Wednesday, February 25, 2009

MEDIA UMNO MENFITNAH SECARA TERBUKA - Malaysiakini

Ahli exco kerajaan Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim berkata apa yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri ialah majlis silaturrahim antara agama.Katanya, ia bukanlah majlis perundingan antara agama, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar samalam."Istilah majlis perundingan antara agama yang digunakan itu tidak tepat. "Sebaliknya, nama yang betul adalah majlis silaturahim antara agama," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.Beliau juga menafikan majlis itu mempunyai kuasa mempengaruhi dasar kerajaan negeri berhubung hal ehwal agama di negeri itu."Ia macam mesyuarat sahaja," kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (Adun) Negeri Batu Maung.
Menurutnya, beliau difahamkan, majoriti anggota majlis tersebut terdiri daripada orang Islam.Abdul Malik diminta mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Shabudin Yahaya dalam akhbar Utusan Malaysia semalam yang mendakwa kerajaan negeri telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.'Ruang berkenal-kenalan'Akhbar tersebut memetik Shabudin sebagai berkata, cubaan menyamakan Islam dengan fahaman agama lain ternyata menghina Islam dan tindakan seperti itu mesti dihentikan.Shabudin, yang juga ahli dewan undangan negeri (Adun) Permatang Berangan dilaporkan berkata, MAINPP berasa cukup tersinggung apabila ada beberapa ahli jawatankuasa majlis tersebut terdiri daripada orang Melayu.
Bagaimanapun, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menafikan bahawa kerajaan negeri telah menubuhkan majlis perundingan antara agama tahun lalu.Beliau juga turut mengarahkan peguamnya supaya memfailkan saman fitnah terhadap akhbar tersebut kerana menyiarkan berita yang tidak benar.Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Mohd Salleh Man pula berkata, usaha menubuhkan majlis silaturrahim itu bukanlah untuk menyamaratakan semua agama.Sebaliknya, kata beliau, ia bertujuan untuk mewujudkan ruang 'perkenalan' antara penganut pelbagai fahaman agama.Menurut beliau, penubuhan majlis tersebut adalah untuk mewujudkan kefahaman terhadap agama-agama lain dan bagi mengelakkan wujudnya suasana perkauman di negeri itu.Salleh menambah, saranan supaya 'bertaa'ruf' atau berkenal-kenalan itu dituntut dalam Islam, malah terkandung dalam kitab suci al-Quran.

1 comment:

Din said...

ada banyak cerita shabudin yahaya

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN