Wednesday, January 28, 2009

Kenyataan akhbar Isu Dewan Tabika Kemas, Kuala Sg. Pinang






Kenyataan akhbar Isu Dewan Tabika Kemas, Kuala Sg. Pinang


Pada 4 Feb 2009


Jam 11.00 Pagi


Kerajaan Negeri kesal di atas tindakan mempolitikkan dan membesar-besarkan masaalah yang sudah selesai yang berpunca dari pihak KEMAS yang enggan berbincang dengan pihak JKKK Sepertimana sedia maklum dengan maklumat yang sudah di sampaikan kepada pihak media oleh YB Yusmadi Yusoff MP Balik Pulau, di mana pihak JKKK sudah memberi kebenaran menggunakan bangunan ini dan hanya meminta pihak KEMAS membincangkan dengan JKKK untuk menyelaras penggunaan bangunan ini. Kerajaan sekali lagi menegaskan yang arahan sudah diberi sejak awal penubuhan JKKK yang aktiviti masyarakat seperti Tabika mestilah di utamakan dan pihak JKKK diminta berbincang dengan pihak-pihak berkenaan untuk menyelaraskan penggunaan -penggunaan seperti ini. Oleh itu tidak ada sebarang arahan " mengunci " permis tabika atau melarang perkhidmatan itu. Perlu ditegaskan bahawa ada dua pintu masuk di mana hanya satu di kunci sungguhpun tanpa arahan atau kebenaran kerajaan negeri pada hari tersebut. Satu lagi pintu masih terbuka untuk digunakan oleh pelajar dan jelas perkara ini telah di gembar-gemburkan oleh pihak tertentu dengan berniat jahat bermotifkan politik. Kerajaan negeri berharap perkara seperti ini jangan di politikkan dan perlu di bawa ke meja rundingan. Kita juga berharap Jabatan Persekutuan supaya lebih berkerjasama dengan pihak Kerajaan Negeri- YB Hj Abd Malik Kassim




Kronologi Peristiwa Isu Dewan Tabika Kemas, Kuala Sg. Pinang


5/8/08AJK Kemas telah mengeluarkan semua kemudahan yang terdapat didalam Tabika atas sebab berlaku perubahan kerajaan di Pulau Pinang.


20/8/08En Abdul Rahim selaku tim pengerusi JKKK Kuala Sg Pinang telah dipertanggungjawab oleh pengerusi JKKK Kuala Sg Pinang untuk menguruskan permis tersebut telah meminta Tabika Kemas tersebut beroperasi seperti biasa walaupun Pakatan Rakwat telah mentakbir ketika itu.


4/12/08Pihak JKKK telah mengeluarkan surat kebenaran menggunakan dewan orang ramai tersebut bersyarat memandangkan terdapat aduan yamg menyatakan permis berkenaan telah digunakan oleh keluarga AJK kemas untuk bermalam di situ, walaubagaimanapun sehingga kini tiada sebarang jawapan yang di terima dari pihak Pengarah Kemas Negeri


2/1/09Dewan tersebut telah dikunci oleh pihak JKKK memandangkan tiada sebarang jawapan yang diterima dari pihak Kemas Negeri, ini menunjukkan mereka tidak berminat untuk berkerjasama dengan pengurusan permis berkenaan


2/1/09Pengerusi umno cawangan Sg Pinang, En Ismail Johar telah menceroboh permis berkenaan dengan memotong kunci tanpa pengetahuan JKKK sambik berteriak "Lim Guan Eng (Ketua Menteri P.Pinang ) bukan ada kuasa "


3/1/09Pihak JKKK telah menjemput AJK Kemas berkenaan untuk bermesyuarat bagi menyelesaikan isu tersebut, tetapi malangnya ALK Kemas tersebut tidak hadir. Mesyuarat telah bersetuju untuk memberi peluang kepada Pihak Kemas Negeri untuk menjawab surat yang bertarikh 4/12/08 dan memaklumkan mengenai pencerobohan yang berlaku pada 2/1/09. Sehingga kini tiada sebarang jawapan yang diperolehi.


Berdasarkan fakta-fakta diatas peristiwa seperti yang dilaporkan tidak sepatutnya timbul dan diexploitasikan oleh pemimpin UMNO Balik Pulau tentang isu pendidikan bagi menutup pandangan masyarakat tentang isu sebenar iaitu:
Salahguna permis oleh AJK Kemas dengan menjadikan permis tersebut sebagai tempat bermalam oleh keluarga mereka
Kemas tidak mengendahkan arahan JKKK agar berkerjasama dan permis berkenaan dapat digunakan untik menjalankan aktiviti lain oleh penduduk setempat
Pencerobohan permis tersebut oleh Pengerusi UMNO cawangan Sg. Pinang.

Sikap rakus Umno menunjukan bahawa mereka sanggup mempergunakan apa-apa sahaja isu bagi menghukum pilihan demokrasi rakyat setempat.


No comments:

APCO satu penjajahan bentuk baru

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN

AYUH KITA BERAMAI-RAMAI KE KUALA LUMPUR NYATAKAN BANTAHAN