Thursday, June 4, 2009

YB Mansor Othman Angkat Sumpah Jawatan - Malaysiakini

ADUN Penanti, Mansor Othman hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai timbalan ketua menteri I (KTM) Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas dikediaman rasminya di Seri Mutiara hari ini.

Dalam istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai timbalan ketua menteri I.

Mansor yang juga timbalan pengerusi PKR negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman.

Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota exconya selepas pelantikan Mansor, lapor Bernama.

Lim berkata antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas Adun Penanti, Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai, dan Law Heng Kiang.

Katanya beliau kini menjadi pengerusi hal ehwal tanah dan pembangunan tanah, pembangunan keusahawanan, penerangan dan warisan negeri.

Manakala jawatankuasa pembangunan industri, perdagangan antarabangsa, koperasi dan perhubungan masyarakat Pulau Pinang kini dipengerusikan oleh Mansor sebagai TKM I.

Wong Hon Wai pula akan mempengerusikan jawatankuasa perancangan bandar dan desa, perumahan dan kesenian negeri.

Bercakap kepada pemberita selepas upacara mengangkat sumpah tersebut, Lim berkata, Law Heng Kiang kini akan hanya mempengerusikan jawatankuasa pembangunan pelancongan dan kebudayaan negeri.

"Kami merasakan portfolio exco ini perlu digilirkan untuk mereka yang kami rasa dapat merealisasikan potensi bekerja untuk rakyat," katanya.L

Lim berkata beliau juga akan mengambil alih jawatan sebagai pengerusi InvestPenang, sebuah agensi penggalakkan pelaburan kerajaan negeri, yang sebelum ini dipegang oleh Abdul Malik Abul Kassim.

2 comments:

DIAM JOE DAH MAI said...

kenapa lama tak update daa...macam mana pula isu YDP MPSP

http://diamjoedahmai.blogspot.com/

Blog Owner said...

SORRY BRO, TAK BRAPA SIHAT LAAAA......MELETUP BLOG BARU NI

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN