Wednesday, February 25, 2009

MEDIA UMNO MENFITNAH SECARA TERBUKA - Malaysiakini

Ahli exco kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim berkata apa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ialah majlis silaturrahim antara agama.Katanya, ia bukanlah majlis perundingan antara agama, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar samalam."Istilah majlis perundingan antara agama yang digunakan itu tidak tepat. "Sebaliknya, nama yang betul adalah majlis silaturahim antara agama," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Beliau juga menafikan majlis itu mempunyai kuasa mempengaruhi dasar kerajaan negeri berhubung hal ehwal agama di negeri itu."Ia macam mesyuarat sahaja," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Negeri Batu Maung.
Menurutnya, beliau difahamkan, majoriti anggota majlis tersebut terdiri daripada orang Islam.Abdul Malik diminta mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya dalam akhbar Utusan Malaysia semalam yang mendakwa kerajaan negeri telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.'Ruang berkenal-kenalan'Akhbar tersebut memetik Shabudin sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.Shabudin, yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Permatang Berangan dilaporkan berkata, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan bahawa kerajaan negeri telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.Beliau juga turut mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man pula berkata, usaha menubuhkan majlis silaturrahim itu bukanlah untuk menyamaratakan semua agama.Sebaliknya, kata beliau, ia bertujuan untuk mewujudkan ruang 'perkenalan' antara penganut pelbagai fahaman agama.Menurut beliau, penubuhan majlis tersebut adalah untuk mewujudkan kefahaman terhadap agama-agama lain dan bagi mengelakkan wujudnya suasana perkauman di negeri itu.Salleh menambah, saranan supaya 'bertaa'ruf' atau berkenal-kenalan itu dituntut dalam Islam, malah terkandung dalam kitab suci al-Quran.

KENYATAAN MEDIA DARI PEJABAT DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR - Malaysiakini



–KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA–25 Februari 2009


Sukacita saya memaklumkan bahawa Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim, Dato' Menteri Besar Selangor telah menghadap Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada hari Rabu, 25 Februari 2009 dan menyembah kepada baginda perkembangan hal ehwal pentadbiran Negeri Selangor serta isu yang elibatkan Yang Berhormat Elizabeth Wong Keat Ping, Adun Bukit Lanjan yang juga EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).
Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.
Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau.


DATO' HAJI MOHAMAD MUNIR BIN BANI

Dato' Lela BaktiSetiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor-

dari blog Anwar Ibrahim.

Zahid Md Arip menasihatkan P'Lah - Malaysiakini

PERMINTAAN TERBUKA KEPADA YAB DATO' SERI ABDULLAH BADAWI

Tarikh : 16 Februari 2009 - Isnin

Daripada : Muhammad Zahid Bin Md Arip

No K/P : 660622-04-5355

No Ahli UMNO : 03468736

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Segala Puji Bagi Allah SWT Yang Maha Agung Lagi Maha Berkuasa. Selawat Dan Salam Ke Atas Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, Keluarga Dan Para Sahabatnya.

YAB Dato' Seri,

Di dahului dengan doa dan harapan mudah-mudahan Dato' Seri beroleh sihat sejahtera.

Izinkan saya memulakan bicara dengan mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan Selamat Berundur dan Selamat Meletakkan Jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia kepada Dato' Seri.

Buat pengetahuan Dato' Seri, peristiwa yang bersejarah dan penting ini, sememangnya di tunggu-tunggu dan di harap-harapkan oleh hampir seluruh rakyat Malaysia. Walaupun (InsyaAllah) ianya hanya akan berlaku pada akhir bulan Mac 2009 - kira-kira 1½ bulan dari sekarang, namun saya tidak mahu ketinggalan untuk menjadi warganegara Malaysia yang pertama merakamkan secara terbuka ucapan Selamat Berundur dan Selamat Meletakkan Jawatan kepada Dato' Seri.
Bagaimanapun, dalam kita menghitung hari menunggu tibanya saat tersebut, terdapat beberapa spekulasi yang tidak enak di dengar sekali gus ianya boleh menambah rosak imej Dato' Seri yang sedia tercalar selama ini.

Bagi saya, saya tidak mahu imej rosak dan tercalar ini mengiringi pengunduran Dato' Seri sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Sebaliknya, saya mahu Dato' Seri berundur sebagai anak jantan yang punya maruah dan harga diri. Dato' Seri seharusnya memperlihatkan keikhlasan yang tinggi, supaya sejarah dan anak cucu di kemudian hari akan menganggap Dato' Seri lah pemimpin yang boleh di jadikan contoh – yang meletakkan kepentingan UMNO dan Negara melebihi segala-galanya dan bukannya pemimpin yang bacul yang terlalu sayangkan jawatan – sehingga sanggup memporak-perandakan UMNO dan Negara yang tercinta.

Justeru, pada kesempatan ini, saya ingin mendedahkan beberapa spekulasi yang tersebar secara meluas yang sampai ke telinga saya. Saya harap pendedahan ini akan dapat di jawab dan di jelaskan oleh Dato' Seri secara terbuka dengan ikhlas, supaya para penyebar spekulasi ini akan dapat di diamkan dan seluruh ahli UMNO mendapat kepastian yang sejelas-jelasnya.

SPEKULASI 1, menyatakan;

Dato' Seri dan budak-budak "tingkat 4" sedang menggunakan para penulis blog pro pembangkang dan beberapa pemimpin pembangkang untuk memenafaatkan waktu 1½ bulan terakhir ini untuk terus menyerang, menghina dan mengaibkan Dato' Sri Najib dan keluarganya. Konon katanya, ada kempen yang di lancarkan oleh mereka yang di restui sendiri oleh ahli keluarga Dato' Seri – kempen tersebut diberi nama "NO TO NAJIB, YES TO PAK LAH". Betul kah?

SPEKULASI 2, menyatakan;

Atas nasihat anggota keluarga dan penasihat-penasihat veteran dari kalangan sahabat, Dato' Seri di katakan tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Agung UMNO. Walaupun tidak lagi menjawat jawatan Presiden UMNO, Dato' Seri konon katanya tetap tidak mahu berhenti dan akan terus menjadi Perdana Menteri. Konon katanya, Dato' Seri terlalu sayangkan jawatan tersebut.

Dato' Seri juga konon katanya sudah merancang untuk memasang seorang perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO untuk membawa usul tergempar supaya Dato' Seri kekal sebagai Perdana Menteri. Kononnya keinginan Dato' Seri sudah sampai ke tahap tidak menghormati tradisi pemilihan Perdana Menteri yang di amalkan oleh parti selama ini di mana sesiapa jua yang menjadi Presiden UMNO, maka dialah yang akan menjadi Perdana Menteri.

Spekulasi ini terus bertiup kencang apabila Utusan Malaysia (Khamis – 12 Feb 2009 – m/s 3) menyiarkan berita bergambar mengenai kempen secara besar-besaran promosi laman web Perdana Menteri yang mengajak rakyat berhubung secara terus dengan Dato' Seri dengan menghantar cadangan, pandangan, teguran dan kritikan.

Ada logiknya juga, apa perlunya promosi laman web ini di buat secara hebat dan besar-besaran jika usia pemerintahan Dato' Seri hanya tinggal kira-kira 1½ bulan? Mungkin juga Dato' Seri mempunyai lampu ajaib yang boleh menyelesaikan semua keluhan yang di hantar ke laman tersebut dalam masa 1½ bulan sahaja.

Atau mungkin laman itu akan di gunakan oleh "gulungan tertentu" semahu-mahunya bagi merintih, merengek, merayu, memujuk dan mendesak Dato' Seri supaya terus kekal menjadi Perdana Menteri walaupun tidak menjadi Presiden UMNO. Maklum sajalah – Dato' Seri adalah Perdana Menteri "yang terhebat" dan "yang tersohor" yang pernah di lahirkan oleh UMNO.
Spekulasi ini juga menyebut, bahawa kononnya jadual Dato' Seri sebagai Perdana Menteri telah di susun padat oleh pejabat Dato' Seri sehingga 31 Disember 2009. Dan, ini menggambar dan menandakan Dato' Seri tidak mahu berhenti.

Konon katanya lagi, satu gerakan yang begitu tersusun dan terancang sedang di laksanakan oleh budak-budak Dato' Seri untuk membina keyakinan rakyat bahawa jika Dato' Sri Najib menjadi Perdana Menteri, nescaya keadaan akan lebih teruk dan negara akan kucar kacir. Gerakan ini juga kononnya sedang membiayai beberapa NGO untuk mengutip tandatangan seberapa ramai orang untuk mendesak Dato' Seri supaya jangan berundur sebagai Perdana Menteri. Soalan saya – betul kah?

SPEKULASI 3, menyatakan;

Dato' Seri akan merombak kabinet dalam waktu terdekat ini. Konon katanya rombakan ini akan melibatkan Dato' Sri Najib, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan beberapa pemimpin lain termasuk membawa masuk YBM Tengku Razaleigh Hamzah ke dalam kabinet. Kononnya rombakan ini adalah bertujuan untuk merendahtarafkan Dato' Sri Najib sebelum beliau di buang dari kabinet. Lebih dahsyat lagi, spekulasi ini juga menyebut, Dato' Seri dan penasihat-penasihat Dato' Seri sedang merekacipta cerita dan pertuduhan untuk mendakwa Dato' Sri Najib di mahkamah. Betul kah?

SPEKULASI 4, menyatakan;

Dato' Seri akan menggunakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menahan pemimpin-pemimpin UMNO bertaraf ikan bilis termasuk mereka yang di katakan rapat dengan Dato' Seri dan anggota keluarga Dato' Seri, sebelum menahan pemimpin-pemimpin yang bertaraf ikan jerung yang benar-benar tidak sehaluan dengan Dato' Seri.

Manakala pemimpin-pemimpin yang bertaraf ikan jerung, yang menjadi kesayangan Dato' Seri walaupun di katakan membeli pencalonan secara terang-terangan akan terselamat dari sebarang bentuk tindakan. Betul kah?

SPEKULASI 5, menyatakan;

Dato' Seri sedang berusaha keras dengan melakukan pebagai cara untuk memastikan menantu kesayangan Dato' Seri memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO. Betul kah?

SPEKULASI 6, menyatakan;

Dato' Seri dan konco-konco Dato' Seri sedang berusaha dengan begitu gigih dan keras dalam memastikan YB Tan Sri Muhyiddin Yassin kalah untuk jawatan Timbalan Presiden. Konon katanya Dato' Seri mahukan Dato' Seri Ali Rustam memenangi jawatan tersebut. Betul kah?

SPEKULASI 7, menyatakan;

Dato' Seri konon katanya akan menggunakan peluang semasa menyampaikan Ucapan Dasar untuk membelasah Tan Sri Muhyiddin bagi menarik simpati perwakilan memberikan undi dan kemenangan kepada Dato' Seri Ali Rustam. Kononnya, inilah caranya untuk Dato' Seri membalas dendam kesumat terhadap kelantangan dan keberanian Tan Sri Muhyiddin sebelum ini sehingga proses peralihan kuasa terpaksa di laksanakan.

Spekulasi ini juga menyebut, Dato' Seri begitu yakin Dato' Seri Ali Rustam akan memenangi jawatan Timbalan Presiden kerana kononnya - dari 2 ribu lebih perwakilan yang akan berada di Dewan Merdeka, terdapat kira-kira 580 orang penerima darjah kebesaran DMSM yang membawa gelaran "DATUK", DSM dan JP dari Melaka yang memangnya terhutang budi dengan Dato' Seri Ali Rustam.

Andaian di buat, jika setiap seorang dari 580 orang ini berkempen dan dapat mencari seorang sahaja lagi perwakilan untuk mengundi Dato' Seri Ali Rustam, tidak syak lagi dan sudah tentu Dato' Seri Ali Rustam akan memenangi jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sekali lagi saya mohon bertanya kepada Dato' Seri – Betul kah?

Demikianlah spekulasi-spekulasi yang saya dengar mutakhir ini. Sebagai ahli parti yang bertanggung jawab, saya merayu dan memohon Dato' Seri memberikan penjelasan dan menjawab spekulasi ini sejelas-jelasnya secepat mungkin atau dengan kadar segera. Tujuannya supaya UMNO yang kita dukung ini berada dalam keadaan jelas, aman dan proses peralihan kuasa berlaku dalam suasana ikhlas, aman dan damai.

Kegagalan Dato' Seri untuk menjawab spekulasi-spekulasi yang saya dedahkan ini akan menyebabkan ianya terus hidup subur dan kesannya amat tidak molek bukan sahaja kepada parti tetapi juga kepada Dato' Seri sendiri.

NASIHAT

Nasihat saya kepada Dato' Seri, ikhlaskanlah hati. Pergilah Dato' Seri sebagai pemimpin yang punya maruah dan harga diri yang tinggi.

Saya sangat-sangat berharap kepada Dato' Seri, alang-alang berucap menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO nanti, tinggalkanlah pesanan dan wasiat yang baik-baik buat UMNO dan jangan sekali-kali Dato' Seri lupa untuk mengumumkan sekali perletakkan jawatan Dato' Seri sebagai Perdana Menteri Malaysia di akhir ucapan dasar itu nanti.

InsyaAllah, Dato' Seri akan dapat melihat dan akan dapat merasakan sendiri penghormatan dan tepukan bergemuruh sambil berdiri yang bakal diberikan oleh UMNO kepada Dato' Seri.
Sesungguhnya, kemuncak kerjaya bagi seseorang pemimpin UMNO ialah apabila dirinya mendapat penghormatan di dalam Perhimpunan Agung UMNO.

Akhirkata, saya hadiahkan 3 rangkap pantun buat mengiringi pengunduran dan persaraan Dato' Seri sebagai Presiden UMNO yang ke 6 dan Perdana Menteri Malaysia yang ke 5.

Tinggi Bukit Gilang-gemilang
Air pasang tenang-tenangan
Budi sedikit payah nak hilang
Itu menjadi kenang-kenangan

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur Badan di kandung tanah
Budi sedikit ku kenang juga

Terbang tinggi si rama-rama
Hinggap mari di pohon redup
Budi Tuan walau sedikit kami terima
Jadi kenangan seumur hidup

Sekian, terima kasih. Wabillahi Taufiq Wal Hidayah. Wassalamualaikum WHB.

Yang benar,
MUHAMMAD ZAHID BIN MD ARIP

Monday, February 23, 2009

KENANGAN TERINDAH BUAT KHIR TOYO - Malaysiakini

di bawah ini diterbitkan semula mengenai 20 kes rasuah melibatkan Khir Toyo. 20 ini diamb il yang terbesar yang kecil - kecil terlalu banyak.
20 kes rasuah Khir Toyo

1. Meluluskan projek pembina jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5 km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenaraihitamkan, Meram Holdings.
Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalan semua projek berkenaan, Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam, pada 20 Disember 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/ Tirai Gemilang, Samasys, Usahasewa Sdn Bhd), tetapi seorang nama pengarahnya (Samsuri Rahmat) hadir dalam semua syarikat tersebut, iaitu seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.
Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20 Nov. 2000 dan 4 Julai 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri).Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun MBnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu.Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31 Oktober 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadinya, berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25 Disember 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15 Januari 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn Bhd sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan ayam atau reban tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17-18 April 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn. Bhd, seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9.Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm, dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km, bernilai RM82,385,182.. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.
10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip,jadi berapa untung JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km)merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50 peratus. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk selesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuaters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn. Bhd. Ini bercanggah dengan surat akujanji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27 September 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25/2001 pada 26 September 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, “Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang.”

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi, kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1 Feb, 16 Mac 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Cabar Khir Toyo kalau berani buka mana - mana pentas terbuka akan terlondeh bersama bukti...

KHIR TOYO YANG CEROOIIIIII - Malaysiakini

Khir Toyo dibidas suami kepada seorang pemimpin Umno akibat tidak mengambil tindakan keatas kes skandal yang melibatkan isteri beliau, Norhayati Oon beberapa tahun lepas.
Suami Norhayati, Mohd Suffian Abdul Aziz menyifatkan Khir Toyo mengamalkan sikap “cakap tidak serupa bikin” apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan terbongkarnya foto beliau.
Menurutnya, Dr Mohamad Khir tidak membuat sebarang tindakan terhadap aduannya walaupun telah dibuktikan melalui rakaman suara, mesej SMS, video dan foto yang diserahkan kepada bekas menteri besar itu.
“Wajarkah Datuk Seri Khir meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?” kata Suffian seperti dilaporkan Malaysiakini.
Walaupun kontroversi beliau semenjak 2007, jawatan Norhayati sebagai senator disambung bagi penggal kedua pada Oktober lepas.
Norhayati, yang juga ketua Wanita bahagian Klang, berhasrat mempertahankan jawatannya sebagai exco Wanita Umno, bulan depan.
Berikut adalah cabutan laporan polis yang dibuat oleh suami Ketua Wanita Umno Bahagian Klang, Mohd Suffian Abdul Aziz berkenaan di Balai Polis Shah Alam bertarikh 8 Oktober 2006:
‘Terkandung di dalam telefon bimbit berkenaan (milik isterinya) ada beberapa gambar-gambar yang tersimpan yang menunjukkan gambar-gambar Dato’ Dr Rahman bin Ismail, Ahli Parlimen Gombak, berpelukan dengan isteri saya di dalam bilik-bilik hotel iaitu di Hotel Riverview, Kota Bharu, Kelantan semasa pilihan raya kecil Pengkalan Pasir, Kelantan dan dalam bilik tidur di Hotel Eastin, Kuala Lumpur.’

Mat Said SPRM Melatah dan Meracau - Malaysiakini

KUALA LUMPUR - Ini berita paling menggemparkan kami terima melalui email dari seorang sahabat di luar negara. Pada mulanya kami menganggap perkara ini hanyalah "fitnah" atau "omongan kosong" semata-mata. Namun setelah disiasat dan cuba menghubungi beberapa orang sahabat yang bekerja dengan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS), maka kini rupanya terbukti dan sungguh mengejutkan. Ia berkenaan dengan kes anak lelaki kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan iaitu Ahmad Shauqi Bin Ahmad Said (Ketua Jabatan Perkhidmatan Korporat MAS) yang telah ditangkap oleh pihak berkuasa kerana cuba "menyeludup secara haram bahan-bahan lucah" ke Australia. Beliau dipercayai telah ditangkap bersama Kapten Ng.Kok Yauw. Susulan kejadian yang memalukan itu, dipercayai ayahnya iaitu Mat Said SPRM telah memaklumkan kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya. Hasil laporan tersebut Pejabat Perdana Menteri telah mengarahkan beliau dilepaskan dan kes tersebut dihapuskan begitu sahaja termasuk bukti-bukti yang berkaitan. Ini bermakna kerajaan Malaysia mempunyai "jasa yang amat besar untuk membebaskan anak Mat Said SPRM daripada pertuduhan itu" dan seterusnya berjaya "menyelamatkan maruah Pesuruhjaya SPRM" itu dari mendapat malu dan aib akibat peristiwa ini. Dibawah ini adalah bukti email yang telah dikirimkan oleh pihak berkenaan untuk didedahkan kepada seluruh rakyat Malaysia :-

Malaysian pilot caught for child pornography is ACA DG's son? Damn! WTF is wrong with these dumb pilots man! In one week we get three of them getting arrested for smuggling pornographic material into Australia. 2 are Malaysians: 41 year old Capt Ng Kok Yauw and co-pilot Ahmad Shauqi B. Ahmad Said. The other person is a Singaporean. Making things even worse was the fact that Ahmad Shauqi was caught with possesion of child pornographic materials. What a disgrace! Anyways that's not why i'm writing this post. The email is apparently addressed to zakaria@mot.gov.my. Here's a copy of the e-mail: From: Captain Reinu To: zakaria@mot.gov.my Sent: Monday, February 11, 2008 8:56 AM

Subject: MAS CHILD PORN PILOT PROTECTED BY PM'S OFFICE Dear Datuk, Hope you are well . Just to inform you that the Malaysian Airlines pilot recently convicted in Australia for possession of child pornography is a declared Malay, Muslim , AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID, staff number 1086993 and is non other than the son of the Director General of the Anti- Corruption Agency of Malaysia , DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMAD SAID BIN HAMDAN who has himself come to a CORRUPT agreement with IDRIS JALA , the Managing Director and others in Malaysia Airlines , ' not to take disciplinarry action as required in the company policy ' against his son for his criminal conviction. I will be forwarding this information worldwide to educate them on the state of affairs in Malaysia and they can evaluate for themselves the Government's declarations of truth , cleanliness, transparency, Islam Had etc. Drugs was one thing but sometimes , this child porn strikes different cords !!!!! Who cares about technicalities ? I guess god is helping me to punish the criminals who have tried to destroy me and my family for being professional. God must also realise that I was also injured for being INDIAN in MALAYSIA
Dengan pendedahan yang amat menakjubkan ini, maka kini terbuktilah kepada kita bahawa kenapa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) nampak begitu beriya-iya benar untuk mendakwa pemimpin pembangkang dengan begitu cepat dan pantas. Padahal baru seminggu laporan dibuat oleh pihak yang berkenaan. Sedangkan semua laporan "rasuah serta penyelewengan" yang dilakukan oleh pemimpin UMNO dan Barisan Nasional yang sudah lebih lama dilaporkan langsung tidak disiasat apatah lagi pendakwaan dilakukan. Ini semua mengundang kemarahan ramai pihak terutamanya rakyat Malaysia yang cintakan keadilan. Terdapat satu sikap "double standard" yang nyata kepada badan itu. Mereka lebih berselera dan begitu rakus menjalankan siasatan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat demi memuaskan hati pihak-pihak tertentu. Rupanya "ada rahsia di sebaliknya", kerana Pejabat Perdana Menteri telah menyelamatkan maruahnya itu. Maka kini barulah kita faham kenapa tindakan SPRM sekarang ini dilihat begitu "tidak bertanggungjawab" sama sekali. Malah rakyat mula "mual dan kecewa" dengan apa yang telah dilihat sekarang ini.

[Dengan pendedahan ini, kami amatlah berharap agar ada pihak yang akan tampil dan membuat berbagai lagi pendedahan supaya rakyat dapat memahami situasi sebenar yang berlaku. SPRM begitu beriya dalam kes lembu MB Selangor, walhal sumbangan lembu-lembu yang diberikan oleh syarikat kerajaan dan korporat adalah fenomena biasa yang dibuat di negeri-negeri yang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Mereka gagal untuk membezakan "penyelewengan" dengan "tanggungjawab sosial". Begitu juga dengan kes penggunaan kereta Lexus MB Selangor, yang dikatakan melibatkan penyelewengan lebih RM7,000 itu. Walhal kes yang melibatkan penyelenggaraan Proton Perdana V6 Exco Terengganu zaman MB Idris Jusoh yang dilaporkan oleh MB Mat Said sebelum ini mencecah ratusan ribu ringgit sebenarnya. Tetapi kenapa SPRM mendiamkan diri seribu bahasa!! Mana siasatan dan pendakwaan yang dilakukan? Padahal kes itu lebih nyata dan mempunyai bukti-bukti yang kukuh.

Maka yakinlah kita sekarang bahawa SPRM sudah jauh terpesong dari matlamat asalnya. Jika tanggungjawab sosial dianggap "penyelewangan kuasa dan rasuah" maka sila siasat dan dakwa semua pemimpin UMNO yang menggunakan jentera kerajaan dalam setiap kali musim pilihanraya !! Juga sila dakwa MB UMNO yang banyak menerima sumbangan daripada pihak korporat dalam hal derma kepada rakyat seperti sumbangan basikal, beras, pakaian sekolah serta lain-lain lagi termasuk derma bencana alam. Bukankah semua itu juga boleh dikira rasuah, kerana yang memberi itu sudah pastinya akan mengharapkan sesuatu pulangan yang setimpal dari pihak kerajaan.

http://pahangdaily.blogspot.com

Wednesday, February 18, 2009

DIALOG BERSAMA MTUC - Malaysiakini


Antara peserta dialog yang hadir


Kelihatan Syed Shahir sedang memberikan ucapan , disebelah kanan beliau Sdr Abd Hamid, YB Abd Malek disebelah kiri beliau dan Sdr Veerayah di sebelah kiri sekali.


Pada hari Jumaat - 14 hb Feb Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru dan Pusat Khidmat YB Abd Malik Kassim 'ADUN Batu Maung' telah mengadakan perjumpaan tertutup dengan wakil pekerja dari beberapa syarikat elektronik sekitar Bayan Lepas bertempat di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Maung di Kampung Naran . Perjumpaan yang dihadiri lebih dari 30 orang wakil dari beberapa syarikat terkemuka yang beroperasi di kawasan FTZ Bayan Lepas ini lebih kepada sessi dialog yang memperkatakan tentang isu pembuangan pekerja akibat masalah ekonomi dunia. Program yang bermula pada jam 5.30pm mengetengahkan YB Abd Malik Kassim selaku ADUN Batu Maung dan Exco Perdagangan / Hal Ehwal Pengguna , Syed Shahir Mahamod 'Presiden MTUC Pusat' ,Sdr Abd Razak 'Pengerusi MTUC Pulau Pinang', Sdr Veeriyah 'S/usaha MTUC Pulau Pinang dan Sdr Ahmad Azrizal Tahir Ketua Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru.



Kerajaan negeri melalui YB Abdul Malek memberikan kominment untuk membantu warga kilang yang menghadapi masalah untuk mendapat pekerjaan setelah diberhentikan melalui VSS, atau VHS. Syarat untuk memulakan perniagaan akan dipermudahkan untuk membantu golongan yang diberhentikan untuk mencari nafkah yang halal, manakala kerajaan negeri juga telah berbincang dan mendapat kerjasama baik dari sektor industri agar kilang di Pulau Pinang dapat meminimakan pembuangan pekerja dan melakukan pengurangan kos melalui cara lain.



Manakala Syed Shahir memaklumkan yang MTUC sedang memantau dengan dekaat masalah ini dan memberi amaran kepada syarikat-syarikat yang ada agar tidak mengambil peluang akibat dari kegawatan ekonomi dunia dengan membuang pekerja sesuka hati dan melakukan pemotongan gaji yang tidak munasabah. Peraturan dan undang-undang pemburuhan harus dipatuhi menurut beliau lagi.



Para peserta mencadangkan agar program dialog ini diadakan secara lebih kerap dan berskala besar untuk memberi maklumat kepada mereka yang telah diberhentikan atau yang akan diberhentikan.

Tuesday, February 17, 2009

DUNIA ANAK MELAYU PULAU PINANG - Malaysiakini



Assalamualaikum dan semoga dalam keadaan semangat juang yang tinggi...semangat juang cetusan gelombang Reformasi 98 harus membara sentiasa...untuk makluman semua forum ini adalah anjuran Badan Koprat Swasta (WBC Sdn Bhd) bersama beberapa aktivis Parti Politik dan NGO....

Ajk Penganjur :

Pengerusi : Puan Nora (WBC)

Ajk : Anuar Aziz (WBC)

: Johari (Berjaya Hotel)

: Zulkifli Md Noor (DAP)

: Din Binjai ( NGO - Unit Ehsan)

: Puan Hamizah Bt Che Amat (NGO - Watami)

Tajuk : Duniaku..Suaraku...Dunia Anak Melayu Pulau Pinang

Tarikh : 20 Februari 2009

Masa : 8.00 malam

Tempat : Hotel Berjaya, Pulau Tikus

Semua MELAYU termasuk MAMAK p.pinang dijemput hadir...pertanyaan sila hubungi dinbinjai_kepalabatas@yahoo.com atau telefon 0164695343

Peringgatan Kepada Calon di 3 Bukit - Malaysiakini

Semua calon Pr yang akan bertanding di kawasan bukit di minta berhati-hati berikutan semua PRK adalah dikawasan BUKIT,BUKIT,BUKIT.

1-Bukit Gantang
2-Bukit Selambau
3-Bukit Lanjan

Ini adalah kemungkinan BOMOH UMNO akan datang dari BUKIT AMAN... zmp

http://zulmamakpng.blogspot.com/

Kenyataan Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaludin - Malaysiakini

Assalamualaikum
Kepada semua yang telah memberi komen tak kira manis ke pedas, kutuk ke puji ke,dsbnya, saya ambil kesempatan ini mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kerana sudi kunjung dan beri komen serta kritikan.Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio.Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.
Kedua ,Semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.
Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.Tohmahan sahabat mengenai "gadai tanah" kpda Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru.
Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:1. 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.2. 5,000 ekar di Bruas3. 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)4. 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor5. Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.6. 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini ntanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar ipoh, taiping, bidor , kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!. DAP tiada manifesto ketika itu di Perak.Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar. Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tanmbahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.
Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun!Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu.! Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu.Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

Dari Blog http://zulmamakpng.blogspot.com/

Monday, February 16, 2009

LAGI CERAMAH PR DISEKAT - Malaysiakini


Antara hadirin yang hadir


Water canon ditempatkan dihadapan masjid Sungai Nibong


Di Sungai Nibong Pulau Pinang ceramah yang sepatutnya diadakan di padang berhadapan dengan rumah P' Leh (Pengerusi JKKK Sungai Nibong Pantai) Terpaksa diubah ke dalam rumah. Ini adalah kerana kehadiran ratusan anggota polis di tapak tersebut bersama dengan 'water canon' sejak petang tadi.YB Dato Husam Musa dan Ust Mujahid Yusoff Rawa sepatutnya berceramah di situ.

Menurut maklumat yang diterima, permit untuk prog tersebut telah dipohon sebulan sebelum prog. Pihak polis memaklumkan kepada tuan rumah yang semua prog ceramah tidak akan diberi permit sehingga ke satu masa yang akan ditetapkan- Menurut pegawai polis yang hadir memaklumkan tentang perkara tersebut, ini adalah arahan dari Bukit Aman.
Walau ratusan anggota polis ditempatkan di perkarangan tapak ceramah, hampir 2000 orang berpusu-pusu untuk mendengar ceramah yang diadakan didalam rumah P'Leh.
Kelihatan sebuah water canon, beberapa buah trak FRU, sebuah black maria dan 3 landrover, disertai ratusan anggota FRU, anggota tugas am, dari bahagian jenayah, trafik dan cawangan khas memenuhi pinggir jalan menuju tapak rumah P'Leh.

Thursday, February 12, 2009

Dialog bersama Presiden MTUC(Isu Pembuangan Pekerja) - Malaysiakini

Angkatan Muda Bayan Baru dengan kerjasama MTUC Malaysia Union Trades Congress dan Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Batu Maung (YB Abdul Malik Kassim) akan mengadakan sessi dialog bersama pekerja sektor industri yang telah diberhentikan kerja atau akan diberhentikan kerja akibat dari kegawatan ekonomi dunia. Sessi dialog ini terbuka kepada semua yang berminat dan akan diadakan seperti maklumat dibawah-

Program : Sessi Dialog bersama MTUC
Tajuk : Pemberhentian kerja serta kesannya- Apa yang patut kita tahu
Ahli Panel :
1.Syed Shahir bin Syed Mohamud President MTUC Pusat
2.Abd Razak bin Abd Hamid Pengerusi MTUC Pulau Pinang
3.M.K. Veriah Setiausaha MTUC Pulau Pinang
4.YB Abd Malik Kassim Exco Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang / ADUN Batu Maung
5.Ahmad Azrizal Tahir - Ketua Angkatan Muda KeADILan Bahagian Bayan Baru

Tarikh : 13 Feb 2009 - JumaatMasa : 5.00pm - 7.00pm
Tempat : Pusat Khidmat ADUN Batu Maung-
Berhampiran OCBC Bank Batu Maung.

Siapa yang patut hadir: Mereka yang telah diberhentikan, yang akan diberhentikan dan berkeinginan untuk berkongsi pandangan serta idea.

Wednesday, February 11, 2009

Larangan Ceramah Politik di Perak - Malaysiakini

Polis melarang sebarang ceramah politik di seluruh Perak sehingga situasi panas susulan pergeseran kerajaan BN dengan Pakatan Rakyat sejak minggu lalu mulai reda. "Kita tidak benarkan sebab situasi tidak berapa elok," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sewaktu dihubungi Malaysiakini hari ini. Beliau berkata pembekuan ini telah dimaklumkan kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Ahmad dan pegawainya itu akan mengeluarkan arahan rasmi. "Saya sudah beritahu ketua polis (Perak) dan beliau akan keluar arahan," kata Musa.
Beliau diminta menjelaskan dakwaan seorang pemimpin PKR bahawa polis membekukan ceramah Pakatan Rakyat di seluruh negara selama dua minggu ekoran kegelisahan politik di negeri tersebut.Ditanya tempoh pembekuan permit itu akan dikuatkuasa di Perak yang kini sedang menyaksikan perebutan jawatan menteri besar dan kerajaan negeri, Musa tidak dapat menyatakan tarikh pasti.Mengulas tindakan polis negeri-negeri lain, beliau berkata tiada arahan seumpama itu dan parti-parti politik yang berminat mengadakan ceramah harus melalui prosedur biasa untuk mendapatkan permit. "Saya tidak dengar (dakwaan itu). Negeri lain, kalau parti nak buat, kena ikut syarat-syarat (mengadakan ceramah) seperti biasa," kata Musa lagi, ketika diminta mengulas penarikan balik permit ceramah di Pulau Pinang.Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR mendakwa ceramah anjuran mereka di Bayan Baru pada Ahad lalu dibatalkan permitnya di saat-saat akhir kerana wujud "arahan khas daripada Bukit Aman."
Badrul Hisham Shaharin mendakwa pihaknya dimaklumkan pembekuan itu selama dua minggu sehingga situasi di Perak "kembali sejuk."Ceramah itu yang asalnya dijadual di padang dekat Sungai Nibong Tengah, bagaimanapun diteruskan di sebuah rumah berdekatan dengan kehadiran 2,000 orang penyokong, katanya.Selain beliau, exco kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim dan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Jerjak, Sim Tze Tzin turut berucap.
Sementara itu, ketua Angkatan Muda PKR Bayan Baru, Azrizal Tahir – yang memohon permit berkenaan – berkata permohonan mereka pada mulanya diluluskan oleh polis.Katanya, seorang pegawai daripada Ibu Pejabat Polis Daerah menelefon beliau sehari sebelum program memaklumkan pembatalan itu.Menurutnya, pegawai polis itu memaklumkan kepadanya bahawa semua ceramah "dibekukan dalam masa terdekat", difahamkan dua minggu kerana "ada sangkut-paut dengan situasi di Perak."Beliau juga mendakwa, pegawai itu memberitahu bahawa keputusan itu datangnya daripada ibu pejabat polis persekutuan di Bukit Aman dan berkuatkuasa di seluruh negara.
Pergeseran di Perak bermula apabila kerajaan Pakatan tumbang apabila tiga Adunnya keluar parti dan mengisytiharkan sokongan kepada BN. Adun PKR Datuk Nasarudin Halim - yang menyertai parti itu selama 10 hari - kembali semula kepada BN.Kerajaan baru BN pimpinan Datuk Dr Zambry Abdul Kadir itu bagaimanapun tidak diiktiraf menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyebabkan wujudnya dua menteri besar di negeri itu.

Lebih 2000 hadir majlis penerangan isu 'Perak' di Bayan Baru - Malaysiakini


Azrizal Tahir - Ketua Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru


YB Sim (ADUN Pantai Jerjak) turut hadir sama


Ust Siddiq Noor Sedang membacakan doa



Orang ramai yang berpusu-pusu hadir
Chegu Bard sedang menyampaikan ucapan
Hujung minggu lepas agak memeranjatkan apabila lebih 2000 orang dari perbagai kaum datang menghadiri Majlis Penerangan Isu Perak yang di anjurkan oleh Angkatan Muda Bahagian Bayan Baru. Majlis yang sepatutnya diadakan di sebuah padang terpaksa dialihkan ke kawasan hadapan rumah kerana permit telah ditarik saat akhir kononya kerana wujud arahan khas dari Bukit Aman meminta semua ceramah khususnya berkaitan PAKATAN harus jangan dibenarkan selama 2 minggu.
Namun setelah berbincang ceramah di teruskan namun dialihkan ke sebuah rumah. Tahniah buat Angkatan Muda Bayan Baru di bawah Saudara Azrizal Tahir bersama pasukan anak mudanya yang begitu cekap sekali dan tahniah juga kepada Hj. Malek, tuan rumah yang begitu berani membenarkan rumahnya digunakan dalam keadaan PDRM memberikan tekanan.

Majlis dimulakan oleh Azrizal Tahir, di ikuti Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang YB Malek(yang hanya berucap ringkas kerana bergegeas untuk menghadiri sebuah majlis di kawasanya), YB Sim (ADUN kawasan tersebut Pantai Jerejak) dan kemudian pula Ust. Siddiq Noor dari Dewan Ulama Pas Negeri Perak sebelum malam itu che'GuBard diberikan masa sejam untuk menerangkan kepada hadiri isu politik terkini.

Isu di Perak ini sedang dipergunakan oleh Bn untuk mengelirukan rakyat. Majlis penerangan akan diteruskan. Mohon semua 'ranting' parti menganjurkan sesi penerangan kecil dan besar demi mengelakan rakyat terkeliru.

Sunday, February 8, 2009

Mohon Sembah Derhaka - Malaysiakini

Nizar Jamaludin telah mencipta ungkapan yang akan menjadi klasik dan akan menjadi renungan. Ia bertali-tali dalam SMS, diulang sebut dalam Facebook dan lain-lain wahana. Apa yang berlaku adalah proses perundingan dan pentakrifan kolektif budaya politik Melayu.
Nizar dititah undur sebagai menteri besar dan menteri besar itu “menyembah mohon derhaka,” satu ungkapan yang oxymoron kerana pantang Melayu menderhaka kepada raja. Derhaka dalam erti kata yang mudah adalah tidak patuh kepada raja. Dalam konteks sistem politik dimana sultan memiliki kuasa mutlak derhaka adalah satu perlanggaran yang berat.
Tetapi kita tidak hidup di zaman rex non potest peccare - raja tidak melakukan kesalahan, titah raja adalah hukum dan sentiasa benar. Tetapi kini raja diikat oleh perlembagaan. Nizar melakukan sesuatu yang terdapat dalam peruntukan perlembagaan, negeri Perak, perlembagaan yang sama mengikat Sultan Perak. Maka Nizar tidak derhaka. Tetapi Nizar bercakap dengan Sultan, maka laras bahasanya perlulah mengikut bahasa pertuturan rakyat bercakap dengan Sultan.
Namun betulkah pantang Melayu menderhaka kepada raja? Tun Perak melakukan tindakan yang menderhaka kerana tidak membunuh Hang Tuah seperti yang diarahkan oleh sultan. Hang Tuah difitnah melakukan hubungan sulit dengan salah seorang gundik raja dan bendahara tersebut tahu laksamana itu tidak bersalah dan beliau tahu yang salah adalah sultan yang menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa. Tindakan bendahara menyembunyikan Hang Tuah tidak diketahui sultan sehinggalah baginda memerlukan laksamana tersebut untuk menewaskan Hang Jebat. Sekiranya sultan tahu bendahara tidak melaksanakan hukuman mati tersebut sebelum Hang Jebat memberontak sudah pasti bendahara akan diistihar derhaka dan dihukum mati.
Tetapi tradisi persuratan Melayu tidak mencemoh Tun Perak sebagai derhaka. Bahkan beliau melihat keingkarannya kepada perintah sultan sebagai satu tindakan yang berani dan adil. Berani kerana melakukan sesuatu yang boleh menggadai nyawanya sendiri, dan adil kerana tidak bersekongkol dengan kesilapan dan kezaliman yang dilakukan oleh sultan. Tetapi Tun Perak hidup dizamannya dan dalam sistem zaman itu. Dia tidak boleh “menyembah mohon derhaka”.


Ada tiga bentuk budaya politik Melayu berhubungan dengan kekuasaan. Yang pertama ditujukan oleh Hang Tuah, kesetiaan membuta tuli, menerima raja tidak melakukan kesalahan- rex non potest peccare-, kedua ditampilkan oleh Hang Jebat dengan ungkapan raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah, keadilan mesti ditegakan meskipun langit runtuh. Dan ditengah-tengah kedua kutub pendirian ini kita melihat sikap Tun Perak, orang yang tahu mana yang adil dan mana yang zalim dan untuk menegakan keadilan terdapat cara-cara yang berbeda dan pilihan tersebut menuntut kebijaksanaan.Tun Perak adalah bendahara kesultanan Melaka yang teragung dan dibawah pemerintahanan Melaka menjadi sebuah empayar yang kaya dan makmur. Tun Perak adalah arkitek kepada pax Malacca satu keteraturan serantau, perdagangan bebas dan kehidupan sosial yang amat kosmopolitan. Di situ juga bermula sistem perundangan dan peraturan, dan tanpa system perundangan dan peraturan ini Melaka tidak boleh wujud sebagai empayar yang makmur dan pusat perdagangan Asia.Suatu ketika dahulu satu generasi muda mengagung-agungkan penderhakaan Hang Jebat yang berakhir kepada porak peranda di Melaka. Jika kita ingin mengambil perbanding dengan dinamika pergelutan politik dan sosial dizaman Revolusi Perancis kita boleh mengolongkan Hang Jebat sebagai seorang Jacobin, golongan radikal dalam revolusi tersebut yang idealismenya dinodai oleh Reign of Terror yang mereka hasilkan.Revolusi Perancis selain dari satu pemberontakan sosial dan politik untuk menggantikan rejim lama, Ancien Regime, juga satu revolusi yang didorong oleh idea-idea dari Pencerahan Eropah Benua. Dalam kemelut yang dihasilkan oleh revolusi tersebut berlaku satu perdebatan agong intelektual, antara Edmund Burke dengan Thomas Paine.Edmund Burke adalah seorang reformis yang amat sedar dengan pemerintahan kuku besi sistem raja multlak. L’etat cest moi- Beta adalah Negara, kata raja Perancis Louis XIV. Maka apabila rakyat bangun menuntut perubahan dan keadilan Edmud Burke pada mulanya mengalu-alukan perkembangan di Perancis tersebut. Tetapi apabila beliau mula melihat revolusi itu telah menghasilkan kekacauan dan terdapat segolong elit England yang ingin memproposikan revolusi tersebut maka dia mengangkat pena dan menulis karya agong Reflections on the Revolution in France. Renungan itu disambut dan disanggah oleh Thomas Paine The Rights of Man yang juga satu karya besar.

http://www.khalidjaafar.org/

Perutusan MB Perak 7 Feb 2009 - Malaysiakini

BismilahirRahmanirRahim.Saya bersyukur ke hadrat Allah SWT atas kesihatan tubuh badan dan kesabaran yang dianugerahkan-Nya kepada saya dan seluruh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.Saya mengambil kesempatan ini untuk menerangkan beberapa perkara berkaitan perkembangan krisis di negeri Perak terutamanya selepas upacara angkat sumpah Menteri Besar baru negeri ini yang berlangsung di Istana Iskandariah petang tadi.Dengan penuh rasa tanggungjawab, sukacita saya menyatakan bahawa perlantikan Menteri Besar baru itu sesungguhnya adalah tidak mengikut Undang-Undang Perlembagaan Negeri sebagaimana sepatutnya.Apabila saya tidak meletak jawatan seperti yang dititahkan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Perak, sebenarnya saya telah pun meneliti semua undang-undang dan peraturan yang berkaitan serta telah mendapatkan pandangan dan nasihat daripada ahli dan pakar undang-undang.Permohonan saya kepada DYMM Sultan untuk mendapatkan perkenan membubarkan Dewan Undangan Negeri adalah menepati dan mengikut peruntukan Undang-Undang Perlembagaan Negeri secara jelas dan pasti. Perlembagaan memperuntukkan dengan jelas bahawa pembubaran DUN sepatutnya telah pun berlaku setelah permohonan perkenan saya kemukakan kepada DYMM Tuanku Sultan.Saya juga yakin bahawa pembubaran DUN adalah langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik negeri Perak. Biarlah rakyat membuat keputusan. Saya percaya bahawa rakyat berhak membuat keputusan berkenaan parti manakah yang rakyat mahu berikan mandat sebagai kerajaan. Keputusan menyerahkan penentuan itu kepada rakyat adalah bertepatan dengan prinsip demokrasi dan sistem Raja berperlembagaan yang dijunjung bersama.UMNO telah mencemarkan Institusi Raja melalui konspirasi yang sangat kotor semata-mata kerana dendam kesumat dan nafsu melampau untuk memerintah. Mereka sanggup mengheret Institusi Raja kepada kecelaruan yang boleh menjejaskan penghormatan dan sanjungan rakyat terhadap istana.Tiga Kaedah ‘Lucut Jawatan’ Menteri BesarBerhubung kecelaruan isu ‘letak jawatan’ atau ‘lucut jawatan’ saya sebagai Menteri Besar, suka saya jelaskan kepada seluruh rakyat negeri Perak bahawa Perkara 16(6) Undang-Undang Perlembagaan Negeri dengan terang menyatakan bahawa ‘lucut jawatan’ saya hanya boleh berlaku melalui 3 kaedah iaitu :
pembubaran Dewan Undangan Negeri.
undi tidak percaya dalam sidang khas Dewan Undangan Negeri.
saya meletak jawatan secara sukarela.Tetapi apa yang terjadi sekarang, tiada mana-mana satu pun di antara 3 kaedah itu berlaku. Saya tidak meletak jawatan. Pembubaran DUN tidak berlaku. Belum lagi berlangsung sidang khas atau apa-apa sidang membincangkan usul undi tidak percaya terhadap saya. Maka bagaimana boleh dikatakan saya bukan lagi Menteri Besar Perak?Apabila saya masih lagi Menteri Besar Perak yang sah mengikut undang-undang, maka adalah ganjil apabila dilantik seorang Menteri Besar yang baru. Bukan saja ganjil, tapi salah. Perlantikan Menteri Besar hanya boleh atau perlu dibuat apabila berlaku kekosongan jawatan itu. Sehingga saat ini saya masih MB mengikut perlembagaan. Belum berlaku kekosongan. Saya MB yang sah manakala Dato’ Dr. Zambry adalah MB tidak sah atau MB haram.Fitnah Media Kawalan UMNO – Saya Nak Saman Sultan, Saya Arahkan Rakyat Memberontak dan Saya Menjerit Di Pejabat.Hari ini timbul isu bahawa saya akan saman DYMM Tuanku Sultan. TV1 dan TV2 serta semua saluran TV milik Media Prima menyiarkan berita itu. Ini adalah satu fitnah yang sangat dahsyat. Tohmahan jahat ini dicipta oleh UMNO untuk menimbulkan kebencian orang ramai khususnya rakyat negeri Perak terhadap saya dan Pakatan Rakyat. Mereka mengulas isu ini secara terarah untuk menjauhkan kita dari istana. Mereka mencipta tuduhan ini untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu terhadap saya dan Pakatan Rakyat dengan tujuan menenggelamkan perbincangan tentang pencabulan undang-undang yang mereka lakukan demi merampas kuasa.Saya juga dituduh menggerak dan mengarahkan rakyat supaya bangkit menentang istana. Media yang dikuasai UMNO menggambarkan saya bertanggungjawab ke atas perhimpunan rakyat yang berlaku di merata tempat dalam masa beberapa hari ini termasuk himpunan di Kuala Kangsar yang tercetus kekecohan.Sehubungan dengan itu, saya dengan ini menafikan sekeras-kerasnya segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya tidak mengeluarkan apa-apa arahan kepada rakyat untuk maksud berhimpun menyatakan bantahan kepada istana. Semua ini adalah propaganda UMNO.Media elektronik yang dipengaruhi UMNO juga memutarbelit laporan mengenai insiden di pejabat saya iaitu pejabat Menteri Besar pagi tadi. Mereka melaporkan bahawa saya ‘menjerit’ ketika kekecohan semasa kehadiran puluhan wartawan.Sebenarnya yang menjerit itu bukan saya. Yang menjerit ialah Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri iaitu Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menghalau wartawan supaya keluar dari bilik itu. Wartawan dalam dan luar negeri menjadi saksi tindakan primitif Setiausaha Kerajaan Negeri yang menghalau petugas media di hadapan saya.Saya tegaskan sekali lagi bahawa bukan saya yang menjerit seperti dilaporkan oleh media elektronik pengampu UMNO. Saya nafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Anda boleh saksikan sendiri video yang sempat dirakamkan oleh salah seorang wartawan ketika insiden itu. Dato’ Dr. Abdul Rahman Hashim yang menjerit.Sukacita saya menyatakan sekali lagi bahawa saya menyanjung tinggi Institusi Istana sepanjang sepuluh bulan lebih saya memikul amanah ini dan saya telah memberikan kepatuhan saya kepada DYMM Tuanku Sultan dengan sepenuh jiwa dan raga. Dalam perkara yang sedang berlaku ini, saya sebenarnya bermaksud membela dan mempertahankan Institusi Diraja bahkan Institusi Kesultanan Melayu seluruhnya supaya tidak dipandang memihak kepada mana-mana kumpulan dalam isu ini. Saya tidak rela rakyat menganggap Istana menyebelahi mana-mana pihak. Saya ingin menyelamatkan istana daripada tohmahan rakyat. Saya ingin memelihara kepercayaan rakyat kepada institusi ini iaitu institusi yang luhur dan adil.Pesanan Kepada Seluruh Rakyat Negeri PerakSaya merayu kepada seluruh rakyat negeri Perak supaya janganlah bertindak diluar batasan. Apa yang kita lakukan adalah usaha menuntut keadilan serta menuntut diberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan sepertimana yang dijamin oleh perlembagaan.Terimakasih kepada semua rakyat negeri Perak atas sokongan, pandangan dan ucap selamat yang diberikan kepada saya. Saya sudahi dengan wabillahi taufiq wal hidayah wassalamu alaikum warahmatullah.

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN