Saturday, February 27, 2010

Perarakan dan himpunan Maulidurasul Peringkat Pulau Pinang


TYT GABENOR PULAU PINANG DAN KETUA MENTERI TURUT HADIR


ROMBONGAN JABATAN KASTAM


ANTARA YANG MENYERTAI PERARAKAN



PERARAKAN DISERTAI DARI PELBAGAI KONTIJEN


MELALUI HADAPAN JAM BULAT BERHAMPIRAN JETI SWETTEHAM


TERPAKSA GUNA GENSET DAN SPEKER YANG DIPASANG PADA LORI
KERANA JABATAN PENERANGAN ENGGAN BEKERJASAMA


LAGI ROMBONGAN YANG MENYERTAI PERARAKAN


SI KECIL KEMBAR TURUT SAMA


SETIAP KONTIJEN DIIRINGI OLEH ANGGOTA KESELAMATAN


ROMBONGAN VIP YANG DIKETUAI OLEH TKM 1 YB MANSOR OTHMAN DAN
EXCO AGAMA YB TUAN HAJI ABD MALIK KASSIM


Perarakan yang bermula pada jam 8am telah melibatkan penyertaan sebanyak 57 kontijen dari seluruh negeri Pulau Pinang. Seramai hampir 2100 peserta menyertai perarakan yang bermula dari Padang Kota, melalui Beach St. seterusnya melalui Masjid Kapitan Keling dan kembali ke Dewan Seri Pinang. Peserta kemudian disajikan dengan Forum yang dihadiri oleh Ust Siti Norbayah Mahmod dan Suami beliau Ust Wan Akashah.

Tuesday, February 23, 2010

Ketua Pemuda UMNO biadap dan penakut

KUALA LUMPUR, 23 Feb: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hasan mengecam tindakan tidak beradab Pergerakan Pemuda Umno apabila mengoyak surat cabaran debat mengenai isu penindasan orang Melayu di Pulau Pinang yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

"Kalaupun tidak bersetuju kenapa tidak balas sahaja surat tersebut tanpa perlu bersikap biadap dengan mengoyak surat tersebut?" soal beliau ketika dihubungi tadi.

Sehubungan itu, beliau mencabar Pemuda Umno tampil ke hadapan umum untuk berdebat dengan Pemuda Pakatan Rakyat.

"Debat ini sekaligus menjadi pengukur atau penentu apakah dakwaan Pemuda Umno itu jujur, benar ataupun hanyalah satu mainan politik desperado.

"Bukankah mereka nak perjuangkan nasib orang Melayu di Pulau Pinang, tampillah dan bawa bukti, fakta atau 'figure' sekiranya mereka benar," ujarnya.

Berita di dalam Astro Awani semalam, menunjukkan Pergerakan Pemuda Umno Pulau Pinang mengoyak surat cabaran debat yang dihantar oleh Pemuda Pakatan Rakyat.

Pergerakan Pemuda Umno dikatakan hanya ingin berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

"Kalau alasan hanya hendak berdebat dengan Lim Guan Eng macam mana pulak kalau saya nyatakan Lim Guan Eng hanya layak berdebat dengan menteri-menteri Umno, dan bukannya Pemuda Umno.

"Jadi persoalannya sampai bila kebenaran ini akan ditegakkan. Jika Umno benar usah berdolak dalik,” ujarnya lagi

Pemuda UMNO takdak teloq

Tindakan Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) yang menolak Debat Perdana Rakyat 2010 dianggap sebagai pengecut.

Sebaliknya kumpulan itu menuntut untuk hanya berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam.

Menurut Setiausaha, Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang (AMKPP), Syed Mikael Rizal Aidid (kiri), alasan demi alasan yang diberikan oleh DPMMPP dan Pemuda Umno adalah mesej jelas mereka gentar dengan kebenaran.

“Sindiran Yang Dipertua DPMM Pulau Pinang, Rizal Faris Mohideen yang mengatakan dia tidak melayan cabaran dari 'ikan bilis' dan ejekan Norman Zahalan yang menuduh Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang seperti 'kuda tunggangan' Ketua Menteri, semakin menampakkan siapa diri mereka yang sebenarnya,” katanya.

Syed Mikael berkata Debat Perdana Rakyat 2010 anjuran Sekretariat Muafakat Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang bertajuk “Isu Melayu-Islam Pulau Pinang : Antara Provokasi & Kebenaran” adalah ruang yang terbaik kepada semua pihak memperjelaskan isu berkenaan.

“Jika mereka (DPMMPP dan Umno benar-benar mahu menjadi pejuang isu-isu rakyat di Pulau Pinang, ini peluang mereka.

“Bermula pada hari ini (22 Februari 2010) kami memberikan tempoh selama seminggu kepada mereka untuk mengumpul bahan debat dan seterusnya menyahut cabaran. Kemuncak kebenaran yang dinantikan oleh seluruh rakyat Pulau Pinang adalah di Debat Perdana Rakyat 7 Mac ini, di Seberang Jaya,” tambah Syed Mikael lagi.

Beliau juga menasihatkan golongan itu supaya tidak berlagak 'jaguh' di sebalik alasan lapuk yang dikeluarkan tetapi 'menikus' bila berhadapan dengan rakyat.

Menurut Syed Mikael lagi AMKPP bersama-sama dengan Pemuda Sosialis DAP dan Dewan Pemuda PAS menasihatkan DPMM-GPMS-UMNO supaya tidak bacul dan segera menyahut cabaran debat berkenaan.

“Buktikan anda adalah anak jantan dan bukan bacul. Jadilah 'juara rakyat' di saat rakyat memerlukannya, dan bukan hanya menjadi 'juara rakyat',” katanya.

Monday, February 15, 2010

Jadual DSAI di Pulau Pinang 16 Feb 2010

Jadual Program Anwar Ibrahim

Sempena Sambutan Tahun Baru Cina

Di Pulau Pinang

16 Februari 2010, (Selasa)

12.00 – 3.00 Ptg – Sambutan Tahun Cina Pulau Pinang

Lokasi – Riffle Range, Air Hitam

Pulau Pinang (DUN Kebun Bunga)

7.15 Malam – Solat dan Tazkirah Maghrib

Masjid Mengkuang Semarak

8.30 Malam – Solat Isyak dan Hajat

Madrasah An Nahdoh, Kubang Semang

9 -12.00 Malam – Ceramah Anjuran AMK Pulau Pinang

Lokasi : Dewan Millenium, Kepala Batas

Penceramah:

1. Yb Dato’ Seri Anwar Ibrahim

2. YAB Lim Guan Eng

3. YB Mansor Osman

4. YB Salleh Man

5. YB Yusmadi Yusof

6. Sdr Amir Ghazali

Setiausaha Politik kepada Menteri Senior ditahan SPRM



1 Malaysia sudah tahu rupa2nya yang di cekup SPRM adalah setiausaha politik Mamak Bendahara Nor Yaakob.

Setiausaha politik tersebut adalah Hasbi Sattar, umur baru 30 tahun yg memang bekerja untuk Nor Mohd Yaakop, Menteri yg jaga EPU.

Hairan juga....jika Pol Sec terlibat aktiviti yg mencurigakan takkan Boss dia tak tahu? Saya dengar Perdana Menteri telah tegur Tan Sri Nor Mohd Yakop untuk lebih careful dgn kakitangannya. Tapi saya rasa itu tidak cukup. Pasti isu ini akan juga memalukan PM. Akhir sekali nama PM juga yg akan tercemar.

Berapa kali lagi nak bodohkan kita? Dulu pun Dato' Norza yang kena rasuah itu ialah pol sec Nor Mohd Yakob. Berani kah pol sec rasuah kalau boss dia tahu? Tapi boss dia tak tahu ke? Tak nampak ke pol sec dia bawa kereta mewah? Kalau pol sec rasuah boss dia suci murni ke? Saya tidak hairan langsung mendengar bahawa setiausaha politik yang ditangkap itu bekerja untuk Nor Mohd Yakob, Menteri EPU sekarang dan dulu Menteri Kewangan No. 2.

Sewaktu di Bank Negara dia telah akibatkan kerugian besar RM17 Billion apabila guna duit Bank Negara untuk main judi Forex Trading. Tapi ramai orang tidak tahu bahawa pada masa yang sama, jaringan money changer dan Forex trader tertentu juga dapat untung. Ini boleh dikira perbuatan salah dan pecah amanah.

Tetapi yang pelik sekali apakah sebabnya Dato Najib sanggup melantik orang sebegini menjadi Menteri dan juga diberi tempat menjadi Wakil Rakyat? Sekarang sudah dua sec polnya sabit dgn rasuah. Malu bukan sebab rasuah saja. Malu sebab orang yg kontroversi dilantik lagi jadi Menteri. Dulu PM kita tertidur selalu. PM kita sekarang bagaimana? takut suami agaknya...

Selamat Tahun Baru Cina



Blogger Keraniopis mengucapkan selamat Tahun Baru kepada masyarakat tiong huan. Semoga tahun harimau akan menjanjikan kemakmuran yang berpanjangan.

Isu berkaitan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang





KENYATAAN AKHBAR - SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKATNEGERI PULAU PINANG TAHUN 1431H/2010M 12FEBRUARI 2010

OLEH YB TUAN HJ ABDUL MALIK KASSIM

Sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu hari kebesaran Islam dan disambut secara rasmi di Peringkat Negeri Pulau Pinang pada setiap tahun. Kerajaan Negeri akan menjalankan pelbagai aktiviti sempena sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menghayati sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan pengajaranya dan menyatukan hati, fikiran dan tindakan Umat Islam dalam usaha untuk mengembalikan keunggulan tamadun ummah demi menzahirkan dan meningkatkan syiar Islam.

Sambutan Maulidul Rasul Kerajaan negeri Pulau Pinang akan bermula dengan majlis bacaan yasin & tahlil di semua masjid-masjid di seluruh negeri Pulau Pinang pada 25 Februari 2010 malam dan peringkat Negeri akan diadakan di Masjid Negeri yang akan di hadiri bersama oleh TYT Tun Dato Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas yang Dipertua negeri Pulau Pinang.

Di ikuti pada ke esokan hari iaitu 26 Februari 2010 dengan acara sambutan seterusnya ialah perarakan kontinjen yang akan dimulakan dengan pelepasan oleh YB Tuan Mansor bin Osman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang.

Perhimpunan Ummah di Dewan Sri Pinang yang akan dirasmikan oleh TYT Tun Dato Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas yang Dipertua negeri Pulau Pinang. Sebagai acara kemuncak pada 26/2 satu Forum Perdana dengan ahli panel yang dibawa khas dari Kuala Lumpur iaitu Y.Bhg Dato’ Siti Nor Bahyah binti Mahamood dan Y.Bhg Tuan Haji Ellias bin Hj Zakaria Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sempena sambutan ini juga Kerajaan negeri akan mengadakan satu pameran ketamadunan Islam dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang di foyer Dewan Sri Pinang. Pameran ini adalah julung kali diadakan sempena sambutan Malidul Rasul.

Buat pertama kali juga Kerajaan negeri akan mengadakan Majlis Bacaan Kitab Sirah bertajuk Kitab Shameil mengenai keperibadian Agong Nabi Muhammad SAW pada 27 & 28 Februari 2010 di Masjid Negeri Pulau Pinang bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang untuk kedua-dua hari. Setakat ini dijangka lebih 1,000 orang jemaah akan mengikuti program ini. Sesiapa yang berminat di minta mendaftarkan diri di Masjid Negeri.

Kerajaan Negeri ingin menjemput umat Islam di seluruh negeri Pulau Pinang untuk bersama-sama meraikan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang yang akan bermula dari 25 feb hingga 28 Feb. 2010. Masjid –masjid diseluruh negeri P.Pinang akan mengadakan program-program sambutan mereka sendiri dan Kerajaan Negeri mengalakkan masjid-masjid mengadakan program yang dapat membina ummah kearah khairul ummah.

Negara luar prihatin terhadap DSAI




Lebih daripada 50 ahli Parlimen Australia termasuk anggota kerajaan memerintah dan wakil pembangkang menggesa kerajaan Malaysia agar menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kumpulan 50 wakil rakyat itu menghantar satu surat menuntut agar tuduhan liwat kali kedua terhadap Ketua Umum Pakatan Rakyat itu digugurkan.

Pengerusi jawatankuasa kecil bagi hal ehwal luar Parlimen Australia, Michael Danby menyerahkan surat itu kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Canberra Salman Ahmad, semalam.

Surat itu berbunyi, “adalah perlu untuk dimaklumkan kepada kerajaan Malaysia bahawa pada pandangan kami sanjungan global terhadap Malaysia akan terjejas dengan tuduhan-tuduhan ke atas Anwar ini.”

Malah menurut surat itu, “ramai pemerhati mesra Malaysia mendapati sukar untuk mempercayai seorang pemimpin pembangkang utama (seperti Anwar) dikenakan tuduhan liwat buat kali kedua, sejurus selepas partinya memperoleh kejayaan besar dalam pilihan raya kebangsaan.”

Laporan ABC Online menyebut, kebanyakan yang menandatangani surat itu adalah anggota Parti Buruh termasuk setiausaha parlimen Gary Gray dan Laurie Ferguson.

Timbalan Speaker Dewan Perwakilan, Anna Burke juga menandatangani surat itu.

Di pihak Parti Liberal yang menurunkan tandatangan ialah jurucakap alam sekitar Greg Hunt dan ketua pembangkang Malcolm Turnbull.

Perbicaraan kes liwat Anwar itu bermula 3 Feb lalu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Hari ini, Mahkamah Rayuan menetapkan Rabu depan bagi memutuskan sama ada mengekal atau menggugurkan tuduhan liwat terhadap Anwar.

Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin, Datuk Sulaiman Daud dan Datuk Azhar @ Izhar Ma'ah menangguh keputusan sama ada membenarkan rayuan Anwar itu kerana memerlukan masa untuk mempertimbangkan hujahan yang dikemukakan oleh peguam Anwar, Karpal Singh dan Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden.

Ketua Pembangkang itu memohon mahkamah supaya membenarkan rayuannya mengubah keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mengetepikan dan membatalkan tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Anwar sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan meliwat Saiful di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini, di antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat dan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan disebat jika disabit kesalahan.

Perbicaraan tersebut ditangguhkan sementara menunggu keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada Khamis depan sama ada beliau akan menarik diri daripada terus mendengar kes liwat itu.

Pada prosiding selama dua jam hari ini, Karpal mengemukakan bahawa tuduhan meliwat itu harus dibatalkan berdasarkan laporan perubatan oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang menyatakan tidak ada hasil klinikal menunjukkan berlaku penetrasi atau tembusan ke dubur Saiful.

Katanya bukti penetrasi merupakan elemen penting untuk pihak pendakwaan membuktikan kes melampaui keraguan yang munasabah dan namum tidak ada bukti kukuh.

“Laporan perubatan itu merupakan bukti. Eksibit dalam afidavit juga merupakan bukti. Ianya laporan penuh. Ia merupakan kesimpulan yang dibuat oleh tiga doktor bahawa tidada penetrasi. Mahkamah ini harus membenarkan rayuan ini,” katanya.

Dalam pada itu, Mohd Yusof berhujah permohonan Anwar itu tidak boleh dipertahankan kerana laporan perubatan tidak boleh dijadikan satu-satunya bahan untuk dijadikan pegangan.

“Laporan perubatan tidak lengkap sehingga doktor dan ahli kimia memberi keterangan dalam perbicaraan. Laporan perubatan bukan keterangan substantif. Ia hanya sokongan kepada doktor untuk menjelaskan di mahkamah,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata Wisma Putra akan menjelaskan fakta-fakta mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar kepada anggota Parlimen Australia.

Anifah dalam satu kenyataan berkata, inisiatif itu akan dilakukan menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Canberra.

“Kerajaan sedia maklum bahawa perbicaraan Anwar akan menarik perhatian pelbagai pihak sama ada di dalam atau di luar negara, seperti perbicaraan lain yang melibatkan beliau sebelum ini.

“Oleh yang demikian, reaksi daripada sekumpulan anggota Parlimen Australia dalam perkara ini bukanlah satu perkara yang di luar dugaan.

“Kita berharap pihak-pihak yang berkenaan akan dapat menghayati, menghargai dan menghormati keluhuran undang-undang kita yang mengutamakan keadilan dan hak rakyat Malaysia tanpa mengira pangkat dan darjat,” katanya.

Baru-baru ini sekumpulan anggota Parlimen Australia dilaporkan menandatangani memorandum meminta tuduhan terhadap ketua Pembangkang itu ditarik balik. -malaysiainsider

Saturday, February 13, 2010

Lawatan ke sebuah keluarga yang terhimpit Kampung Seronok


Sumbangan dari Pejabat ADUN Batu Maung dan Pertubuhan Unit Ehsan Malaysia


Bersama jiran keluarga terlibat yang prihatin menyalurkan maklumat


Kawasan rumah keluarga terlibat


Pada hari Jumaat yang lalu 12 hb Jan 2010 sebelum menunaikan Fardu Jumaat Kerani Opis berkesempatan bersama Zul Onenie dan Azhar Sg Batu untuk melawat sebuah rumah yang terletak berhampiran rumah YB UMNO Syed Amerudin di Kampung Seronok. Lawatan ini adalah susulan kepada laporan yang diterima sehari sebelum berkenaan sebuah keluarga yang hilang mata pencarian setelah si suami terlibat dalam kemalangan hingga mengakibatkan kakinya patah. Beliau merupakan seorang peniaga yang menjalankan perniagaan beliau di Lorong Kulit atau Rope Walk dengan menjual barang-barang terpakai. Isteri beliau masih menyusukan anak. Anak beliau yang sulung dan kedua telah bersekolah di Sek Kebangsaan Bayan Lepas. Menurut keterangan dari isteri mangsa kejadian berlaku hampir 2 bulan yang lalu. Suami beliau telah keluar untuk membuka balutan simen di hospital ketika lawatan kami. Sedih melihat anak-anak beliau yang cengkung dan keadaan rumah yang sempit dipenuhi barang terpakai.
Jiran keluarga ini memaklumkan yang keluarga ini hampir dihalau oleh tuan rumah yang menyewakan rumah tersebut dengan kadar RM 250.00 sebulan.Beliau telah meminta belas ihsan dari tuan rumah tersebut untuk menangguhkan dahulu sehingga keluarga ini dapat dicari jalan penyelesaian bagi mereka. Rombongan kami menyampaikan sumbangan barangan dapor dan sedikit wang tunai untuk kegunaan sementara keluarga ini. Kes ini akan dirujuk kepada Pusat Urus Zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan JKKK setempat untuk dipantau dan dibantu.
Yang memuskilkan sekali kemana YB Kawasan Bayan Lepas yang rumah beliau tak sampai 500 meter dari rumah keluarga ini.
Terima kasih diucapkan kepada jiran yang perihatin dan menyampaikan maklumat berkaitan masalah keluarga ini.

Kenyataaan Media AMKBB berikutan pengumuman DS Zahrai








Merujuk kepada pengumuman keluar parti Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamad Hashim yang juga merupakan bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Bayan Baru -

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) memandang pengumuman keluar parti oleh Dato' Seri Zahrain Hashim sebagai tindakan yang memang telah dijangka. AMK Bayan Baru melihat ini sebagai proses pembersihan di dalam Parti Keadilan Rakyat.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) melihat keengganan beliau untuk bersama dalam merealisasikan kesepakatan yang dicapai dalam konvesyen Pakatan Rakyat di Shah Alam pada penghujung tahun 2009 tanda jelas beliau akan berpaling dari landasan perjuangan yang menjadikan agenda membela rakyat sebagai nawaitu utama, bukan agenda mengambil kesempatan dan bersikap oputunis. Tindakan beliau yang secara terus menggunakan saluran media serta secara terbuka mengkritik YAB Lim Guan Eng dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat DS Anwar Ibrahim takkala negara dibayangi dengan kes fitnah liwat siri 2 menampakkan ada kepentingan terselindung cuba disenandungkan oleh beliau.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) hari ini juga menyatakan sokongan dan ketaatan yang kepada pucuk pimpinan parti, terutamanya YB Dato Seri Anwar Ibrahim dalam meneruskan agenda beliau membebaskan Malaysia dari kerakusan regim UMNO-Barisan Nasional dan dalam masa yang sama akan berjuang habis-habisan dengan semua rakan di dalam Pakatan Rakyat untuk memastikan beliau akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke-7.


Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru (AMKBB) juga menegaskan akan terus memberi sokongan kepada kepimpinan YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang dilihat berjaya membawa perubahan kepada kerajaan negeri dibawah pimpinan beliau melalui dasar Cekap-Akauntabiliti- Telus (CAT) yang dijuarai oleh Pakatan Rakyat di negeri ini.

Justeru dengan ini, Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) menegaskan yang kami tidak akan terbuai dengan falsafah perjuangan tanpa prinsip dan akan terus ke depan dalam memperjuangkan nasib masyarakat teramai. Perjuangan bermaruah akan terus dijunjung untuk memastikan rakyat Pulau Pinang dan Bayan Baru khususnya terus maju dibawah Kerajaan Pakatan Rakyat.


Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru (AMKBB) mendesak agar Dato' Seri Zahrain agar melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen Bayan Baru kerana kemenangan beliau adalah diatas usaha keras dan kerjasama jentera Pakatan Rakyat dan sokongan serta undi dari rakyat yang memilih Ahli Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat, bukan Ahli Parlimen dari kalangan mereka yang mengelar diri mereka Bebas.




AHMAD AZRIZAL TAHIR


Ketua Angkatan Muda KeADILan

Cabang Bayan Baru (AMKBB)


12 hb Feb 2010

Kerajaan Negeri Pulau Pinang teruskan perarakan Maulidur Rasul

PULAU PINANG, 13 Feb: Exco Agama Islam Pulau Pinang, Haji Abdul Malek Abul Kasim menafikan berita akhbar arus perdana yang mengatakan perarakan Maulidur Rasul dibatalkan di negeri ini.

Jelasnya kepada Harakahdaily, kerajaan negeri juga tidak pernah mengumumkan tentang ketiadaan perarakan tersebut sebaliknya hanya menegaskan kepada wartawan bahawa kerajaan negeri belum lagi membuat keputusan tentang perkara itu kelmarin tetapi semalam semuanya telah selesai apabila satu sidang media diadakan.

"Kerajaan negeri menafikan berita yang tersiar dalam akhbar arus perdana. Apa yang mereka ingin buat adalah mengusutkan keadaan yang tenang," ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Maung.

Menurutnya lagi, majlis Maulidur Rasul bermula pada 25 Februari dengan bacaan Yaasin dan tahlil di seluruh masjid negeri ini.

Katanya, pada peringkat negeri pula diadakan di Masjid Negeri yang dihadiri oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Datuk Seri Utama Dr Haji Abdul Rahman Abas.

Pada 26 Februari, perarakan diadakan sekitar Dewan Seri Pinang di mana pelepasan perarakan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri 1, Dr Mansor Othman.

Program 'Himpunan Ummah' pagi itu dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama di dalam dewan di samping mendengar ulasan daripada pakar motivasi terkenal tanahair, Ustazah Bahyah Mahmud dan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp), Ustaz Elias Zakaria.

Buat pertama kalinya semasa sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri melakukan kelainan apabila mewujudkan kelas ilmu selama dua hari berturut-turut di Masjid Negeri.

Kelas yang menceritakan sirah Rasullulah s.a.w. itu disampaikan oleh Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri, Ustaz Rosli Othman.

Friday, February 12, 2010

Ahli Parlimen Bayan Baru jadi bebas????????

Berita terkini diperolehi Dato Seri Zahrain Mohd Hashim Ahli Parlimen Bayan Baru akan mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat esok pagi....berita lanjut akan menyusul

Zahrain dipecat ??????



Tidak sampai 24 jam selepas ahli Parlimen Bayan Baru dari PKR, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mendakwa yang dia telah dipecat oleh ketua menteri sebagai pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP), Lim Guan Eng muncul dengan kenyataan balas menafikan kejadian itu.

Guan Eng berkata, Zahrain masih menjadi pengerusi IGP iaitu anak syarikat perbadanan negeri, PDC.

“PDC sendiri telah memaklumkan kepada saya tidak ada surat berkaitan perkara itu yang dikeluarkan sama ada oleh mereka atau IGP kepada Zahrain,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Zahrain menyandang jawatan pengerusi dan ahli lembaga pengarah IGP pada 9 Julai 2008 iaitu tiga bulan selepas PR mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN).

The Star dalam laporannya hari ini memetik Zahrain sebagai berkata bahawa dia telah dipecat sebagai pengerusi IGP 12 hari selepas mengeluarkan kenyataan pedas mengkritik kepimpinan Guan Eng. -MSTAR


"Guan Eng Pecat Saya Sebagai Pengerusi GLC Negeri" - Zahrain

PETALING JAYA: Ahli Parlimen PKR, Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim mendakwa beliau telah dipecat oleh Lim Guan Eng sebagai pengerusi sebuah GLC milik kerajaan negeri kerana telah melakukan kritikan terbuka ke atas ketua menteri Pulau Pinang itu.

Ahli Parlimen Bayan Baru itu adalah pengerusi Island Golf Properties Bhd iaitu anak syarikat milik sebuah perbadanan kerajaan negeri.

Zahrain sebelum ini telah mencetuskan kontroversi apabila menuduh Lim Guan Eng memerintah negeri itu bagaikan seorang diktator, berfikiran seperti seorang komunis dan mengenepikan pandangan ahli parti serta pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang lain.

Dan semalam, beliau mendakwa, kerana kritikan yang dilemparkannya itu, 12 hari kemudian Guan Eng telah memecatnya sebagai pengerusi GLC negeri.

"Cara bagaimana saya dipecat mengesahkan dakwaan saya bahawa beliau adalah seorang diktator," kata Zahrain.

Beliau menambah, Guan Eng adalah seorang yang tidak boleh menerima kritikan dan cara dia mengendalikan syarikat milik kerajaan negeri adalah bagaikan syarikat itu milik bapa dia dan memecat orang mengikut selera dan kehendak dia.

Zahrain juga berkata, tiada notis atau surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atasnya sebelum pemecatan itu dilakukan.

Berita mengenai pemecatannya itu kata Zahrain telah dimaklumkan kepadanya oleh seseorang selepas Guan Eng menghadiri mesyuarat lembaga PDC.

PDC adalah pemilik Island Golf Properties Bhd.

"Jika Guan Eng mengamalkan prinsip ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti yang dia sendiri laung-laungkan, dia sepatutnya mengeluarkan surat tunjuk sebab terlebih dahulu sebelum menjustifikasikan tindakannya itu," katanya. -MSTAR

Thursday, February 11, 2010

Rumah chegu Bard diserbu Bukit Aman


Petang semalam sekitar jam 5 petang, Chegu Bard telah dimaklumkan melalui panggilan telefon oleh ibu mengenai sekumpulan anggota polis telah datang ke rumah. Salah seorang dari mereka memperkenalkan diri sebagai Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.

Mereka ingin memasuki rumah menggeledah dan ingin merampas 'Buku Di Sebalik Misteri Altantuya'.

Untuk pengetahuan pihak PDRM yang ditunggang Najib Tun Razak, ketahulilah cheGu Bard tidaklah bodoh sangat ingin simpan stok buku tersebut di rumah. Memang alamat rumah ibu bapa di Seremban digunakan sebagai alamat untuk menerima tempahan tetapi tempahan semuanya di uruskan di tempat lain.

Persoalanya kini, siapa yang membuat laporan polis sehingga PDRM dari Bukit Aman terpaksa terhegeh - hegeh untuk datang jauh ke Seremban mencari jejak buku tersebut.

Keduanya, cheGuBard sendiri telah membuat beberapa laporan polis kepada Jabatan Jenayah Komersial, Bukit Aman dan yang terbaru mengenai penyeludupan wang RM 10 Juta oleh MB Negeri Sembilan namun tiada sebarang tindakan. Kenapa pula kini begitu sekali hebat mereka bekerja.

Semua pegawai yang datang tidak dibenarkan masuk oleh ibu cheGuBard. Tetapi mereka mengugut akan kembali semula dengan waran geledah.

Inilah bukti antara tulisan dalam buku tersebut.... hampir lebih 20 media dunia menulis dan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya namun Najib menikus takut untuk menyaman mereka.... sebaliknya terus 'keras' menggunakan segala kuasa dan jentera kerajaan untuk membelasah rakyat sendiri yang membangkitkan 'pertanyaan' mengenai pembunuhan Altantuya.....

Buku
Di sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya telah siap. Cetakan pertama hanya 3,000 naskah sahaja. Buku ini diterbitkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Bagi 100 pertama yang membuat pembelian secara pos akan mendapat buku ini bersama VCD khas percuma juga terbitan SAMM.

Buku dan VCD khas percuma akan dihantar kepada pemesan dengan harga RM15 termasuk kos pos. Di pasaran biasa buku tanpa VCD dijual dengan harga RM 15.00


Cara pembelian melalui pos: Hantar wang pos / cek RM15 atas nama BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN dan hantar ke No. 338, Jln.
Kenanga 3, Taman Bukit Chedang, 70300 Seremban. (Rujuk di sini)

P/s: Baik beli cepat sebelum buku ini kemungkinan ‘diharamkan’ oleh pihak-pihak yang terkena pedas cili yang berdesing.

Laporan laman The Malaysian Insider

PETALING JAYA: Buku berjudul “Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya” — wanita Mongolia Altantuya Shariibuu yang dibunuh kira-kira empat tahun lalu secara senyap-senyap — mula diedarkan di seluruh negara.

Sebanyak 3,000 naskhah dikeluarkan sebagai cetakan pertama, tetapi ia tidak boleh diperoleh di kedai-kedai buku yang normal. Sebaliknya, ia diedarkan menerusi pos atas pendekatan kenalan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah gerakan muda bukan berstruktur yang menghimpunkan anak-anak muda Malaysia dari pelbagai latar, yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan.

Salah seorang anggota SAMM, Badrul Hisham Saharin memberitahu buku ini dikeluarkan kerana tidak mahu menganggap kes Altantuya sebagai kes pembunuhan biasa dan sudah berakhir.

“Ia perlu dirungkai kerana ia menggambarkan isu krisis kehakiman, persenjataan dan keselamatan negara, rasuah, kronisme dan seumpamanya yang semakin bejat dalam menghimpit hidup rakyat yang smemangnya terhimpit,” kata beliau.

Buku setebal 80 halaman ini menghimpunkan ringkasan peristiwa pembunuhan Altantuya dengan menyatakan latar belakang kes, terjemahan laporan akhbar Perancis, kenyataan penyiasat persendirian dan temu bual dengan P. Balasubramaniam. Ia diakhiri dengan surat terbuka SAMM.

Muka depan dihiasi dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Balasubramaniam dan kenyataan tertuduh-tertuduh kes pembunuhan Altantuya.

“Kes Altantuya belum tamat selagi mereka yang terbabit selain dari mereka yang membunuh dihumban ke penjara dan menerima hukuman setimbal,” kata Badrul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat ketika ditemui di Rembau baru-baru ini.

Kata beliau, rancangan untuk menerbitkan buku itu sudah lama dimulakan tetapi tertangguh beberapa kali disebabkan masalah kewangan. Urusan percetakan selesai fasa pertama akhir bulan lalu.

“Sehingga kini kami telah mengedarkan hampir 1,000 buku... sasaran kami ialah mereka bukan kalangan ahli PKR semata-mata, tetapi di luar lingkungan penyokong PKR,” katanya.

Menjawab soalan sebab perlunya mengeluarkan buku sedemikian, Badrul yang juga editor buku memberitahu, “ramai tertanya kenapa isu Altantuya menjadi pilihan kerana ia menjadi isu besar yang penuh misteri”.

Dalam kata-kata aluannya Badrul atau dikenali sebagai Che’guBard berkata, isu itu melibatkan imej negara.

“Isunya terkait sehingga perdana menteri dan persoalan keselamatan negara. Ramai yang masih tidak faham. Ketika beberapa teman dari SAMM ditahan kerana terlibat membangkitkan isu ini ada yang memandang sinis dengan persoalan kenapa perlu membela pelacur.

“Ada yang menyokong pula sehingga melihat isu ini isu skandal seks semata-mata. Namun ia jauh dari itu...,” kata beliau sambil menambah, ia dihasilkan semudah mungkin bagi pemahaman rakyat biasa

Friday, February 5, 2010

Polis Berat Sebelah dan tidak Profesional

Polis Pulau Pinang telah menunjukkan siapa mereka sebenarnya. Tatkala permohonan permit oleh Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru yang bercadang untuk mengadakan ceramah politik di dalam Dewan JKKK Sungai Ara pada 23 hb Jan 2010 telah ditolak. Prog tersebut sepatutnya dihadiri oleh YB Dr Mujahid Yusof Rawa, YB Abd Malik Kassim, YB Sim Tze Tzin.
Permit yang dihantar 10 hari sebelum prog dan telah diproses oleh OCS Balai Bayan Lepas. Malang sekali pada hari Jumaat 22 hb Jan 2010 kira-kira jam 4.30pm seorang anggota polis wanita menelefon dan memaklumkan yang permit ceramah dibatalkan atas arahan ketua polis negara.
Walaubagaimanapun prog tetap berjalan dengan kehadiran hampir 30 orang anggota polis termasuk berpakaian preman. Untuk mengelakkan lebih banyak masalah penganjur telah menukarkan format program kepada sessi dialog bersama rakyat.

Pada hari Isnin saya dan 2 rakan yang memohon permit telah dipanggil ke balai polis Bayan Lepas untuk diambil keterangan. Menurut pegawai penyiasat kes, terdapat anggota polis yang membuat laporan mengatakan ceramah tersebut tiada permit dan dalam ceramah tersebut penceramah telah mengfitnah kerajaan malaysia. Ceramah politik yang diadakan didalam premis dan dikawal sepenuhnya oleh pertugas parti dinafikan had untuk diadakan , malah mereka yang menganjurkan telah dipanggil untuk siasatan.
Apa kejadahnya perhimpunan yang tak mungkin dapat dikawal, dibuat di tempat terbuka dan jelas sekali terdapat unsur sensitif berkenaan agama dan bangsa diberi permit????? Dimanakah sikap profesional polis Malaysia. Adakah sama selama-lamanya. Jangan ingat rakyat mudah hendak diperbodohkan......

Polis Jangan Double Standard

SEBERANG JAYA, 5 Feb: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismail mengecam Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana mengamakan sikap 'double standard' dalam membenarkan demonstrasi diadakan di negara ini.

Menurut beliau, lagi sikap 'double standard' yang dipamerkan oleh pihak polis itu membuktikan bahawa mereka telah tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada mereka untuk bersikap adil dan saksama dalam memberi dan menangani demonstrasi yang diadakan dalam negara ini.

Kita mahu lihat sama ada polis akan bersikap adil atau tidak kepada rakyat negara ini yang berbeza fahaman politik. Jika dulu semasa Pakatan Rakyat (PR) menganjurkan demonstrasi 'Bersih', demonstrasi PPSMI, demonstrasi mansuhkan ISA dan banyak lagi bantahan yang kita lakukan, awal-awal lagi mereka telah siap sedia dengan FRU dan 'water cannon' mereka.

"Tapi kali ini kita mahu lihat mereka bersikap adil kepada perhimpunan yang akan diadakan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) yang dinamakan atas nama 30 NGO Melayu untuk berdemonstrasi dan berarak ke Komtar.

Dalam pada itu 'Perhimpunan Sedaq' seperti mana edaran yang diterima adalah anjuran 30 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu yang bersimpati dan bersemangat memperjuangkan orang Melayu tanpa mengira fahaman politik.

Menurut edaran tersebut, pengangkutan bas percuma disediakan kepada penduduk di sebelah pulau sehinggalah ke Seberang Perai.

Saifuddin juga berkata, Umno dan BN cuba mendalangi perhimpunan itu dengan menggunakan nama NGO bagi mengaburi mata masyarakat bahawa ia adalah satu perhimpunan aman yang dibenarkan.

"Kita sebagai rakyat harus sedar bahawa Umno dan BN ini sudah tidak patut lagi dibiarkan untuk terus berkuasa. Selagi mereka berkuasa maka selagi itulah kerakusan dan penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa dan amanah yang sepatutnya dilaksanakan oleh mereka secara adil tidak mereka lakukan.

"Setelah mereka merasakan kedudukan mereka terancam dan sokongan rakyat kepada mereka semakin pudar, maka mereka ciptakan satu rekaan baru dengan modus operandi yang sama mereka lakukan sebelum ini untuk menarik balik dokongan rakyat yang sudah semakin terhakis terhadap mereka.

Oleh itu, kita harus sedar dan jangan terpedaya dengan cara dan taktik halus yang sedang diatur oleh Umno dan BN dalam memerangkap minda rakyat supaya terperangkap dengan cara dan taktik yang mereka sedang laksanakan," katanya lagi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah di tapak ekspo, di sini. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan kepimpinan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang.

Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang Pembela Melayu dan Islam

PAS mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang kerana berjaya menunjukkan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata walaupun Barisan Nasional (BN) yang kalah dalam Pilihan raya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa PR tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan di bawah Pakatan.

Pada 2007, katanya, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja kerajaan bertukar kepada PR, belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.

Katanya, bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.

Tambahnya, pada 2008 peruntukan untuk hal ehwal Islam yang dibuat oleh kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008, Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.

“Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini,” katanya.

Katanya lagi, kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Di samping itu, ujarnya dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.

Ini kerana pada 2008, 78 kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga, atu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.

Pada 2009 pula, tambahnya 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.

Menurutnya, pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu enam Syarikat.

“Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan Rakyat masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.

“Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam pilihan raya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri,” katanya.

Sehubungan itu, katanya, PAS berharap kejayaan itu dapat diteruskan dan rakyat di negeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada PR untuk penggal yang akan datang.

NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’

Thursday, February 4, 2010

KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN

Kenyataan Media

Oleh Chow Kon Yeow, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Tempatan
Dan Pengurusan Lalu Lintas Negeri Pulau Pinang

Pada Rabu, 3 Februari 2010 Di Komtar, Pulau Pinang

KERAJAAN NEGERI PAKATAN RAKYAT MENOLAK DASAR PERKAUMAN
DALAM ISU TINDAKAN PENGUATKUASAAN

Baru baru ini Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) Cawangan Pulau Pinang dan
pertubuhan bukan Kerajaan (NGO) Islam telah membuat kenyataan bahawa Pihak Berkuasa
Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan telah menjadikan orang Melayu sebagai sasaran
penguatkuasaan dan ditindas khususnya merobohkan gerai yang melibatkan orang Melayu.
Pihak Kerajaan Negeri memandang serius dakwaan ini dan telah mengarahkan Majlis
Perbandaran Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut dan Pejabat Daerah Barat Daya untuk
menyemak statistik supaya memastikan apakah dasar perkauman diamalkan dalam tindakan
penguatkuasaan.

(I) PEJABAT DAERAH DAN TANAH TIMUR LAUT
Tindakan penguatkuasaan yang telah dijalankan sepanjang Tahun 2008 hingga 2010 adalah
seperti berikut:
Tahun Melayu Cina India Tidak Diketahui
2008 3 2 1 2
2009 4 3 2 4
2010 2 0 0 0

Kes kes ini diambil tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara 1965 yang berhubung
dengan pencerobohan tanah seperti rizab pantai, rizab parit dan rizab jalan.
Bagi Tahun 2008, tiga kes yang melibatkan orang Melayu adalah gerai dan struktur haram di
atas simpanan jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan Tanjong Tokong. Mereka sudahpun
diperuntukkan gerai di Medan Selera berdekatan tetapi enggan memindah. Akhirnya operasi
ditangguhkan.
Bagi Tahun 2009, dua kes orang Melayu yang terlibat adalah pembinaan struktur tanpa permit
di Batu Ferringhi, satu di atas tanah Kerajaan Bandar Jelutong dan satu di George Town.
Bagi Tahun 2010, kes pertama adalah rumah atas pokok Do Re Mi. Pengusaha ditawarkan gerai
alternatif oleh Pejabat Daerah di Bayu Senja, Batu Ferringhi tetapi enggan menerimanya.
Satu kes lagi adalah gerai dan struktur haram 3N Ikan Bakar di atas tanah Kerajaan.
Pengusaha telah ditempatkan di Medan Selera, Gelugor sebelum tindakan perobohan
dimulakan.

(II) PEJABAT DAERAH DAN TANAH BARAT DAYA
Tahun Melayu Cina India Tidak Diketahui
2007 1 0 0 0
2008 0 0 0 0
2009 0 5 2 0

Dalam dua tahun ini, tiada tindakan penguatkuasaan diambil terhadap orang Melayu. Lima kes
yang melibatkan orang Cina adalah berhubung dengan pembinaan bangsal dan kontena di
mana pemilik bangunan telah merobohkan sendiri binaan selepas menerima notis.

(III) MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG
MPPP telah mengambil tindakan penguatkuasaan berdasarkan beberapa Akta dan Undang
Undang Kecil.

(a) Penjaja Tanpa Lesen (Bahagian Pelesenan) Rampasan Barang

Tahun Melayu Cina India
2006 84 58 16
2007 65 35 11
2008 132 110 17
2009 152 84 17

Tindakan yang diambil melibatkan rampasan barang barang jualan sahaja dan tidak melibatkan
perobohan gerai.

(b) Tunggakan Sewa Premis/Perumahan Rakyat
Tahun Melayu Cina India
2009 23 3 2

(c) Halangan Di Tempat Awam (Bahagian Penguatkuasaan)
Tahun Melayu Cina India
2006 106 46 16
2007 106 51 21
2008 50 13 12
2009 38 21 15

Tindakan penguatkuasaan ini melibatkan tindakan mengalihkan kerusi, meja dan lain lain
barang yang di tempat awam seperti tepi jalan, ruang awam, kaki lima dan lain lain.
Statistik menunjukkan bilangan kes yang melibatkan orang Melayu adalah lebih tinggi pada
zaman pemerintahan Barisan Nasional.

(d) Kacau Ganggu - Lembu Berkeliaran Di Tempat Awam
Tahun Melayu Cina India
2006 3 1 26
2007 3 1 13
2008 4 0 14
2009 6 0 8

(e) Jabatan Bangunan Di Bawah Akta Jalan, Parit Dan Bangunan, 1974
Tahun Melayu Cina India
2008 1 16 1
2009 9 40 5

(f) Notis Keluar - Kegagalan Membayar Tunggakan Sewa/Premis MPPP
Tahun Melayu Cina India
2008 219 103 46
2009 78 52 26

(g) Tindakan Penguatkuasaan (PTK) Penjaja Tanpa Lesen Mengikut Pecahan Kaum (MPPP)
Tahun Melayu Cina India Jumlah
2008 785 1,082 196 2,063
2009 815 1,727 247 2,789

Dakwaan PBT tidak memberi peluang menjaja tidak sama sekali, setakat ini MPPP telah
mengeluarkan lesen untuk semua kaum mengikut permohonan.
Jenis Lesen Tahun 2008
- Melayu Cina India Jumlah
Pasar 369 1,724 118 2,211
Kompleks 627 741 78 1,446
TPS 422 1,826 104 2,352

Jenis Lesen Tahun 2009
- Melayu Cina India Jumlah
Pasar 391 1,660 119 2,170
Kompleks 464 538 62 1,046
TPS 449 1,843 105 2,397

Di samping itu, MPPP juga mengeluarkan notis notis kepada premis yang tidak mematuhi mana
mana Undang Undang dan Undang Undang Kecil.
Tahun 2008 Tahun 2009
Establishment Makanan 1,661 1,325
Tred Perniagaan/Industri 488 566
* Kebanyakan Pengusahaan memohon atas nama syarikat.

Rumusan
(1) Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Pulau Pinang tidak pernah mengeluarkan dasar untuk
mensasarkan mana mana kaum dalam tindakan penguatkuasaan.
(2) Statistik menunjukkan tindakan penguatkuasaan diambil atas pertimbangan tidak
pematuhan Undang Undang dan Undang Undang Kecil dan BUKAN atas pertimbangan
kaum.
(3) Tidak ada kaum yang menikmati immuniti daripada tindakan penguatkuasaan. Isu
sebenar adalah tidak pematuhan bukan perkauman ( non compliance ). Di seluruh Negeri
Pulau Pinang, ada banyak kes tidak pematuhan yang masih belum ditangani.
(4) Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang bahawa Melayu dipinggirkan tidak
benar.
Bilangan kontraktor Bumiputera/Bukan Bumiputera bagi Tahun 2008 dan 2009 adalah seperti
berikut:
Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan
Bumiputera Bagi Tahun 2008

Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2008

Bil.

Kontraktor

Sebut Harga

Tender

Bumiputera

Bukan Bumiputera

Bumiputera

Bukan Bumiputera

1.

Bekalan

29

5

-

-

2.

Perkhidmatan

26

26

-

1

3.

Kerja

23

4

1

-


Jumlah

78

(69.03%)

35

(30.97%)

1

(50%)

1

(50%)

Bilangan Kontraktor Perolehan Bekalan/Perkhidmatan/Kerja Bertaraf Bumiputera/Bukan Bumiputera Bagi Tahun 2009

Bil.

Kontraktor

Sebut Harga

Tender

Bumiputera

Bukan Bumiputera

Bumiputera

Bukan Bumiputera

1.

Bekalan

33

5

8

4

2.

Perkhidmatan

29

2

34

-

3.

Kerja

27

12

3

2


Jumlah

89

(82.4%)

19

(17.6%)

45

(88.23%)

6

(11.76%)

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN