Wednesday, January 21, 2009

Offer untuk YB Ariff Shah ADUN BN Seberang Jaya

PULAU PINANG: Selepas dikaitkan dengan desas-desus akan menyertai Pakatan Rakyat dua bulan lalu, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Seberang Jaya, Datuk Arif Shah Omar Shah dari Barisan Nasional (BN) semalam dipelawa oleh kerajaan negeri untuk menganggotai Jawatankuasa Kebebasan Maklumat.
Arif Shah diundang menganggotai Jawatankuasa Kebebasan Maklumat bersama-sama pelbagai pihak lain termasuk ahli akademik dan pengamal media.
"Saya difahamkan beliau telah menerima surat pelawaan kita itu tetapi beliau belum memberi sebarang keputusan," kata Pengerusi jawatankuasa itu, Abdul Malik Abul Kasim pada sidang akhbar di sini hari ini.
Dipetik Bernama, Abdul Malik yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, jemputan itu tiada kaitan dengan politik sebaliknya ia bagi membolehkan kerajaan negeri berkongsi pendapat bagi menyalurkan maklumat kepada orang ramai.
Dalam pada itu, Arif Shah ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi mengesahkan yang beliau ada menerima surat tawaran daripada Abdul Malik pagi semalam.
"Petang semalam juga saya juga memaklumkan kepada Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Azhar Ibrahim.
"Apa juga keputusan parti saya akan akur. Keputusan parti akan mengatasi keputusan saya," katanya.
Arif Shah yang bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu tetapi tewas berkata, beliau tidak jelas dengan terma dan syarat Jawatankuasa Kebebasan Maklumat yang disyorkan kerajaan negeri.
Ketika ditanya mengenai desas-desus dua bulan lalu kemungkinan menyertai Pakatan Rakyat dengan tawaran terbaru ini, beliau berkata, ia tidak boleh ditafsirkan sedemikian rupa.

Mari kita tunggu apa jawapan yang akan keluar..........

No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN