Monday, January 19, 2009

Program Ceramah Bantu Palestin AMK Kedah dan Yayasan Aman





















Program Ceramah Palestin alhamdulillah selamat dilaksanakan di Masjid Ar Rahman, Sg Petani dengan kehadiran ramai. Jumlah derma kilat utk saudara2 Islam di Palestin yg berjaya dipungut ialah RM6464.50 yg diserahkan semuanya melalui Hj Azmi Abdul Hamid, pengerusi TERAS yang akan berlepas ke Tebing Gaza pada 27/1/2009 nanti, sebagai sebahagian dari misi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Tebing Gaza.
Penceramah utama pada malam itu ialah sdr Saiful Izham Ramli, ketua AMK Kedah dan Pengarah Yayasan Aman sebagai mewakili AMK Negeri dan yayasan Aman, sdr Ismail Yarad, seorang rakyat Palestin dari Tebing Gaza yang kini berada di Malaysia dan yg kehilangan sebahagian besar keluarga beliau dalam serangan zalim terbaru Rejim Zionis ini sejak 27 Disember, 2008 serta Cikgu Azmi Abdul Hamid, pengerusi TERAS Pengupayaan Melayu yang turut mewakili Citizens International, yang berjaya memberikan penerangan yang jelas dan panjang lebar tentang apa yang sebenarnya berlaku di Tebing Gaza hari ini.
AMK Negeri dan Yayasan Aman (Kedah) yang menjadi penganjur utama program Ceramah Palestin ini turut bersetuju untuk membantu menganjurkan satu lagi Perhimpunan Umat Islam Kedah di Sungai Petani pada 24hb ini utk terus mambantu mengutip derma kepada rakyat Palestin. Di samping itu, AMK Negeri Kedah yang akan menganjurkan satu mini karnival Belia Kuala Muda pada 7-2-2009 bertempat di Sungai Petani juga turut bersetuju untuk menyumbang sebahagian besar dari hasil penganjuran kepada Tabung Palestin yang akan disampaikan terus melalui TERAS dan Citizens International, disamping akan mengadakan pameran bergerak secara berterusan di semua program ceramah AMK Negeri berkenaan penderitaan umat Islam di Palestin.
Diharapkan program2 seumpama ini akan diteruskan bagi membantu memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia, terutamanya di Kedah tentang apa yang sebenarnya berlaku di Palestin, dan AMK Negeri Kedah serta Yayasan Aman bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang ingin turut serta dalam program-program seperti ini.

Saiful Izham Ramli
Ketua AMK Kedah Darul Aman

1 comment:

Superman Can't Fly said...

Any program, bagi tahu ye...

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN