Wednesday, January 28, 2009

Najib: Ambil Perak Ikut Perlembagaan - malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan persepsi sesetengah pihak bahawa Barisan Nasional (BN) mengambil alih kerajaan negeri Perak menggunakan kaedah bertentangan dengan perlembagaan negeri.Beliau berkata, tindakan BN mengikut perlembagaan dan Sultan Perak turut bertindak dalam bidang kuasanya di bawah peruntukan perlembagaan.
"Apa yang kita lakukan mengikut perlembagaan. Tidak ada yang tidak mengikut perlembagaan," katanya.Beliau berkata, Pakatan sebelum ini telah memulakan dahulu prinsip untuk mengambil alih kerajaan pusat dengan cara berhasrat untuk 'mencuri' 31 wakil rakyat BN.
"Tolong tanya Pakatan Rakyat, kenapa mereka mulakan perkara ini yang mereka uar-uarkan nak tubuhkan kerajaan pada 16 September?
"Maknanya prinsip ini yang telah disebut-sebut Pakatan Rakyat sebagai satu prinsip yang mereka terima dan telah cuba amalkan.
"Jadi siapa yang mulakan prinsip ini? Bukan BN tapi mereka,"

katanya selepas merasmikan sambutan Hari Kastam Sedunia Ke-37 di sini, hari ini. Berhubung tindakan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang dilihat menderhaka kepada Sultan Perak berikutan keenggannnya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar, Najib berkata, apa yang dititahkan tidak boleh diingkari dan mesti dihormati.
"Kita mesti menghormati keputusan Sultan dan apa-apa yang Tuanku putuskan kerana sebagai bekas Ketua Hakim Negara, sudah tentu Tuanku amat memahami peranannya sebagai Raja Berpelembagaan.
"Jadi, tidak ada sesiapa patut mencabar keputusan Tuanku kerana itu bererti kita mencabar institusi Raja Berpelembagaan,"
katanya.Sehingga hari ini, Nizar masih enggan meletakkan jawatannya kerana menyifatkan beliau masih Menteri Besar yang sah di bawah Undang-undang Tubuh Negeri Perak.TP -
Perlembagaan kepala Pak Hang la Bijan. Toya punya Najib.Macam negara ni Mak Pak dia yang punya.!!!

Sumber:
http://perisik-rakyat.com/

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN