Petang semalam sekitar jam 5 petang, Chegu Bard telah dimaklumkan melalui panggilan telefon oleh ibu mengenai sekumpulan anggota polis telah datang ke rumah. Salah seorang dari mereka memperkenalkan diri sebagai Pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman.
Mereka ingin memasuki rumah menggeledah dan ingin merampas 'Buku Di Sebalik Misteri Altantuya'.
Untuk pengetahuan pihak PDRM yang ditunggang Najib Tun Razak, ketahulilah cheGu Bard tidaklah bodoh sangat ingin simpan stok buku tersebut di rumah. Memang alamat rumah ibu bapa di Seremban digunakan sebagai alamat untuk menerima tempahan tetapi tempahan semuanya di uruskan di tempat lain.
Persoalanya kini, siapa yang membuat laporan polis sehingga PDRM dari Bukit Aman terpaksa terhegeh - hegeh untuk datang jauh ke Seremban mencari jejak buku tersebut.
Keduanya, cheGuBard sendiri telah membuat beberapa laporan polis kepada Jabatan Jenayah Komersial, Bukit Aman dan yang terbaru mengenai penyeludupan wang RM 10 Juta oleh MB Negeri Sembilan namun tiada sebarang tindakan. Kenapa pula kini begitu sekali hebat mereka bekerja.
Semua pegawai yang datang tidak dibenarkan masuk oleh ibu cheGuBard. Tetapi mereka mengugut akan kembali semula dengan waran geledah.
Inilah bukti antara tulisan dalam buku tersebut.... hampir lebih 20 media dunia menulis dan mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya namun Najib menikus takut untuk menyaman mereka.... sebaliknya terus 'keras' menggunakan segala kuasa dan jentera kerajaan untuk membelasah rakyat sendiri yang membangkitkan 'pertanyaan' mengenai pembunuhan Altantuya.....
Buku Di sebalik Misteri Pembunuhan Altantuya telah siap. Cetakan pertama hanya 3,000 naskah sahaja. Buku ini diterbitkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).
Bagi 100 pertama yang membuat pembelian secara pos akan mendapat buku ini bersama VCD khas percuma juga terbitan SAMM.
Buku dan VCD khas percuma akan dihantar kepada pemesan dengan harga RM15 termasuk kos pos. Di pasaran biasa buku tanpa VCD dijual dengan harga RM 15.00
Cara pembelian melalui pos: Hantar wang pos / cek RM15 atas nama BADRUL HISHAM BIN SHAHARIN dan hantar ke No. 338, Jln. Kenanga 3, Taman
P/s: Baik beli cepat sebelum buku ini kemungkinan ‘diharamkan’ oleh pihak-pihak yang terkena pedas cili yang berdesing.
Laporan laman The Malaysian Insider
PETALING JAYA: Buku berjudul “Di sebalik misteri pembunuhan Altantuya” — wanita Mongolia Altantuya Shariibuu yang dibunuh kira-kira empat tahun lalu secara senyap-senyap — mula diedarkan di seluruh negara.
Sebanyak 3,000 naskhah dikeluarkan sebagai cetakan pertama, tetapi ia tidak boleh diperoleh di kedai-kedai buku yang normal. Sebaliknya, ia diedarkan menerusi pos atas pendekatan kenalan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), sebuah gerakan muda bukan berstruktur yang menghimpunkan anak-anak muda Malaysia dari pelbagai latar, yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan.
Salah seorang anggota SAMM, Badrul Hisham Saharin memberitahu buku ini dikeluarkan kerana tidak mahu menganggap kes Altantuya sebagai kes pembunuhan biasa dan sudah berakhir.
“Ia perlu dirungkai kerana ia menggambarkan isu krisis kehakiman, persenjataan dan keselamatan negara, rasuah, kronisme dan seumpamanya yang semakin bejat dalam menghimpit hidup rakyat yang smemangnya terhimpit,” kata beliau.
Buku setebal 80 halaman ini menghimpunkan ringkasan peristiwa pembunuhan Altantuya dengan menyatakan latar belakang kes, terjemahan laporan akhbar Perancis, kenyataan penyiasat persendirian dan temu bual dengan P. Balasubramaniam.
Muka depan dihiasi dengan wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Balasubramaniam dan kenyataan tertuduh-tertuduh kes pembunuhan Altantuya.
“Kes Altantuya belum tamat selagi mereka yang terbabit selain dari mereka yang membunuh dihumban ke penjara dan menerima hukuman setimbal,” kata Badrul yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat ketika ditemui di Rembau baru-baru ini.
Kata beliau, rancangan untuk menerbitkan buku itu sudah lama dimulakan tetapi tertangguh beberapa kali disebabkan masalah kewangan. Urusan percetakan selesai fasa pertama akhir bulan lalu.
“Sehingga kini kami telah mengedarkan hampir 1,000 buku... sasaran kami ialah mereka bukan kalangan ahli PKR semata-mata, tetapi di luar lingkungan penyokong PKR,” katanya.
Menjawab soalan sebab perlunya mengeluarkan buku sedemikian, Badrul yang juga editor buku memberitahu, “ramai tertanya kenapa isu Altantuya menjadi pilihan kerana ia menjadi isu besar yang penuh misteri”.
Dalam kata-kata aluannya Badrul atau dikenali sebagai Che’guBard berkata, isu itu melibatkan imej negara.
“Isunya terkait sehingga perdana menteri dan persoalan keselamatan negara. Ramai yang masih tidak faham. Ketika beberapa teman dari SAMM ditahan kerana terlibat membangkitkan isu ini ada yang memandang sinis dengan persoalan kenapa perlu membela pelacur.
“Ada yang menyokong pula sehingga melihat isu ini isu skandal seks semata-mata. Namun ia jauh dari itu...,” kata beliau sambil menambah, ia dihasilkan semudah mungkin bagi pemahaman rakyat biasa
No comments:
Post a Comment