Friday, January 2, 2009

Rebat air RM100 di Pulau Pinang



Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) mula mengkreditkan bantuan kewangan RM100 kepada keluarga miskin di Pulau Pinang sebagai rebat bil air.
Pengurus Hal Ehwal Korporat K Jeyabalan berkata RM100 itu dikreditkan dalam empat bayaran sebanyak RM25 bagi setiap bil bermula 15 Nov, lapor Bernama.
"Sebanyak 143,197 pengguna layak menerima RM3.58 juta dalam bayaran ansuran pertama," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata 14,000 permohonan lain masih dinilai dan akan siap pada akhir bulan depan.
Katanya, semua pengguna yang tinggal di rumah kos rendah dan kos sederhana rendah serta keluarga yang menerima bantuan kebajikan dan kumpulan di bawah kategori miskin tegar akan secara automatik menerima bantuan kewangan ini.
"Keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM1,500 sebulan layak menerima bantuan kewangan ini dan hendaklah memohon melalui borang yang diedarkan oleh pembaca meter PBAPP," tambahnya.


Untuk keterangan lanjut hubungi PBAPP di talian 04-5096509 atau layari laman webnya di http://www.pba.com.my/

1 comment:

abdilah said...

TAHNIAH kerna mendapat Ketua AMK Penang yang BARU lagi PROFESIONAL!

Lepas ni mintak Ketua AMK Malaysia TURUN dari Jawatan sebab bukan title YB...bagi YB Nurul Izzah atau YB lain jadi Ketua AMK Malaysia...kan nak golongan profesional jadi ketua-ketua kan..???

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN