Monday, February 15, 2010

Isu berkaitan perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang





KENYATAAN AKHBAR - SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKATNEGERI PULAU PINANG TAHUN 1431H/2010M 12FEBRUARI 2010

OLEH YB TUAN HJ ABDUL MALIK KASSIM

Sambutan Maulidur Rasul merupakan salah satu hari kebesaran Islam dan disambut secara rasmi di Peringkat Negeri Pulau Pinang pada setiap tahun. Kerajaan Negeri akan menjalankan pelbagai aktiviti sempena sambutan Maulidur Rasul ini bertujuan menghayati sejarah kerasulan Nabi Muhammad S.A.W dan pengajaranya dan menyatukan hati, fikiran dan tindakan Umat Islam dalam usaha untuk mengembalikan keunggulan tamadun ummah demi menzahirkan dan meningkatkan syiar Islam.

Sambutan Maulidul Rasul Kerajaan negeri Pulau Pinang akan bermula dengan majlis bacaan yasin & tahlil di semua masjid-masjid di seluruh negeri Pulau Pinang pada 25 Februari 2010 malam dan peringkat Negeri akan diadakan di Masjid Negeri yang akan di hadiri bersama oleh TYT Tun Dato Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas yang Dipertua negeri Pulau Pinang.

Di ikuti pada ke esokan hari iaitu 26 Februari 2010 dengan acara sambutan seterusnya ialah perarakan kontinjen yang akan dimulakan dengan pelepasan oleh YB Tuan Mansor bin Osman, Timbalan Ketua Menteri (1) Pulau Pinang.

Perhimpunan Ummah di Dewan Sri Pinang yang akan dirasmikan oleh TYT Tun Dato Seri Utama (Dr) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas yang Dipertua negeri Pulau Pinang. Sebagai acara kemuncak pada 26/2 satu Forum Perdana dengan ahli panel yang dibawa khas dari Kuala Lumpur iaitu Y.Bhg Dato’ Siti Nor Bahyah binti Mahamood dan Y.Bhg Tuan Haji Ellias bin Hj Zakaria Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sempena sambutan ini juga Kerajaan negeri akan mengadakan satu pameran ketamadunan Islam dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia dan Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang di foyer Dewan Sri Pinang. Pameran ini adalah julung kali diadakan sempena sambutan Malidul Rasul.

Buat pertama kali juga Kerajaan negeri akan mengadakan Majlis Bacaan Kitab Sirah bertajuk Kitab Shameil mengenai keperibadian Agong Nabi Muhammad SAW pada 27 & 28 Februari 2010 di Masjid Negeri Pulau Pinang bermula jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang untuk kedua-dua hari. Setakat ini dijangka lebih 1,000 orang jemaah akan mengikuti program ini. Sesiapa yang berminat di minta mendaftarkan diri di Masjid Negeri.

Kerajaan Negeri ingin menjemput umat Islam di seluruh negeri Pulau Pinang untuk bersama-sama meraikan majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat Negeri Pulau Pinang yang akan bermula dari 25 feb hingga 28 Feb. 2010. Masjid –masjid diseluruh negeri P.Pinang akan mengadakan program-program sambutan mereka sendiri dan Kerajaan Negeri mengalakkan masjid-masjid mengadakan program yang dapat membina ummah kearah khairul ummah.

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN