Ustaz Maktar bin Shafee

Y.Bhg. Dato’ Haji Hashim bin Yahaya

Y.Bhg. Dr Danial bin Zainal Abidin

Y.Bhg. Ustaz Abd Aziz @ Aziz bin Che Yacob

Y.Bhg. Ustaz Rosidi bin Hussain

Y.Bhg. Haji Zainudin bin Hanif

Puan Norhayati Jaafar.

Sehubungan itu, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah di atas pelantikan Ustaz Haji Elias bin Haji Zakaria sebagai Yang Di Pertua MAINPP dan Timbalan beliau Yang Berhormat Ustaz Saleh bin Man.

Dalam pada itu, saya ingin membetulkan beberapa fakta yang cuba diselewengkan pihak-pihak tertentu berhubung jawatan Timbalan Yang Di Pertua MAINPP. Jawatan berkenaan bukannya baru diwujudkan, sebaliknya ia telah termaktub dalam enakmen. Bahkan pada jawatankuasa yang lepas, jawatan Timbalan YDP MAINPP disandang oleh Allahyarham Datuk Ibrahim Yahya.

Selaras dengan prinsip Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) kerajaan negeri akan meminta pentadbiran baru MAINPP mengadakan audit luaran seperti mana yang dilakukan terhadap pentadbiran Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) sedikit masa lalu.

Keputusan ini telah dibuat oleh kerajaan negeri bagi memudahkan proses pengambilalihan untuk mengetahui kedudukan sebenar agar pentadbiran baru MAIPP dapat menjalankan pentadbiran secara CAT.

Sebelum ini, kerajaan negeri tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung pelantikan ahli majlis MAINPP, kerana tidak mahu dituduh melangkaui kuasa Yang Di Pertuan Agong, selain tidak terpedaya dengan usaha pihak pembangkang yang cuba mengheret kerajaan negeri untuk mempolitikkan perkara ini dalam media.

Pada kesempatan ini, saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua Ahli Majlis MAINPP yang baru dilantik, dan berharap mereka dapat menunaikan amanah Allah dan tanggungjawab serta sumbangan bakti ke arah kemajuan rakyat dan negeri Pulau Pinang selepas ini.

Diharapkan jalinan kerjasama dan ukhwah akan dapat dipereratkan bagi membantu kerajaan negeri, khususnya dalam agenda mengangkat martabat umat Islam di negeri ini.

Kepada semua ahli-ahli majlis yang lepas, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan semua sepanjang tempoh memegang jawatan sebagai ahli MAINPP.

Yang Berhormat Abdul Malik Kassim

1 comment:

mencari kebenaran said...

tahniah kepada yang berjaya dilantik..namun harus juga diingat yang datang ke masjid bukanlah hanya jemaah yang menyokong pakatan rakyat...ramai juga ahli kariah daripada umno...kesimpulannya janganlah masjid dijadikan tempat ceramah parti...contohnya khutbah jumaat jangan jagi kempen politik...

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN